Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

Olymp Trade – Ulasan Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik
Memilih broker adalah salah satu langkah permulaan yang sangat penting bagi setiap pedagang dalam usaha mempelopori  pasaran kewangan dunia. Pun begitu, langit tak selalunya cerah dan pasti akan ada banyak rintangan dan cabaran yang mesti dihadapi sebelum tugasan itu terlaksana. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil syarikat seperti  Olymp Trade telah terbukti berjaya menarik perhatian pengguna di kalangan pedagang elektronik. Melalui penulisan ini, pihak kami telah merangka strategi dalam usaha untuk memberikan penjelasan ringkas mengenai terma dan perkhidmatan syarikat supaya ianya diharapkan dapat membantu anda daripada terlepas pandang akan sebarang butiran apabila membuat keputusan.

Olymp Trade adalah salah satu laman broker terkenal dan syarikat yang mempunyai reputasi cemerlang ini telah mula menawarkan perkhidmatan dalam perdagangan opsyen pada tahun 2014. Mereka sudah mula bertapak di lebih 20 buah negara dimana platform pelaburan ini telah mencapai penggunaan lebih 10 juta pedagang setia malah unjuran angka tersebut dilihat semakin meningkat saban tahun. Begitu juga jumlah pembayaran keluar, dimana peningkatan purata sebanyak 7% setiap bulan direkodkan.

Jenama “Olymp Trade” di miliki oleh Smartex International Ltd.-sebuah syarikat berdaftar di Seychelles. Setiap aktiviti syarikat diseliakan oleh International Financial Commission (Finacom), sebuah organisasi bebas yang bertujuan melindungi hak pedagang di seluruh dunia dan menyediakan pembayaran balik sehingga $20,000 sekiranya terdapat sebarang isu salah laku dan pertikaian. Finacom telah memberikan sijil bertaraf A-membership kepada Olymp Trade sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan broker yang berkualiti.

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik1. Platform Perdagangan Dalam Talian

Olymp Trade menawarkan anda satu platform pelaburan keseluruhannnya berasaskan web, jadi setiap urusan dipersetujui secara dalam talian. Tidak perlu untuk memuat turun sebarang perisian dan memasangnya di komputer anda. Untuk mula berdagang, lawati laman web dan daftarkan diri anda dengan mengikuti beberapa arahan ringkas.

Untuk perngetahuan pengguna, syarikat ini tidak bergantung kepada mana-mana pembekal lain dan ianya sentiasa membawa para pelanggan suatu solusi perdagangan bebas melalui reka bentuknya yang tersendiri. Hal yang demikian bertujuan bagi membantu broker untuk menyedari idea-idea baru dalam usaha menambahbaik kemahiran perdagangan serta mengurangkan risiko masalah penyambungan internet.

Polisi Olymp Trade adalah bertujuan untuk memastikan suatu proses perdagangan yang lebih terbuka, telus dan tersedia kepada semua orang. Selain itu, laman broker ini juga cuba untuk meletakkan sempadan terhadap perkara-perkara rumit  dan berlebihan yang kebiasaannya menjadi kesukaran terutama kepada meraka yang baru ingin bermula.

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

Platform ini mempunyai pilihan khusus yang sudah siap tersedia seperti penetapan warna cerah/gelap mengikut kesesuaian anda serta memilih jenis graph:area, Japanese candlesticks ataupun Heiken Ashi yang anda rasakan sesuai mengikut citarasa anda.

Bagi memudahkan kerja anda, kami menghadirkan pilihan seperti SMA, RSI, MACD, Stochastic Oscillator, Bollinger Bands dan sebagainya bagi memberi petunjuk untuk membantu anda menganalisis trend pasaran. Semua ini boleh didapati melalui senarai ‘indicators’ di bahagian atas carta. Bagi mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai situasai pasaran, klik pada ‘Technical analysis’.

Selain versi desktop, Olymp Trade juga telah menghasilkan aplikasi untuk pelantar mudah alih iOS dan Android untuk memberikan akses ke pasaran kewangan semudah di hujung jari dan dimana saja anda berada.

2. Aset Ditawarkan Olymp Trade

Melalui platform Olymp Trade, anda akan diberikan beberapa pilihan aset yang terbahagi kepada 5 kategori.

  • 2.1 Currency pairs (Pasangan Matawang)

Matawang sentiasa dibeli dan dijual berpasangan, bergantung kepada keputusan anda dengan mengambil kira naik turun nilai matawang semasa. Ketika ini, pasangan matawang EUR/USD, GBP/USD atau USD/JPY mendapat sambutan yang tinggi sehingga diberi status ‘the majors’ dan pasangan kewangan ini boleh didapati melalui platform Olymp Trade untuk berdagang.

