27.11.2018 Halaman Utama 0

Siapakah yang mencipta ADX?

Salah satu konsep asas analisis teknikal adalah trend. Hari ini, Juruanalisis Olymptrade akan menerangkan penunjuk hebat ini yang membantu pedagang memahami kekuatan sebuah trend. J. Welles Wilder Jr. adalah seorang bekas jurutera warga Amerika dan pemaju hartanah yang mentransformasi analisis perdagangan dengan penggunaan sistem matematik untuk pelaburan. Selain membangunkan ADX, Wilder juga bertanggungjawab untuk beberapa penunjuk analisis teknikal yang kerap digunakan termasuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI), Parabolic SAR dan Average True Range. Beliau adalah penulis “Konsep Baru dalam Sistem Perdagangan” terbitan tahun 1978. Ia kekal sebagai salah satu buku asasi perdagangan yang disyorkan oleh ramai pelabur dan pedagang di seluruh dunia.

Apa itu ADX?

Indeks Arah Purata digunakan dengan Penunjuk Arah Negatif (-DI) dan Penunjuk Arah Positif (+D1), ia adalah penunjuk kekuatan momentum. ADX membantu pelabur menganalisis kekuatan trend. Trend kuat berlaku apabila ADX melebihi 25 dan trend lemah pula semasa ADX kurang daripada 20. Sila lihat imej yang disediakan oleh juruanalisis Olymptrade yang menerangkan penunjuk ini.

Indeks Arah Purata (ADX) Petua hidup Olymptrade

Penunjuk Arah Positif (+DI) dan Penunjuk Arah Negatif (-DI) berasal purata yang diratakan daripada perbezaan ini dan mengukur arah trend. ADX berasal daripada purata yang diratakan daripada perbezaan antara +DI dan -DI dan mengukur kekuatan trend tidak kira arahnya. Secara lazim, pergerakan menaik berlaku apabila +DI melebihi -DI, manakala trend menurun berlaku apabila -DI adalah lebih tinggi. Anda boleh melihat garisan kuning (-DI) melebihi garisan biru (+DI) dalam gambar di bawah yang mengesahkan trend menaik.

Arah Trend dan Lintasan

Isyarat beli berlaku apabila +DI melintas di atas -DI. Isyarat beli diperkukuhkan apabila ADX (garisan merah) menaik, maka mengesahkan kekuatan trend. Sebaliknya, isyarat jual dicetuskan apabila -DI melintas di atas +DI dan ADX juga menaik. Mari kita lihat imej oleh juruanalisis Olymptrade yang menunjukkan isyarat beli.

Indeks Arah Purata (ADX) Petua hidup Olymptrade

Oleh kerana garisan ADX mengukur kekuatan trend, ADX yang menurun bermaksud bahawa trend sedang kehilangan kekuatan atau berbalik dan ADX rata menunjukkan julat sisi. Imej di bawah menunjukkan detik apabila ADX adalah rendah dan trend adalah rate dan apabila ADX mula menaik pada permulaan trend menurun yang baru.

Indeks Arah Purata (ADX) Petua hidup Olymptrade

Akhir sekali, perhitungan penunjuk ini adalah rumit, tetapi tafsiran penunjuk pula adalah mudah. Tambahan pula, lintasan +DI dan -DI berlaku dengan kerap dan bermakna pedagang harus ingat untuk menapis isyarat palsu. Satu kelebihan penunjuk ADX ini adalah keupayaan pedagang menggunakannya untuk mana-mana tempoh. Juruanalisis Olymptrade mengucapkan semoga berjaya di pasaran!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...