Sejarah Ringkas Perdangangan Emas
Dulu , nak trade emas ni susah. Percaya atau tidak, anda terpaksa membeli dan menjual logam itu sendiri. Kemudian datang pasaran futures dan options di mana ia membolehkan trader membuka posisi trading tanpa perlu memenuhi peti besi mereka dengan bar, syiling atau barang kemas yang sebenar. Kemudian, datang pula dana dagangan bursa emas (ETF) yang menjadikan trading emas lebih mudah . Kini boleh dikatakan berdagang emas sekarang adalah seperti berdagang saham saja.
Sekilas Tentang Berdagang Harga Emas Semasa
Boleh dikatakan perdagangan emas hampir tidak ada bezanya dengan perdagangan pertukaran mata wang asing. Sewaktu trader runcit menggunakan platform trading biasa untuk berdagang, tidak salah kalau kita katakan ia hanyalah soal membeli atau menjual emas. Kerana aktiviti tersebut bergantung kepada sama ada trader tersebut berpendapat bahawa harga emas semasa berkemungkinan akan meningkat atau menurun.
Bagi sesetengah orang, trading emas kelihatan menarik, hanya kerana aset asasnya adalah fizikal dan bukannya nombor dalam akaun bank. Terdapat pelbagai strategi untuk berdagang emas. Bermula dari mengkaji faktor asas yang mempengaruhi penawaran dan permintaan emas, mengkaji kedudukan semasa trader-trader emas, kepada analisis teknikal serta mengkaji carta harga emas semasa.
Bagi mereka yang bergantung sepenuhnya pada analisa fundamental perlu mereka ketahui bahawa ramai trader berpengalaman akan bersetuju bahawa strategi dagangan emas yang lebih baik adalah dengan menggabungkan beberapa komponen analisis fundamental, sentimen dan teknikal.
Salah satu petua atau tips semasa berdagang emas yang kami rekemen ialah analisis fundamental dicampur dengan analisis sentimen. Di mana gabungaan tersebut boleh membantu anda melihat arah aliran. Tetapi kajian carta dan corak harga emas boleh membantu anda masuk dan keluar dari dagangan tertentu.
Trading Emas Vs Trading Forex
Emas secara tradisinya dilihat sebagai penyimpan nilai. Tepatnya kerana ia tidak tertakluk kepada kehendak kerajaan dan bank pusat sebagaimana yang berlaku pada mata wang. Harga emas semasa tidak dipengaruhi secara langsung oleh sama ada dasar fiskal atau dasar monetari dan akan sentiasa bernilai sesuatu – tidak seperti mata wang yang akhirnya boleh menjadi hampir tidak bernilai kerana, sebagai contoh, inflasi yang berleluasa.
Emas juga boleh digunakan oleh trader sebagai “safe heaven”, bersama-sama dengan aset seperti Yen Jepun, Franc Swiss dan nota serta bon yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan AS. Ini bermakna apabila trader bimbang tentang trend risiko, mereka akan cenderung untuk membeli aset haven ini. Sebaliknya, trader biasanya menjual aset haven apabila selera risiko meningkat dan beralih untuk memilih saham dan mata wang lain dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Ini menjadikan emas sebagai “hedge” terhadap inflasi dan aset berharga.
Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa walaupun boleh saja kita dagangkan Swiss Franc atau Yen Jepun berbanding dengan pelbagai mata wang lain tetapi ia hampir selalu emas didagangkan berbanding Dolar AS. Oleh itu, berdagang emas bermakna anda perlu mengambil kira pergerakan Dolar AS. Sebagai contoh, jika nilai Dolar AS meningkat, itu boleh mendorong harga emas semasa menjadi lebih rendah.
Anda boleh ikuti perkembangan terkini Dolar AS dan tahap utama untuk harga emas semasa dalam halaman data pasaran emas Olymp Trade Login di halaman ini.
Fakta Tentang Harga Emas Semasa Yang Perlu Diketahui Trader
Faktor tambahan yang perlu diambil kira semasa mempelajari cara berdagang emas termasuklah kecairan pasaran. World Gold Council menganggarkan purata volum dagangan harian dalam emas adalah lebih tinggi daripada mana-mana pasangan mata wang selain daripada EURUSD, USDJPY dan GBPUSD. Itu menjadikannya lebih tinggi, sebagai contoh, daripada volum dagangan harian dalam EURJPY. Jadi spread iaitu perbezaan antara harga belian dan jualan, adalah sempit atau kecil yang menjadikan emas agak murah untuk didagangkan.
