EWallet Di Olymp Trade
Terdapat banyak cara untuk membuat deposit ke akaun Olymp Trade dan kesemua kaedah deposit Olymp Trade ini biasanya berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.
Jenis Kaedah Deposit di Olymp Trade
Olymp Trade adalah antara broker FTT dan Forex yag terbaik . Mereka menawarkan banyak cara untuk membuat deposit di akaun Olymp Trade. Pada dasarnya terdapat tiga cara untuk pendepositan wang di Olymp Trade seperti yang disenaraikan di bawah.
- Credit/Debit Card
- Wire Transfer / Online Banking
- EWallet Service
Di dalam artikel ini kami hanya akan menerangkan secara ringkas untuk 2 cara pembayaran di atas iaitu credit/debit card dan online banking, dan seterusnya kami akan menerangkan dengan lebih terperinci kaedah pembayaran melalui ewallet.
Credit/Debit Cards:-
Ini adalah kaedah termudah dan cepat untuk membuat deposit wang di akaun Olymp Trade anda. Tidak ada caj /yuran tersembunyi semasa membuat transaksi wang. Terdapat banyak kelebihan jika anda membuat pendepositan wang dengan kad Kredit / Debit anda di akaun Olymp Trade anda.
Antara kelebihan-kelebihan yang boleh anda dapati adalah :-
- Pemindahan Segera: – Sekiranya anda membuat deposit wang di Olymp Trade dengan kad Kredit / Debit , pemindahan akan dilakukan secara cepat dan dengan kadar segera. Anda tidak perlu menunggu dan wang akan dipindahkan ke akaun Olymp Trade anda dengan serta-merta.
- Tanpa Caj / Bayaran Tersembunyi: – Membuat deposit ke Olymp Trade dengan kad bank tidak akan dikenakan apa-apa jenis caj atau yuran tersembunyi semasa anda membuat pemindahan wang ke akaun anda. Kelebihan begini membuatkan penggunaan cara ini lebih mudah dan deposit boleh dilakukan tanpa ragu-ragu.
- Tidak Perlu Akaun Tambahan: – Dengan kaedah deposit Olymp Trade ini, anda akan bebas dari perlu membuat jenis akaun lain untuk pemindahan dan ia secara tidak langsung akan menjimatkan masa dan wang anda.
Online Banking
Walaupun cara ini adalah yang paling popular tetapi kaedah deposit Olymp Trade ini adalah yang paling lambat di antara semua kaedah deposit yang lain. Ini kerana pemindahan wang akan bergantung pada seberapa cepat wang anda diproses oleh pihak bank serta pihak pemindahan ketiga seperti help2pay. Kadang-kadang ia memerlukan masa sehingga 5-10 hari bekerja sebelum anda dapat melihat wang di akaun Olymp Trade anda.
Selanjutnya, jumlah wang pemindahan anda juga akan berdasarkan kadar tukaran wang asing yang ditetapkan oleh pihak bank.
EWallet
Kaedah deposit Olymp Trade melalui cara ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin membuat banyak akaun di broker FTT atau Forex yang berbeza. Olymp Trade sendiri menerima pembayaran dari banyak edompet seluruh dunia seperti Neteller, Skrill, WebMoney, E-Payments, Fast Pay, dan Qiwi Wallet.
Kesemuanya berfungsi dengan baik apabila digunakan untuk memasukkan wang ke dalam akaun Olymp Trade. Dari kesemua pembayaran tersebut e-payment , Neteller dan Skrill adalah antara yang berfungsi dengan baik. Selain daripada itu, jika anda ingin membuat pengeluaran, anda hanya boleh mengeluarkan wang di Neteller atau Skrill. Oleh itu, sangat penting anda perlu mempunyai kedua-dua akaun di E-Payment, dan Neteller.
Di antara e dompet yang telah disenaraikan di atas, sistem pembayaran Skrill adalah yang paling popular. Jadi artikel ini akan merangkumi maklumat lengkap tentang e dompet skrill dan bagaimana cara untuk menggunakannya di Olymp Trade.
Apakah edompet Skrill ?
