X

Cara Buat Duit Dengan Forex Secara Konsisten Dan Menguntungkan

Berapa Hasil Dagangan Yang Boleh Diperolehi Dari Forex Trading? 

Bolehkah anda buat duit dengan Forex? Soalan ini telah lama dibahaskan. Ini disebabkan oleh kenyataan bahawa banyak pelabur tidak memperoleh kejayaan dalam Forex trading seperti yang mereka bayangkan. Dan kerana pengalaman tersebut, membuatkan mereka meragui tentang apakah benar kita boleh mendapatkan hasil dari forex trading.  

Intro

Untuk pasaran yang berdagang sekitar $ 5 trilion setiap hari, pastinya ada pedagang yang telah dapat membuat keuntungan dari pasaran Forex ini. Jika tidak masakan pasaran Forex menjadi begitu popular dan boleh dikatakan kepopularannya tidak pernah pudar dari tahun ke tahun. Jadi soalan sebetulnya yang perlu ditanyakan adalah bukan “Betul Ke Boleh Buat Duit Dengan Forex?”, tetapi bagaimana untuk berdagang Forex dengan menguntungkan atau bagaimana caranya untuk mendapat keuntungan secara konsisten dalam perdagangan Forex.

Ramai orang suka melakukan trade pada  mata wang asing di pasaran pertukaran asing (forex) kerana ia memerlukan modal yang paling sedikit untuk memulakan perdagangan harian. Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari selama seminggu dan menawarkan banyak potensi keuntungan kerana leverage yang diberikan oleh kebanyakan broker forex. Tetapi harus diingat dagangan forex boleh menjadi sangat tidak menentu dan trader yang tidak berpengalaman biasanya akan kehilangan sejumlah yang besar.

Pengurusan Risiko Perdagangan Harian Forex

Senario berikut menunjukkan potensi menggunakan strategi perdagangan harian forex yang terkawal risiko (risk-controlled). Cara ini boleh menjadi salah satu  cara untuk para trader menghasilkan keuntungan yang konsisten. 

Seorang trader yang bagus berjaya menguruskan risiko mereka dengan baik. Ini adalah kerana  ia adalah salah satu elemen penting, ataupun sebenarnya  yang paling penting, demi untuk mencapai keuntungan yang konsisten. 

Untuk permulaaan, anda mesti memastikan risiko anda pada setiap perdagangan adalah sangat kecil. Meletakkan amaun sebanyak 1% atau kurang adalah sesuatu yang tipikal.  Ini bermaksud jika akaun anda mempunyai $ 3,000, anda tidak boleh kehilangan lebih dari $30 pada satu-satu perdagangan. Ia mungkin kelihatan kecil, tetapi kebiasaannya kerugian semakin bertambah. Bahkan penggunaan strategi perdagangan harian yang baik juga boleh melihatkan rentetan kerugian yang berterusan. Dalam hal ini, risiko akan diuruskan dengan penggunaan stop-loss order, yang akan dibincangkan dalam bahagian senario di bawah nanti.

Strategi Perdagangan Harian Forex

Walaupun sesuatu strategi itu kebiasaannya memiliki banyak komponen dan ianya dianalisis dengan pelbagai cara (dengan matlamat untuk buat duit dengan forex) tetapi keutamaannya sering dilihat dari sudut nisbah kadar kemenangan (win-rate) dan risiko/ganjarannya (risk-reward). 

Nisbah Kadar Kemenangan (Win Rate Ratio)

Nisbah kemenangan anda mewakili jumlah perdagangan yang anda menang berbanding dengan jumlah perdagangan yang telah dilakukan. Katakan anda menang 55 dari 100 perdagangan, kadar kemenangan anda adalah 55 peratus. Walaupun kadar tersebut tidak diharuskan, tetapi kemenangan melebihi 50 peratus adalah sangat ideal untuk kebanyakan trader pada hari ini. Ini kerana peratusan tersebut adalah sesuatu yang boleh diterima dan bisa dicapai. 