Akhir sekali, waktu dagangan emas adalah hampir 24 jam sehari. Pertukaran emas dibuka hampir sepanjang masa, dengan perniagaan bergerak lancar dari London dan Zurich ke New York ke Sydney dan kemudian ke Hong Kong, Shanghai dan Tokyo sebelum Eropah mengambil alih semula. Ini bermakna kecairan adalah tinggi sepanjang masa walaupun, seperti pertukaran asing, ia boleh menjadi senyap selepas penutupan pasaran New York. Itu menjadikan volum lebih rendah, dan oleh itu kemungkinan pergerakan harga menjadi tidak menentu.
Cara Berdagang Emas Menggunakan Analisis Teknikal
Trader teknikal biasanya memantau bagaimana keadaan pasaran harga emas semasa berubah selama bertahun-tahun. Harga emas berada dalam aliran yang besar dari 2005 hingga 2015. Sejak 2015, harga emas telah didagangkan dalam julat yang ditetapkan, bertukar tangan antara $1,000 dan $1,400. Dalam kebanyakan kursus forex, mereka mengajarkan tentang cara memadankan strategi teknikal dagangan emas anda dengan keadaan pasaran. Jika pasaran sedang trend, gunakan strategi momentum. Jika carta emas terikat pada julat, maka gunakan strategi volatilti rendah atau strategi julat. Itu adalah kunci utama dalam strategi perdagangan emas.
Carta Harga Emas Semasa, Timeframe Bulanan
Bagi mereka yang lebih suka menggunakan analisis teknikal, cara paling mudah untuk bermula adalah dengan menggunakan titik tinggi dan rendah sebelumnya, garis arah aliran dan corak carta. Apabila harga emas semasa meningkat, paras tinggi sebelumnya yang ketara di atas paras semasa akan menjadi sasaran yang jelas, begitu juga pentingnya dengan rendah sebelumnya apabila harga jatuh.
Juga dalam aliran menaik, garisan pada carta yang menghubungkan tahap tinggi sebelumnya akan bertindak sebagai rintangan apabila berada di atas tahap semasa. Manakala garisan yang menghubungkan tahap rendah lebih tinggi sebelumnya akan bertindak sebagai sokongan. Dan setting yang sebaliknya pula berlaku dalam pasaran yang menurun. Bagi corak carta, mereka seperti bahagian atas head-and-shoulder dan bahagian bawah berganda adalah relevan sama seperti semasa berdagang pasangan mata wang.
Tips Berdagang Harga Emas Semasa Untuk Trader Pemula Dan Trader Berpengalaman
Berbalik kepada analisis fundamental, trader pemula perlu mempertimbangkan satu perkara yang khusus. Iaitu adakah sentimen pasaran berkemungkinan untuk menjadi positif atau negatif? Jika ianya positif, maka harga emas berkemungkinan akan turun dan jika negatif ia berkemungkinan naik. Oleh itu, ini adalah strategi paling mudah untuk digunakan semasa berdagang emas.
Bagi trader yang lebih berpengalaman, adalah penting untuk mempertimbangkan apa juga yang mungkin berlaku kepada Dolar. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Dolar telah semakin dianggap sebagai tempat selamat. Yang sebahagiannya menjelaskan mengapa harga emas berbanding Dolar kekal stabil secara relatif. Oleh itu, jika anda fikir, sebagai contoh, yang keadaan geopolitik akan menjadi lebih teruk, anda mungkin mempertimbangkan untuk membeli emas tetapi pada masa yang sama anda menjual, katakan, Dolar Australia berbanding rakan sejawatannya di AS.
Seorang trader yang berpengalaman juga akan mahu memerhatikan permintaan untuk barang kemas terutamanya emas. Di India dan China khususnya, barangan kemas masih dilihat sebagai pelaburan jangka panjang yang penting. Ia juga mempunyai kegunaannya dalam industri. Dan pembelian dan penjualan emas di bank pusat juga boleh menjadi penting. Ini semua adalah faktor yang boleh menggerakkan harga.
Dari segi pembekalan, trader berpengalaman akan mahu memerhatikan angka keluaran daripada syarikat pengeluar utama seperti Barrick Gold dan Newmont Mining.
