X

Olymp Trade Strategy : Cara Membaca Indikator Parabolic SAR

Panduan Menggunakan Penunjuk Parabolic SAR

Penunjuk Parabolic SAR mungkin merupakan satu daripada penunjuk trend yang paling mudah digunakan dan disukai di kalangan trader. Tapi apa yang membuatnya digemari ramai? Pertama, ia sangat mudah untuk difahami dan kedua, ia sangat mudah untuk digunakan. 

Penunjuk ini direka untuk  trend trader yang ingin mengetahui bila momentum pasaran mungkin berubah arah. Jadi di artikel ini, kami akan menerangkan apa itu Parabolic SAR dan bagaimana untuk menggunakannya dalam perdagangan anda.

Apakah Itu Penunjuk Parabolic SAR?

Parabolic SAR – atau Parabolic Stop and Reverse – adalah petunjuk teknikal yang digunakan untuk meramalkan kemungkinan pembalikan atau kesinambungan di pasaran yang mendasarinya. Pembalikan boleh menjadi pasaran bullish berubah menjadi pasaran bearish, atau pasaran bearish berubah menjadi pasaran bullish. Sementara kesinambungan pula bermaksud pasaran akan mempertahankan momentum sebelumnya. 

Seorang trader boleh menggunakan indikator ini untuk menentukan kemasukan mereka sama ada ke posisi panjang atau pendek.

Indikator ini buat pertama kalinya digunakan oleh trader dan penganalisis yang sama yang membuat indeks kekuatan relatif (RSI), J Welles Wilder Jr. Dia membuat Parabolic SAR dengan tiga fungsi utama: untuk menunjukkan arah aliran semasa, untuk berusaha meramalkan pembalikan dalam trend yang berlaku, dan untuk memberi signal keluar dan masuk yang berpotensi semasa pembalikan.

Cara Trading Menggunakan Parabolic SAR

Untuk melakukan trade menggunakan Parabolic SAR, pertama sekali anda perlu memahami apa maksud isyarat yang berbeza. Parabolic SAR akan menghasilkan satu siri titik – dikenali sebagai garis parabola – di atas dan di bawah pergerakan harga dalam carta pasaran aset.

Jika trend menaik, titiknya berada di bawah carta. Jika trend menurun, titiknya akan berada di atas carta.

“Tingkah laku” titik kadang-kadang secara grafik sangat serupa dengan gerakan parabolik. Dengan itu, sistem ini disebut sistem parabolik.

Buy dan Sell Pada Parabolic SAR

Pada dasarnya isyaratnya sangat serupa, tetapi berbeza kerana satu hal; apabila kita bertrading dengan trend, kita tidak akan menggunakan support dan resistance level. Kita akan menggunakan penunjuk semata-mata. Untuk pengetahuan anda, kita hanya menggunakan support dan resistance level ketika kita bertrading melawan trend.

Apa-apa pun biar kami terangkan dengan lebih jelas supaya anda faham apa yang kami bincangkan. 

Perkara pertama yang akan kita lakukan ialah kita akan menggunakan indikator ini untuk mengenal pasti arah aliran. Ini mudah , gaiss. Apabila Parabolic SAR berada di bawah harga, kita berada di up-market, dan kita akan mencari signal untuk buy (Hijau).

Ingat bahawa dengan penunjuk ini, kita akan cuba bertrading dengan arah trend.

Jadi ketika pasaran menaik, kita akan cuba mengambil posisi buy. Dan sudah tentu, ketika pasaran turun, indikator berada di atas harga, dan kita akan mencari peluang jangka pendek untuk membuka posisi down. 

Parabolic SAR biasanya digunakan untuk menentukan di mana pesanan stop loss harus dibuat. Semasa menggunakan sistem Parabolic SAR, kita akan menganggap bahawa trader  membuat pelaburan sepenuhnya di pasaran. Dengan kata lain, cartanya sama ada panjang atau pendek, dan tidak akan rata.

Isyarat Parabolik

Parabolic SAR adalah rangkaian titik yang diletakkan pada grafik, sama ada di atas atau di bawah harga semasa bergantung pada momentum. Titik kecil diletakkan di bawah harga ketika trend aset naik, sementara titik diletakkan di atas harga ketika arah aliran menurun. Carta yang disertakan di bawah menunjukkan pelbagai tempat di mana isyarat perdagangan dicetuskan.

Apabila titik beralih kedudukan dari bawah ke atas atau atas ke bawah, ini bermaksud bahawa anda harus menuju ke arah yang lain. Stop Loss dipindahkan tepat bersama dengan titik-titik, kerana ia memberitahu trader ketika kemungkinan trend berakhir.

Di atas adalah contoh pasaran bear and bull, dengan Parabolic SAR. Sekarang, seperti yang anda lihat, kita  berada dalam aliran menaik yang jelas. Parabolic SAR ada di bawah harga. Titik-titik ini di sini adalah petunjuk. Apabila titik-titik ini berada di bawah harga, kita  berada di pasaran up-market. 

