X

Cara Sebenar Menjana Wang Melalui Telefon Pintar

Sekilas Tentang Broker Olymp Trade

Aplikasi perdagangan mudah alih Olymp Trade semakin popular di kalangan trader muda sekarang ini.  Kebanyakannya terpikat dengan prospek perdagangan bebas komisen di platform forex , cryptocurrency dan ribuan syarikat-syarikat besar seperti Apple, Facebook dan Tesla. Di mana kesemua aktiviti trading tersebut boleh dilakukan di telefon pintar mereka.

Memang salah satu misi Broker Olymp Trade adalah untuk mendidik pengguna mereka supaya tidak ketinggalan dalam sistem trading yang maju ini dan sekaligus menjadikan pelaburan ini satu sistem yang lebih mudah untuk didekati. 

Pada dasarnya broker ini mempercayai bahawa partisipasi adalah kekuatan, dan bahawa pasaran saham dapat menjadi mesin pencipta kekayaan yang penting. Jadi Olymp Trade memungkinkan penggunaan pelbagai strategi pelaburan yang mencerminkan pelaburan yang bijaksana di pasaran saham. 

Permulaan Trading di Telefon Pintar

Saya akan mulakan dengan pengalaman pertama kali saya melakukan trade. 

Pada mulanya  saya merasa cemburu dengan orang lain yang seakan-akan mudah menjana pendapatan melalui trading. Jadi saya rasa mungkin sudah tiba masanya juga untuk saya memuat turun aplikasi Olymp Trade di telefon pintar dan mula melakukan trade pertama saya. 

Setelah memuat turun , akaun saya sudah mula boleh digunakan dalam masa beberapa minit. Saya memindahkan $50 , iaitu jumlah tertinggi yang saya rela untuk hilang dalam trade pertama saya.  

Bukan apa, tetapi untuk “first timer” seperti saya,  saya memang menjangkakan akan kehilangan sebahagian besar dari wang tersebut. Setidak-tidaknya, ia akan menghasilkan satu memori pahit yang akan menjadi peringatan untuk diri saya sendiri iaitu – “perkara yang jangan anda lakukan dengan wang tunai anda”. 

Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Pada akhir minggu pertama perdagangan saya, jumlah balance akaun saya meningkat. Sangat meningkat. Meningkat lebih daripada 100 peratus. Entah bagaimana saya berjaya mengubah pelaburan awal saya dari $50 menjadi hampir $100 , saya pun tak pasti. 

Saya memberi sebahagian kecil kredit kejayaan saya itu kepada strategi saya yang saya anggap canggih iaitu “beli rendah, jual tinggi.” Walaupun sebenarnya kejayaan saya itu hanyalah sekadar  bernasib baik. 

Realiti Menggigit !

Keseronokan mendapatkan wang dengan begitu mudah kini menjadi mimpi ngeri. 

Minggu seterusnya adalah  minggu yang sangat menguji. Saya tidak dapat berhenti dari menyemak aplikasi trading tersebut, dengan carta neon yang terang dan harga yang berkelipan. Seakan-akan ia memanggil saya untuk terus-terusan membuat deposit setelah kehilangan wang dalam hampir kesemua trade saya. 

Akhirnya, saya terpaksa memadam aplikasi Olymp Trade dari telefon pintar saya. Dan sekarang saya kembali ke hobi membuang masa saya yang dulu  (yang lebih menenangkan dari trading): iaitu berkongsi gambar haiwan ternakan saya di Instagram.

Pengalaman saya bertrading dengan Olymp Trade di telefon pintar, saya anggap sebagai satu kisah peringatan, bukan mengenai kerugian kewangan, tetapi lebih kepada satu ketagihan yang merbahaya. 

Akhirnya saya memutuskan bahawa saya perlu bercakap dengan beberapa pakar kewangan profesional untuk mendengar pendapat mereka mengenai risiko dan peluang menjana pendapatan melalui trading di telefon pintar. 

Di bawah adalah antara nasihat-nasihat yang saya terima dari pakar kewangan yang ingin saya kongsikan.

