X

Apa kaitan kadar tukaran wang dengan harga saham?

Sekilas Info Tentang Pengaruh Tukaran Wang Dan Harga Saham

Pasaran forex dan pasaran saham ialah dua daripada pasaran kewangan yang paling banyak didagangkan di dunia. Jadi sudah menjadi satu perkara biasa bagi trader untuk mencari korelasi antara dua pasaran tersebut. Korelasi tersebut sedikit sebanyak mungkin membantu mereka meramalkan pergerakan harga masa hadapan. Terdapat beberapa kesimpulan telah dibuat ke atas pasaran mana yang lebih penting: adakah pasaran saham yang mempengaruhi kadar tukaran wang asing ? Atau adakah pasaran forex mempengaruhi harga saham? Jom kita check.

Apakah kesan pasaran saham terhadap kadar tukaran wang?

Apa kesan pasaran saham terhadap kadar tukaran wang asing? Teori asasnya ialah apabila pasaran saham domestik meningkat, ia memberi keyakinan kepada pelabur bahawa ekonomi negara tersebut turut meningkat.  Situasi ini sekaligus membawa kepada peningkatan minat daripada pelabur asing serta permintaan terhadap mata wang domestik. 

Sebaliknya, jika pasaran saham berprestasi rendah, keyakinan menjadi goyah dan pelabur asing membawa dana mereka kembali kepada mata wang mereka sendiri.

Contoh kesan pasaran saham terhadap kadar tukaran wang asing

Terdapat banyak contoh di serata dunia dia mana apabila prestasi bursa saham sesebuah negara itu bermasalah , ia secara tidak langsung memberi kesan kepada harga pasangan mata wang negara terbabit. Kita ambil contoh negara Jepun. Bursa saham Nikkei di Jepun sejak dulu lagi telah dipasangkan secara berlawanan dengan USD iaitu USD/JPY. Ini bermakna, jika bursa saham Nikkei menunjukkan peningkatan , ia membawa kepada pengukuhan nilai Yen berbanding dengan Dollar. Ini kerana pelabur melihat situasi sedemikian sebagai petanda bahawa ekonomi Jepun sedang mendapat momentum. Kerana ekonominya yang sedang berkembang,  pelabur akan segera mengeluarkan wang mereka daripada Dolar AS untuk dimasukkan semula ke dalam Yen Jepun. Kenaikan harga yen akan menyebabkan pasangan USD/JPY menurun apabila dolar melemah berbanding yen.

Ramai trader forex mula melihat indeks Nikkei sebagai penunjuk untuk masa depan pasangan USD/JPY. Mereka membeli USD/JPY apabila ekonomi Jepun kelihatan lemah dan menjual USD/JPY apabila pasaran saham Jepun menunjukkan tanda-tanda kekuatan.

Korelasi pasangan mata wang berubah

Walau bagaimanapun, walaupun pun keadaaan ini nampak seperti normal dan straight forward tetapi pada hakikatnya hubungan antara Nikkei dan USD/JPY adalah lebih rumit. Semua ini berlaku apabila krisis kewangan global 2008 melanda pasaran dunia. Korelasi pasangan ini berubah sepenuhnya di mana ia bertukar menjadi positif, dengan pasaran saham bergerak ke arah yang sama dengan pasangan mata wang. Perubahan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh perubahan dalam sentimen pasaran, kerana pelabur mula melihat yen dengan lebih positif selepas krisis.

Contoh yang satu ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak ada sains yang sempurna untuk hubungan antara saham dan forex. Tetapi ini tidak bermakna bahawa tidak ada hubungan langsung antara kedua-dua pasaran tersebut. Atau hubungan keduanya sudah tidak berguna. Ia hanya menunjukkan bahawa penting bagi trader untuk melihat pelbagai jenis penunjuk yang lain sebelum memutuskan cara untuk melabur atau membuka posisi.

Apakah kesan kadar tukaran wang asing terhadap pasaran saham?

Satu penerangan yang tepat tentang hubungan antara kadar tukaran wang asing dengan harga saham ialah ‘pendekatan keseimbangan portfolio’. Di mana ia membawa maksud, segala sebab musabab bermula dari pasaran forex ke pasaran saham. Ia berdasarkan idea bahawa nilai pasaran saham boleh terjejas dengan ketara disebabkan oleh kesihatan mata wang negara terbabit. 

