
Kaedah Dagangan Untuk Semua
Kaedah baru untuk mendapatkan wang secara online semakin hari semakin banyak yang muncul . Walaupun terdapat pelbagai kaedah yang tersedia, kebanyakan orang masih sukar untuk menghasilkan wang secara dalam talian kerana hampir semua kaedah relevan yang disediakan memerlukan pelaburan peribadi yang besar.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk buat duit online dengan jumlah yang sangat minimum bahkan boleh dikatakan tidak akan ada pelaburan sama sekali. Ia dipanggil perdagangan pilihan digital.
Broker Perdagangan Pilihan Digital
Kaedah perdagangan yang disebut tadi adalah lebih mudah daripada yang digunakan dalam pasaran kewangan konvensional. Ia juga dapat membantu menghasilkan lebih banyak pendapatan berbanding cara yang dihasilkan melalui pasaran mata wang ataupun bursa saham.
Untuk mencari broker terbaik untuk sistem perdagangan pilihan digital, kami syorkan penggunaan Olymp Trade sebagai platform trading anda. Kenapa kami menyarankan sedemikian – kami mempunyai sebab-sebab yang akan kami jelaskan di bawah
Olymp Trade Login
Sebagai permulaan, Olymp Trade Login adalah sangat mudah. Untuk log masuk ke akaun anda di broker OlympTrade, anda hanya perlu mencari Borang Log masuk/Pendaftaran yang terletak di halaman utama platform dagangan itu sendiri.
Dalam tab Olymp Trade Login, anda perlu memasukkan alamat E-mel yang anda gunakan untuk mendaftar di platform ini dan kata laluan anda. Anda boleh mengklik tanda berhampiran ‘Jangan ingat saya’ jika anda menggunakan komputer orang lain.
Selepas semua maklumat diisi, tekan butang biru ‘Log in’ untuk anda log masuk dengan selamat.
Selain daripada cara tersebut, anda juga boleh log masuk ke platform Olymp Trade melalui Facebook atau Google.
Walau bagaimanapun untuk mereka yang belum lagi mempunyai akaun, pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke tab ‘Pendaftaran’ dan lakukan pendaftaran anda di situ.
Ralat Berulangkali
Ralat yang berulang kali semasa log masuk ke dalam akaun Olymp Trade.
Perkara ini sebenarnya mungkin jarang berlaku. Walaupun kelayakan log masuk anda sah, ralat tetap muncul semasa log masuk. Ini mungkin menunjukkan beberapa masalah yang serius. Jadi satu-satunya penyelesaian untuk masalah sebegini ia dengan menghubungi sokongan khidmat pelanggan.
Berikut adalah cara anda boleh menghubungi mereka:
Chat:
Di laman rasmi Facebook Olymp Trade
Telefon:
60 (3) 921 262 41Kuala Lumpur, Malaysia
E-mel:
support-en@olymptrade.com
Lupa Kata Laluan Olymp Trade Login?
Perkara yang seringkali terjadi – lupa password !
Seperti platform-platfrom yang lain, Olymp Trade akan meminta Anda memasukkan detail akaun anda untuk log masuk. Ini berarti anda harus memasukkan alamat email serta kata laluan anda setiap kali anda ingin mendapatkan akses ke platform.
Tujuan proses tersebut adalah untuk melindungi akaun anda daripada diakses oleh orang yang tidak sepatutnya.
Jadi perkara penting yang perlu anda ingat adalah data log masuk kepada akaun anda – iaitu alamat email yang anda gunakan untuk mendaftar serta kata laluan yang anda cipta untuk akaun tersebut.
Harus diingat, apabila anda memasukkan data yang salah, akses kepada akaun anda akan disekat.
Ya memang betul, platform Olymp Trade tersedia dalam peranti yang berbeza. Tetapi ini tidak bermaksud ia akan membantu anda jika anda tidak dapat mengingati kata laluan. Ini kerana butiran log masuk tidak berubah walau apa pun peranti yang anda gunakan.
Cara mudah untuk memulihkan kata laluan Olymp Trade
Walau bagaimanapun, persoalan yang kebanyakkan orang akan bertanya ialah bagaimana untuk mendapatkan semula kata laluan saya? Ataupun saya lupa password saya?