Sebaliknya, apabila Parabola SAR berada di atas harga, kita berada pasaran menurun. Dalam kes ini, aliran menurun sangat jelas bagi kita. Jadi,ini adalah perkara pertama yang akan kita perhatikan kerana kita perlu menggunakan  penunjuk ini dalam pasaran yang sedang trend.

Sekiranya pasaran tidak trend, ia akan menjadi sangat sukar untuk menggunakannya kerana kita akan mendapat banyakisyarat palsu.

Jadi perkara paling utama di sini adalah melihat tren.

Parabolic SAR di Olymp Trade

Semasa bertrading dengan penunjuk ini, anda akan membeli pasaran apabila titik bergerak di bawah harga aset semasa dan candle berwarna hijau. Atau sebaliknya, anda akan menjual pasaran apabila titik bergerak di atas harga aset semasa dan candle berwarna merah.

Setelah serangkaian dots yang menunjukkan pasaran menurun – trader sering akan menganggap candle hijau pertama sebagai isyarat untuk pembalikan dari arah aliran yang berlaku. Ini adalah masa di mana ramai yang akan memilih untuk menutup posisi pendek semasa mereka jika ada, dan membuka posisi panjang di pasaran yang sama.

Untuk titik yang mengikuti candle hijau, sebaliknya akan berlaku. Siri dot tersebut menunjukkan bahawa pasaran pada masa itu sedang meningkat. 

Para trader Olymp Trade biasanya menyukai penunjuk ini kerana isyarat yang mudah difahami yang diperoleh ketika harga mencecah aras stop loss – itu masanya titik-titik berubah posisi (sebagai contoh, titik-titik itu sebelumnya berada di bawah carta dan sekarang berada di atas carta, dan sebaliknya).

Bagaimana Cara Memulakan

Langkah-langkah di bawah dapat membantu anda memulakan trading jika anda ingin berdagang dengan Indikator Parabolic SAR:

  • Teliti pasaran yang ingin anda jual
  • Lakukan analisis di pasaran itu – baik asas mahu pun teknikal
  • Berlatih trading dengan Parabolic SAR dengan akaun demo
  • Buka akaun real apabila anda sudah bersedia untuk bertrading di pasaran sebenar
  • Buka, pantau dan tutup kedudukan anda

Strategi perdagangan Indikator Parabolic SAR dan masalahnya

Masalah Pertama

Strategi perdagangan Prabolic SAR pada dasarnya adalah strategi perdagangan yang mengikut trend. Ia digunakan untuk mengenal pasti tren tertentu, dan ia berusaha untuk meramalkan kesinambungan trend dan kemungkinan pembalikan trend tersebut. 

Sebagaimana yang kami katakan sebelumnya, indikator ini merupakan penunjuk trend, Jika tidak ada trend maka, sistem mungkin tidak akan berfungsi..

Jadi kita boleh membuat kesimpulan pertama: TIDAK DICADANGKAN UNTUK MENGGUNAKAN SISTEM PARABOLIK INI KETIKA TIDAK ADA TREND.

Masalah Kedua

Masalah kedua dengan sistem ini ialah bahawa hampir mustahil untuk menggunakannya secara berasingan daripada penunjuk lain. Ia bukanlah indikator yang stand-alone

Anda boleh menggunakan petunjuk teknikal perdagangan trend yang lain di samping parabolic SAR untuk cuba mengesahkan trend yang berlaku atau kemungkinan adanya pembalikan trend. Contoh petunjuk teknikal perdagangan trend termasuklah moving average indicator, relative strength index (RSI) and the average directional index (ADX).

Satu daripada kaedah paling berkesan penggunaan sistem Parabolik ialah gabungannya dengan penunjuk MACD (sila lihat strategi ini di laman web Olymp Trade “MACD Professional”).

Ringkasan

Jadi kita boleh membuat kesimpulan pertama: TIDAK DICADANGKAN UNTUK MENGGUNAKAN SISTEM PARABOLIK KETIKA TIDAK ADA TREND.

Masalah kedua dengan sistem ini ialah bahawa HAMPIR MUSTAHIL UNTUK MENGGUNAKANNYA SECARA BERASINGAN DARIPADA PENUNJUK LAIN.

Satu daripada kaedah paling berkesan penggunaan sistem Parabolik ialah gabungannya dengan penunjuk MACD (sila lihat strategi ini di artikel kami Olymp Trade MACD Strategy).

Harus diingat yang gabungan Parabolic SAR dengan penunjuk lain meningkatkan lagi keberkesanan.

Peraturan am untuk menggunakan sistem Parabolic SAR adalah seperti berikut: Jika terdapat dot di bawah carta, trader harus membeli aset; dan jika dot Parabolik mula muncul di atas carta, maka pedagang perlu menjual aset.