Fahami Risiko Trading

Hanya kerana anda boleh memuat turun aplikasi trading di telefon pintar dan boleh terus melakukan trading pada masa itu juga, ia bukan berarti anda harus melakukannya.

Melakukan trade melalui aplikasi seperti Olymp Trade sebenarnya  agak berbahaya terutamanya apabila anda melakukannya tanpa sebarang pengetahuan.

Sekiranya anda tidak tahu apa yang anda lakukan, anda sebenar-benarnya sedang mengatur diri anda untuk mengalami kegagalan. Ia seperti anda  masuk ke dalam kereta dan terus bergerak ke highway sedangkan anda sebenarnya tidak pernah pun memandu kereta sebelum itu.  

Satu lagi potensi bahaya aplikasi trading di telefon mudah alih ini ialah ia seperti anda bermain game dan menjadi ketagih dan seterusnya anda mula meletakkan wang sebenar untuk ke level seterusnya. 

Walaupun anda tidak membayar komisen untuk trade tersebut, tetapi masih ada wang sungguhan yang anda masukkan ke pasaran.

Wang itu pula berpotensi untuk menjadi kosong atau bahkan anda mungkin akan kehilangan lebih banyak daripada modal awal jika anda terlibat dalam pelaburan berisiko, seperti berdagang pada margin atau melakukan overleverage pada trade anda. 

Tidak dinafikan berikutan wabak COVID-19 dan kurangnya peluang pekerjaan baru, banyak pengguna baru telah beralih ke aplikasi seperti Olymp Trade. Biasanya mereka langsung membuat perdagangan yang berisiko setelah mengikuti nasihat keperibadian dari Twitter dan petua yang meragukan dari video-video di Youtube. 

Jadi sebelum terjun ke dunia trading, anda harus faham tentang risiko yang bakal anda hadapi.

Jangan Perlakukan Pasaran Saham Seperti Kasino

Bagi sebilangan besar pelabur muda, risiko trading di aplikasi mudah alih jauh lebih besar daripada potensi keuntungan.

Ada yang memberi komen bahawa, aplikasi perdagangan seperti Olymp Trade menjadikan trading terlalu mudah terutamanya untuk membiayai akaun trading dan membeli stok tanpa memberikan pendidikan yang mencukupi kepada penggunanya. 

Bagaimanapun tuduhan tersebut sebenarnya tidak berasas kerana Olymp Trade telah pun membekalkan sumber pembelajaran yang mencukupi  kepada penggunanya. Ini termasuklah koleksi artikel mengenai istilah dan konsep asas kewangan, buletin harian dan webinar, newsfeed facebook dengan analisis dan pelaporan perniagaan, dan pesanan baru dalam aplikasi telegram mereka. 

Jadi sekarang anda harus menanyakan soalan-soalan berikut kepada diri anda untuk menentukan sama ada anda memperlakukan pasaran saham seperti kasino atau tidak: 

– Adakah anda mempunyai strategi perdagangan yang anda percaya akan memberi kelebihan pada anda di pasaran saham?

– Adakah anda pernah mengambil risiko lebih dari 2% pada akaun anda dalam satu perdagangan?

– Adakah anda menggunakan wang  yang tidak mampu anda rugi?

– Adakah anda bertahan dengan harapan anda akan memenangi trade besar yang seterusnya?

Sekiranya anda menjawab “YA” untuk soalan-soalan ini, kemungkinan besar anda berjudi dengan wang anda di pasaran Forex. Berbanding dengan profesional yang mendekati perdagangan mereka dengan lebih berhati-hati, kerana mereka menganggap trading adalah seperti perniagaan. 

Kenal Pasti Matlamat Kewangan Anda

Walaupun terdapat banyak risiko, anda mungkin masih tergoda untuk mencuba nasib dengan berdagang di telefon pintar anda. Tetapi pakar forex  mengesyorkan anda meluangkan masa untuk memikirkan keadaan kewangan anda terlebih dahulu.

