05.08.2020 Halaman Utama 0

Strategi Wang untuk Membantu Anda Kekal Untung

Senarai petua pengurusan wang ini akan membantu memastikan anda mendapat keuntungan semasa membuat dagangan. Bergabung dengan strategi perdagangan yang bijak, panduan ini ialah alat yang berkuasa dalam mencapai matlamat perdagangan dan kewangan anda.

Membuat dagangan yang menguntungkan adalah penting tetapi jika anda tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membuat dagangan, apa gunanya? Salah satu perkara paling biasa tetapi mengecewakan yang saya lihat daripada pedagang baharu yang mempunyai harapan adalah apabila mereka membazirkan modal pelaburan mereka akibat pengurusan wang yang teruk.

Meskipun sering membuat dagangan yang menguntungkan, banyak pelabur tidak menggariskan strategi pengurusan wang yang akan membantu memastikan mereka kekal untung walaupun ketika beberapa dagangan menjadi teruk.

Perkara lain yang saya sentiasa ingin tegaskan ialah pedagang profesional di tahap tertinggi juga membuat dagangan yang teruk. Perbezaannya ialah dagangan teruk tersebut tidak melumpuhkan sumber modal mereka dan mereka menebus kerugian dengan cepat dan cekap.

Untuk memerangi masalah ini dengan beberapa penyelesaian kukuh, saya telah menghimpunkan beberapa sistem pengurusan wang yang kuat dan sudah teruji. Sekiranya anda menggabungkan walaupun satu daripadanya dengan strategi perdagangan yang kukuh, yang memberi anda 60% pemenang atau lebih baik, anda akan mula melihat akaun dagangan anda berkembang dengan banyak.

Berikut ialah 3 strategi pengurusan wang yang saya sangat syorkan. Saya pernah menggunakan setiap daripadanya atau sedang menggunakannya sekarang bergantung pada strategi perdagangan yang saya gunakan pada masa ini. Bagi pelabur kecil, pilih 1 yang paling sesuai dengan gaya perdagangan dan saiz pelaburan anda.

 

Pengurusan Wang Secara Martingle

sharon-mccutcheon--8a5eJ1-mmQ-unsplashMartingle mungkin merupakan strategi pengurusan wang yang paling terkenal dalam industri perdagangan dan ia digunakan oleh syarikat pelaburan besar serta pelabur daripada pelbagai saiz. Ia merupakan kaedah untuk menguruskan modal pelaburan yang teruji masa.

Konsep asas martingle adalah pertamanya, menentukan jumlah wang yang akan digunakan dalam setiap dagangan yang anda buka. Ini boleh merupakan peratusan daripada jumlah akaun anda atau cuma amaun rata berdasarkan toleransi risiko anda.

Sebaik sahaja anda mula berdagang, anda tidak dapat mengelak daripada mengalami dagangan teruk yang merugikan wang. Ia mungkin merupakan kerugian seluruh jumlah dagangan anda yang hanya merupakan sebahagian kecil daripada jumlah baki anda.

Kunci martingel adalah untuk mengikuti dagangan yang rugi dengan membuka dagangan dengan menggandakan jumlah dagangan rugi sebelumnya. Idea di sini adalah sekiranya anda kerugian wang pada dagangan pertama (walaupun jumlah penuh), anda akan mendapat semula jumlah tersebut dengan segera dalam dagangan seterusnya.

Mudah sahaja. Namun demikian, bagaimana pula jika anda mengalami kerugian beberapa dagangan secara berturut-turut? Ini merupakan rukun teras martingel – anda tidak mungkin akan kerugian begitu banyak dagangan secara berturut-turut sehingga habis semua pelaburan anda.

Oleh itu, terus gandakan jumlah dagangan anda sehingga anda mendapat dagangan yang berjaya dan kemudian kembali semula kepada jumlah asal anda dan mula semula. Sekiranya anda menggunakan Fixed Time Trades di platform seperti Olymp Trade, kaedah ini adalah optimum kerana jumlah keuntungan atau kerugian adalah tetap.

Namun begitu, martingel boleh digunakan dengan hampir apa-apa jenis instrumen dagangan pasaran dan sangat terkenal dengan pedagang sehari dan penjual semula.

