Google Authenticator dan Bagaimana Ia Ditetapkan
Kembali pada hari-hari awal internet muncul, di mana keadaan agak lebih santai, hanya kata laluan yang anda perlukan untuk mengamankan akaun Google anda.
Tetapi pada masa ini, kerana teknologi telah maju dengan sekelip mata, kata laluan sahaja tidak lagi mencukupi. Inilah sebabnya mengapa semua orang mesti mencipta dan menggunakan pengesahan dua faktor sebagai lapisan keselamatan tambahan.
Google Authenticator boleh membantu untuk hal tersebut.
Pengesahan dua faktor (2FA) juga dikenali sebagai Pengesahan Dua Langkah atau Pengesahan Multi-Faktor. Tetapi tidak kira apa nama yang anda gunakan, semuanya berfungsi dengan cara yang sama. Kami boleh katakan yang anda silap jika anda tidak menggunakannya jika laman web tersebut menyediakan fitur tersebut.
Sebabnya mudah – Kerana ia akan menjadi satu pengalaman yang berbeza jika akaun anda digodam dengan tidak digodam.
Untuk pengetahuan umum, semua laman web utama, seperti Gmail, Facebook, Twitter, dan Dropbox mempunyai 2FA untuk pengguna mereka termasuklah Platform Olymp Trade.
Apakah Pengesahan Dua Faktor di Akaun Google
Bagaimana Ia berfungsi?
2FA adalah lapisan keselamatan kedua bagi akaun dalam talian anda (kata laluan biasa anda menjadi lapisan pertama). Ini adalah kod yang mesti dimasukkan ke dalam laman web yang sedang digunakan – selepas kata laluan anda – untuk membuktikan anda adalah pemilik akaun yang sah.
Terdapat tiga kaedah untuk mendapatkan kod 2FA ; menggunakan aplikasi pengeset seperti Google Authenticator, mendapatkan mesej teks pada telefon mudah alih anda (cara yang tidak disarankan kerana pengkelasan kad SIM) dan YubiKey.
Kaedah yang paling selamat adalah aplikasi pengesahan. Jadi di artikel kali ini kami akan menunjukkan kepada anda cara menyediakan dan menggunakan Google Authenticator, aplikasi yang popular dan mudah digunakan untuk 2FA.
Apa itu Google Authenticator?
Aplikasi Authenticator ialah aplikasi telefon pintar, yang secara automatik menjana kod 2FA baru untuk setiap akaun anda yang dikonfigurasi setiap 30 saat. Anda mesti memasukkan nombor yang betul yang ditunjukkan pada skrin pengeset di kotak masuk laman web anda, sebelum kod tamat dan kod baru dihasilkan di tempatnya.
Jika anda membuat kesilapan, katakanlah untuk tiga kali berturut-turut, anda akan dikunci untuk jangka waktu tertentu.
Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memuat turun dan pasang aplikasi Google Authenticator pada telefon pintar anda. Ia boleh didapati secara percuma untuk kedua-dua Android dan iOS. Abaikan ulasan buruk. Sesetengah orang mengadu tentang bagaimana “basic” nya aplikasi ini dibandingkan dengan aplikasi saingannya. Tetapi percayalah kadang-kadang basic adalah yang terbaik. Anda tidak perlu mengkomplikasi kesemua perkara.
Seberapa selamatkah pengesahan dua faktor di akaun Google anda?
Jika anda tidak menggunakan 2FA, penggodam potensial hanya memerlukan kata laluan anda dan kemudiannya akan masuk ke akaun anda dengan mudah. Memandangkan pada hari ini semua perkara disimpan dalam e-mel ( cthnya butiran kad kredit), keadaan pasti akan menjadi huru hara jika penggodam berjaya masuk.
Tetapi bagaimana jika anda menggunakan 2FA?
Kesemua situasi tersebut akan berubah. Untuk mendapatkan kod 2FA, penggodam mesti memiliki telefon pintar anda secara fizikal dan mengetahui PIN ke telefon bimbit anda. Mereka kemudian perlu membuka Google Authenticator pada masa yang tepat untuk mendapatkan kod yang betul sebelum ia berakhir dalam masa tiga puluh saat.
Memang tidak dapat dinafikan yang kerja memasukkan kod itu mungkin dilihat oleh sesetengah orang agak menjengkelkan, tetapi mengambil sepuluh detik tambahan untuk memasukkan kod kedua adalah jauh lebih baik daripada data peribadi anda digodam dan dicuri.
Mulakan Dengan Google Authenticator
Sekarang kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk menetapkan konfigurasi akaun 2FA pertama anda. Banyak laman web menawarkan 2FA – lihat bahagian Keselamatan tapak yang dipersoalkan. Atau periksa laman web ini yang menyimpan senarai website mana yang menawarkan fitur ini dan siapa yang tidak.
