Apa Itu Analisis Teknikal?
Analisis teknikal adalah alat, atau kaedah yang digunakan untuk meramalkan pergerakan harga masa depan security – seperti stok atau pasangan mata wang – berdasarkan data pasaran.
Teori di sebalik kesahihan analisis teknikal adalah tanggapan bahawa tindakan kolektif – jual beli – semua peserta dalam pasaran, dengan tepat mencerminkan semua maklumat berkaitan dengan security yang didagangkan, dan dengan itu, terus memberikan nilai pasaran yang adil kepada security tersebut.
Harga Masa Lalu sebagai Penunjuk Prestasi Masa Depan.
Trader teknikal percaya bahawa price action semasa atau masa lalu di pasaran adalah penunjuk yang paling boleh dipercayai mengenai price action untuk masa akan datang.
Analisis teknikal bukan sahaja digunakan oleh trader teknikal. Banyak trader fundamental juga menggunakan analisa fundamental untuk menentukan sama ada untuk buy misalnya, tetapi setelah membuat keputusan itu, mereka kemudian menggunakan analisa teknikal untuk menentukan tahap harga entry yang baik serta berisiko rendah.
Memetakan Pada Berbagai Frame Waktu
Trader teknikal menganalisis grafik harga untuk mencuba memprediksi pergerakan harga. Dua variabel utama untuk analisis teknikal adalah frame waktu yang dipertimbangkan dan indikator teknikal tertentu yang dipilih trader untuk digunakan.
Frame waktu analisis teknikal yang ditampilkan pada grafik berkisar dari frame waktu satu minit hingga satu bulan, atau bahkan tahunan. Namun frame waktu popular yang paling sering dikaji oleh analis teknikal adalah:
Carta 5-minit
Carta 15-minit
Carta 1 – jam
Carta 4-jam
Carta harian
Frame waktu yang dipilih trader untuk dikaji biasanya ditentukan oleh gaya trading peribadi trader tersebut. Trader intraday iaitu trader yang membuka dan menutup posisi trading dalam satu hari dagangan, lebih suka menganalisis pergerakan harga pada grafik frame waktu yang lebih pendek, seperti grafik 5 minit atau 15 minit.
Trader jangka panjang yang memegang posisi pasaran semalaman dan untuk jangka waktu yang lama, lebih cenderung menganalisis pasaran menggunakan grafik per jam, 4 jam, harian, atau bahkan mingguan.
Pergerakan harga yang berlaku dalam masa 15 minit mungkin sangat penting untuk trader intraday yang mencari peluang untuk merealisasikan keuntungan dari turun naik harga yang berlaku pada satu hari dagangan. Walau bagaimanapun, pergerakan harga yang sama yang dilihat pada carta harian atau mingguan mungkin tidak begitu penting untuk tujuan perdagangan jangka panjang.
Di platform Olymp Trade, anda boleh membuka dagangan dari 1 minit – 23 jam.
Analisis Teknikal – Trend Lines
Trend lines mungkin merupakan bentuk analisis teknikal yang paling umum dalam perdagangan forex atau FTT.
Ia mungkin salah satu analisa teknikal yang paling kurang dimanfaatkan juga.
Sekiranya dilukis dengan betul, sebenarnya cara ini boleh menjadi kaedah yang tepat seperti mana-mana strategi-strategi lain.
Malangnya, kebanyakan trader tidak melukisnya dengan betul atau cuba membuat garis yang sesuai dengan pasaran walaupun sebenarnya anda harus melukis sebaliknya.
Dalam bentuk yang paling asas, uptrend ialah satu garis menaik yang ditarik dari bahagian bawah kawasan sokongan (support) yang mudah dikenalpasti (valleys).
Dalam arah aliran menurun, downtrend ialah garis menurun yang ditarik dari sepanjang kawasan rintangan (resistance) yang mudah dikenal pasti (peaks).
Bagaimana cara melukis trend lines?
Untuk melukis trend lines dengan betul, semua yang anda perlu lakukan ialah mencari dua bahagian paling atas atau 2 bahagian paling bawah dan sambungkannya.
Itu saja. Sangat mudah. Jom kita tengok contoh
Jenis-jenis Trend Lines
Ada tiga jenis trend:
- Uptrend (higher lows)
- Downtrend (lower highs)
- Sideways trends (ranging)
Berikut adalah beberapa perkara penting untuk diingati semasa menggunakan trend lines dalam trading:
Ia mengambil sekurang-kurangnya dua tops atau bottoms untuk melukis garisan trend tetapi memerlukan TIGA untuk mengesahkan garis trend tersebut.
Semakin cerun (STEEPER) garis trend yang anda buat, semakin ianya tidak reliable dan semakin besar kemungkinan yang ia akan pecah.
Seperti level support dan resistance horizontal, garis tren menjadi lebih kuat semakin sering ianya diuji.
