30.08.2021 Halaman Utama 0
broker forex

Soalan Yang Sering Ditanyakan Oleh Trader

Berikut adalah 7 Soalan Lazim yang sering menjadi pertanyaan kebanyakkan para trader tentang broker forex.  Jom kita baca…

Forex Trader : Apakah broker forex yang terbaik?

Susah untuk menjawab soalan seperti itu. Kerana ianya tentu saja bergantung pada trader tersebut. Sejauh mana pengetahuannya, pengalaman ,apa yang dia inginkan sewaktu berdagang dan apa yang dia cari pada sesuatu broker forex. Banyak trader yang mempunyai sedikit pengalaman, terutamanya ketika berdagang di pasaran mata wang, lebih suka menggunakan platform seperti MT4 atau C-Trader. Di mana ianya memang direka khas untuk perdagangan Forex, dan juga perdagangan CFD. 

Trader-trader lain , terutamanya trader baru lebih suka menggunakan in-built platform seperti yang terdapat di OlympTrade , IQ Option atau eToro.  Di mana pengetahuan matematik / komputasi yang diperlukan untuk penggunaannya agak terhad dan jauh lebih mudah untuk digunakan berbanding dengan MT4. 

Sementara trader yang lebih berpengalaman, yang biasanya memilih untuk mengakses ke beberapa pasaran, lebih suka menggunakan broker forex seperti Interactive Brokers atau SAXO Bank’s SAXO Trader. Platform seperti itu biasanya mengandungi alat grafik / analitik yang jauh lebih maju ( untuk berlaku adil kebanyakan alat analisis yang maju juga boleh diperolehi dari MT4 / C-Trader dan in-built platform broker-broker forex tertentu) yang memberi akses kepada ribuan instrumen termasuk Ekuiti, ETF, perdagangan Swap dll.  

 

broker forex

Forex Trader : Apakah cara terbaik untuk melakukan trading forex?

Jika anda pernah menjengah ke dalam perdagangan forex maka anda pasti tahu bahawa terdapat pelbagai peluang untuk menghasilkan wang. Pada masa yang sama anda pasti bertanya-tanya apakah cara terbaik untuk belajar perdagangan forex ini. Pertama sekali, hal terpenting yang kami sarankan adalah untuk anda mendapatkan Pendidikan Forex. Terdapat banyak bahan tentang Forex di internet untuk pendatang baru maupun trader berpengalaman. Yang perlu anda lakukan hanyalah mencarinya. Luangkan waktu untuk membaca tentang cara kerja perdagangan forex, konsep di sebalik setiap trade, dan bagaimana harga dipengaruhi oleh kondisi ekonomi dan politik.

Kedua anda mesti mendapatkan seberapa banyak pengalaman yang boleh. Jika anda ingin belajar forex trading, itulah satu-satunya cara. Sebagai permulaan, adalah wajar untuk menggunakan akaun demo. Ia akan memberi anda asas teknikal yang baik mengenai mekanisme tentang cara melakukan perdagangan forex . Anda juga akan membiasakan diri dengan fitur-fitur yang terdapat di platform tersebut.

Setelah meluangkan masa untuk beberapa ketika di akaun demo, adalah penting untuk anda menggunakan akaun sebenar juga – walaupun dengan jumlah pelaburan yang sedikit. Cari broker forex yang menawarkan deposit yang kecil supaya anda boleh merasakan bagaimana melakukan trade di pasaran sebenar. Kami pasti anda akan merasakan perbezaan di antara akaun demo dan akaun sebenar. Ini disebabkan oleh kesan psikologi yang akan anda rasai di perdagangan dengan wang sebenar. 

Bermula dari trading secara kecil-kecilan tadi, dengan syarat anda memperoleh lebih banyak profit daripada rugi, anda harus secara beransur-ansur meningkatkan ukuran perdagangan dan modal yang dilaburkan. Tetapi harus diingat jumlah yang anda laburkan itu adalah jumlah yang sanggup anda rugi.

Forex Trader :  Bagaimana cara untuk menjadi trader forex yang baik?

Sekiranya ia disimpulkan dalam satu kata, kunci trader forex yang baik adalah disiplin. Ya, ada banyak perkara yang harus dipelajari dan diketahui sebelum anda melakukan trade atau terlibat dalam industri kewangan, tetapi satu perkara yang harus tetap konsisten adalah disiplin. Disiplin dalam belajar, disiplin semasa membuka trade pertama anda dan disiplin dalam mengikut dan mematuhi plan  perdagangan anda. 

broker forexAntara perkara asas yang harus diikuti oleh semua trader baru adalah:

– Belajar mengenai Forex – terdapat banyak bahan di internet. Sangat baik jika anda dapat meluangkan pembelajaran forex selama 1 bulan. Kaji tentang analisis teknikal dan asas. Pembelajaran anda kemudiannya harus diterapkan dengan baik ke dalam trade anda secara berterusan.

– Cuba untuk mencipta strategi sendri – Tetapkan peraturan yang akan menentukan corak trading anda dan bagaimana anda akan memasuki dan keluar dari pasaran.

– Berlatih di Akaun Demo – Buka akaun demo di mana-mana broker forex dan trade seolah-olah anda di akaun sebenar. Walaubagaimanapun sudah tentu ia tidak akan 100% sama seperti akaun sebenar karena fakta rasa takut akan kehilangan wang tidak akan membebani keputusan anda. Jadi lebih baik jika anda jangan lanjutkan dulu ke langkah berikutnya kecuali anda boleh mendapatkan profit dari akaun demo ini terlebih dahulu.

