Asam Garam Dunia Trading
Anda mungkin pernah mendengar cerita-cerita tentang pasaran saham: ada yang baik, ada yang buruk, ada yang best, ada juga yang tak berapa nak best. Disebabkan oleh cerita-cerita tersebut, anda mungkin tertanya-tanya sama ada boleh ke sebenarnya anda menjadi kaya melalui aktiviti trading ini?
Bagi mereka yang belum tahu, trading sebenarnya bukan lah sekadar aktiviti membeli dan menjual share beberapa syarikat. Ia juga bukan sekadar cara jadi kaya yang digunakan oleh sesetengah individu. Ternyata ada banyak lagi yang perlu anda tahu tentang trading atau pelaburan di pasaran saham.
Jadi dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara berbeza anda boleh melakukan trade, melabur dalam saham, keperluan untuk mempelbagaikan aset anda, dan beberapa cara lain lagi untuk jadi jaya. Tetapi pertama sekali, mari kita ambil tahu mengapa melabur dalam saham atau melakukan aktiviti trading ini dapat membantu anda membuat duit dan menjadi kaya secara konsisten.
Macammana Cara Nak Jadi Kaya Dengan Saham
Ini Ke Cara Nak Jadi Kaya?
Pasaran saham bukan sekadar tempat untuk menjana pendapatan tambahan. Tidak salah jika kami katakan yang ia telah berjaya menjadikan pemainnya menjadi jutawan dan juga bilionair. Sebenarnya, dengan kemahiran dan minda yang betul, anda juga boleh berada di landasan untuk menjadi jutawan melalui stock market ini.
Walaupun pasaran saham terkenal dengan ketidakpastiannya, tapi setakat ini cara nak jadi kaya paling mudah sepertinya tidak ada jalan lain selain daripada melabur dalam saham. Kalau anda selidiki, terdapat banyak kisah kejayaan untuk membuktikannya. Malah ada antara mereka yang memerlukan hanya satu pelaburan yang baik — yang dipegang cukup lama — untuk mengubah kisah hidup mereka.
Tapi satu yang anda perlu faham ialah ia memerlukan sedikit masa untuk melihat hasil kejayaan anda. Rahsia atau cara jadi kaya dalam pelaburan ni bukan terletak pada keuntungan sepantas kilat yang cepat tetapi pada pengumpulan pulangan pasaran dalam tempoh yang lama.
Contoh “The Warren Buffet”
Cara Warren Buffet Jadi Kaya
Jika anda masih tertanya-tanya dan masih ragu-ragu tentang sama ada betul ke aktiviti trading ni adalah antara cara jadi kaya yang sah, berikut adalah contoh terkenal seseorang yang menjadi sangat kaya melalui pasaran saham ni.
Anda pasti pernah mendengar tentang beliau. Harta beliau bernilai lebih dari $97 bilion pada September 2022. Di mana ia menjadikannya orang ketujuh terkaya di dunia. Sekaligus menjadikan beliau pelabur pasaran saham paling popular sepanjang zaman.
Cara Warren Buffet Menjadi Kaya. Sering digelar sebagai Oracle of Omaha, Warren Buffet memulakan perjalanan dalam pasaran saham pada usia 11 tahun apabila dia membeli enam saham “saham terpilih Cities Service” pada harga $38 sesaham. Saham tersebut akhirnya meningkat kepada $200 sesaham selepas penurunan awal kepada $27 sesaham.
Semasa remaja, beliau bekerja sebagai penghantar surat khabar Washington Post dan memperoleh kira-kira $175 setiap bulan. Kebanyakan wang dari gaji beliau, beliau simpan. Pada masa yang sama, beliau juga menjana wang melalui perniagaan lain. Pada masa beliau menamatkan pengajian dari kolej pada usia 21 tahun, beliau sudah mempunyai simpannan lebih dari $20000. Di mana 65% daripadanya beliau gunakan untuk melabur dalam insurans GEICO.
Selepas bekerja di syarikat Ben Graham (mentor beliau) selama dua tahun, beliau membentuk beberapa perkongsian untuk mengumpul wang. Pada tahun 1962, beliau telah terjumpa sebuah syarikat tekstil bernama Berkshire Hathaway. yang menjual saham mereka di bawah $8 sesaham. Warren Buffet kemudiannya mula membeli saham syarikat tersebut. Menjelang 1964, beliau menjadi pemegang saham terbesar Berkshire Hathaway dan akhirnya mengambil alih pengurusan syarikat tersebut. Kini, saham syarikat itu didagangkan pada lebih daripada $320,000 sesaham.
