X

Olymp Trade Strategy | Rahsia Memenangi Perdagangan

Rahsia dan strategi untuk menghasilkan

wang di Olymp Trade  

Kebanyakan anda sudah mengetahui tentang Fixed Time Trade, tapi jika anda masih berada di sini, saya  pasti ianya untuk mengetahui tentang Olymp Trade Strategy, petua serta tips  tentang bagaimana untuk memenangi perdagangan di Olymp Trade

Untuk yang masih belum tahu tentang perdagangan Fixed Time Trade, kami akan memberikan ringkasan tentang instrumen perdagangan tersebut terlebih dahulu. 

Fixed Time Trade adalah instrumen kewangan yang membolehkan anda untuk berdagang ke atas semua jenis aset seperti forex, saham, crypto, indeks, dan banyak lagi.Terdapat dua arah dalam perdagangan Fixed Time Trade. Dengan meramalkan secara tepat pergerakan carta , hasilnya anda akan beroleh keuntungan.  Sekiranya anda salah, anda tidak mendapat apa-apa malahan anda akan kehilangan pelaburan awal anda.

Untuk membuat pelaburan atau membuka posisi anda memerlukan bantuan indikator serta kemahiran menganalisa carta. Jika indikator menunjukkan harga aset akan meningkat, anda membuat pilihan menaik. Dan apabila indikator-indikator anda menunjukkan bahawa harga akan berkurang, anda membuat pembelian menurun. Tetapi harus diingat, penggunaan indikator tidak semestinya 100% benar atau tepat. 

Satu lagi perkara penting yang anda perlu tahu adalah Fixed Time Trade sebenarnya berbeza dari Binary Option. Perbezaan utamanya adalah terdapat titik Strike di pasaran Fixed Time Trade. Strike boleh difahami sebagai titik permulaan pasaran. Sebagai contoh, dalam Binary Option, strike selalunya adalah harga atau kedudukan semasa carta, sedangkan dalam Fixed Time Trade, anda boleh memilih kadar Strike yang paling menguntungkan.

Jadi begitulah pengenalan secara ringkas kepada instrumen Fixed Time Trade ini. Konsepnya mudah difahami dan tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan para trader pemula.

Formula Rahsia di dalam Olymp Trade Strategy

Walaupun berdagang di Fixed Time Trade tampak mudah tapi apakah itu bermakna ia nya mudah untuk membuat keuntungan apabila seseorang berdagang di Fixed Time Trade?

Jika ia, mengapa sesetengah pedagang profesional serta ahli majoriti yang lain terus kehilangan wang dan kerap menyalahkan broker mereka?

Adakah mereka kehilangan beberapa maklumat rahsia yang hanya beberapa orang saja yang tahu? Apakah maklumat atau formula rahsia tersebut ?

Sebelum kami memberikan jawapan untuk kesemua persoalan tersebut kami ingin terlebih dulu meminta maaf kerana terpaksa memecahkan rahsia ini. Sebenarnya tidak ada formula rahsia atau formula tersembunyi yang akan membuat anda kaya semalaman!

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa helah dan tips yang boleh anda gunakan dalam perdagangan yang akan membantu anda berada di hadapan berbanding dengan trader-trader biasa yang lain.

Panduan kepada Olymp Trade Strategy

Memandangkan persoalan bagaimana untuk menghasilkan wang di Olymp Trade banyak ditanyakan, jadi boleh lah disimpulkan bahawa perdagang biasanya lebih gemar untuk mengetahui rahsia atau strategi perdagangan berbanding  dari mengetahui berapa jumlah perdagang yang telah berjaya. 

Bahkan banyak pendatang baru dalam instrument Fixed Time Trade ini yang mengaku memiliki senjata rahsia tersebut. Akibatnya, terdapat banyak maklumat dan video di Internet tentang cara membuat wang di Olymp Trade. Tetapi, jenis maklumat yang lebih penting seperti pengurusan kewangan (martingale money management) tidak dititikberatkan. 

Seperti yang kami nyatakan tadi, sebenarnya tidak ada Olymp Trade Strategy yang khas, teknik rahsia atau formula tersembunyi untuk menghasilkan keuntungan di platform ini. Walau bagaimanapun 5 cara di bawah ini, boleh dijadikan panduan untuk melakukan perdagangan dengan lebih baik

Panduan #1: Kuncinya adalah ilmu dan pengetahuan

Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu serta pengetahuan yang mencukupi adalah kunci kejayaan dalam sebarang bentuk perdagangan.

