X

Olymp Trade App : Penyelesaian Terbaik Untuk Trader Kecil

Sekilas Tentang Olymp Trade App

Orang yang bijak pernah berkata bahawa jika wang anda tidak bekerja untuk anda, maka anda hanya bekerja untuk wang. Tapi nasib baik lah, terdapat pelbagai cara yang tersedia untuk melaburkan wang anda dengan tahap risiko yang berbeza-beza seperti Olymp Trade app. Jadi serba sedikit ia membantu untuk menjadikan wang anda bekerja untuk tuannya.

Sebagai trader kecil, anda mungkin bergelut seperti kebanyakan trader lain untuk mencari platform yang berkualiti tinggi. Bukan itu saja broker tersebut haruslah reliable kerana anda ingin melabur wang hasil titik peluh anda dengan secara menguntungkan. Dengan semua platform dagangan di luar sana, membuat keputusan yang mana satu untuk digunakan boleh menjadi sukar. Walau bagaimanapun, Olymp Trade telah mencipta satu platform hebat yang dapat menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh trader cuba  kecil apabila memasuki pasaran trading.

Berikut ialah pecahan perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih broker atau app untuk berdagang forex apabila anda ingin melabur. 

Pelbagai Aset Untuk Diperdagangkan

Banyak broker dan stock exchange yang menawarkan kepelbagaian aset yang terhad kepada pelanggan mereka. Oleh sebab yang demikian, trader juga mempunyai pilihan yang terhad dari segi pasaran yang dapat mereka dagangkan. Sama ada mereka bertahan dengan aset yang sedikit atau mereka perlu membuka bermacam-macam akaun pembrokeran lain hanya untuk dapat mengakses lebih banyak asset. Bagi trader kecil, pilihan kedua tersebut adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Di sini lah Olymp Trade App diperlukan. Ia dapat menyelesaikan masalah ini dengan menawarkan pelbagai jenis aset daripada pelbagai pasaran. Senarai itu terlalu panjang untuk kami namakan kesemuanya. Tetapi berikut ialah antara beberapa aset yang popular yang disediakan di Olymp Trade App:

  • Komoditi
  • Pasangan Mata Wang seperti Euro berbanding Dolar A.S
  • Mata Wang Kripto (Bitcoin, Ethereum dan banyak lagi)
  • Dana Dagangan Pertukaran (ETF) seperti Hartanah A.S.

Walau apa pun minat atau kepakaran anda, Olymp Trade memberi anda peluang untuk memulakan perdagangan di mana-mana pasaran yang anda minati dan selesa.

Kemasukan dan Pengeluaran Dana

Salah satu aspek yang paling penting untuk semua pelabur ialah kemudahan untuk membuat deposit serta mengeluarkan dana melalui broker. Fitur ini sepertinya ciri yang terpenting terutamanya untuk trader yang mempunyai jumlah wang yang terhad di tangan mereka.

Olymp Trade App telah menggabungkan pelbagai cara untuk membuat deposit dan withdrawal dana ke akaun pembrokeran mereka termasuk lah melalui Visa, Mastercard, Fasapay dan Skrill. Anda juga boleh membuat deposit dengan menggunakan Bitcoin. Jika diikutkan sebenarnya hampir tiada masa menunggu semasa proses deposit atau pengeluaran tersebut berlangsung.  Seusai proses tersebut berlaku, anda akan terus mendapat akses kepada dana anda. Dan yang bagusnya tiada langsung komisen semasa deposit atau withdrawal tersebut.

Tonton video di bawah untuk melihat cara melakukan deposit melalui Maybank2u dan RHB

Cara Deposit Olymp Trade Melalui Maybank2u

Cara Deposit Olymp Trade Melalui RHB Online Banking

Nisbah Risiko/Keuntungan

Semua pelaburan tertakluk kepada risiko.  Forex, Komoditi, dan Dana Dagangan Bursa (ETF) tidak terkecuali. Trader baharu dengan pengalaman terhad sememangnya amat terdedah kepada perubahan dalam keadaan pasaran tetapi Olymp Trade App membantu mengurangkan risiko tersebut dengan ketara dengan built-in sistem pada platform mereka.

Salah satu aspek terbaik Olymp Trade App ialah ciri leverage dan pengganda. Lazimnya, trader boleh menggunakan leveraj untuk meningkatkan nilai perdagangan. Tetapi risikonya mereka seperti berada di hujung mata kail jika trade yang menggunakan leveraj tersebut mengalami kerugian.

Dengan sistem di Olymp Trade app, pelabur hanya bertanggungjawab terhadap kepentingan peribadi mereka sahaja Manakala Olymp Trade yang mengambil risiko dengan jumlah leverage yang anda ambil. Ini adalah salah satu bahagian terbaik app ini kerana ia membolehkan pelabur melipatgandakan keuntungan pada dagangan yang baik dan meminimumkan kerugian trader apabila mereka membuat trade yang buruk.