  • 2.2 Commodities (Komoditi)

Keuntungan yang bakal diperolehi pengguna disebabkan oleh naik turun harga bahan komoditi terkenal dunia: emas, perak, platinum, gangsa, minyak brent dan gas semulajadi.

  • 2.3 Stock(Stok)

Platform Olymp Trade memberikan akses segera kepada quotes stok syarikat-syarikat antarabangsa : Apple, Coca-Cola, Microsoft, BMW, Tesla dan banyak lagi. Kawal selia potensi syarikat dan tentukan kemana harga stok akan pergi.

  • 2.4 Indices(Indeks)

Indeks seperti Dow Jones, S&P 500 dan DAX menilai keseluruhan potensi untuk stok pasaran tertentu. Ramalan yang betul sama ada indeks akan naik atau turun adalah asas kepada perdagangan yang Berjaya.

  • 2.5 Crypto assets (Aset Kripto)

Ketika ini, aset kewangan tidak menentu ini sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia. Melalui platform ini, anda boleh melabur di Bitcoin – Raja kewangan kripto, atau lawannya yang sama hebat seperti Ethereum dan Litecoin. Pasaran ini dijangkakan akan sentiasa mengalami peningkatan memandangkan semakin banyak orang mula sedar akan impak teknologi dalam dunia kewangan.  

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

3. Bagaimana Memulakan Satu Urusan Perdagangan

Melihat daripada sudut mekanisma perdagangan, broker Olymp Trade lebih gemar untuk menjadikannya semudah mungkin. Hanya terdapat beberapa parameter yang perlu dipilih sebelum mula berdagang antaranya, aset dengan suatu kadar keuntungan yang tetap, durasi dagangan diinginkan atau masa tamat tempoh yang spesifik dan juga jumlah yang ingin dilaburkan. Kemudian, tiba masanya melakukan keputusan atau dengan bahasa mudahnya meramal sama ada harga akan naik atau turun. Secara teknikal, ianya diputuskan melalui satu klik antara butang “up’ atau “down’.

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

Rajah di atas ini adalah satu gambaran jenis perdagangan klasik yang pastinya akan menarik minat mereka yang baru bermula. Bahasa mudahnya, kebiasaan mereka dengan cara orang lama berdagang.

Terkadang, sesuatu urusan dagangan boleh di muktamadkan dalam masa yang singkat, juga sama ada berakhir dari satu minit sehingga ke beberapa jam.

Untuk pengetahuan, satu elemen istimewa iaitu pembatalan perdagangan juga disediakan. Jika anda mendapati suatu trend yang tidak seperti yang diinginkan, perdagangan terbuka ini boleh juga di jual. Hal ini boleh dilakukan semasa 5/6 daripada durasi perdagangan ini dimulakan, dan ianya membolehkan anda untuk mendapatkan semula 120% daripada wang yang dilaburkan sebelumnya.

4. Terma dan Prosedur Perdagangan

Melalui Olymp Trade, ratio mula melabur/keuntungan merupakan satu kelebihan besar.

Untuk mula melabur, anda perlu untuk mendaftar akaun dan jumlah minimum hanya $10 sebagai deposit permulaan. Ianya antara kos permulaan paling murah di pasaran; selari dengan polisi perdagangan Olymp Trade iaitu menjadikan perdagangan tersedia untuk semua, tidak mengira berapa banyak sumber wang yang anda ada ketika itu. Pada masa yang sama, keuntungan untuk setiap urusan boleh mencapai sehingga 82% dan mungkin lebih 92% jika anda seorang pedagang dengan status VIP.

Laman broker ini juga menawarkan pilihan instrumen pembayaran sama ada untuk deposit atau mengeluarkan wang melalui keuntungan yang dijana: Mastercard, Visa, Neteller, Skrill, E-payments dan banyak lagi. Tambah nilai baki dan pengeluaran keuntungan melalui instrumen yang sama.

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

Tidak terdapat sebarang had terhadap banyak mana keuntungan yang anda boleh keluarkan melalui akaun anda. Kebiasaannya, permintaan pengeluaran anda akan di proses dalam masa 24 jam (90% kes), sehingga tidak lebih dari 5 hari. Untuk pedagang berstatus VIP, hanya beberapa jam sahaja diperlukan.

Sebagai menghargai pengguna, jika anda berdagang melalui Olymp Trade, semua caj yuran dan komisyen akan dibayar oleh pengurusan Olymp Trade.