Cara Jadi Kaya Di Usia Muda
Satu perkara yang paling menarik tentang pelaburan saham atau aktiviti trading ini ialah ia tidak memerlukan sebarang kelayakan. Anda boleh memulakannya pada bila-bila masa dengan apa sahaja yang anda ada dan dari situ anda berkembang. Pada pendapat kami, cara jadi kaya di usia muda ialah dengan memulakan perjalanan trading anda di sewal usia dua puluhan atau tiga puluhan. Percayalah jika anda membuat keputusan untuk bermula cepat , ia mungkin merupakan keputusan terbaik dalam hidup anda.
Walaupun sesetengah broker memerlukan anda untuk mempunyai sejumlah wang tertentu sebelum anda boleh membuka akaun pembrokeran dengan mereka, terdapat banyak lagi yang membolehkan anda membuka akaun dengan $0.0 saja. Tapi dengan syarat anda komited untuk mendepositkan sejumlah wang setiap bulan. Cari sahaja, anda pasti akan jumpa broker yang sesuai dengan keperluan anda.
Sebelum anda mula melakukan aktiviti trading ini, anda perlu memahami jenis pelabur yang bagaimana yang anda mahu jadi. Ini kerana itu akan menentukan cara anda berinteraksi dengan pasaran. Terdapat pendekatan yang berbeza untuk melabur — pelaburan aktif dan pelaburan pasif. Jom terokai maksudnya supaya anda boleh memilih gaya yang sesuai dengan anda.
Trading Secara Aktif
Cara ini bermakna anda terlibat secara aktif dalam pembelian dan penjualan saham tersebut. Iaitu, anda akan menjadi orang yang memilih saham untuk dibeli, memutuskan masa untuk membelinya, dan menguruskan portfolio saham anda sendiri. Untuk melakukan semua ini, anda perlu belajar cara menganalisis saham menggunakan kedua-dua strategi analisis asas (fundamental analisis) dan teknikal analisis.
Fundamental analisis bermaksud anda menilai prestasi syarikat yang memiliki saham yang anda ingin beli. Cara ini adalah untuk menilai nilai sebenar mereka dan potensi mereka untuk pertumbuhan jangka panjang. Sesetengah pelabur lebih berminat dengan potensi pertumbuhan syarikat dan golongan ini dipanggil “growth investors”. Pelabur lain seperti Warren Buffet mencari syarikat yang menguntungkan yang menjual sementara saham mereka di bawah nilai sebenar. Golongan ini dipanggil “value investors”.
Analisis teknikal pula melibatkan akitiviti menganalisis pergerakan harga saham yang sebelum-sebelum ini. Analisis tersebut bertujuan untuk memastikan kemanakah kemungkinan besar arah harga akan pergi pada masa hadapan. Biasanya pengguna analisis teknikal menggunakan corak harga (price action) dan penunjuk teknikal (technical indicator) dalam analisis mereka. Melalui cara ini kebanyakan trader tidak menyimpan stok untuk jangka masa yang lama. Contohnya seperti melakukan aktiviti trading di platform Olymp Trade. Di mana kebiasaannya trader tidak akan memegang sesuatu saham itu terlalu lama. Dan mereka akan menggunakan analisis teknikal untuk menentukan waktu untuk membuka atau menutup posisi.
Trading Secara Pasif
Melalui pendekatan trading secara pasif ini, anda tidak perlu bersusah payah mempelajari cara menilai saham dan syarikat di belakangnya. Anda hanya melabur wang anda dan melupakannya untuk masa yang lama. Harapannya adalah , pelaburan anda akan terus berkembang seiring dengan masa yang berlalu.
Terdapat tiga cara biasa untuk melabur secara pasif: tradisional mutual fund,exchange-traded funds, dan index funds. Melabur dalam tradisional mutual fund bermakna anda membeli sekumpulan saham yang diuruskan oleh pengurus portfolio.
Pentingnya Kepelbagaian
Sama ada anda memilih untuk melakukan trading secara aktif atau pasif, satu perkara yang anda mesti mahir ialah bagaimana cara meminimumkan risiko. Dan itulah maksud kepelbagaian. Kepelbagaian ialah strategi untuk mengurus risiko di mana pelbagai jenis aset dimasukkan ke dalam portfolio pelaburan anda. Rasionalnya ialah apabila satu aset berprestasi teruk, aset yang berprestasi baik akan meneutralkan kesannya.
Ini mungkin sebabnya mengapa dana indeks atau index fund dan ETF mempunyai prestasi yang lebih baik daripada pelabur aktif biasa. Dengan menumpukan pada sekumpulan saham, dana ini sememangnya dipelbagaikan. Namun begitu, walaupun anda melabur dalam ETF, ia juga berbaloi untuk melaburkan wang anda dalam kelas aset yang lain juga.