 

Jumlah Tetap

Strategi Jumlah Tetap adalah agak mudah dan intuitif. Kunci kepada strategi ini adalah untuk menentukan “jumlah tetap” wang yang betul untuk diperuntukkan bagi setiap dagangan.  Ia juga digunakan untuk memutuskan masa dan sama ada anda perlu menyelaraskan jumlah ini. Jumlah selalunya merupakan peratusan daripada baki akaun mereka.

Kebanyakan pedagang yang berjaya menetapkan jumlah bagi setiap dagangan dengan peratusan daripada baki akaun mereka dan ini biasanya antara 5%.  5% bergantung pada saiz pelaburan mereka serta bilangan kedudukan aktif yang dimiliki oleh mereka pada satu-satu masa yang selalunya ditentukan melalui strategi perdagangan mereka.

Kunci kepada strategi pengurusan wang ini adalah untuk memberi anda kekonsistenan dalam hasil anda. Ia menjadikan pembukaan dagangan cepat dan mudah kerana anda tidak perlu menganalisis perkara yang berlaku dalam dagangan terakhir anda seperti dalam Martingel.

Tambahan pula, ia membenarkan anda membuka pelbagai kedudukan pada satu masa yang sesuai dengan strategi perdagangan anda. Sebagai contoh, walaupun anda menetapkan jumlah pada 5%, anda masih boleh memiliki 20 kedudukan terbuka pada bila-bila masa dan itu merupakan kadar fleksibiliti yang sesuai.

Anda amat disyorkan agar tidak melebihi 5% daripada akaun anda kerana ia akan menyekat keupayaan anda untuk bereaksi terhadap peluang perdagangan yang mungkin timbul semasa anda menganalisis pasaran. Sekiranya terlalu banyak modal anda terikat dalam dagangan lain, anda mungkin terlepas peluang keemasan di tempat lain.

 

Penyelarasan Dagangan

Satu lagi perkara untuk dipertimbangkan dalam strategi Jumlah Tetap ialah masa untuk menyelaraskan peratusan setiap dagangan. Sesetengah pedagang akan menyelaraskan peratusan ini secara bulanan berdasarkan keuntungan mereka. Tetapi ramai pelabur berpengalaman yang merancang sekurang-kurangnya separuh daripada keuntungan mereka setiap bulan untuk diletakkan dalam instrumen pelaburan yang lain. Atau ia digunakan untuk dibelanjakan.

Oleh itu, anda boleh menyelaraskan peratusan setiap dagangan atau anda boleh cuma menyelaraskan jumlah berdasarkan saiz akaun anda yang meningkat.

Sebagai contoh, anda berdagang secara aktif selama 1 bulan pada baki sebanyak $1,000 dan memberikan pulangan sebanyak 15% bagi usaha anda. Anda kini mempunyai $1,150 dalam akaun anda. Jika jumlah tetap setiap dagangan anda ialah $25 (2.5%), anda boleh memilih untuk meningkatkannya kepada $29 (2.5%).

Jika anda terus melakukan ini tanpa mengeluarkan dana, anda akan mendapat keuntungan daripada pengkompaunan dan selepas setahun anda akan melihat hasil besar jika anda mengekalkan pulangan 15% pada dagangan anda. Mengikuti rancangan pengkompaunan ini akan meningkatkan baki anda melebih $5,000 dalam masa 12 bulan sahaja.

Adakah 15% merupakan pulangan yang munasabah? Sememangnya munasabah sekiranya anda memenangi 60% daripada dagangan anda pada $25 (2.5%), mencapai tahap 15% tidak sukar langsung apabila anda menggunakan peralatan Stop Loss, Take Profit dan Trailing Stop Loss seperti yang ditawarkan pada Olymp Trade.

 

Lapisan

Lapisan berfungsi agak serupa seperti Jumlah Tetap. Walaubagaimanapun ia menggunakan sistem untuk memasuki kedudukan baharu dalam pasaran yang mengurangkan risiko anda. Ini terutamanya benar jika anda suka berdagang pembalikan trend dan sangat percaya dalam menggunakan garisan Sokongan dan Rintangan sebagai tolok untuk membuka dagangan.

