X

Cara Mendapatkan Keuntungan Melalui Tahap Sokongan dan Rintangan

Capai Matlamat Kewangan Anda

Kebolehan untuk mengenal pasti dan memerhatikan tempat aset menemui tahap sokongan dan rintangan pada carta menunjukkan beberapa kemungkinan perdagangan. Kaedah untuk menggunakan pengetahuan ini untuk membuka kedudukan yang menguntungkan dan mendapatkan kejayaan perdagangan yang konsisten dijelaskan.

Mahu membuat dagangan yang menguntungkan secara konsisten dengan risiko yang minimum? Sudah tentu anda mahu bukan? Salah satu strategi perdagangan yang terbaik untuk berbuat demikian tidaklah begitu rumit dan ia telah digunakan selama seratus tahun.

Konsep tahap sokongan dan rintangan dalam pasaran sudah wujud secara umum sejak permulaan abad ke-20, tetapi peralatan moden memberi kita cara untuk memanfaatkannya dengan sepenuhnya.

Tidak kira tahap pengalaman anda dalam perdagangan, kebolehan untuk mengenal pasti dan memanfaatkan tahap ini merupakan salah satu kemahiran penting untuk mendapatkan keuntungan secara berterusan apabila “penjudi” sedang rugi dalam pelaburan mereka

 Mari saya beri anda ringkasan tentang maksud sokongan dan rintangan, cara mengenal pasti tahap ini dan cara menggunakan pengetahuan ini untuk membuat dagangan yang menguntungkan.

Penjelasan Tentang Sokongan dan Rintangan

Jadi, apakah sebenarnya sokongan dan rintangan apabila kita berbincang tentang pasaran?

Cara paling mudah untuk menjelaskannya ialah tahap harga ini dalam pasaran berfungsi seperti penghalang lembut terhadap pergerakan harga yang akan sama ada menurun (sokongan) atau menaik (rintangan). Namun, pergerakan harga sentiasa dihentikan penurunan atau kenaikannya pada titik harga tertentu.

 Berikut ialah contoh daripada carta emas di akaun Olymp Trade tempoh akhir tahun 2019:

Dari bulan September hingga November 2019, tahap 1500 (garisan merah jambu) membentuk harga sokongan bagi emas. Setiap kali harga menurun ke 1500 atau lebih rendah, ia melantun semula melebihi 1500.

Seperti yang anda lihat, terdapat tahap harga yang berulang kali menghasilkan semacam tapak bagi carta.  Pelabur yang cukup prihatin untuk memerhatikan carta aset lama-kelamaan boleh mengenal pasti tahap ini dengan agak mudah. Sebenarnya, kebanyakan tahap sokongan dan rintangan ini sangat terkenal di seluruh industri.

Sejarah Carta

Jika pelabur tidak mengikuti aset bagi tempoh masa yang lama, pelabur masih boleh mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan. Ia dilakukan dengan mengkaji semula sejarah carta. Ini boleh memberikan kesan kepada tempat untuk membuka kedudukan baharu seperti yang akan saya tunjukkan sebentar lagi.

Tahap rintangan berfungsi agak sama seperti sokongan kecuali rintangan menjadi umpama bumbung harga iaitu pedagang menyedari bahawa nilai sebenar aset adalah lebih rendah berbanding harga semasa dan mula menjual dengan mengharapkan pulangan dengan harga menurun.

Berikut ialah contoh carta tahap rintangan bagi Purata Industri Dow Jones:

 

Dalam bulan Februari 2020, Dow mula menaik melebihi tahap 2900 dan mencecah zon 2950. Bagaimanapun, meskipun terdapat cubaan berulang kali untuk menaik lebih tinggi, ia terus bertahan sekitar 2950 sebelum menurun kembali.