Contoh Penggunaan Leverage

Untuk dagangan FOREX, Olymp Trade mendarabkan dagangan anda dengan nilai 10. Di mana pendaraban tersebut membolehkan trader kecil dalam aset seperti Bitcoin membeli aset bernilai $1000 dengan hanya $100. Ini membolehkan keuntungan yang lebih besar pada turun naik yang kecil dalam pasaran. Dalam kes ini, kenaikan 5% dalam harga Bitcoin akan memberikan pelabur untung bersih sebanyak $50 setelah ditolak komisen dan bukannya $5 seperti yang sepatutnya mereka hasilkan.

Pengganda ini berbeza mengikut pasangan mata wang, tetapi ada yang memberi pelabur 500 kali ganda yang membolehkan trader kecil membuat keuntungan yang ketara dengan hanya risiko modal yang kecil. Leverage risiko yang dikurangkan ini adalah apa yang diperlukan oleh trader kecil apabila ingin membesarkan lagi modal mereka.

Contohnya: Pelabur A memasuki kedudukan dengan $100 pada pasangan mata wang EUR/USD tanpa pengganda dan Pelabur B memasuki kedudukan yang sama dengan $100 tetapi dengan pengganda x500. Jika kedudukan bertambah baik sebanyak 5%, Pelabur A memperoleh $5 yang bukanlah pulangan yang buruk untuk pelaburan jangka pendek. Walau bagaimanapun, Pelabur B akan membuat $2500 pada perdagangan yang sama menggunakan jumlah modal mereka sendiri yang sama.

Apa yang lebih menarik lagi ialah platform Olymp Trade memantau trade supaya anda tahu dengan tepat apa yang perlu anda lakukan dalam masa nyata. Ciri ini amat berguna untuk pelabur kerana ia menghapuskan keperluan untuk membuat pengiraan sendiri dan mengambil kira komisen. Olymp Trade akan melakukannya untuk anda.

Anda juga boleh set up trade anda untuk menjual aset anda secara automatik pada tahap keuntungan tertentu menggunakan pilihan Take Profit. Dalam perdagangan Bitcoin yang dinyatakan sebelum ini, ciri Take Profit Olymp Trade akan mengambil kira komisen apabila ia menjual aset untuk anda supaya keuntungan anda adalah $50 atau hampir dengannya.

Sebaliknya, anda boleh menetapkan jumlah Stop Loss supaya jika aset mula turun, Olymp Trade akan menjual aset secara automatik pada tahap tertentu, yang boleh mengehadkan kerugian ketara pada akaun anda.

Tool, Tool dan Tool Lagi

Mungkin ciri terbaik pada Olymp Trade App ialah komitmennya untuk menyediakan alatan perdagangan profesional kepada ahlinya. Semua program pemantauan akaun dan program analisis terbaik yang disediakan untuk pedagang pakar boleh diakses dengan mudah dan percuma.

Bukan itu saja, Olymp Trade juga akan menunjukkan kepada anda cara menggunakan alatan ini melalui siri webinar dalam talian, video tutorial dan catatan blog yang penuh berisi maklumat penting. Trader boleh mendapatkan info menyeluruh daripada pakar perdagangan tentang cara mencipta strategi untuk trade yang berjaya. Trader juga boleh mendapat maklum balas one on one daripada trader berpengalaman Olymp Trade. 

Latihan Demo Tak Terbatas: Belajar Tanpa Risiko

Akhir sekali, perkara terbaik yang ditawarkan pada  Olymp Trade App ialah Akaun Demo yang mereka sediakan kepada semua pengguna. Setiap trader akan diberikan sebanyak $10,000 wang virtual yang boleh digunakan untuk mempelajari selok belok trading. Ciri ini amat diperlukan trader untuk cuba merasakan aset baharu atau untuk menajamkan skill trading mereka dengan mencuba strategi-strategi  dagangan yang baharu.

Dengan Akaun Demo, trader boleh menambah baik dan mengasah kemahiran mereka tanpa risiko terlebih dahulu. Jika anda kehabisan wang Akaun Demo, anda boleh menambahnya kembali ke tahap $10,000 pada bila-bila masa. Sebaik sahaja anda berasa seperti anda sudah bersedia untuk membuka dagangan pada akaun sebenar, anda boleh dengan mudah menukar daripada akaun demo kepada akaun sebenar dengan hanya satu klik mudah daripada menu lungsur di app tersebut.

Video di bawah menerangkan tentang cara penggunaan platform Olymp Trade kepada pemula.  

Penggunaan asas platform Olymp Trade

Mulakannya Hari Ini

Olymp Trade mempunyai begitu banyak kebaikan di mana ia telah mengurangkan risiko melabur dalam pasaran forex. Jadi bagi sesiapa yang sedang mencari platform yang kukuh , rasanya mereka tidak perlu melihat lebih jauh lagi. Membuka akaun di Olymp Trade app hanya mengambil masa beberapa minit. Deposit dan pengeluaran sangat pantas, dan alat untuk membantu anda membuat trade yang menguntungkan berada hanya di hujung jari anda.

Tiada waktu yang lebih baik untuk anda mulakan trading anda di Olymp Trade daripada waktu sekarang. 

Categories: Halaman Utama
Admin_as:
Related Post