Teori tersebut mencadangkan bahawa apabila mata wang negara menjadi lemah, barangan eksportnya menjadi lebih murah di peringkat antarabangsa. Keadaan tersebut secara tidak langsung boleh membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Sekaligus membawa kepada potensi peningkatan keuntungan bagi syarikat yang pendapatannya berasaskan eksport.

Contoh kesan kadar tukaran wang terhadap pasaran saham

Contoh popular korelasi antara forex dan saham ialah indeks saham FTSE 100 dan pound sterling British. Indeks ini dipengaruhi oleh arah mata wang negara tersebut kerana terdapat banyak syarikat yang tersenarai mempunyai operasi antarabangsa.  Kerana operasi antarabangsa mereka,  sebahagian besar keuntungan syarikat dibuat dalam dolar AS atau mata wang lain. Jadi jika nilai sterling lemah maka pendapatan dolar lebih bernilai dan FTSE 100 berkemungkinan meningkat apabila syarikat dalam indeks menjadi lebih berharga.

Walau bagaimanapun, barang perlu diingat bahawa pasaran forex adalah sangat tidak menentu. Jadi impak dari pergerakkannya ke atas pasaran saham selalunya agak lewat. Selain itu, sehingga syarikat mengeluarkan laporan pendapatannya, kita tidak dapat memahami sepenuhnya sejauh mana pergerakan kadar tukaran mata wang telah memberi kesan kepada operasi dan harga saham mereka. 

Jadi secara ringkas, boleh kita katakan bahawa walaupun korelasi antara kadar pertukaran mata wang dan pasaran saham memang wujud, tetapi agak sukar untuk kita gunakan sebagai penunjuk dalam menentukan pergerakan harga saham.

Cara memanfaatkan hubungan antara kadar tukaran wang asing dan saham?

Ada beberapa contoh ketara di mana kita boleh melihat  secara jelas bagaimana pasaran saham dan pasaran forex berinteraksi.  Dua contoh yang boleh kita gunakan ialah Brexit dan kesihatan ekonomi pasaran baru muncul (Emerging Markets)

Bagaimanakah Brexit memberi kesan kepada paun dan pasaran saham UK?

Selepas United Kingdom (UK) memutuskan untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada 23 Jun 2016, pound British jatuh serta-merta. Mata wang yang merosot ini secara tidak langsung telah menaikkan harga saham syarikat-syarikat besar yang tersenarai di UK tetapi beroperasi di pasaran global, seperti GlaxoSmithKline. 

Memandangkan syarikat-syarikat ini menjana sejumlah besar keuntungan mereka di luar negara, dengan kejatuhan nilai mata wang pound , ia memberi maksud keuntungan syarikat-syarikat tersebut meningkat apabila ditukar kepada sterling. 

Kenaikkan dari segi pendapatan syarikat yang telah dihasilkan menyebabkan harga saham mereka meningkat. Sebagai contoh, saham GlaxoSmithKline telah didagangkan pada kira-kira £1387 seminggu sebelum undian Brexit dibuat, dan kemudiannya mencecah paras tertinggi £1709 pada bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, apabila kekecohan Brexit mereda, banyak syarikat yang sama mula menyaksikan harga saham mereka menurun. Ini kerana kejatuhan pound telah meningkatkan inflasi. Kerana peningkatan inflasi, pengguna dihimpit dengan harga barangan yang lebih tinggi. Dan kerana harga semakin tinggi, pengguna mula berbelanja lebih sedikit dan sekaligus membawa kepada kejatuhan pendapatan syarikat-syarikat berkenaan. 

Untuk contoh di atas, apa yang menariknya, menjelang akhir 2017 harga saham GlaxoSmithKline telah kembali ke paras sebelum Brexit iaitu sebanyak £1380.

Apakah Impak EM kepada harga saham dan kadar tukaran wang asing

Apabila kita cuba untuk mengaitkan antara Emerging Markets dengan pasaran forex dan pasaran saham , kaitannya sebenarnya lebih mudah untuk difahami. Ini kerana dollar terus menjadi salah satu faktor terpenting dalam sistem kewangan Emerging Markets. 