Teruskan membaca kerana panduan khusus berikut telah ditulis untuk memberi jawapan kepada anda.
Menetapkan semula kata laluan boleh dilakukan dalam beberapa langkah.
Apa yang anda perlukan ialah alamat e-mel yang anda gunakan sewaktu pendaftaran di Olymp Trade.
Seterusnya pergi ke halaman log masuk, tulis alamat e-mel anda dan klik pautan yang tertulis “Tukar kata laluan” di bawah kotak e-mel.
Semak e-mel anda dan cari mesej dari Olymp Trade dengan pautan ke pemulihan kata laluan.
Apabila anda mengklik butang “Tukar kata laluan”, anda akan diarahkan ke laman web Olymp Trade dan anda akan melihat kotak kosong. Anda kemudiannya harus menulis kata laluan baru sebanyak dua kali.
Klik “Tukar kata laluan” untuk mengesahkan kata laluan baru.
Sekarang kata laluan baru anda telah disahkan dan anda boleh log masuk dengannya.
Ingat, anda boleh menukar kata laluan anda pada bila-bila masa saja. Anda hanya perlu pergi ke bahagian Profil di platform Olymp Trade untuk menukarnya. Adalah sesuatu yang sangat penting untuk memastikan akaun anda selamat sepanjang masa.
Jika anda membuka akaun demo melalui media sosial seperti Facebook atau Gmail, kami sarankan anda menggunakannya untuk akaun demo sahaja. Dan sekiranya anda merancang untuk membuka akaun dagangan sebenar, nasihat kami adalah gunakan alamat e-mel yang sah bagi tujuan tersebut. Ini adalah kerana pemulihan kata laluan akan lebih mudah jika anda membuat pendaftaran dengan alamat email daripada melalui media sosial.
Secara ringkasnya , ini yang harus anda lakukan sekiranya kata laluan yang anda masukkan tidak betul.
- Semak semula dan cuba Log masuk ke akaun OlympTrade sekali lagi.
- Jika kata laluan masih salah, tekan butang ‘Tukar kata laluan’. Anda perlu memasukkan alamat E-mel yang anda gunakan semasa berdaftar di platform ini.
- Arahan untuk memulihkan kata laluan akan dihantar ke peti masuk email anda.
- Setelah itu, anda boleh lah membuat kata laluan yang baru. Pastikan ianya kata laluan yang kuat dan cuba untuk mengingatnya atau tulis di mana-mana untuk rujukan anda.
Akaun Olymp Trade Disekat
Pertama sekali, Olymp Trade tidak akan pernah menyekat akaun tanpa sebarang alasan yang munasabah. Biasanya broker hanya akan menyekat akaun yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Jika anda yakin bahawa anda tidak melakukan apa-apa kesalahan, anda boleh hubungi Customer Support OlympTrade dan menjelaskan situasi anda.
Kami sarankan anda menghubungi Olymp Trade melalui E-mel atau melalui Contact Form. Sokongan Olymp Trade yang beroperasi 24/7 akan sentiasa membantu anda.
Proses Unblock Olymp Trade Login Yang Disekat
Unblock akaun anda dengan menghubungi khidmat pelanggan.
Sekiranya akaun dagangan anda disekat kerana alasan melanggar peraturan OlympTrade, terdapat 0% kemungkinan untuk akaun tersebut di-unblock. Walau bagaimanapun, anda masih boleh cuba menghubungi customer support mereka dan meminta bantuan.
Secara ringkas, kami boleh katakan bahawa OlympTrade adalah satu perkhidmatan kewangan yang serius. Jadi kami cadangkan untuk anda berlaku jujur kepada mereka dengan menceritakan hal yang sebenar. Lebih-lebih lagi, Olymp Trade memang dikenali sebagai satu broker yang akan melakukan segalanya untuk keselesaan pedagangnya.
Jadi kami sangat mengesyorkan untuk para trader menghormati mereka dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Sekali lagi diingatkan yang akaun anda hanya akan disekat jika broker melihat pelanggaran peraturan atau apa-apa aktiviti penipuan dari pihak anda.