Dalam Fixed Time Trade, anda perlu membiasakan diri sepenuhnya dengan konsep seperti deposit wang, pengeluaran wang , masa tamat, harga strike dan lain-lain.

Ini adalah asas-asas perdagangan Fixed Time Trade.

Melompat masuk terus  ke dalam akaun sebenar tanpa pendidikan dan penyelidikan adalah sama seperti memandu kereta tanpa mengetahui bagaimana cara untuk melakukannya. Anda akhirnya cuma akan merosakkan kenderaan tersebut dan diri anda sendiri. 

Walau demikian, anda tidak perlu risau kerana Olymp Trade mempunyai Segment Education yang hampir lengkap yang boleh anda jadikan panduan untuk anda bermula. 

Panduan #2 : Gunakan Kuasa Akaun Demo

Olymp Trade Malaysia – Akaun Demo Vs Akaun Real


Perlatihan atau penggunaan akaun demo sering kali tidak diendahkan dalam erti kata lain tidak ramai pedagang menyedari kepentingan menggunakan akaun tersebut. 

Kebanyakan pedagang merasakan akaun tersebut hanya sebagai tempat mencuba (atau test drive) sesuatu platform itu sebelum mendepositkan wang.

Tetapi hakikatnya, anda harus mempertimbangkan dan menggunakan akaun demo sebagai alat latihan di mana anda seharusnya terus mencuba strategi yang berbeza dan melihat apa yang paling sesuai dan selesa untuk penggunaan anda.

Jangan risau jika anda kerugian ketika bertrading di situ kerana dana di dalam akaun tersebut tidak benar.

Kecuali data yang lain seperti keadaan pasaran, carta harga, dan sebagainya , kesemua yang tersebut adalah data yang nyata.

Dengan cara begini, ia dapat membantu anda mengekalkan serta mengawal emosi anda semasa anda menajamkan kemahiran dagangan anda.

Di Olymp Trade, akaun demo mereka menawarkan dana sehingga 10,000 unit dan anda boleh menggunakannya untuk berapa lama anda suka.

Jadi ambil kesempatan pada sesuatu yang percuma seperti akaun demo tersebut.

Panduan #3: Gunakan Tempoh Tamat Yang Panjang

Idea konvensional pedagang Fixed Time Trade adalah berdagang dalam jangka masa pendek dan pantas.

Sekiranya anda telah berdagang dengan Fixed Time Trade dalam jangka masa yang singkat, dan hanya mendapat sedikit kejayaan melalui cara tersebut, anda perlu memikirkan semula tentang cara yang anda guna itu dan mungkin menukar cara anda dengan membuka dagangan  dengan tempoh tamat yang lebih lama.

Biar saya jelaskan mengapa.   

Dengan perdagangan jangka pendek yang kami maksudkan adalah perdagangan yang berlangsung dari 60 saat hingga 1 jam.

Walau bagaimanapun, jangka masa ini mungkin kelihatan menggoda sebagai cara cepat untuk menghasilkan wang, tetapi teknik sebenar adalah lebih baik bagi anda untuk membuka posisi yang mempunyai tempoh tamat yang lebih lama.

Sebabnya mudah, pasaran biasanya tidak menentu. Pasaran untuk aset tertentu, seperti forex atau crypto sangat tidak menentu. Perubahan harga adalah pesat dan sukar untuk dijangka dalam jangka masa yang lebih pendek.

Kebanyakan petunjuk akan memberi keputusan yang tidak meyakinkan dalam masa yang lebih singkat. Oleh itu, peluang anda untuk mengagak pergerakan carta dengan tepat akan berkurangan.

Jadi, jangan biarkan kerakusan membuat wang secara cepat merosakkan cara perdagangan anda. Cuba tukar strategi anda kepada tempoh tamat yang lebih lama. 

Panduan #4 : Gunakan kelebihan “Cancel A Losing Trade”

Fungsi ini memberikan kelebihan kepada anda untuk membatalkan hasil transaksi yang tidak diingini. Sekiranya anda mendapati bahawa selepas anda membuka posisi dan tidak lama selepas itu, carta telah mula bergerak (naik atau turun) dalam arah yang tidak seperti yang anda harapkan, anda boleh membatalkan perdagangan yang hilang dengan mudah.

Panduan #5: Menerapkan Minda Profesional

Anda mungkin mempunyai pengalaman, pengetahuan, dan alat untuk berjaya dalam perdagangan, tetapi tanpa pemikiran yang betul, anda tidak akan pergi jauh.