Bahkan sebelum anda memuat turun aplikasi trading di telefon pintar anda, tanyakan pada diri sendiri: Apa niat saya untuk melakukan ini? Bagaimana ianya sesuai dengan kehidupan kewangan saya? Matlamat apa yang ingin saya capai dengan memasukkan sejumlah wang saya untuk aktiviti seperti ini ?

Anda mungkin mempunyai beberapa tujuan, seperti mencari duit poket untuk kecemasan, memerlukan duit untuk bercuti, membeli rumah atau menabung untuk bersara awal. Setelah anda mengenal pasti matlamat khusus anda, langkah seterusnya adalah pengutamaan..

Keutamaan matlamat bermaksud anda perlu jujur dengan diri sendiri dan memilih apakah matlamat utama anda melibatkan diri dalam aktiviti forex ini. 

Untuk tujuan jangka pendek, iaitu empat tahun atau kurang, penting untuk anda mempunyai simpanan  wang tunai. Tidak ada ganjaran yang cukup menarik untuk mengatasi risiko yang anda ambil dengan melabur. Cuba bayangkan bolehkah anda menyaksikan simpanan anda turun 30 peratus dan tidak ada cara untuk mengembalikannya semula. 

Tidak mengapa jika keutamaan anda berubah; yang penting adalah mengetahui apakah matlamat kewangan anda supaya anda dapat menyesuaikan strategi anda untuk menyimpan dan melabur.

Mulakan Dengan Pertaruhan Yang Selamat

Setelah anda menentukan matlamat kewangan anda, anda pasti ingin mempertimbangkan beberapa pilihan untuk menyimpan dan melabur sebelum anda memikirkan perdagangan saham di aplikasi seperti Olymp Trade.

Urutan perdagangan pertama anda: adakan dana kecemasan.

Sebagai contoh, sekiranya anda kehilangan pekerjaan esok, berapa lama anda boleh bertahan? Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan orang mungkin tidak dapat hidup lebih dari sebulan. Jadi mengadakan dana kecemasan itu sangat penting. 

Pakar forex juga  mencadangkan anda mungkin patut  melunaskan apa-apa hutang yang belum dijelaskan sebelum anda mula melabur.

Sekiranya anda mempunyai kad kredit di mana anda membayar faedah 14 peratus sebulan, maka anda patut mencari jalan menyelesaikan pembayaran tersebut sebelum anda bercita-cita hendak memulakan karier trading anda. 

Tambah Ilmu Forex Anda dan Lakukan Trade Dengan Bertanggunjawab

Katakan anda telah menentukan matlamat kewangan anda, menyimpan  wang ke dalam pelaburan jangka panjang yang agak selamat, menyiapkan dana kecemasan, melunaskan hutang kad kredit, dan sekarang anda masih mempunyai sedikit wang tambahan untuk melabur dalam aplikasi perdagangan mudah alih. 

Apakah cara yang bertanggungjawab untuk memulakan?

Pertama sekali, anda harus tahu bahawa dengan hanya memasukkan wang ke dalam akaun trading, terdapat kemungkinan bahawa anda akan kehilangan duit tersebut.

Kedua anda harus lakukan penyelidikan dan pembacaan. Jangan terus melompat ke pasaran saham hanya kerana anda melihat dan membaca seseorang mengesyorkannya di Twitter, Reddit atau YouTube. 

Pakar forex mengesyorkan untuk mengehadkan potensi kerugian anda dengan berdagang tidak lebih dari 5 hingga 10 peratus daripada jumlah wang yang boleh anda laburkan. Pakar juga mendorong para pelabur untuk melakukan perkara-perkara yang penting dulu seperti mendalami bidang forex sebelum mereka mula melakukan trade. .

Jangan perlakukan pasaran saham seperti kasino. Apabila anda membeli saham, anda melabur di syarikat tertentu. Gunakannya sebagai peluang untuk belajar.

Perkara Lain Yang Harus Dipertimbangkan

Terdapat begitu banyak maklumat yang tersedia dengan telefon pintar di tangan anda. Anda dapat melihat bagaimana indikator digunakan, bila waktu yang sesuai untuk membuka atau menutup trade, belajar tentang asas perdagangan , melihat cara trader lain melakukan trade dan cara mereka menangani risiko. 

