X

Forex atau Stock Market ? Mana Satu Yang Bagus?

Mana Satu Nak Pilih

Anda ingin mencuba trading tetapi terdapat dua pasaran dagangan popular dengan jumlah pedagang yang ramai . Iaitu Pasaran Forex dan Pasaran Saham atau Stock Market. Jadi, mana satu yang anda nak pilih?

Sebelum bermula , ringkasan untuk artikel ini, boleh juga ditonton di youtube

Apakah Itu Pasaran Forex?

Pasaran forex atau ‘foreign exchange’ ialah pasaran di mana mata wang boleh dibeli, dijual dan ditukar. Pemain dalam pasaran ini terdiri daripada bank, trader retail persendirian, dan mungkin juga pengembara yang memerlukan mata wang tempatan.

Harga di mana pemain pasaran membeli atau menjual mata wang ditentukan oleh kadar pertukarannya, iaitu value satu mata wang di nilai dalam mata wang lain. Atau dengan lain kata berapa banyak satu mata wang yang anda perlukan untuk membeli satu unit mata wang yang lain.

Sebagai contoh, Euro bernilai 1.21 Dolar A.S., bermakna ia memerlukan USD1.21 untuk membeli satu Euro.

Setiap hari, dagangan dilakukan berjuta-juta kali oleh ramai individu dan syarikat yang berbeza. Secara purata, aktiviti di pasaran forex didagangkan sehingga 5 trilion Dolar A.S. setiap hari!

Bagaimanapun ‘Harga’ di pasaran forex ini tidak tetap dan sentiasa berubah.

Ini kerana kadar pertukaran didorong berdasarkan penawaran dan permintaan – semakin tinggi permintaan, semakin tinggi harga, dan sebaliknya.

Kadar pertukaran boleh berubah bergantung pada perkara seperti peristiwa dunia, berita serta faktor lain (kadangkala ianya tidak diketahui), walaupun perubahan setiap hari secara amnya adalah sangat kecil.

Kebiasaannya kebanyakan trader forex memegang posisi terbuka mereka selama beberapa jam atau hari.

Apa Itu Pasaran Saham atau Stock Market ?

Apakah sebenarnya ‘saham?’ Jika anda membeli saham/stock atau share sesebuah syarikat, anda pada dasarnya membeli sekeping share tersebut.

Lebih banyak saham,stock atau share dalam syarikat yang anda beli, lebih besar peratusan pemilikan anda pada syarikat tersebut. Kebanyakan syarikat juga akan membayar dividen kepada pemegang saham pada setiap tahun atau setiap suku tahunan. 

Dividen yang dimaksudkan di sini ialah sejumlah wang.  Lebih besar pemilikan anda, lebih banyak wang yang anda akan terima. Trader stock market biasanya memegang posisi terbuka mereka selama beberapa hari sehingga berbulan-bulan malah ada yang bertahun (dengan harapan harga saham tersebut terus menerus meningkat)

Stock market ialah koleksi bursa yang memperdagangkan pelbagai saham dalam syarikat yang berbeza. Saham boleh dibeli dan dijual kepada orang lain melalui rangkaian bursa ini (sama seperti dengan membeli dan menjual mata wang).

Tidak seperti pasaran tukaran mata wang asing, yang beroperasi 24 jam sehari setiap hari bekerja (malah ada yang dibuka pada hujung minggu), pasaran saham pula dibuka selama 8 jam. Iaitu 9:30 pagi hingga 4 petang US Eastern time (pada hari bekerja).

Jumlah dagangan sehari ialah $200 bilion, jauh lebih rendah daripada $5 trilion yang didagangkan dalam pasaran forex. 

Jadi, jika anda mahukan sekeping daripada berbilion (dan trilion) Dolar yang didagangkan setiap hari, anda boleh mempertimbangkan untuk belajar berdagang di stock market atau forex.

Forex Market Vs Stock Market

Sebab utama mengapa seseorang berminat dalam pasaran saham atau forex adalah berkemungkinan besar untuk menjana wang, atau mungkin melindung nilai trading mereka . Tetapi bagaimana sebenarnya seseorang boleh membuat perdagangan wang di salah satu pasaran yang disebutkan tadi? 

Penerangan di bawah ini mungkin boleh membantu anda menentukan pasaran mana yang lebih baik. 

Bagaimana Menjana Wang di Pasaran Forex dan Stock Market?

Jawapan kepada soalan ini adalah sangat mudah untuk kedua-dua cara dagangan saham dan perdagangan forex. Iaitu beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. 