Apa yang memisahkan profesional dari seorang amatur selain kemahiran adalah pemikirannya.

Pedagang profesional juga mengalami kerugian.

Tetapi apa yang membezakan mereka dari anda adalah bahawa mereka mengambil kerugian sebagai pelajaran untuk bergerak lebih jauh dan maju.

Anda juga perlu mengubah dan menerapkan minda seperti  itu. Beberapa sifat yang dipunyai seorang trader profesional yang berjaya adalah:

Displin   

Penyesuaian diri

Kesabaran

Ketangguhan Mental

Ketabahan

 

 

Kesimpulannya

Jadi itulah serba sedikit perkongsian dari kami tentang Olymp Trade Strategy terbaik yang boleh menjadikan anda seorang pedagang Fixed Time Trade profesional.

Ingatlah bahawa menjadi seorang profesional bukan sesuatu yang dapat anda capai dalam masa sehari, atau seminggu, atau sebulan.

Ia akan mengambil masa bertahun-tahun, memerlukan latihan yang kerap serta tekun untuk mencari ilmu.

Salah satu sebab utama mengapa kebanyakan pedagang tidak berjaya adalah kerana mereka berputus asa terlalu mudah.

Mereka takut kehilangan pelaburan mereka dan teragak-agak berdagang.

Oleh itu, adalah bijak untuk melabur sebahagian kecil pelaburan anda (3-5%) dalam satu perdagangan.

Sebaik sahaja anda yakin dengan kemahiran dagangan anda, dan bersedia mengambil risiko yang lebih besar, anda boleh lah beralih ke perdagangan yang lebih besar.

Kami berharap dengan panduan yang diberikan , ianya serba sedikit membuka minda anda bahawa sebenarnya tiada strategi rahsia yang anda perlukan untuk berjaya. Kesemuanya bergantung pada ilmu dan kemahiran anda sendiri.

Categories: Halaman Utama
Admin_as:

View Comments (101)

  • Hello! Thank you for the strategy. It is really nice!
    I like applying different new strategies on this platform. I have been trading at Olymp Trade for quite some time. It’s like a side job for me :) When some people;e find out that I am engaged in trading, they say that I will soon lose all the money. But I made a conclusion that if you trade wisely, and not just press random buttons, you can earn. I don’t want to switch entirely to trading, because with large sums there will be more stress, and therefore I will be more likely to lose money. I don’t need it :))) And so I withdraw money every month. It has never been delayed yet. So i recommend this platform!

    • You have practiced a proper strategy. Trading does not need stress to begin with because it will definitely ruin your trading session. So you really need to relax and trade only with the amount you are willing to lose.

    • Seperti yang diketahui, kebanyakan pedagang berdepan dengan salah faham daripada orang-orang yang disayangi mereka, dan ini merupakan sesuatu yang kurang menyenangkan. Oleh sebab itu, saya rasa Olymp Trade memang hebat kerana ia membenarkan pelanggannya untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ia telah memberikan inspirasi kepada saya secara peribadi, tambahan pula sekarang saya boleh mendapatkan jawapan untuk mana-mana soalan saya dan kadangkala saya juga boleh berbual dengan orang yang memahami saya.

  • This is probably the best article I have read about digital options trading. Yeah, I’[ve been trading options for over 2 years now, I know what I’m talking about. You can’t make money with no experience. It really is easier to perform better trades if you choose longer expiration time. In one minute the overall tendency of the market might not have an impact on the price. But throughout the day the trend direction will find it’s way to impact the price. This was a very important advice. Very important! Lots of people lose on the markets, but this is not because Olymp Trade is a scam or digital options are. This is because people simply are overwhelmed with greed and want to be making money fast.

    • That's right. Sometimes the trader is already making a profit but due to greed and not having proper money management, they immediately lose the profit they have earned earlier.

  • Wow, I’ve been trading Olymp options for 3 weeks now and I didn’t know until now that I can actually choose a suitable strike price if I don;t want to start trading immediately. Pending orders button is definitely the great tool that makes OLymp Trade platform stand out among other options brokerages.Hope this knowledge will help me yield much more profits within the next couple weeks!

    • There are indeed many interesting features provided by Olymp Trade. It can be said that Olymp Trade is one of a kind.

  • Haha, the secret formula of success is revealed )). But putting jokes aside, this really makes sense. Each time I start doing something new it feels like its impossible to succeed. No, in fact before you start doing it, it seems very easy. Then, once you’ve started, it feels overcomplicated and unbarble. But then practice makes it perfect. Better to practice on a demo account though. Good job, that Olymp trade offers to practice on demo account for free as long as you wish.