5. Jenis-Jenis Akaun

Seperti yang anda perhatikan di carta, Olymp Trade menawarkan 2 jenis akaun – Standard dan VIP. Akaun Standard adalah memfokuskan kepada pengguna yang tidak mahu mengambil risiko dengan jumlah wang yang besar, jadi mereka boleh bermula dengan deposit yang kecil. Bagi pedagang yang lebih berpengalaman, iaitu penguna yang sanggup bermula dengan $2,000, mereka ini akan diberi status VIP dan beberapa faedah sampingan istimewa. Antaranya, peningkatan kadar keuntungan (sehingga 92%), Jumlah pelaburan maksimum yang lebih besar (sehingga $5,000), dagangan bebas risiko, pengurus peribadi dan akses kepada strategi ekslusif peribadi VIP-webinar.

Di bawah adalah penerangan ringkas mengenai kelebihan akaun jenis Standard dan VIP di tawarkan oleh Olymp Trade:  

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

6. Pangkalan Data Pendidikan Perdagangan

Terdapat juga satu lagi pilihan untuk berdagang di platform ini – tanpa menggunakan wang sebenar. Jika anda hanya ingin menerokai dunia perdagangan ini, Olymp Trade menyediakan akaun demo percuma untuk membantu anda. Gunakan lebih 10,000 unit demo untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai platform ini dan pelbagai instrumen perdagangan. Akaun demo ini akan tersedia untuk kegunaan anda selamanya. Hal ini kerana, apabila anda ingin mencuba alat analisis teknikal terbaru, anda boleh menukar semula kembali ke mod demo dengan satu klik dan berlatihlah tanpa ada sebarang risiko kewangan.

Marcapada ini, pembekalan bahan bacaan dan pembelajaran kepada pedagang adalah satu pendekatan terbaik dalam membuktikan tahap keboleh harapan terhadap broker dalam usaha memperhebatkan ilmu pedagang dan untuk itu,  Olymp Trade telah membuktikan kebolehan mereka. Di mana saja sama ada di laman web mahupun media sosial, syarikat ini menawarkan pangkalan data yang serba lengkap, yang berterusan berkembang dan di kemas kini bersesuaian dengan perubahan semasa.

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

Usaha syarikat broker ini bertujuan untuk memberikan bahan pendidikan yang berguna kepada pengguna tidak kira sama ada mereka yang baru bermula ataupun pedagang yang berpengalaman. Isu yang dibincangkan merangkumi semua aspek penting dan kritis – ianya merangkumi daripada asas perdagangan kepada pelbagai peralatan analisis teknikal, dan semuanya dipersembahkan dengan cara yang mudah, format kreatif seperti chatbots interaktif.

Melalui seksyen “Education” laman web  Olymp Trade, anda akan menjumpai kursus-kursus interaktif dan tutorial video, dimana semuanya berkait rapat dengan penjelasan mengenai petunjuk-petunjuk  yang ada di platform ini. Selain itu, terdapat juga beberapa cadangan ringkas dan padat berkaitan dengan strategi perdagangan dan webinar mengenai perkara-perkara yang lebih mendalam, seperti psikologi pedagang dan pengurusan wang.

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

Melalui seksyen “Analytics”, ianya memberikan anda akses kepada kalender ekonomi, isyarat dagangan dan informasi lain yang relevan dan berkait rapat dengan pasaran kewangan. Dengan semua bekalan ini, ianya diharapkan dapat membantu anda melakukan pertimbangan terbaik dan seterusnya menjana keuntungan lumayan.

Di platform ini, di bawah carta anda akan mendapat akses segera kepada tutorial video yang akan memberi penjelasan bagaimana platform ini bekerja dan bagaimana berdagang dengan berjaya.

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

Untuk pengetahuan anda, satu elemen terbaru telah diwujudkan – dengan skrin kedua, pedagang boleh belajar terus melalui platform ini. Di seksyen “educational”, anda dapat belajar pelbagai petunjuk dan strategi dan seterusnya mengaplikasikannya semasa berdagang. Anda hanya perlu ke bahagian kanan carta perdagangan untuk mengakses skrin kedua.

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

7. Pakej Bonus

Olymp Trade sangat prihatin dan mengambil berat akan kesetiaan pelanggan tetap mereka dan menawarkan ganjaran berbentuk pemberian bonus bersistem. Ianya merupakan satu elemen yang sangat menggalakkan di platform ini dan pasti akan memberikan manfaat kepada semua: pengguna baru, pedagang harian dan terutamanya pengguna aktif. Matlamat pemberian bonus ini bertujuan memberikan bantuan leverage kepada perdagangan anda – bermakna ianya tidak boleh dikeluarkan daripada akaun anda, dan hanya digunakan untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan.