Sekiranya anda belum menerokai cara untuk menjana wang yang besar menggunakan corak Sokongan dan Rintangan, baca artikel saya tentang topik ini di sini. Berbaloi untuk dibaca.

Ini ialah contoh ringkas tentang cara melapis dagangan anda boleh berfungsi pada pembalikan sokongan.

OT Blog Money Mgmt 1

 

Di atas, anda akan melihat carta emas 1 hari dari akhir bulan September dan awal bulan Oktober 2019 sebelum semua isu berkenaan COVID-19, kuarantin, dll. Daripada garisan merah jambu anda boleh melihat bahawa tahap 1500 merupakan tahap sokongan yang kuat.

Anak panah merah menunjukkan kedudukan harga menurun di bawah sokongan. Tetapi ia mencapai semula 1500 setiap kali hingga pertengahan bulan Oktober apabila ia kekal di bawah selama dua minggu.

Beralih ke bulan Mac 2020 dan harga sekali lagi mendekati 1500. Dengan menunggunya untuk jatuh di bawah 1500 (kawasan kuning dalam carta di bawah), terdapat peluang yang baik untuk melapis kedudukan demi mengambil keuntungan daripada “lantunan” semula di atas 1500.

OT Blog Money Mgmt 2

Dalam carta 1 jam ini dari bulan Mac, 5 anak panah merah yang pertama menunjukkan tempat untuk membuka dagangan. Daripada menggunakan semua modal anda dan cuba mencari tempat yang terbaik, lebih baik membuka kedudukan Beli. Iaitu di setiap anak panah merah sepanjang jangka masa 5 jam. Terdapat sekali, harga melebihi ambang 1500 (hijau).

Senario ini berulang lagi keesokan hari dan membenarkan kita melapis ketika harga menurun dan menjual apabila ia mencapai zon hijau. Semua yang melebihi 1500 merupakan keuntungan bagi setiap dagangan ini. Sebahagiannya akan menjadi pemenang yang lebih besar berbanding yang lain. Tetapi ia mengelakkan anda daripada kerugian semua modal jika anda salah dengan membahaginya kepada 5 kedudukan.

 

Memaksimumkan Pelaburan Anda dengan Pengurusan Wang

 Dengan menggunakan satu atau semua strategi pengurusan wang ini, anda bukan sahaja menjadi pedagang yang lebih menguntungkan, tetapi juga akan menjadi pedagang yang lebih berdisiplin. Anda tidak boleh kekal dalam permainan jika anda menghabiskan modal anda dalam beberapa dagangan yang teruk.

Menggunakan taktik ini secara konsisten akan memanjangkan masa perdagangan anda, tidak seperti ramai pemain baharu yang saya lihat “bermain besar” DAN “kalah teruk” dengan cepat.

Semua strategi ini yang saya gunakan dan galakkan disokong dengan kandungan dan peralatan tambahan di platform Olymp Trade Anda akan ketinggalan sekiranya anda masih belum menjadi salah seorang pelanggan mereka (bagaimana ini boleh berlaku?)

Mereka juga mempunyai strategi pengurusan wang tambahan yang digariskan di laman web yang saya tidak bincangkan di sini. Oleh itu, anda harus membuka akaun sekarang juga. Berikut ialah beberapa sebab untuk bekerja dengan mereka:

 

  • Tiada yuran/komisen pada deposit dan pengeluaran
  • Dagangan $1 dan hanya $10 deposit minimum untuk bermula
  • Akaun Demo Percuma dengan $10,000 dalam mata wang maya
  • Peralatan dagangan profesional percuma termasuk Stop Loss/Take Profit dan Trailing Stop Loss yang merupakan instrumen membina kekayaan yang sangat berkuasa
  • Tutorial, webinar bahkan rundingan peribadi dengan pakar untuk menjawab apa-apa soalan dalam lebih dua belas bahasa secara percuma.

 

Ia sangat mudah sehingga Nenek anda boleh menggunakannya. Sudah tiba masanya anda menggunakan strategi ini dan bergerak menuju ke matlamat kewangan anda.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...