Untuk contoh kali ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara untuk menetapkan akaun Gmail dengan Google Authenticator. Manfaat untuk menggunakannya dengan Google ialah 2FA akan melindungi keseluruhan akaun Google anda; pada kesemua perkhidmatan Google seperti Gmail, Drive, Kalendar, YouTube dan banyak lagi. Jadi ini adalah tempat yang baik untuk bermula.
Menyediakan Google Authenticator Di Akaun Google
Pergi ke halaman tetapan Akaun Google anda dan log masuk.
Pada halaman yang berikut, klik Security di sebelah kiri bar sisi.
- Skrol ke bawah untuk masuk ke Google dan di sebelah kanan, anda akan melihat pilihan untuk Pengesahan 2 Langkah. Klik pada tetapan tersebut.
- Pada skrin seterusnya, log masuk sekali lagi dan kemudian klik Get Started yang berwarna biru di bahagian bawah.
- Pada skrin seterusnya, anda akan diminta untuk memilih kaedah pengesahan identiti semasa menetapkan 2FA. Pilihan mereka yang ketara adalah “Google prompt” yang dihantar ke aplikasi Gmail pada telefon atau tablet anda. Sekiranya anda tidak memasang aplikasi Gmail, atau anda memilih untuk tidak menggunakannya, anda boleh memilih untuk membuat panggilan telefon, mesej SMS atau menggunakan kunci keselamatan anda. Ini memerlukan anda memberikan Google nombor telefon bimbit anda.
- Sebaik sahaja anda telah memberi respons kepada Google Prompt dan memasukkan kod pengesahan, anda akan ditanya sama ada anda mahu menghidupkan pengesahan dua faktor. Klik butang TURN ON berwarna biru dan proses akan bermula.
Menetapkan Backup codes dan Authenticator app
Jika anda kini skrol ke bawah halaman, anda akan melihat dua bahagian – Backup codes dan Authenticator app. Ini adalah dua bahagian seterusnya untuk ditetapkan.
- Klik pada Backup Codes dan kotak kecil akan dibuka dengan sepuluh kod. Saya kaburkan sebahagian daripada kod saya supaya anda tidak dapat melihatnya dan menggunakannya! Muat turun senarai dan simpannya di tempat yang sangat selamat. Jika anda kehilangan telefon anda, Backup Codes ini adalah satu-satunya cara untuk masuk anda ke dalam akaun anda.
- Sekarang pergi ke bahagian Authenticator app. Pertama sekali, anda akan ditanya jenis telefon yang anda miliki.
- Anda akan diminta melog masuk semula. Sebaik sahaja anda melakukannya, kod QR akan muncul di bahagian atas skrin.
- Sekarang buka aplikasi Authenticator pada telefon anda dan di bahagian atas, anda akan melihat ikon “tambah” di bahagian atas sebelah kanan. Klik pada tanda tersebut.
- Di bahagian bawah skrin Authenticator, anda akan melihat dua pilihan – Scan barcode dan Manual entry. Pilih Scan Barcode.
- Arahkan skrin telefon anda pada kod QR dan ia akan segera buzz. Nombor 2FA kini akan muncul pada skrin Authenticator anda.
- Anda perlu memasukkan nombor ini ke dalam bahagian Authenticator di akaun Google anda. Sebaik sahaja anda melakukannya, 2FA akan segera tersedia. Mulai sekarang, setiap kali anda log masuk ke akaun Google anda, anda akan diminta kod 2FA, tetapi anda boleh memasukkan komputer peribadi anda ke “peranti yang dipercayai” di senarai putih.
Menukar ke Telefon Baru?
Telefon baru? Memindahkan Google Authenticator adalah salah satu perkara pertama yang perlu anda lakukan.
Apabila anda mendapat telefon baru, memindahkan aplikasi Google Authenticator anda dan kod dua faktor adalah langkah penting, tetapi prosesnya sangat mudah yang kami pasti anda tidak akan lupa.
Inilah yang perlu anda lakukan untuk memindahkan Google Authenticator ke peranti lain.
Langkah 1: Pasang aplikasi Authenticator pada iPhone baru atau telefon Android baru anda.
Langkah 2: Pergi ke bahagian pengesahan dua langkah di komputer anda. Log masuk ke akaun Google anda untuk melihat tetapan 2FA semasa anda.
* Pastikan anda mempunyai kedua-dua telefon lama dan baru berdekatan apabila memindahkan Google Authenticator.
Langkah 3: Klik pada Change Phone pada bahagian aplikasi Authenticator. Pilih jenis telefon yang akan anda gunakan (Android atau iPhone) dan ikut arahan. Jika anda ingin memadamkan terus Google Authenticator, klik pada ikon tong sampah dan sahkan keputusan anda. Google akan kembali untuk memberikan kod 2FA anda melalui SMS.
