22.06.2020 Halaman Utama 0
PKP

Sekilas Tentang Perlaksanaan PKP
Semasa Berlakunya Pandemik Covid 19

COVID-19 ialah pandemik terbesar yang melanda dunia dalam lebih 100 tahun. Penyebaran koronavirus yang cepat membuatkan kerajaan bagi lebih 120 negara menutup sempadan mereka, melaksanakan PKP / PKPP,  menutup perniagaan, mengurangkan hasil pengeluaran dan mengorbankan nilai wang mereka keseluruhannya demi kesihatan penduduk.

Keputusan ini menyebabkan polemik panas. Kesan jangka panjang sekatan PKP / PKPP COVID-19 masih belum diketahui, tetapi yang pastinya ia merosakkan ekonomi dunia. Pada masa yang sama, tahap kematian diketahui yang berpunca daripada virus ini menjadikan respon kepada cabaran COVID-19 satu keraguan yang munasabah.

98.6% pesakit yang diuji positif bagi SARS-CoV-2 – sembuh. Lebih ramai yang mungkin dijangkiti korona tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit. Peluang kebanyakan kilang, perniagaan, dan perusahaan yang mungkin berjaya sembuh setelah PKP/PKPP ini adalah agak sempit.

Isu ini , telah dibincangkan di Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini  dan kesemua delegasi bersetuju bahawa bahaya seperti yang di bawah ini adalah yang paling mungkin dihadapi disebabkan oleh COVID-19:

Ancaman terbesar COVID-19 kepada dunia

PKP

Bagaimana PKP / PKPP semasa COVID-19 memberi kesan kepada industri perdagangan Forex

Pertubuhan Buruh Antarabangsa menyatakan hampir 2 bilion rakyat melebihi 25% populasi dunia sedang mengalami kesukaran mencari kerja pada ketika ini. Statistik ini meliputi ekonomi “tidak rasmi'” dan termasuk mereka yang terlibat dengan sektor ekonomi bayangan, pekerja syif, petani, pendatang, dll. Bagi negara yang lebih kaya, beban pengangguran juga terletak pada bahu lapisan masyarakat yang kurang dilindungi iaitu seperti pekerja part-time atau staf industri perkhidmatan.

Disebabkan itu semakin ramai orang yang mencari hasil pendapatan stabil yang tidak bergantung pada musim, COVID-19, atau apa-apa saja keadaan lain yang tidak dijangka.

Pasaran Forex yang dahulunya hanya menarik pelabur institusi kewangan dan trader kecil yang biasanya memantau pasaran Forex sebagai hobi , kini telah berjaya menarik lebih ramai orang untuk menceburinya .Ia juga telah mengubah persepsi trader kecil di mana mereka mempunyai jangkaan yang lebih tinggi terhadap pendapatan perdagangan mereka. Mereka mahukan perdagangan forex menjadi kerja sepenuh masa mereka, yang boleh dilakukan di rumah dan memperoleh pendapatan yang stabil dengannya.

Berikut merupakan komen daripada Artur Aziziv, CEO B2Broker tentang kesan pandemik koronavirus terhadap industri perdagangan forex:

“Saya percaya ia akan memberi kesan yang positif kepada industri. Forex sentiasa menjadi perniagaan atas talian, namun kini ia semakin pantas kerana ramai yang kehilangan pekerjaan mereka dan mereka mencari cara baru untuk mendapatkan wang.

Jumlah perdagangan bulan lepas meningkat sehingga 50% berbanding dengan bulan sebelumnya dan kebanyakan broker juga melaporkan perkara yang sama. Turun naik bagi semua pasaran menjadi sangat ketara yang memberikan peluang yang baik kepada semua pengguna.”

Belajar cara berdagang dalam Forex menjadi sangat penting

Trader runcit berada dalam situasi yang sangat positif berbanding dengan keadaan sebelum ini. Dalam situasi begini, kepentingan pembelajaran dalam pedagang tidak boleh dipandang enteng.

Orang ramai selalunya menganggap perdagangan forex sebagai loteri yang memberi mereka peluang tertentu untuk menang. Namun, pendekatan ini tidak akan berkesan untuk memperoleh pendapatan yang stabil. Seperti mana-mana kelayakan kerja, pedagang perlu mempunyai kemahiran yang cukup, latihan dan disiplin untuk menyiapkan kerja tersebut.

Untuk mempelajari cara berdagang dalam pasaran forex, orang ramai boleh membayar kursus, bekerja dengan mentor, atau memilih jalan untuk belajar sendiri. Sebilangan broker menawarkan kursus perdagangan forex secara percuma.

Belajar tentang forex sering kali dilihat sebagai sesuatu yang tidak berguna terutamanya sebagai cara untuk menghasilkan keuntungan. Namun tanggapan itu sangatlah salah. 

Kursus yang biasanya ditawarkan oleh pihak broker termasuklah mengajar asas perdagangan forex. Ini dilakukan untuk membantu mereka memahami perkara tertentu pada platform perdagangan. Selain itu anda juga akan diajar tentang penunjuk, alatan analisis teknikal dan kadang kala mereka memberikan beberapa strategi perdagangan yang boleh digunakan sebagai titik permulaan karier trading anda. Jadi betullah kata orang bahawa kejayaan juga bergantung pada cara pengetahuan digunakan dalam pasaran forex sebenar.