Secara teorinya ia nampak agak mudah. Walau bagaimanapun, bahagian yang sukar dan lebih kompleks sebenarnya adalah mencari di mana ‘tinggi’ dan ‘rendah.’

Terdapat dua cara utama untuk melakukannya iaitu melalui analisis teknikal dan analisis fundamental. 

Tetapi harus diingat. Tidak ada jawapan yang jitu atau muktamad tentang ideologi mana yang lebih baik. Dan dengan itu perdebatan antara analisis teknikal dan fundamental sangat bergantung kepada individu, personaliti serta pilihan masing-masing.  

Kedua-dua analisis teknikal dan fundamental bertujuan untuk meramalkan pergerakan harga masa hadapan berdasarkan prinsip penawaran dan permintaan.

Analisis Teknikal

Analisis teknikal ialah penggunaan data terdahulu (seperti harga atau volum) dengan objektif untuk meramalkan pergerakan harga masa hadapan.

Ringkasnya, penganalisis teknikal mendasarkan gaya dagangan mereka pada pepatah “sejarah cenderung dan mungkin berulang.”

Dengan meneliti data terdahulu, trader kadangkala dapat mengenal pasti tinggi dan rendah, supaya mereka boleh membeli dan menjual pada masa terbaik untuk menjana jumlah keuntungan yang paling banyak.

Analisis teknikal ini boleh digunakan untuk kedua-dua pasaran saham dan forex (serta pasaran lain), namun, ia banyak digunakan terutamanya oleh trader forex. Mereka yang berminat dalam matematik, sains data dan pengecaman corak juga mungkin akan berminat dalam analisis teknikal.

Analisis Fundamental

Manakala pada sisi yang satu lagi, kita mempunyai satu lagi cara analisis iaitu analisis asas atau fundamental. Ia biasanya dilakukan pada perniagaan dan mengambil pendekatan holistik dalam menentukan nilai yang selamat.

Sebagai contoh, pelabur (atau trader) akan memeriksa prestasi kewangan syarikat, mengira nilai seperti untung bersih, nisbah ekuiti dan sebagainya.

Mereka juga akan mengambil kira syarikat itu sendiri dan pasarannya – adakah orang berminat dengan syarikat ini? Berapa ramai orang yang akan mendapat manfaat daripada tindakan yang mereka ambil?

Faktor makro dan mikroekonomi juga diambil kira (serta banyak faktor lain), di mana ia digunakan untuk menentukan potensi atau nilai masa depan syarikat. Mereka yang berminat dalam perniagaan dan pelabur jangka panjang mungkin mendapati pasaran saham atau membeli stock lebih sesuai untuk mereka.

 

 

Perbandingan lebih mendalam pasaran forex dan saham

1) Volum

Salah satu perbezaan terbesar antara forex dan saham ialah saiz pasaran forex. Forex dianggarkan didagangkan sekitar $5 trilion sehari. Dengan kebanyakan dagangannya tertumpu pada beberapa pasangan utama seperti EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD dan AUD/USD. Jumlah pasaran forex mengecilkan jumlah dolar digabungkan dengan semua pasaran saham dunia, yang purata kira-kira $200 bilion sehari.

Dengan volum dagangan yang besar, ia boleh membawa banyak kelebihan kepada para trader. Jumlah yang tinggi bermakna pesanan atau order yang dibuat oleh trader dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan lebih dekat dengan harga yang mereka mahukan. Walaupun semua pasaran terdedah kepada jurang, mempunyai lebih banyak kecairan pada setiap titik harga lebih melengkapkan trader untuk masuk dan keluar dari pasaran.

2) Kecairan/Liquidity

Pasaran yang didagangkan dalam jumlah yang tinggi biasanya mempunyai kecairan yang tinggi. Kecairan membawa kepada spread yang lebih ketat dan kos transaksi yang lebih rendah. Pasangan utama Forex biasanya mempunyai spread dan kos urus niaga yang sangat rendah jika dibandingkan dengan saham dan ini adalah salah satu kelebihan utama berdagang di pasaran forex berbanding berdagang di pasaran saham. Baca lebih lanjut mengenai perbezaan kecairan antara pasaran forex dan saham.

3) Pasaran 24 Jam

Forex ialah pasaran kaunter yang bermaksud ia tidak diurus niaga melalui pertukaran tradisional. Dagangan dipermudahkan melalui pasaran antara bank. Ini bermakna trade boleh diteruskan di seluruh dunia semasa waktu perniagaan dan sesi dagangan di negara yang berbeza. Oleh itu, trader forex mempunyai akses kepada pasaran trading hampir 24 jam sehari, 5 hari seminggu.

