07.05.2018 Olymp Trade 0

Malaysia melaksanakan usaha mengagumkan dalam mentransformasi pasaran kiriman wang, sekali gus menjadi contoh terbaik kepada negara lain untuk diikuti, kata Bank Dunia.

Pengarah Kanan, Kewangan, Amalan Global Daya Saing dan Inovasi Bank Dunia, Ceyla Pazarbasioglu, berkata Malaysia melaksanakan beberapa siri transformasi yang memperlihatkan pasaran kiriman wang di negara ini lebih telus dan berkesan.

Beliau berkata, antara langkah yang diambil Malaysia termasuk memperkenalkan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dan terkini memperkenalkan garis panduan Kenali Pelanggan  Anda menerusi platform digital (e-KYC).

Katanya, pengenalan e-KYC itu memudahkan usaha ketekunan wajar dan menggalakkan inovasi bagi perkhidmatan penghantaran wang.

“Malaysia melaksanakan banyak usaha dari segi peraturan, perundangan dan menggunakan garis panduan e-KYC bagi memastikan pengguna membuat kiriman wang dalam kos yang lebih rendah.

“Justeru, Malaysia mempunyai banyak (pengalaman) untuk dikongsi dengan negara lain dan adalah bertetapan menjadi hos forum ini,” katanya.

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...