Oleh sebab Dow Jones merupakan indeks campuran saham yang besar, tahap rintangan ini tidak banyak berkenaan dengan Dow Jones sendiri. Tetapi ia merupakan keadaan keseluruhan saham yang membentuk indeks. Pada asasnya, pedagang menyedari bahawa saham-saham ini terlebih nilai dan terus mula menjual apabila harga mencecah tahap tertentu.

Mengenal pasti Tahap Sokongan dan Rintangan

Cara yang paling mudah untuk mencari tahap ini adalah dengan meneliti carta bagi aset terpilih untuk mencari kekonsistenan dalam kelakuan. Saya sangat mengesyorkan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 3 rangka masa yang berbeza untuk menilai sejarah carta – 1 hari, 4 jam dan tempoh yang lebih pendek yang anda biasanya menjalankan dagangan anda seperti carta 15 minit atau 1 jam.

Sekiranya anda boleh mencari tahap konsisten sokongan atau rintangan yang sepadan pada semua rangka masa, anda mungkin telah menemui tahap harga yang betul. Jika hanya 1 atau 2 rangka masa anda yang sepadan dengan tahap konsisten, maka teruskan mencari. Anda memerlukan ketepatan tahap ini jika anda ingin membuat dagangan baik yang akan kita bincangkan seterusnya.

Membuat Dagangan yang Menguntungkan Menggunakan Sokongan dan Rintangan

Apabila anda telah mengenal pasti dan mengesahkan tahap sokongan atau rintangan yang tepat, anda kini boleh memanfaatkannya dengan membuka dagangan apabila tahap itu ditembusi. Anda boleh melakukan ini bagi mana-mana situasi – pergerakan menaik di atas garisan rintangan atau pergerakan menurun di bawah garisan sokongan.

Secara peribadinya, saya lebih cenderung bertumpu pada garisan sokongan bagi kebanyakan dagangan saya kerana saya sentiasa optimis dan mengikut sejarah, harga akan cenderung naik lama-kelamaan bagi kebanyakan aset dan pasaran. Oleh itu, terdapat kemungkinan yang lebih tinggi bahawa kedudukan saya akan “melantun” ke atas.

Sekiranya anda melihat semua indeks utama dalam pasaran (S&P 500, Dow Jones, Hang Seng, dll.), anda akan menyedari bahawa ia semakin menaik lama-kelamaan. Perkara ini juga benar bagi emas dan kebanyakan saham cip biru.

Walau bagaimanapun, aset turun naik tinggi yang kekurangan nilai intrinsik seperti mata wang kripto boleh memberikan banyak peluang untuk membuat wang daripada dagangan rintangan. Selain itu, saham yang nilainya menaik ke titik yang lebih tinggi daripada perolehan per saham sebenar akan mewajarkan dan menjadi sasaran yang baik bagi perdagangan rintangan juga.

Cara Penggunaan Sokongan dan Rintangan

Berikut ialah contoh penggunaan tahap sokongan untuk membuka dagangan yang menguntungkan menggunakan carta emas seperti yang dibincangkan sebelum ini.

 

 Dalam bulan Mac 2020, harga emas telah menunjukkan kenaikan besar yang didorong oleh wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, harga emas mula menurun dengan pantas. Oleh sebab saya tahu prestasi emas dari segi sejarah dan terdapat garisan sokongan yang nyata pada 1500 (anak panah merah pertama), saya menunggu untuk melihat sama ada ia menurun kembali ke tahap itu.

Apabila ia menurun ke 1500 dan kemudian menembusi tahap itu dengan terus menurun lagi, saya tahu ia akan melantun kembali melebihi 1500, jadi saya mula membeli menggunakan strategi “lapisan” yang saya bincangkan dalam salah satu siaran saya yang mungkin akan menarik minat anda.

Dengan menggunakan dagangan Naik (Beli) di akaun Olymp Trade saya dan menetapkan Stop Loss pada 50%, saya membuka kedudukan setiap 15 minit dengan jumlah yang sama bagi keseluruhan masa emas di bawah tahap 1500 dengan menyedari bahawa ia akan naik semula melebihi 1500. Lihat carta di bawah dan anda akan memahami dengan pantas betapa hebatnya pengetahuan tahap sokongan.