Jika akaun dagangan anda telah disekat secara tidak sengaja atau terdapat sebarang kesilapan dan anda tidak tahu mengapa, hubungi sokongan pelanggan yang tersedia 24/7 dan jelaskan keadaan anda. Mereka akan sentiasa membantu anda.
Menutup Akaun OlympTrade
Bagaimana untuk Menutup Akaun OlympTrade?
Seperti biasa, hubungi khidmat pelanggan melalui E-mel untuk penutupan akaun.
Untuk memulakannya, jika anda memutuskan untuk menutup akaun dagangan anda di platform OlympTrade, anda perlu menghubungi khidmat pelanggan. Anda perlu menghubungi Olymp Trade melalui alamat E-mel anda dalam kes ini.
Anda perlu menjelaskan situasi serta alasan kenapa anda memutuskan untuk menutup akaun dagangan anda. Pasukan khidmat pelanggan akan sentiasa membantu anda untuk menyelesaikan sebarang masalah yang anda hadapi serta akan cuba menunaikan hasrat dari pihak anda. Walau bagaimanapun, kami sarankan agar anda memikir dua kali sebelum menutup akaun di Olymp Trade. Ini kerana proses membuka semula Akaun OlympTrade agak rumit dan sebenarnya anda mempunyai 0 peluang untuk membuka akaun baru.
Sekali lagi kami ingatkan anda agar memikir semasak-masaknya sebelum menutup akaun kerana ia seperti yang anda tahu tidak ada jalan pulang selepas penutupan.
Kesimpulan
Isu yang paling kerap berlaku pada akaun Olymp Trade adalah masalah login. Masalah akses ke akaun biasanya melibatkan proses menetapkan semula kata laluan.
Anda tidak perlu khuatir. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah yang telah kami terangkan dan dalam masa tidak lebih daripada 10 minit, akaun anda akan tersedia untuk didagangkan semula.
45 Responses
Macam mana dari segi regulasi ? Adakah Olymp Trade satu badan yang regulated ?
Olymp Trade adalah broker Kategori A yang diperakui oleh Finacomm (Financial Commission). Suruhanjaya itu adalah kumpulan pengawasan yang memastikan broker dalam industri ini mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
I associate Olymp Trade forex with speed, reliability and earnings. Registering here is very easy, but to start earning it is important not only to make a deposit, but also to think with your head. Olymp Trade offers many things you can learn, you just have to want to.
Exactly! Let us know if you have any problem regarding the platform.
It’s right, it’s good that you give detailed instructions and don’t have to constantly contact Olymp’s technical support. It saves you time, money and, most importantly, your nerves!
Thank you for your support. We really want information from Olymp Trade to be easily understood by our readers.
Apa cara cepat nak login ke Olymp Trade ?
Login ke akaun Olymp Trade sebenarnya sudah dipermudahkan oleh Olymp Trade.Anda hanya perlu masukkan nama pengguna dan kata laluan anda , itu sahaja.
I’ve seen some Olymp Trade reviews when people were complaining about their accounts being blocked. I’ve read the rules and they say accounts can be blocked for the attempts to perform fraudulent activity or using multiple Olymp Trade accounts for the same reason. So just in case, to avoid the block it’s better to use just one account. The article explains the password recovery is easy in case you need it. So take care.
Thank you for your support. We really want information from Olymp Trade to be easily understood by our readers.
For me, the key is to have a quality mobile application and an active candlestick chart – everything is in olymp trade – that’s why I’m here.
Exactly ! If that is not enough Olymp Trade provides an additional application called Olymp Plus for your learning purpose.
Trading kat Olymp Trade ni selamat ke sebenarnya >
Pada kami , ianya selamat. Jika anda menghadapi sebarang masalah dan tidak mencapai kata sepakat dengan Olymp Trade anda boleh menuntut ganti rugi sehingga $ 20,000 sekiranya berlaku penipuan dari pihak broker. Dengan adanya terma seperti itu , kita boleh merasa yakin yang Olymp Trade adalah satu broker yang serious.
Kalau saya terima error authorised failed masa nak login ke MT4 apa sebabnye eh ?