– Berlatih di akaun sebenar dengan jumlah yang kecil – Lakukan ini agar anda dapat memahami perbezaan antara trading dengan wang sebenar dengan trading secara demo. Lakukan ini dengan jumlah deposit yang sedikit, tetapi cukup sehingga membuatkan anda rasa bimbang akan kehilangan wang tersebut.

– Trade di akaun sebenar dengan jumlah wang yang besar – Lakukan langkah ini dengan jumlah yang anda rasa ‘selesa’ untuk kehilangan wang tersebut sepenuhnya. Walaupun strategi anda sebelum ini berjaya menghasilkan profit di akaun demo dan juga di akaun sebenar dengan deposit yang kecil, ia tidak semestinya berlaku pada akaun sebenar dengan jumlah trade yang besar. Patuhi strategi yang telah anda tetapkan (dengan displin yang tinggi). Sekiranya anda melihat strategi tersebut gagal, maka sesuaikan strategi anda dengan sewajarnya, tetapi tetaplah berpegang teguh pada strategi tersebut setelah anda memutus untuk menggunakannya.

Forex Trader :  Apakah mungkin seorang trader forex amatur menghasilkan keuntungan dari broker forex?

Ramai trader yang telah menjana pendapatan dari perdagangan Forex dan ada yang berjaya mendapat pulangan yang sangat banyak yang membolehkan mereka bekerja sendiri dan meninggalkan pekerjaan 9-5 mereka. Kesemua trader ini mempunyai 1 persamaan  – semuanya bermula sebagai trader forex amatur! Ingatlah , tidak ada yang dilahirkan dengan pengetahuan perdagangan; ia dicapai melalui dedikasi dan disiplin.

Jadi Ya! seorang trader forex amatur boleh memperoleh keuntungan yang berterusan dari perdagangan forex. Selagi dia bersedia untuk berusaha dan memiliki disiplin untuk ditindaklanjuti dengan komitmen seperti itu, maka tidak ada alasan mengapa dia tidak dapat melakukan apa yang telah dilakukan oleh orang lain di hadapannya dengan cara yang sama.

Forex Trader :  Siapa trader forex yang terbaik?

Susah untuk menerangkan siapa trader forex yang terbaik – atau sekurang-kurangnya tidak ada cara yang jelas untuk mengukurnya . Selain daripada itu,  sebilangan besar trader forex teratas di dunia ini tidak berdagang dengan wang mereka sendiri tetapi sebagai dana dan modal dari Syarikat. Ini bermaksud bahawa keadaan psikologi mereka sedikit berbeza dan menjadikannya berat sebelah untuk membandingkan kejayaan trader tersebut dengan mereka yang berniaga dengan modal sendiri.

Satu perkara yang perlu diketahui adalah bahawa persamaan yang dimiliki oleh trader Forex adalah semangat mereka untuk berjaya, portfolio mereka yang pelbagai dan kesediaan untuk mengambil risiko.

Forex Trader :  Adakah sesiapa yang pernah menghasilkan wang dari perdagangan forex?

Sudah tentu! Bukan sahaja ada orang yang telah menjana wang dalam perdagangan Forex tetapi banyak juga yang telah menjadikannya sumber pendapatan!

Walaupun demikian, majoriti trader kecil-kecilan tidak akan memperoleh kejayaan sebanyak trader yang profesional.  Ini disebabkan oleh strategi pengurusan wang yang lemah dan kurangnya disiplin untuk mengikuti strategi yang telah mereka rancang.

Dengan disiplin 100% dan strategi pengurusan wang yang baik, tidak ada sebab mengapa seseorang tidak mempunyai peluang yang baik dalam menjana wang dari perdagangan Forex.

Forex Trader :  Adakah meletakkan wang di broker forex satu kaedah pelaburan yang terbaik?

Sukar untuk mengatakan apakah forex adalah cara terbaik untuk melaburkan wang kerana terdapat banyak lagi cara untuk berbuat demikian. Lagipun cara menjana pendapat bergantung pada apa yang anda telah terbiasa. Walaubagaimanapun forex boleh lah dikatakan salah satu cara yang terbaik. 

Di pasaran saham anda  hanya melabur dengan harapan harga saham tersebut akan meningkat naik  – namun dalam Forex anda boleh membeli / menjual mata wang tertentu berbanding yang lain dan oleh itu anda akan selalu ada kemungkinan untuk membuat keuntungan.

Juga dengan fakta bahawa Forex biasanya diperdagangkan berdasarkan leverage, ia menjadikan perdagangan Forex salah satu cara yang paling volatile.  Kerana sebab itu ia memungkinkan keuntungan (serta kerugian) yang lebih tinggi boleh dibuat – jika diperdagangkan dengan betul.

carta ramalan

Forex Trader :  Mengapa pelabur biasanya kehilangan wang dalam Forex?

Majoriti trader forex kecil-kecilan pasti akan kehilangan wang dalam trading. Walaupun kenyataan bahawa mereka mungkin telah menerima latihan dan mempunyai bahan pendidikan yang tepat (atau sekurang-kurangnya sama seperti yang mungkin diterima oleh trader lain yang berjaya), banyak yang sering gagal kerana peraturan pengurusan wang yang tidak baik dan / atau kurangnya disiplin. 

Perkara yang paling sukar dalam Forex adalah bukanlah membuat pengiraan atau meramalkan di mana untuk membuat kemasukan, berapa banyak deposit perlu dimasukkan  atau berapa had pelaburan. Yang paling penting adalah berpegang pada strategi dan mengikutinya dengan 100% disiplin.

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...