Langkah 4: Buka aplikasi Authenticator pada telefon baru anda dan ketik Begin > Scan barcode. Imbas kod QR yang dipaparkan di laman web Google dengan apl Authenticator, kemudian masukkan kod enam angka untuk mengesahkan yang kesemuanya berfungsi dengan baik. Sebaik sahaja itu selesai, kod pada peranti lama anda tidak lagi sah.
Ulangi proses ini untuk setiap perkhidmatan yang sedang anda gunakan dengan Google Authenticator, sama ada Apple, Facebook, Dropbox, atau Amazon. Jangan padamkan aplikasi Authenticator dari telefon lama anda sehingga anda telah memindahkan semua akaun ke telefon baru anda, jika tidak, anda akan terkunci daripada akaun tersebut – dan tiada siapa yang menginginkan hal tersebut dari berlaku.
Kesimpulan
Seperti yang dapat anda lihat, pengesahan dua faktor tidaklah begitu sukar seperti membuat roket, terutama dengan adanya aplikasi Google Authenticator. Ia hanya memerlukan sedikit kaedah cuba mencuba pada sekitar tetapan, dan juga sedikit tetapan pada telefon pintar anda. Jangan malas dan ragu menggunakannya kerana ia dapat menyelamatkan anda dari sakit kepala yang lebih teruk akibat data yang digodam.
View Comments (91)
huh, seems like your blog is gonna to publish not just Olymp Trade reviews for malaysian, but also useful tips?
By the way, it's good and really useful, but it was interesting to find such article there.
Thank you for your support !
Kenapa bila saya hidupkan 2-Step Verification, app dalam phone saya berhenti ?
Apabila anda menghidupkan 2-step verification, aplikasi yang memerlukan akses ke Akaun Google akan berhenti berfungsi sehingga anda memasukkan Kata Laluan Aplikasi sebagai ganti kata laluan biasa anda.
Macam mana nak off two-step verification tanpa sign in ?
Matikan two-step verification
1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka aplikasi Tetapan Google pada peranti anda.
2. Di bahagian atas, ketik Security.
3. Di bawah "Log masuk ke Google", ketik Pengesahan 2 Langkah. Anda mungkin perlu log masuk.
4. Ketik Matikan.
5. Sahkan dengan mengetik Matikan.
I think that the most important thing is to verify your phone number and provide correct e-mail address, so that you can restore account anytime in case you lose the password. Everything else is optional in my opinion. But I know some people are very cautious (which is understandable if you store a lot of money on Olymp Trade account) and prefer to use all these multi level authentication tricks. It's good that Olymp Trade gives them this opportunity.
2 step verification is the best way to keep your account secure. We recommend that you do not skip this step.
Macam mana nak transfer authenticator ke telefon baru saya?
Buka halaman 2-Step Verification Google di browser dan log masuk ke akaun Google anda. Di bahagian "Authenticator app" pada halaman, klik "Change Phone" Pilih jenis telefon yang anda akan pindahkan dan klik "Next." Anda sekarang harus melihat skrin "Set up Authenticator", lengkap dengan kod bar.
It's great that you keep your customers safe and explain exactly how. I've always known that Olymp has a solution regarding this matter.
Olymp Trade has always wanted to provide the best for its customers. Account security has always been their priority.
Apa Google Authneticator ni dan kenapa saya kena pakai Google Authenticator ni utk akaun Olymp Trade saya ?
Google Authenticator adalah lapisan keselamatan tambahan yang dapat dimasukkan ke dalam akaun Olymp Trade anda. Apabila diaktifkan, proses log masuk untuk akaun Olymp Trade anda juga memerlukan anda memasukkan kod yang dihasilkan oleh Authenticator.
Kalau saya terhilangkan phone saya macam mana ?
Sekiranya telefon anda hilang atau dicuri, kami sangat mengesyorkan agar anda mencabut Kata Laluan Aplikasi anda dan menukar kata laluan Akaun Google anda. Ini akan membantu mengelakkan orang lain mengakses Akaun Google anda dari telefon anda.
Authenticator code saya tak jalan la, macam mana nak buat?
Pastikan Authenticator Code yang betul telah dimasukkan. Authenticator code mempunyai panjang enam digit tanpa ruang. Setiap kod tamat selepas 30 saat. Setelah habis masa tamat, ia tidak dapat digunakan lagi. Kod baru dihasilkan setelah kod sebelumnya tamat.
Saya hilang backup codes. Macam mana nak dapatkan balik ?
Sekiranya anda kehilangan kertas backup codes anda, anda boleh pergi ke support.google.com. Klik Show Codes, kemudian klik Get New Codes. Ini akan membatalkan backup codes sebelumnya dan menghasilkan code baru.