Skrill adalah sistem pembayaran yang membolehkan anda memindahkan wang menggunakan hanya alamat e-mel. Mendaftar akaun Skrill adalah percuma dan selamat sepenuhnya di mana anda boleh menghubungkan kad bank atau akaun bank anda. Dengan nama lain, ia adalah ewallet. Untuk pelanggan VIP , kad Skrill plastik akan dikeluarkan untuk mereka. Untuk sistem memberikan anda status VIP, pergantian tertentu diperlukan.
Sekiranya anda belum mempunyai akaun Skrill, pastikan anda mendapatkannya. Skrill sangat berguna untuk anda jika anda ingin menjana wang di bursa antarabangsa dan ingin mengeluarkan wang dengan yuran minimum dan terus ke kad bank negara anda.
Dasar keselamatan khas adalah ciri utama Skrill. Anda akan menjumpainya pada hampir setiap peringkat interaksi. Menghadkan jumlah urus niaga, meminta tarikh lahir yang tepat, semuanya adalah cara yang berbeza untuk mengesahkan pengenalan diri anda.
Cara memulakan penggunaan Skrill
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mendaftar. Alamat e-mel anda akan menjadi pengecam anda dalam sistem, oleh itu adalah sangat disyorkan untuk anda menggunakan perkhidmatan mel yang boleh dipercayai.
Kerahsiaan separa bermaksud bahawa penerima wang anda atau pengirim dana anda akan mengetahui dengan siapa mereka berurusan. Anda perlu memasukkan nama sebenar dan nama keluarga anda, kerana ia mesti sepadan dengan butiran akaun bank / kredit atau kad debit anda di mana wang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari / ke akaun Skrill anda.
Prosedur pendaftaran adalah ringkas dan mudah. Pada peringkat pertama, anda perlu memberikan nama sebenar, alamat e-mel anda, dan juga memberikan kata laluan.
Berapakah bayaran untuk membuat Pemindahan Skrill?
Menerima wang dalam sistem adalah percuma. Ia juga adalah percuma untuk menghantar wang terus ke akaun bank menggunakan Skrill Money Transfer. Walaubagaimanapun untuk semua hal-hal yang lain, pemindahan wang akan mengenakan caj sebanyak 1.45% hingga 5% dari jumlah pembayaran. Sementara itu ukuran komisen pula bergantung pada tarikh pembukaan akaun dalam sistem. Semakin lama anda menjadi pengguna sistem, semakin murah caj pemindahannya.
Caj Tambahan Skrill
Bayaran yang menggunakan sistem pembayaran Skrill untuk tujuan peribadi tidak dikenakan sebaran caj sekiranya pengguna telah masuk ke akaunnya atau melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi dalam tempoh tertentu.
Jika tidak, bayaran perkhidmatan sebanyak EUR 5 atau setara akan dikenakan. Komisen ditolak secara bulanan dari baki akaun sehingga baki diset semula.
Status VIP Skrill
Dalam sistem pembayaran Skrill, setiap pengguna berpeluang menerima salah satu status VIP: Gangsa, Perak, Emas atau Berlian. Status VIP Skrill bergantung pada jumlah deposit yang dibuat oleh pengguna – semakin besar jumlah urus niaga, semakin tinggi tahap dan ganjarannya. Mereka juga akan mendapat kadar tukaran wang yang lebih baik untuk transaksi dalam sistem.
Kelebihan Skrill
- Pendaftaran yang mudah. Hanya memerlukan beberapa minit untuk membuat akaun. Proses penghantaran wang adalah proses yang mudah.
- Terdapat aplikasi amobile untuk IOS dan Android.
- Menghantar pembayaran tanpa memberikan maklumat peribadi kepada penerima.
- Had pengeluaran yang tinggi. Setelah disahkan sepenuhnya, anda boleh menghantar sehingga $25,000 sebulan, yang lebih tinggi daripada perkhidmatan pesaing.
- Tiada minimum pengeluaran. Perkara utama ialah baki dana cukup untuk membayar yuran.
- Pembayaran selamat diatur oleh FCA.
Semua kelebihan Skrill ini menjadikannya salah satu kaedah paling mudah, selamat dan terpantas untuk menyimpan dan mengeluarkan wang di Olymp Trade.
Kami sangat mengesyorkan penggunaanya untuk penyetoran wang anda di akaun Olymp Trade.