Indeks saham utama sebaliknya, didagangkan pada masa yang berbeza dan dipengaruhi oleh pembolehubah yang berbeza.

Memandangkan pasaran forex dibuka 24 jam sehari, lima hari seminggu, trader mungkin mendapati ini lebih fleksibel daripada berdagang di pasaran saham kerana ia hanya dibuka selama 8 jam sehari. Oleh itu, pasaran forex mungkin lebih bermanfaat kepada trader di seluruh dunia dalam zon waktu yang berbeza.

4) Yuran dan komisen

Broker forex membuat wang daripada ‘spread’ pasangan mata wang apabila trader melaksanakan trade. Spread ialah perbezaan antara bida dan harga yang diminta, dan khusus untuk pasangan mata wang.

Spread biasanya sangat kecil dan boleh dikira dengan mudah – menjadikan bayaran agak telus. Pasaran saham sebaliknya secara amnya mengenakan spread dan yuran komisen.

Yuran ini biasanya sekitar $5 hingga $10 untuk perdagangan tertentu.

Ini mungkin pertimbangan kecil untuk trader saham yang berdagang dengan jumlah modal yang besar, namun, untuk trader baru atau pemula, yuran tersebut benar-benar boleh merosakkan keuntungan. Disebabkan keadaan tersebut ia berpotensi menjadikan forex lebih baik untuk trader dengan akaun yang lebih kecil.

5) Kepelbagaian

Dari segi kepelbagaian, terdapat beribu-ribu saham untuk didagangkan di pasaran saham, dan hanya 27 pasangan mata wang utama dalam forex (terbentuk daripada 8 mata wang).

Pasangan mata wang bukan utama juga boleh didagangkan, walaupun jumlahnya masih kurang daripada 100 pasangan.

Ia boleh dikatakan lebih mudah untuk memantau lapan mata wang utama berbanding beribu-ribu saham yang berbeza.

Akhirnya, ini menjadikan trader forex lebih ‘mengenali’ pelbagai pasangan mata wang demi untuk memahami cara atau strategi apa yang sesuai untuk mereka serta gaya dagangan mereka.

Jadi trade di forex atau stocks?

Adalah jelas bahawa perdagangan dalam pasaran forex mempunyai banyak faedah berbanding dengan stock market. Ia menjadikan pasaran forex ini sesuai untuk kumpulan orang yang lebih besar kerana waktunya yang fleksibel, yuran yang lebih rendah dan volum dagangan yang lebih tinggi.

Tetapi itu bukan bermakna anda harus mengelakkan perdagangan saham sepenuhnya. Jika anda berminat untuk melabur atau sukakan dagangan jangka panjang, pasaran saham mungkin lebih sesuai dengan personaliti anda.

Berdagang kedua-dua pasaran memerlukan beberapa kemahiran yang mungkin sama dan juga mungkin sangat berbeza. Oleh itu, kedua-duanya tidak sesuai untuk mereka yang benar-benar baru dalam bidang trading. Walaupun forex mungkin lebih baik untuk trader baru kerana modal yang lebih kecil.

Jika anda ingin berdagang dalam mana-mana pasaran, anda harus bersedia untuk membuat banyak pembacaaan dan penyelidikan. Anda juga harus ada strategi pembelajaran untuk memutuskan pasaran mana yang terbaik untuk anda.

Categories: Halaman Utama
Admin_as:

View Comments (4)

  • Sebenarnya tidak banyak yang dapat dipertikaikan tentang "Apakah analisis yang lebih bermanfaat untuk perdagang" kerana jawapannya ialah kesemuanya. Pedagang yang berkebolehan adalah seseorang yang dapat menggunakan apa-apa yang berkesan. Apabila kita melihat sesuatu aset secara fundamental, dari segi permintaan dan penawaran, anda memahami sama ada ia patut bergerak lebih tinggi atau lebih rendah, kemudian kita melihat dari segi teknikal dan memahami bila untuk membuka dan menutup dagangan, anda juga harus lakukan analisis ketaktentuan dan analisis kedudukan, walaupun analisis sentimen untuk memahami sama ada dagangan adalah sesak, dan bila masa terbaik untuk membuka dagangan.

  • Semuanya bagus. Tetapi semuanya untuk setiap pedagang secara individu.

  • Olymp Trade menawarkan pelbagai bonus dan promosi, termasuk bonus deopsit dan perdagangan demo. Saya mahu tahu, di mana saya boleh mendapat kod promo yang digunakan untuk deposit?

  • Saya hargai semua sumber pendidikan yang disediakan oleh Olymp Trade, ia membantu saya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan perdagangan saya.

Related Post