Kesihatan pasaran saham EM berkait rapat dengan kekayaan dolar AS. Ini disebabkan oleh sesuatu yang dipanggil ‘capital flight’. Ia adalah keadaan apabila modal mengalir keluar dari EM dan kembali ke AS. Dan juga disebabkan oleh pergantungan EM pada eksport komoditi, yang sememangnya didominasi oleh dolar Amerika.

Secara umumnya, dolar yang kukuh cenderung untuk menyebabkan harga saham menjadi lebih rendah dalam pasaran EM. Ini kerana apabila dolar meningkat, semua yang didenominasikan dalam mata wang EM menjadi lebih murah, termasuk saham domestik.

Walau bagaimanapun, apabila mata wang EM jatuh nilainya berbanding dolar, kos import akan meningkat. Ini akan memberi kesan besar kepada syarikat yang bergantung pada import untuk bahan yang diperlukan dan mungkin memberi kesan kepada harga saham mereka.

Kesimpulan: Hubungan antara kadar tukaran wang dan saham

Walaupun tiada kaitan yang betul-betul padu di antara kadar tukaran wang asing dan saham yang dapat dibuktikan, masih terdapat banyak korelasi yang telah menarik minat para trader selama ini. Oleh kerana kedua-dua pasaran mempunyai peranan penting dalam aktiviti pasaran dunia, terdapat kemungkinan besar yang ahli akademik dan penganalisis pasaran akan terus mencuba dan memahami hubungan antara kadar pertukaran dan harga saham.

Walaupun melalui contoh khusus (seperti yang dibicarakan di atas) boleh menjadi cara terbaik untuk melihat bagaimana kedua-dua pasaran ini berinteraksi, adalah penting untuk diingat bahawa tiada jaminan corak yang sama akan berulang dari semasa ke semasa. 

Menggunakan hanya satu data, terutamanya yang terdedah kepada perubahan (seperti hubungan antara forex dan saham), boleh menjadi sangat berisiko. Trader dan pelabur harus mempertimbangkan penggunaan penunjuk-penunjuk lain apabila mereka membuat keputusan tentang perkara yang hendak didagangkan. Atau apabila ingin membuka posisi. Keadaan pasaran forex boleh menjadi faktor yang menarik untuk dipertimbangkan dan dipantau apabila mahu bermain saham.  Tetapi menggunakan petunjuk itu saja tidak mencukupi untuk memberikan penilaian yang tepat terhadap pergerakan pasaran. Dan begitulah juga sebaliknya.

Categories: Halaman Utama
Admin_as:

View Comments (4)

  • Jika awak seorang pedagang penuh masa, olymp trade adalah broker sempurna. Saya ikuti blog untuk memastikan saya sentiasa ikuti perkembangan terkini sebagai pedagang dan juga memberi saya pandangan mendalam tentang pasaran dan idea perdagangan. Saya sentiasa belajar sesuatu yang baru dari blog dan sudah lama berdagang, saya bukan orang baru di pasaran ini. Saya sedang cuba memahami hubungan antara kadar pertukaran dan saham dan artikel ini membantu saya dengan itu.

  • Bukan sahaja pasaran saham, tetapi banyak aset mempunyai perkadaran langsung dengan perkaitan tinggi dengan kadar FX jika ia mempunyai pendedahan serupa kepada varian sama.Olymp Trade mempunyai pelbagai aset yang berkaitan secara makroekonomi dengan satu sama lain seperti indeks dan pasangan forex, jadi awak boleh hasilkan duit dengan memperdagangkannya menggunakan strategi ini.

  • artikel olymp trade ini sangat menarik! saya tak pernah terfikir yang ada hubung kait langsung antara kadar tukaran mata wang dan harga saham.

  • Sebagai pedagang yang menggunakan Olymp Trade, tetapi tidak memperdagangkan saham, artikel ini menyediakan wawasan yang berguna tentang hubungan antara pasaran saham dan forex. Ia menarik untuk melihat perubahan dalam satu pasaran yang boleh mempengaruhi pasaran lain. Walaupun hubungan antara dua ini tidak sentiasa jelas, saya belajar ia penting untuk mempertimbangkan kedua-dua pasaran ini semasa membuat keputusan ini. Saham CFD tersedia dengan pasangan Forex, jadi saya pernah melihat hubungan antaranya dan bagaimana ia mempengaruhi satu sama lain.

Related Post