Setelah mempersiapkan diri anda secara mental dan fizikal, anda kini  sudah boleh memulakan trade anda. Walaubagaimanapun , bertindaklah dengan bijak dan mulakan di akaun demo terlebih dahulu. 

Satu lagi, jangan masukkan semua telur anda ke dalam satu bakul dan berharap untuk menjadi cepat kaya. Pelbagaikan aset dan industri anda. Gunakan strategi berbeza untuk pasaran dan aset yang berbeza. Lakukan kajian pasaran terlelbih dulu. 

Namun begitu, walaupun dengan perancangan yang hebat, masih ada kemungkinan anda akan kehilangan wang perdagangan anda – tetapi itu bukanlah satu perkara yang teruk. 

Untuk menjadi seorang yang pakar dalam berdagang adalah perlu bersedia dan tahu cara untuk menangani kerugian.

Apabila anda melakukan trade anda sendiri, anda akan belajar banyak perkara walaupun dengan cara yang sukar. Pelajaran terbaik datang dari kerugian. Ia membuatkan anda memahami risiko yang diperlukan untuk mendapatkan keuntungan.

Akhir Kata

Memang benar bahawa kebanyakan trader Forex kecil-kecilan akan kehilangan wang dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar mereka yang berjaya menjana keuntungan. 

Harus diingat, tidak ada penjudi yang dapat menjana wang dalam jangka masa panjang, kecuali pemain poker profesional. Tetapi forex bukanlah judi atau casino. Ia sebenarnya permainan  strategi dan pengurusan wang berdasarkan model matematik, sama seperti yang dilakukan oleh trader Forex profesional. 

Terdapat ramai trader Forex profesional yang menghasilkan wang setiap tahun selama bertahun-tahun, tetapi tidak ada pemain mesin slot profesional yang dapat melakukan perkara yang sama.

Kunci untuk mengelakkan diri menjadi penjudi Forex adalah dengan mempelajari pelbagai strategi perdagangan, mengujinya kembali selama bertahun-tahun dari data harga terdahulu dan mengetahui apa yang berkesan dan yang tidak – dan cuba memahami mengapa. 

Dengan menerapkan nasihat-nasihat dari pakar forex tersebut, kami berharap anda akan lebih berhati-hati dan waspada semasa melakukan trade di telefon pintar anda.

Categories: Halaman Utama
Admin_as:

View Comments (2)

  • Penipu cenderung untuk sentiasa mempunyai cerita latar belakang yang baik untuk memberitahu anda supaya anda melabur dalam platform mereka. Saya kehilangan lebih $87k kepada TradexFX untuk membantu saya melabur dalam Bitcoin dan saya telah ditipu. Tetapi saya menghubungi Lallroyal .org selepas menonton testimoni mereka di youtube. Selepas banyak penyiasatan yang dijalankan oleh Lallroyal Recovery, wang saya yang hilang telah dilaburkan dan jangkaan keuntungan saya untuk pelaburan telah diperoleh kembali kepada saya.

  • Saya telah ditipu sebanyak $150,000 oleh sekumpulan penipu dalam talian, saya sangat kecewa dan ingin menamatkan hidup saya, tetapi nasib baik seorang rakan saya memperkenalkan saya kepada pasukan penyiasat penipuan ini, "(Pakar Pemulihan Dana Global)" dan mereka membantu saya dapatkan kembali wang saya. Saya tidak percaya pada mulanya, ia seperti satu keajaiban. Mereka memulangkan semua wang saya kembali kepada saya dalam tempoh yang sangat singkat. Semuanya terima kasih kepada rakan baik saya yang memperkenalkan saya kepada pasukan penyiasat penipuan ini. Saya kembali menjadi wanita yang bahagia. Anda boleh mencubanya jika anda pernah ditipu sebelum ini. Mereka akan membantu anda mendapatkan semula wang anda. Ini ialah tapak web mereka (w w w. gfrexperts . com)

Related Post