Peluang istimewa menanti iaitu bonus selamat datang akan diberikan kepada mana-mana pengguna yang berdaftar di platform ini. Buka akaun anda sekarang dan anda berpeluang mendapat $/€30, $/€100 atau $/€200 untuk mula berdagang dengan terma yang lebih selesa. Tawaran ini memperbesarkan had deposit permulaan anda, dan seterusnya membantu mengembangkan potensi pendapatan anda.

Bagi semua pembiayaan selanjutnya untuk akaun anda satu sistem tetap akan digunapakai, dimana anda berkemungkinan diberikan bonus-bonus yang biasa. Saiz bonus bergantung kepada jumlah wang yang didepositkan, bermula daripada 10% ke 50% daripada jumlah tersebut. Tidak kira kaedah pembayaran mana yang anda gunakan, tawaran ini akan sentiasa ada.

Selain itu, terdapat juga kempen promosi untuk memberikan satu kali bonus kepada pegguna-pengguna yang aktif. Jika anda berdaftar dengan berita Olymp Trade, mengikuti syarikat broker ini di media sosial atau selalu mengikuti dan menonton webinar mereka, anda berpeluang mendapat bonus istimewa iaitu kod-promo.

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

8. Bantuan Teknikal

Berdagang di pasaran kewangan pasti akan melibatkan risiko yang tinggi, justeru masa adalah sangat penting apabila anda mempunyai isu yang hendak diselesaikan. Maka tibanya masa dimana syarikat broker ini memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah.

Bahagian bantuan teknikal Olymp Trade bekerja setiap masa, 7 hari seminggu. Bergantung kepada permintaan kecemasan anda, anda boleh menghubungi mereka melalui mana-mana cara di bawah:

Wakil daripada syarikat adalah pakar dan berkelayakan serta mereka sentiasa memberikan respon dengan cara yang sopan dan komprehensif dengan secepat mungkin. Pasukan bantuan teknikal Olymp Trade juga boleh berkomunikasi dalam 8 bahasa, termasuk bahasa arab.

9. Media Sosial

Olymp Trade menyatakan sokongan dan mempraktikkan polisi terbuka dalam berkomunikasi dengan pelanggan. Buktinya dapat dilihat melalui aktiviti syarikat ini di media sosial. Pedagang digalakkan menyertai laman rasmi Facebook dan saluran Youtube untuk mendapatkan akses kepada informasi terkini, berkongsi pengalaman, memberikan pandangan dan bertanyakan soalan mengenai platform ini.

Kedua, rangkaian sosial ini juga berfungsi sebagai sumber kepada peluang pendidikan tambahan  kepada pedagang. Olymp Trade akan melakukan perkongsian mengenai pelbagai kandungan pembelajaran seperti webinar, artikel dengan tips berguna dan analisis pasaran percuma dengan kerap.

Akhir sekali, ahli komuniti sosial Olymp Trade berpeluang menyertai pelbagai peraduan istimewa dan menang, seperti hadiah berbentuk wang, dagangan tanpa risiko ataupun gajet moden terkini.

10.  Pengiktirafan dan Anugerah Industri

Olymp Trade – Menyeluruh Syarikat Broker Terbaik

Seperti yang diperkatakan di awal penulisan ini, syarikat broker Olymp Trade telahpun mula beroperasi sejak tahun 2014. Dalam masa yang singkat, mereka telah membuktikan yang kerja mereka sangat berkualiti tinggi dan boleh dipercayai. Pemain profesional industri telah memberikan penilaian yang positif terhadap pencapaian syarikat yang semakin aktif berkembang, syarikat yang berwawasan tinggi seterusnya melayakkan mereka untuk menggondol beberapa anugerah penting antaranya:

  • Anugerah IAIR AWARDS dalam kategori “Best Options Platform”
  • Anugerah KROUFR sebagai “Best Options Broker”
  • Anugerah ShowFX World sebagai  “Fastest Growing Broker”
  • Anugerah Antarabangsa CPA Life  sebagai “Best Financial Broker”
  • Anugerah Forex Expo sebagai “Best Options Broker”
  • Anugerah IAFT sebagai  “Innovative broker”

Pun begitu, bukti terbaik adalah jika anda dapat merasai sendiri pengalaman menggunakannya. Setiap hari, hampir 30,000 pengguna berdagang secara aktif melalui platform ini. Tidak perlu ragu-ragu untuk menyertai mereka dan lihat sendiri bagaimana cara moden mendapatkan wang melalui pasaran kewangan – mudah, menyeronokkan dan menguntungkan.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...