Dan yang paling penting, JANGAN PERNAH melukis garis tren dengan memaksa ia agar sesuai dengan pasaran. Jika sebenarnya line itu tidak sesuai, maka garis trend itu tidak sah!
Bagaimana Trade Support dan Resistance Bekerja
Sekarang anda sudah tahu asas-asas, sudah tiba masanya untuk menggunakan alat-alat teknikal asas yang sangat berguna ini dalam trading anda.
Untuk memudahkan pemahaman, kami akan memanggil konsep support sebagai bounce dan konsep resistance sebagai break.
Bounce
Ramai trader membuat kesilapan dengan menetapkan order mereka secara langsung di atas tahap sokongan dan rintangan dan kemudian hanya menunggu trading mereka berjaya.
Tentunya, ini mungkin berjaya pada setengah-setengah masa tetapi kaedah trading seperti ini mengandaikan tahap sokongan atau rintangan akan bertahan tanpa harga benar-benar sampai di situ.
Saat bermain di bouncing, untuk membesarkan lagi peluang kemenangan, kita harus mencari semacam konfirmasi bahwa sokongan atau resistance akan bertahan.
Seabgai contoh, daripada membeli langsung saat harga melantun, tunggu dulu sampai harga benar-benar memantul sebelum membuka posisi.
Sekiranya anda ingin trade dalam jangka waktu pendek, anda perlu menunggu harga melantun dari resistance sebelum open trade.
Dengan melakukan cara ini, anda mengelakkan detik-detik di mana harga bergerak pantas dan menembusi tahap sokongan dan rintangan.
Break
Di dunia yang sempurna, level support dan resistance akan bertahan selamanya.
Dalam dunia trading yang sempurna, kita boleh melompat masuk dan keluar bila saja harga menyentuh level support dan resistance utama dan menghasilkan banyak wang.
Faktanya adalah level-level ini sering putus….
Jadi, tidak cukup hanya dengan bermain pantulan. Anda juga harus tahu apa yang harus dilakukan setiap kali level support dan resistance memberi laluan!
Ada dua cara untuk bermain break dalam trading: cara agresif atau cara konservatif.
Cara Agresif
Cara paling sederhana untuk bermain breakout adalah dengan membeli atau menjual setiap kali harga dengan yakin melalui zon support atau resistance.
Kata kuncinya di sini “yakin” kerana kita hanya ingin dengan mudah membuka posisi ketika harga melewati level support atau resistance yang signifikan.
Cara Konservatif
Bayangkan situasi hipotetis ini: Anda memutuskan untuk mengambil posisi beli EUR / USD dengan harapan ia akan naik setelah memantul dari level support.
Segera setelah itu, garisan support putus dan Anda sekarang berpegang pada posisi yang kalah, dengan balance akaun Anda perlahan-lahan turun.
Apa yang akan anda lakukan?
Jika pilihan Anda adalah bertahan pada trading Anda dan berharap harga naik lagi, maka anda dengan mudah telah memahami kaedah trading jenis ini.
Sekarang, jika penjualan yang cukup dan likuidasi posisi yang hilang terjadi pada level support yang rosak, harga akan berbalik dan mulai jatuh lagi.
Fenomena ini adalah alasan utama mengapa level support yang pecah menjadi resistensi setiap kali mereka pecah.
Seperti yang anda agak, mengambil keuntungan dari fenomena ini adalah tentang bersabar.
Daripada masuk tepat pada break, tunggu sehinggan harga membuat “pullback” ke level support atau resistance yang rusak dan masuk setelah harga memantul.
Beberapa kata peringatan. Dalam dunia trading, perkara seperti ini tidak terjadi sepanjang waktu. “Retest” level support dan resistance tidak terjadi sepanjang waktu. Akan ada waktu yang harga hanya akan terus dalam satu arah dah meninggalkan anda tertinggal di belakang. Kerana itu, selalu gunakan stop loss order dan jangan pernah mempertahankan posisi anda hanya kerana anda berharap nasib akan menyebelahi anda.
Kesimpulan
Perlu diingat bahawa tiada penunjuk teknikal yang sempurna. Tiada satu pun daripadanya memberikan isyarat yang 100% tepat sepanjang masa.
Trader yang paling bijak sentiasa memerhatikan tanda amaran bahawa isyarat daripada petunjuk pilihan mereka mungkin tersasar. Analisis teknikal yang dilakukan dengan baik, pasti dapat meningkatkan keuntungan anda sebagai trader. Bagaimanapun, apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki nasib anda dalam trading adalah dengan membelanjakan lebih banyak masa dan usaha untuk memikirkan bagaimana cara terbaik menangani sesuatu jika pasaran berbalik melawan anda, bukan hanya berfantasi tentang bagaimana anda akan menghabiskan wang berjuta-juta.