Disiplin diri merupakan faktor paling penting yang akan membantu anda memperoleh pendapatan bulanan yang stabil daripada perdagangan forex. Anda tidak boleh terjun ke dalam dunia perniagaan tanpa sebarang perancangan, beberapa tanggapan tentang keberuntungan yang dijangka dan pengiraan perbelanjaan perniagaan. Jadi, mengapa anda melakukan semua kesalahan tersebut dalam perdagangan forex?

Mempunyai sistem perdagangan yang diformalkan dan kebolehan untuk mengikut perancangan perdagangan boleh membantu anda menempatkan diri dalam perniagaan perdagangan sebagai pemain profesional, bukan penjudi. Perkara yang terbaik tentang pendekatan sedemikian ialah kemahiran yang boleh diasah dengan latihan. Sistem perdagangan forex boleh dilaras untuk menghasilkan lebih keuntungan juga. Olymp Trade sendiri menawarkan akaun demo secara percuma dengan wang virtual sebanyak 10,000 untuk anda melakukan aktiviti anda secara percuma. 

cara mendaftar di broker forex olymp trade

Cara pasaran Forex berubah sejak wabak COVID-19

Bagi kedua-dua pedagang forex yang amatur dan veteran, penting untuk cakna dengan perubahan pasaran sejak koronavirus tersebar di serata dunia di mana lebih ramai orang duduk di rumah disebabkan oleh PKP /  PKPP. 

Peningkatan turun naik

Kita telah pun melihat harga minyak mentah yang negatif dan anjakan terbesar bagi indeks S&P 500 sejak krisis ekonomi dunia pada tahun 2008. Turun naik pasaran mata wang yang belum pernah terjadi sebelumnya juga merupakan subjek yang memerlukan perhatian yang teliti daripada pedagang.

Peningkatan turun naik bermakna lebih peluang kepada pedagang profesional forex. Di mana mereka boleh mengambil kesempatan bagi setiap pergerakan harga, tidak kira arahnya, turun atau naik.

Trend pasangan mata wang menjadi kuat 

Profesor University of Cambridge, Giancarlo Corsetti dan Emile Marin telah menerbitkan kajian mereka berkenaan hubung kait nilai Dolar AS dengan kesan koronavirus dari segi ekonomi.

Kajian Nilai Dolar AS dalam hubungannya dengan wabak korona

PKP

Rajah menunjukkan dolar AS telah kehilangan nilainya dalam hubungan dengan yen Jepun dan euro, tetapi bertambah dengan banyak berbanding Paun Britain dan mata wang pasaran yang muncul sejak wabak koronavirus. Sekali lagi, trend kuat yang mata wang tunjukkan dalam hubungannya dengan USD ini ialah peluang bagi mereka yang telah belajar perdagangan forex dengan cukup bagus untuk mengikuti trend ini. 

Asas memainkan lebih peranan

Sejak “Corona” mula memberi maksud sesuatu yang lain selain dari jenama bir yang popular, pemerintah di seluruh dunia mula membuat keputusan yang sebelumnya kelihatan tidak munasabah. Sesetengah keputusan, seperti melaksanakan PKP/PKPP, melanjutkannya, atau melonggarkan langkah kuarantin, mempunyai kesan besar pada pasaran forex.

Malah pedagang yang sebelumnya bergantung pada analisis teknikal sahaja, kini memberi perhatian kepada asas. Kadar pengangguran yang dikeluarkan, pengumuman pembukaan sempadan, dan malah siaran Twitter Presiden Trump kini menjadi perhatian teliti pedagang forex. 

Peningkatan bilangan berita palsu yang meningkat juga perlu diberi perhatian. Ini tidak bermakna anda tidak boleh menjadikan berita ini memihak kepada anda jika anda mempelajari cara-cara berdagang dalam pasaran forex. Namun, anda perlu pertimbangkan bukan sahaja kesan jangka pendek yang ia ada. Apabila orang ramai mengetahui bahawa berita itu palsu, ini boleh menghasilkan gerakan pasaran yang bertentangan, yang perlu juga diambil kira.

Perdagangan harian lebih digemari semasa keadaan COVID-19

Jika anda sudah lama mempunyai minat dalam perdagangan forex, anda mungkin pernah terdengar taruhan Warren Buffet dengan dana lindung nilai. Beliau mempertaruhkan 1 juta dolar setiap satunya. Hipotesis Buffet ialah pelaburan pasif dalam indeks S&P 500 akan mengungguli pengurusan dana aktif dalam masa 10 tahun.

Masa telah berubah. Pakar ekonomi, pedagang dan Buffet sendiri mengakui fakta bahawa sekatan pergerakan PKP/PKPP COVID-19 yang menyempitkan ekonomi global mungkin akhirnya akan menyebabkan kemelesetan terburuk yang pernah dunia alami sejak berkurun lamanya.

Pedagang Harian tidak berdepan dengan ancaman ini. Mereka belajar cara untuk berdagang dalam forex dan memperoleh wang tanpa menghiraukan keadaan ekonomi global. Corak analisis teknikal berfungsi tanpa mengira cabaran kemanusiaan yang dihadapi. Turun atau naik – tidak penting. Perkara yang penting ialah risiko dan potensi keuntungan. Realiti baharu lebih dilihat sebagai peluang berbanding ancaman bagi mereka.

sleep eat trade

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...