Besar kemungkinan anda terletak salah password.
Olymp Trade has good interface and so on, combined with high level of protection. For example, if you trade Olymp trade forex and than want to withdraw money – you should have deposit with this withdrawing method. It’s good protection – so no one can withdraw your money to another card or wallet, only to yours.
Yes. Thank you for you support. Let us know if you have any issues regarding the platform.
Olymp Trade ID saya di platform biasa Olymp Trade sama tak dengan ID saya di Olymp Trade MT4?
Anda perlu menggunakan e-mel dan password yang sama untuk log masuk ke metatrader.olymptrade.com dan olymptrade.com. Untuk mengakses terminal MetaTrader 4, anda memerlukan nombor khas yang boleh anda cipta di di metatrader.olymptrade.com.
Elakkan menggunakan Olymp Trade ID anda ini untuk log masuk ke platform.
In general, registration and many parameters in olymp trade forex are standard, but such instructions greatly facilitate the process and provide answers to questions. This is a really original alternative to managers – everything is clear and available.
Thank you for your support. We really want information from Olymp Trade to be easily understood by our readers.
Anda juga mempunyai artikel tentang topik semudah itu. Saya memang kagum dengan perkara itu kerana terdapat begitu banyak maklumat walaupun tentang topik yang paling mudah. Saya rasa perkara itulah yang membezakan Olymp Trade daripada broker lain. Broker lain berminat dengan pedagang yang baik tetapi hanya Olymp Trade yang melabur dalam pendidikan dan membangunkan pedagang profesional seperti itu daripada pedagang baharu. Ulasan Olymp Trade Malaysia mengesahkan pendapat saya, dan kebanyakan orang bersetuju bahawa Olymp Trade adalah unik atas sebab itu.
Kami juga rasa begitu. Keikhlasan Olymp Trade dalam mendidik trader mereka memang tidak boleh dipertikaikan. Selain dari webinar setiap hari, aplikasi Olymp Plus juga adalah antara app pembelajaran trading yang pada kami sangat padat dan mudah difahami.
Ia merupakan manual Olymp Trade yang baik. Bahagian yang paling banyak membantu saya merupakan bahagian yang menerangkan tentang perkara yang patut dilakukan jika anda lupa kata laluan anda. Ya, perkara seperti itu telah berlaku kepada saya selalu 🙁 Jadi saya berasa gembira apabila saya membaca artkel ini dan memutuskan unuk menulis ulasan Olymp Trade Malaysia saya yang tersendiri. Jadi, jika sesuatu yang buruk berlaku kepada saya lagi dan saya lupa kata laluan saya lagi atau secara tidak sengaja menyekat akaun saya, saya akan tahu perkara yang saya perlu lakukan untuknya.
Terima kasih atas sokongan anda. Jangan lupa untuk membaca artikel-artikel yang lain.
Apakah tahap keselamatan kerja di Olymp? Adakah sesiapa yang pernah mengalami masalah di sini?
Olymp Trade selalu memastikan yang platform mereka berada dalam keadaan paling selamat untuk trader melakukan trade. Sebagai contoh mereka memastikan setiap trader menggunaka 2FA untuk pengesahan serta proses verikasi untuk pengeluaran.
Saya tidak pernah mengalami masalah dengan Olymp Trade. Broker ini mempunyai pengatur yang baik, yang menjamin keselamatan pelaburan setiap pelabur dan melindungi depositnya. Jadi anda boleh mengatakan bahawa wang anda selamat dengan broker ini. Dan secara peribadinya, saya tidak pernah mengalami masalah dengan brokeraj. Semua wang dipindahkan ke dalam deposit saya dan dikeluarkan dengan sangat cepat, tiada bayaran tambahan atau bayaran tersembunyi yang dikenakan. Saya amat puas hati dengan kerja brokeraj saya.
Adakah Olymp Trade menyokong pengesahan dua faktor dan bolehkah saya menyambungkan akaun Olymp Trade dengan aplikasi Google Authentificator saya?