View Comments (105)
Saya melakukan analisis teknikal dalam satu hari dan tahap sokongan dan rintangan berfungsi hampir selalu. Saya tidak faham mengapa carta menunjukkan dari Mac hingga Mei. Saya sangat ragu-ragu bahawa seseorang itu berdagang pada tempoh masa lebih kurang sepuluh minit) Saya mengakui bahawa ini dilakukan untuk kejelasan.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari http://www.olymptrade.com/education.
Jika anda inginkan pandangan serta nasihat dari para trader yang pakar, anda boleh menyertai Grup Facebook https://www.facebook.com/groups/OlympTradeMalaysia
Semua segitiga dan pendulum ini tidak ada apa-apa, kerana terdapat petunjuk! Saya lebih yakin bahawa petunjuk hebat yang sama dengan mudah akan menunjukkan pelemahan amplitud turun naik harga dalam bentuk puncak berkurangan, tidak kira sama ada ia jatuh atau peningkatan. Saya tidak keberatan melukis, tetapi mengapa untuk melakukan ini, jika ada cara yang lebih mudah.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari http://www.olymptrade.com/education.
Jika anda inginkan pandangan serta nasihat dari para trader yang pakar, anda boleh menyertai Grup Facebook https://www.facebook.com/groups/OlympTradeMalaysia
Adakah terdapat formasi yang boleh membantu meramalkan harga sasaran?
Formasi adalah alat bantu visual yang mempunyai fungsi untuk membantu mengenal pasti trend, tetapi ada beberapa formasi yg dapat memberikan garis panduan mengenai target harga yang berpotensi. Satu contoh formasi yang dianggap menyediakan maklumat sedemikian adalah seperti segitiga simetri.
Teknikal Analisis ni apa ?
Analisis teknikal adalah disiplin perdagangan yang digunakan untuk menilai pelaburan dan mengenalpasti peluang perdagangan dengan menganalisis trend statistik yang dikumpulkan dari aktiviti perdagangan, seperti pergerakan harga dan volum.
Apakah added value carta candlestick berbanding dengan carta bar?
Lilin Jepun atau carta candlestick hampir sama dengan carta bar, tetapi ia dapat memberikan maklumat dengaa lebih cepat jika terdapat peningkatan atau kejatuhan harga, kerana ia ditandai dengan warna di dalam badan lilin tersebut. Anda boleh mencari maklumat tentang bagaimana carta ini berfungsi di bahagian education di website Olymptrade.com/education
Saya ingin belajar bagaimana untuk bertrading, bagaimana saya nak mulakan?
Langkah pertama adalah untuk mengetahui semua maklumat asas yang terdapat di laman web Olymp Trade, yang memberi anda gambaran tentang bagaimana untuk berdagang dan apa yang mempengaruhi harga pasaran.
Buka akaun demo untuk belajar dan memahami bagaimana untuk bertindak balas terhadap berita dan bagaimana untuk membuka posisi perdagangan. Juga, anda boleh belajar bagaimana indikator dan instrumen yang lain berfungsi - ia adalah percuma.
Apabila anda sudah merasa yakin, anda boleh membuka akaun sebenar dengan memuat turun aplikasi ini di telefon pintar anda.
Satu perkongsian yang menarik !
Terima kasih atas sokongan anda!
Saya mahu menggunakan analisis teknikal untuk memulakan trading. Adakah saya perlu menghadiri kelas atau kurusu untuk itu ?
Tidak, anda hanya perlu menggunakan platform Olymp Trade, itu sahaja! Semua yang anda perlukan sudah tersedia di situ. Dari carta yang berbeza, indikator yang tidak terkira banyaknya, termasuk analisis Fibonacci dan Awesome Oscilattors. Segala-galanya boleh didapati secara percuma di platform Olymp trade.
Olymp Trade memberikan pedagang peluang untuk menjauhkan diri daripada monitor komputer dan berdagang dengan tablet dan telefon pintar menggunakan aplikasi mudah alih. Saya berdagang dengan iPhone sepanjang masa kerana saya terlalu malas untuk bekerja dengan komputer riba. Data akaun peribadi diduplikasi dan anda boleh berdagang tanpa pengesahan.
Terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Sememangnya Olymp Trade mahu memberikan yang terbaik untuk anggota mereka.
Boleh ke saya guna Fibonacci utk trading ?
Fibonacci adalah salah satu alat popular yang disediakan oleh analisis Fibonacci. Kaedah ini membolehkan pelabur mencari tahap sokongan dan rintangan yang berpotensi untuk trend pasaran tertentu. Teknik ini, apabila digabungkan dengan gelombang Elliott, boleh digunakan untuk mencari sasaran harga yang berpotensi. Untuk penerangan tentang Fibonacci, sila semak artikel kami yang terdahulu tentang indikator tersebut.