Nisbah Risiko-Ganjaran (Risk Reward Ratio)

Nisbah Risiko-Ganjaran menandakan berapa banyak modal yang dipertaruhkan untuk mencapai keuntungan tertentu. Sekiranya seorang trader mengalami kerugian kerana kehilangan 10 pip  tetapi kemudiannya membuat 15 trade yang berjaya, mereka akan mendapat lebih banyak kemenangan daripada kerugian. Ini bermakna walaupun trader hanya memenangi 50% daripada perdagangannya, mereka akan tetap memperoleh keuntungan. Oleh itu, menjana lebih banyak perdagangan yang menang juga merupakan komponen strategik yang cuba dicapai oleh kebanyakkan trader harian. 

Kadar kemenangan yang lebih tinggi dalam perdagangan bermaksud lebih banyak fleksibiliti dengan risiko-ganjaran anda. Dan risiko-ganjaran yang tinggi bermaksud kadar kemenangan anda boleh juga menjadi lebih rendah tetapi anda masih memperoleh keuntungan. 

Senario Hipotesis

Anggaplah sebagai contoh seorang trader mempunyai dana modal $5,000. Beliau juga mempunyai kadar kemenangan yang lumayan iaitu sebanyak 55% dalam perdagangannya. Beliau mempertaruhkan hanya 1% daripada modalnya atau $50 pada setiap perdagangan. Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan perintah stop-loss. Untuk senario ini, pesanan stop-loss ditempatkan 5 pip dari harga masuk perdagangan, dan target diletakkan pada 8 pip lagi.

Ini bermaksud bahawa potensi ganjaran untuk setiap perdagangan adalah 1.6 kali lebih besar daripada risikonya (8 pip dibahagi dengan 5 pip). Ingat, anda mahu keuntungan yang lebih besar daripada kerugian.

Semasa memperdagangkan pasangan forex selama dua jam pada waktu aktif dalam sehari, biasanya kita boleh melakukan sekitar lima kali trade (trading di sini termasuk trade masuk dan keluar) menggunakan parameter di atas. Sekiranya terdapat 20 hari perdagangan dalam sebulan, trader boleh membuat lebih kurang 100 perdagangan dalam sebulan.

Trade Menggunakan Leverage

Trade menggunakan leverage. Setiap broker forex biasanya memberikan leverage hingga 50:1 pada pasangan mata wang utama. Sebagai contoh, seorang pedagang menggunakan leverage 30:1, di mana leverage tersebut lebih dari cukup untuk trader harian forex. Oleh kerana peniaga mempunyai $5,000, dan leverage adalah 30: 1, trader boleh membuka posisi bernilai sehingga $150,000. Walaupun demikian, risiko perdagangan masih berdasarkan $5,000 yang asal; ini menjadikan risiko terhad kepada sebahagian kecil modal berbanding dengan profit yang mungkin bakal diperolehi.

Broker forex selalunya tidak mengenakan komisen, tetapi biasanya akan meningkatkan spread di antara bid and ask, sehingga menjadikan ianya lebih sukar untuk pedagang harian beroleh keuntungan. Walaubagaimanapun broker ECN menawarkan spread yang sangat kecil, menjadikannya lebih mudah untuk melakukan trade yang menguntungkan. Tetapi broker biasanya akan mengenakan sekitar $2.50 untuk setiap $ 100,000 yang diperdagangkan (untuk setiap pusingan keluar masuk posisi ianya menjadi $5).

Jadi Berapa Keuntungan Yang Boleh Saya Perolehi?

Perlu diingat bahawa selalunya terdapat perbezaan yang sangat kecil berkenaan dengan jumlah duit yang boleh anda buat pada Broker Forex yang berbeza. Oleh itu, kami mencadangkan anda membuka beberapa akaun di Broker yang berlainan dan kemudian membandingkan keuntungan yang dapat anda perolehi pada setiap perdagangan dan pasangan mata wang pilihan anda.  Dengan cara itu anda boleh mendapatkan nilai perdagangan yang maksimum.