Konklusi
Dengan semua maklumat tersebut, semua peraturan perdagangan forex juga terpakai untuk perdagangan emas. Trader runcit perlu berhati-hati untuk tidak terlalu menggunakan leverage dan harus memikirkan pengurusan risiko mereka. Mereka juga perlu menetapkan sasaran dan berhenti sekiranya berlaku sebarang kesilapan.
Petua yang kami sediakan di bawah sepatutnya menjadikan perdagangan emas anda lebih mudah dan lebih menguntungkan.
- Pastikan saiz kedudukan dagangan saham emas anda kecil. Lebih tinggi peluang untuk menjadi betul, lebih besar kedudukannya (itu sebabnya saiz pelaburan jangka panjang lebih besar daripada saiz dagangan jangka pendek).
- Semak kecekapan setiap indikator yang anda ingin gunakan di pasaran emas (atau pasaran lain) sebelum menggunakannya atau sebelum membuka posisi di pasaran sebenar.
- Pertimbangkan untuk menggunakan penunjuk RSI dan Stochastic untuk saham emas kerana ia telah terbukti berguna selama bertahun-tahun. Penunjuk lain juga mungkin berguna, tetapi pastikan anda memeriksanya sebelum anda membuat keputusan untuk membuka posisi berdasarkannya.
- Gunakan garis trend kerana ia sering terbukti berguna sebagai garis / tahap sokongan dan rintangan dalam kes saham emas. Lebih ketara tahap rendah atau tinggi yang digunakan untuk mencipta garis trend, lebih kukuh sokongan atau rintangan tersebut.
- Pastikan anda sentiasa memantau anomali. Apabila anda melihat sesuatu yang ganjil, siasat dan cari sebab di sebaliknya dan semak sama ada perkara serupa pernah berlaku sebelum ini – jika ya, semak apa yang berlaku seterusnya. Jika perkara yang serupa sentiasa diikuti oleh jenis corak harga yang sama dalam saham emas, mungkin ia idea yang baik untuk membuka posisi. Jika tidak, maka mungkin sebab di sebalik anomali itu mengakibatkan sesuatu yang lain yang mempunyai kesan yang lebih spesifik ke atas harga logam berharga tersebut.
Poin di atas bukanlah senarai lengkap tentang perkara yang kami temui mengenai topik trading emas tetapi ia termasuk dalam perkara yang kami rasa sangat berguna untuk diguna pakai oleh trader-trader di sini.
Langkah Seterusnya
Jika anda dapati senarai di atas berguna dan / atau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perdagangan emas dan pasaran lain, kami sarankan anda untuk mendaftar di platform Olymp Trade. Sebaik sahaja anda mendaftar, anda akan terus diberi akaun demo secara percuma dengan wang virtual sebanyak usd10000 untuk anda gunakan sebagai latihan.
Jadi tunggu apa lagi. Daftar sekarang.
View Comments (3)
Oh, itu menarik. Saya tidak tahu bahawa emas adalah aset keempat dari segi kecairan selepas EUR/USD, GBP/USD dan USD/JPY. Ia mungkin maklumat penting bagi pedagang yang lebih banyak menggunakan analisis teknikal. Saya akan cuba menjelaskan mengapa ia begitu.
Jika instrumen tertentu mempunyai banyak kecairan di pasaran bermakna aset ini digunakan oleh sebilangan besar orang. Dan analisis carta berkait rapat dengan psikologi manusia. Oleh itu, lebih ramai orang memperdagangkan aset tertentu lebih banyak ia boleh dianalisis dari sudut teknikal. Sekurang-kurangnya itu pemerhatian saya.
Saya akan memberi amaran bahawa perdagangan emas tidak sama dengan perdagangan pasangan mata wang lain. Prinsip dan analisis adalah sama, tetapi perdagangan emas memerlukan masa dan perhatian khusus kerana ia berkelakuan berbeza. Penulis menasihatkan perdagangan emas dengan analisis sentimental tetapi gagal untuk menekankan pengalaman yang sepatutnya beriringan dengan perdagangan sentimen.
Saya boleh kongsikan pengalaman saya dalam dagangan emas. Anda perlu mengikuti prestasi ekonomi maju, seperti Amerika Syarikat. Laporan kerajaan AS boleh mempengaruhi harga emas.
Pelabur tertentu menganggap emas sebagai alternatif kepada pelaburan dalam ekonomi.