Walaupun demikian, seperti yang kami katakan tadi, signal yang diberikan oleh indikator Parabolic SAR tidak selalu tepat dan anda harus melakukan analisis asas dan analisa teknikal anda sendiri untuk setiap pasaran yang anda ingin trade sebelum membuka kedudukan.

Berdagang di Parabolic SAR dengan Olymp Trade

Manfaatkan signal yang datang Parabolic SAR ketika berdagang di platform Olymp Trade dan nikmati banyak faedah lain seperti:

Platform Fixed Time Trades & Forex  – Olymp Trade menawarkan akses kepada banyak alat dan sumber perdagangan untuk meningkatkan aktiviti perdagangan anda. Anda juga boleh memilih untuk trading secara FTT atau Forex. 

Pelbagai Tempoh Masa – Gunakan Parabolic SAR pada jangka time chart yang pelbagai yang hanya dibatasi oleh maksimum 24 jam yang tersedia di platform perdagangan. 

Akaun Demo – Cubalah strategi Parabolic yang berbeza dengan akaun demo Olymp Trade. Gunakan akaun ini untuk meningkatkan ketepatan trading anda, tanpa risiko kehilangan wang. Dan apabila anda telah bersedia untuk beralih kepada akaun sebenar, anda boleh membuat deposit dengan jumlah yang sedikit lebih tinggi untuk menikmati manfaat perdagangan tanpa risiko, di mana anda tidak akan kehilangan wang secara sia-sia.

Boleh tonton video berikut untuk lebih memahami penggunaan Parabolic SAR

 

Categories: Olymp Trade
Admin_as:

View Comments (122)

  • Saya melihat manfaat petunjuk dalam menentukan tempoh pesanan. Pada forex, apabila pesanan dibuka, anda sentiasa gugup dan anda tidak tahu berapa banyak anda boleh pegang posisi terbuka. Keuntungan bergantung kepadanya. Ia juga berlaku bahawa selepas pembukaan trend pesanan secara beransur-ansur hilang. Dalam kes ini, petunjuk juga boleh membantu dengan menunjukkan keadaan semasa.

    • Betul tu tuan. Kalau tak guna petunjuk tu seperti kita trading dalam kegelapan kecuali kita tau membaca trend dan candlestock. Semoga terus profit.

    • You are right, although many traders start to understand this only with time, when they see certain losses.
      Although olymp Trade reviews often talk about it, it can be difficult for traders to pay attention to these details. Conclusion one - you need to practice more, which is especially convenient because of the unlimited demo.

  • Boleh tak terangkan apa maksud risk-free trade dalam Olymp Trade ni ?

    • Contohnya mcm ni tuan

      Jika anda mendeposit USD15, anda akan mempunyai USD15 tersedia dalam akaun sebenar. Setelah anda menjalankan trading sebanyak USD15 dan menggunakan USD15 risk-free bonus , kemudian anda kalah dah kehilangan deposit USD15 tadi, anda akan menerima kembali USD15 ke akaun anda. Pada masa itu akaun anda akan menjadi USD15 semula tetapi bonus bebas risikonya telah selesai.

      Harap penerangan tersebut jelas ya tuan.

  • Kat mana tempat nak belajar tentang Olymp Trade ni untuk nubis ? Macam indikator yang kat atas ni mcm advance pulak

    • Tidak sis. Proses verifikasi hanya one-time request. Tapi bila pihak Olymp Trade akan mintak document untuk diverifikasi tidak tentu. Boleh jadi di withdrawal pertama , kedua atau pada bila-bila masa.

  • Over the past 2 years of trading on Olymp Trade, I noticed a lot of new things. They introduced an additional function of a stop-out, which will not allow the trader to lose money and automatically close the order if it declines (lower than the purchase price). There are also functions to minimize risk management and so on. But the highlight is exactly the topic of the article - signals. I trade on them in 90% of cases.

    • Olymp Trade has continually improved its platform and service to get better. If there is any suggestion it is advisable to contact them and state your opinions. They are always open about such things.

  • Berapa lama masa nak tunggu untuk dapat duit yang kita withdraw?

  • Indikator ni kita boleh campur dengan mana-mana indikator yang lain ke ?

    • Boleh tuan. Ikut keselesaan dan pemahaman trader tersebut.
      Salam profit dari kami !

  • Saya suka fakta bahawa petunjuk dipaparkan pada carta utama. Biasanya, petunjuk dipindah ke bawah, dan skala mereka tidak terlalu besar. Anda boleh melangkau isyarat. Itulah kelebihan utama parabola.

  • Kalau anda mempunyai apa-apa persoalan tentang Olymp Trade, semua jawapan boleh didapati di Olymp Trade Channel atau dalam komuniti. Terdapat sejumlah besar traders sedia ada di sana dan anda sentiasa boleh bertanya siapa yang menjalankan trading pada hari itu. Saya sering menggunakan 2 pilihan sokongan ini. Lebih cepat dan jitu jawapannya.

    • Terima kasih atas sokongan anda. Olymp Trade memang mempunyai para traders yang saling membantu antara satu sama lain.

Related Post