Kami sendiri telah mencuba pelbagai jenis broker sebelum akhirnya membuat keputusan untuk melakukan trade di Olymp Trade sahaja. Terdapat pelbagai sebab untuk kami melakukan demikian termasuklah penyediaan alat analisis teknikal dan fundamental bagi semua peringkat trading, kami dapat membuat trading orders dengan fleksibilitas yang tinggi , sistem sekuriti yang kukuh serta perkara-perkara asas seperti proses withdrawal dan deposit yang sangat mudah.

Ada banyak lagi sebab untuk kami bertukar terus ke Olymp Trade yang boleh anda baca di sini. Walaubagaimanapun terpulang kepada anda untuk menentukan broker pilihan anda sendiri. 

Kata Akhir

Strategi kawalan risiko yang simple ini  menunjukkan bahawa dengan kadar kemenangan 55%, dan dengan membuat lebih banyak keuntungan daripada trade yang untung, daripada kerugian dari trade yang rugi, tidak mustahil untuk anda buat duit dengan forex sebanyak  20% sebulan dalam perdagangan harian anda. Walaubagaimanapun trader tidak lah digalakkan mengharapkan untuk menghasilkan wang sebanyak ini. Walaupun kedengarannya sederhana, pada hakikatnya, ia sangat lah sukar.

Walaupun begitu, dengan nisbah kemenangan dan risiko/ganjaran yang baik , trader harian forex yang berdedikasi disertakan pula dengan strategi yang berkesan , tidak mustahil  untuk mereka menghasilkan antara 5% dan 15% sebulan. Selain daripada itu,  anda juga tidak memerlukan banyak modal untuk memulakan; $500 hingga $1,000 biasanya sudah mencukupi.

Satu lagi perkara terakhir yang perlu diingat adalah bahawa anda akan diberi banyak pilihan mengenai berapa lama perdagangan anda akan berlangsung dan aktif.

Anda mungkin ingin melihat secara jangka panjang mengenai dua mata wang yang telah anda pilih untuk digabungkan. Dengan cara yang demikian anda mungkin boleh menggunakan strategi perdagangan jangka panjang yang tersedia di platform Olymp Trade. 

Walau bagaimanapun, beberapa perdagangan Forex yang singkat tamat tempohnya juga ada tersedia untuk anda. Oleh itu kami mencadangkan anda terlebih dahulu menggunakan akaun perdagangan demo yang ditawarkan di Olymp Trade untuk mencari mana satu jenis perdagangan yang sesuai untuk anda. 

Dengan menggunakan akaun demo, anda akan dapat menggunakan kredit perdagangan demo sebanyak 10,000 yang diberikan kepada anda untuk menguji platform perdagangan tersebut. Pada masa yang sama juga dapat melakukan perdagangan jangka panjang dan pendek untuk melihat mana satu yang boleh memberikan keuntungan maksimum untuk anda. 

Setelah anda merasakan anda telah memperoleh pengalaman yang diperlukan dengan melakukan perdagangan di akaun demo, anda kemudian boleh beralih menggunakan akaun perdagangan sebenar – di mana sudah tentu kesemua keuntungan yang anda hasilkan akan menjadi milik anda.

Sedikit Mengenai Olymp Trade

Olymp Trade adalah broker Forex dan FTT yang telah memenangi pelbagai anugerah, yang diregulasi oleh badan berkecuali yang dipercayai.  Mereka menawarkan perdagangan di lebih daripada 500 instrumen kewangan melalui platform perdagangan paling popular di dunia: MetaTrader 4 dan juga platform in-house mereka sendiri yang sangat stabil. Anda boleh mulakan dagangan anda dengan Olymp Trade pada hari ini di sini!

Disclaimer

Artikel ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, cadangan pelaburan, tawaran atau permintaan untuk sebarang transaksi dalam instrumen kewangan. Harap maklum bahawa analisis perdagangan tersebut bukanlah petunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi semasa atau masa depan, kerana keadaan dapat berubah dari masa ke masa. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas untuk memastikan anda memahami risikonya.

 

 

 

 

 

 

 

Categories: Halaman Utama
Admin_as:
Related Post