 Setiap 15 minit harga emas berada di zon hijau (di bawah 1500) selama 4 hari, saya membuka kedudukan Naik. Setiap kali harga melebihi 1500 semasa tempoh ini, saya menutup kedudukan Naik saya untuk keuntungan. Tidak kira sama ada anda berdagang $1 atau $1000 bagi setiap dagangan, dalam senario ini anda mendapat hasil yang banyak daripada pelaburan anda.

Akhirnya, emas naik semula dan telah berada di zon 1700 untuk seketika. Kita akan melihat sama ada tahap sokongan baharu berkembang di sana.

Anda boleh meniru strategi ini menggunakan tahap rintangan dengan melakukan perkara sebaliknya. Apabila aset menembusi tahap rintangan yang wujud, buka kedudukan Turun (Jual) dan tutup kedudukan tersebut apabila harga menurun semula ke bawah tahap rintangan.

Strategi ini boleh diulangi banyak kali pada banyak aset yang berbeza. Saya mengenali beberapa pedagang yang hanya menggunakan strategi ini untuk mengukir kehidupan yang baik sebagai pedagang profesional.

Broker Yang Sangat Berbeza

Menggunakan tahap sokongan dan rintangan boleh memberikan keuntungan besar dan kejayaan kepada mana-mana pedagang. Digabungkan pula dengan penggunaan peralatan Stop Loss dan Take Profit yang betul boleh mengekalkan akaun anda di zon untung.

Sekiranya anda membaca artikel saya, anda akan tahu saya merupakan peminat setia Olymp Trade dan mereka merupakan broker utama saya. Jika anda mahu menggunakan strategi sokongan dan rintangan untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten, Olymp Trade memberikan semua peralatan yang anda perlukan dan anda mendapat peralatan ini secara percuma, tidak seperti sesetengah broker yang lain.

Berikut ialah beberapa ciri yang tersedia di Olymp Trade. Ciri ini dapat membantu anda memaksimumkan strategi sokongan dan rintangan yang kita bincangkan:

  1. Carta boleh suai dan peralatan analisis secara percuma (dan tutorial tentang cara penggunaannya)
  2. Jumlah dagangan minimum yang rendah (hanya $1 USD). Ia juga membenarkan penggunaan strategi lapisan yang kita bincangkan di atas dan deposit minimum yang rendah (hanya $10 USD).
  3. Keumpilan percuma dengan risiko berkurangan menggunakan peralatan “pengganda” unik mereka (hingga x500 keumpilan) membenarkan anda mendapatkan keuntungan besar daripada pelaburan yang kecil.
  4. Lebih daripada 70 aset berbeza untuk berdagang termasuk mata wang, saham dan logam.
  5. Peralatan Stop Loss and Take Profit percuma untuk mengautomatikkan penutupan dagangan anda secara menguntungkan.

 Terdapat banyak lagi sebab untuk mencuba Olymp Trade, jika anda belum menjadi pelanggan. Tetapi sebab kegemaran saya ialah mereka mengambil berat terhadap “orang kecil”. Pelabur kecil dialu-alukan tidak kira jumlah wang yang mereka ada atau tempat asal mereka.

Selain itu, pelanggan diberikan capaian kepada peralatan pendidikan, webinar dan tutorial untuk membantu mereka menjadi pedagang yang lebih baik kerana Olymp Trade tahu bahawa kejayaan anda adalah penting terhadap kejayaan mereka.

Buka akaun demo percuma di platform hari ini dan cubalah menggunakan strategi sokongan dan rintangan yang kita terangkan di sini. Anda pasti tidak akan kecewa.

Categories: Halaman Utama
Admin_as:
Related Post