Jika anda seorang aktif trader, adalah sangat penting untuk mengelakkan saham yang berkait rapat kerana ia cenderung untuk bertindak balas dengan cara yang sama kepada ketidakstabilan pasaran. Apabila terdapat peristiwa pasaran negatif, kerugian boleh menjadi bencana besar. Satu peraturan biasa adalah untuk mengelakkan saham dalam industri yang sama atau menawarkan perkhidmatan yang serupa. Oleh itu, adalah perlu untuk anda melabur dalam aset lain, seperti emas, kripto dan komoditi.
Petua Cara Nak Jadi Kaya
Tips atau petua nak jadi kaya berikut boleh membantu anda dalam perjalanan anda untuk mencipta kekayaan.
Mempunyai pandangan jangka panjang: Anda mungkin tidak akan menjadi kaya dalam sekelip mata, jadi anda perlu mempunyai pemikiran yang betul. Menjadi kaya adalah matlamat jangka panjang dan semestinya ia memerlukan kesabaran.
Melabur untuk diri anda: Sebenarnya sangat berbaloi untuk anda melabur untuk diri sendiri. Tingkatkan kemahiran anda supaya anda boleh memperoleh lebih daripada yang anda mahu. Contohnya seperti mendapat kenaikan pangkat, atau mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik. Belajar kemahiran baru juga akan sangat membantu dalam kejayaan masa depan anda.
Buat simpanan setiap hari: Pastikan anda menyimpan sedikit wang setiap hari tidak kira betapa sedikitnya ia. Walaupun anda menyimpan sebanyak $5 sehari , ia akan berjumlah $1825 dalam masa setahun. Apabila anda menyimpan, anda akan mempunyai lebih banyak wang untuk dilaburkan di kemudian hari nanti.
Bolehkah Anda Menjadi Kaya dengan Aktiviti Trading?
Alternatif lain untuk melabur ialah melakukan aktiviti trading. Trading memerlukan banyak masa dan sangat meletihkan dari segi psikologi. Apabila melabur, anda mungkin mengelak daripada melihat terlalu kerap Open Posisi anda. Tetapi apabila trading, anda perlu memantaunya setiap hari kerana ia memerlukan anda untuk masuk dan keluar dari posisi dengan lebih kerap. Jadi, benarkah salah satu cara jadi kaya ialah melalui stock market trading?
Ya, salah satu cara jadi kaya ialah dengan trading di stock market. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada jenis trading. Mungkin ia akan mengambil masa yang lebih lama daripada pelaburan pasif. Tetapi, potensi keuntungan dalam aktif trading selalunya lebih besar daripada pelaburan yang biasa.
Akhir Kata
Ramai orang dah jadi kaya melalui pasaran saham. Anda juga boleh menjadi kaya dengan melabur dalam saham. Tetapi dengan syarat anda melakukan apa yang perlu. Masa adalah faktor utama dalam membina kekayaan, jadi boleh bermula lebih awal itu lebih bagus.
Selain melabur, trading adalah satu lagi cara jadi kaya dalam pasaran saham.
Tidak kira apa yang anda pilih, anda tak usah tunggu-tunggu lagi. Mulakan dari sekarang!!!
View Comments (4)
Tak guna untuk mengikuti algoritma sedia ada untuk jadi kaya. Setiap orang mempunyai latar belakang, kemahiran, matlamat, kelebihan dan kelemahan tersendiri. Apa yang bagus untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk yang lain. Ikuti haluan sendiri, dan anda akan mendapat kejayaan dengan mana-mana broker, termasuk Olymp.
Saya sangat berpuas hati dengan platform ini. Olymp Trade adalah broker yang selamat dan boleh dipercayai dan saya menghargai usaha mereka untuk memastikan platform selamat untuk pengguna. Pasukan sokongan pelanggan juga sentiasa sedia membantu, dan kelajuan pelaksanaan sangat pantas. Secara keseluruhan saya mengesyorkan Olymp Trade kepada sesiapa yang mencari platform perdagangan yang boleh dipercayai.
Mungkin pedagang lain tidak setuju, tetapi nampaknya perdagangan saham berbeza daripada perdagangan aset lain. Pedagang tertentu merujuk kepada indeks sebagai aset yang serupa dengan saham dari segi ciri-ciri. Tetapi untuk saya tidak.
Ikut pendapat saya, untuk dagangkan saham anda perlu mempunyai bukan sahaja pengetahuan teknikal tentang perdagangan tetapi juga pengetahuan ekonomi dan analitis. Ya lah, sebelum anda beli atau jual saham, anda perlu tahu aktiviti kewangan syarikat tersebut. Contohnya, anda perlu mengikuti laporan pendapatan dsb.
Untuk saya pasaran saham menakutkan dan sesuatu yang saya tidak biasa. Bukan masanya lagi.