Sudah tentu boleh ! Anda boleh membaca di sini tentang pengesahan dua faktor di Olymp Trade.
https://olymptrade-malaysia.com/pengesahan-akaun-google-melalui-kaedah-dwi-faktor/
Jawapan kepada semua soalan ialah ya) Olymp Trade menyokong pengesahan dua faktor, brokeraj ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang agak tinggi. Jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan akaun anda atau wang anda dengan brokeraj ini. Saya sendiri tidak pernah mengalami sebarang masalah dengan keselamatan data saya, broker ini menganggap semua hal ini dengan serius.
Adakah aplikasi perdagangan mudah alih daripada Olymp Trade berfungsi dengan baik? Kerana saya tidak pasti saya mahu memuat turunnya dalam telefon pintar saya, atau adakah ia berbaloi untuk dimuat turun.
Sudah tentu ! Kami sarankan anda untuk bergabung dengan grup FB Olymp Trade Malaysia kerana di situ ada ramai trader yang pakar untuk anda bertanyakan apa saja soalan tentang Olymp Trade.
Adakah Olymp Trade akan melindungi data peribadi saya jika saya mendaftar dengannya? Adakah terdapat kemungkinan untuk terlibat dalam penipuan olymp trade?
Keselamatan maklumat anda terjamin. Ia ada dinyatakan di terms&condition di halaman Olymp Trade.
Saya mengesyorkan penggunaan pengesahan dua faktor. Olymp Trade mempunyai ciri pengesahan dua faktor yang bagus, termasuk log masuk dengan Pengesah Google, jadi anda boleh menjadikan akaun perdagangan sebuah tempat yang lebih selamat. Saya menghormati Olymp Trade atas semua usaha untuk menjamin keselamatan dana klien. Ia sememangnya wajar dihormati.
Terim kasi atas sokongan serta maklum balas anda.
Saya terbaca bahawa terdapat bayaran balik sehingga $20,000. Apakah keadaan yang membolehkan ia diguna pakai di OT?
Adakah terdapat cara saya boleh mengaktifkan pengesahan dua faktor untuk akaun saya? Adakah Olymp Trade memberikan fungsi ini untuk pelanggannya?
Saya suka bahawa anda tidak perlu mematuhi syarat yang rumit dan lain-lain untuk mula bekerja di olymp trade forex. Seluruh prosedur disesuaikan secara maksimum supaya anda boleh berdaftar dan mula bekerja secepat mungkin. Tetapi pada masa yang sama, saya boleh bekerja dengan syarat yang paling selamat dan pada pendapat saya, inilah yang diperlukan untuk wakil perniagaan moden. Dan pengoptimuman ini boleh dilihat dalam semua perkhidmatan dan tawaran syarikat ini.
Apakah jumlah pengeluaran minimum di Olymp?
Jika anda sudah memutuskan untuk bekerja dalam syarikat ini, maka anda perlu mengkaji ulasan olymp trade malaysia dengan teliti. Dari situlah anda akan mendapat maklumat am tentang perkara yang boleh digunakan secara berterusan dalam kerja anda serta perkara yang membolehkan seseorang menjadi profesional sebenar dalam bidang ini dan terus untung. Secara am, saya boleh membahagikan semua ulasan olymp trade malaysia kepada beberapa kategori. Terdapat artikel di sini yang menerangkan ciri umum dan kelebihan syarikat ini. Hal ini penting untuk anda memahami perkara yang boleh anda gunakan atau tidak boleh gunakan. Juga terdapat ulasan tentang strategi dan berita yang boleh digunakan dalam analisis pasaran anda serta perdagangan harian. Satu lagi jenis artikel ialah data tentang psikologi berdagang, supaya anda boleh menangani tekanan harian dan keadaan lain yang bermasalah. Hal ini berlaku dalam mana-mana perniagaan dan anda perlu mempelajari cara menanganinya supaya anda boleh sentiasa bekerja di sini dengan berkesan.
Apakah kriteria untuk penyekatan akaun? Kalau saya dan isteri ingin membuka akaun individu tetapi menggunakan kad dari akaun bersama (joint-account), adakah ini melanggari apa-apa peraturan?
i am a link builder & I’ve a good number of quality sites, where I can help you to build contextual links which helps you to get good page rank and domain authority. Let me know if you’re interested, And if you want to another list of quality websites