    • We always advise the same thing to our readers - do a lot of practice on demo accounts. That is actually the best strategy.

  • How long to use a demo account depends on the brokers, who can use different policies and rules regarding the demo account usage period. Some offer unlimited funds in demo accounts, while other brokers allow certain virtual funds to be used for a limited time. I like the fact that a Olymp Trade Demo account is unlimited and can be recharged continuously. Some successful brokers took more than one month to learn and Olymp does not set any limits.It's especially good, as company provides a lot materials about trading and strategies and you can test all of them on demo-account to see how they work.

    • Olymp Trade does provide a free demo account. The virtual money given is also more than enough for you to use for training. But a good strategy is to reduce the balance in the demo account to be the same amount as in your real account. That way you will learn how to open a trading with a limited amount

  • A demo forex account is a great opportunity to try trading without any risks. Risks are the reason that stopped many potential traders that aren't sure of themselves and are afraid of losing money. Many have probably seen tempting advertisements about getting $5000 to start trading. In such ads companies offer you the demo account. Demo account is sometimes called a training account and that reflects the main purpose for which it can be used. In general, a demo account allows you to participate in trading and it is absolutely identical to the usual trading process - the same trading terminal, the same quotes and profit or loss. The only difference is that it is a game of simulator trading. You can consider it a simulator that helps to fully experience the trading process. Almost any broker has the opportunity to open a demo account, but it is important to open a demo account with a reliable broker, with whom you plan to trade in the future. I initially liked OlympTrade, so I had no doubts about where I wanted to open a demo account. With Olymp, you can specify the desired amount up to $10,000. But if you don't plan to trade with such a large amount of money, it is better to specify the real amount that everything would be as realistic as possible. I love demo accounts, because it is an opportunity to train and learn without any costs.

    • Indeed reducing the balance to the same amount as the real account can actually help control your emotions. That is by far the best strategy

  • That olymp trade malaysia review is outstanding and gives real understanding of how to earn by trading and your own brain. I can call all this tips universal, as they're useful not only with Olymp, but with many other brokers, however Olymp Trade Forex and Olymp Trade Options are the best places to use that tips and earn money. The most important thing is not to see trading as a way to become rich without doing nothing. You should pay a lot of efforts before you'll become truly successful, but Olymp give opportunity to earn trading and to turn trading in your main job and don't work for other person's business. I see that many Olymp Trade malaysia reviews remind traders that demo-account offers a great possibilities not only to learn, but also to master your trading and most traders ignore such suggestions. I also used to ignore such obvious, I thought, info, however after one day I try to test new indicator with demo, I understood that demo is not only about learning trading basics, but also a powerful instrument to build up your unique trading strategy with no risk and then implement it in real trading.

    • Trading is a very high risk form of investment. So it seems to be our responsibility to tell our readers about the importance of education in trading. May the readers follow our advice.

  • Olymp trade malaysia review give really nice strategy, in last time i using scout-scaling into a trade so this article is really featuresfor me. Now i really understand what i can doing with forex, this system help me to multiply my capital. In previous mounth I mean that olymp trade scam but nowadays i now ... its the great opportunity to became really success in world of big money and big trade. Oltymp Trade Forex was one of the markets I like to trade, as I like to trade in short run and that's easy with Olymp Trade.

    • You have made the right choice by choosing this broker. They always have your back no matter what trading problem you are facing.

    • Olymp really makes a lot to help all of us with learning and understanding trading. I read many Malaysian reviews about Olymp Trade and 50% of reviewers were talking about OT educational possibilities, that are really good.

  • Benarlah bahawa ilmu dan mempelajari ilmu adalah kunci kejayaan. Ramai berfikir yang mereka boleh mendapat duit secara rawak dan saya tidak faham mengapa mereka boleh berfikir begitu. Perdagangan bukanlah satu permainan atau sesuatu seperti itu. Perdagangan ialah perniagaan dan anda perlu tahu cara berdagang. Olymp Trade mempunyai platform pembelajaran yang hebat dan walaupun anda tidak mempunyai pengetahuan, anda boleh belajar dengan cepat melalui Olymp Trade dan tidak lagi berdagang secara rawak, tetapi dengan fikiran dan skil anda sendiri. Terdapat banyak peluang untuk belajar dengan Olymp Trade Forex dan semua orang patut garap peluang tersebut dan dapatkan manfaatnya.

    • Kami gembira kerana anda berfikiran seperti ini. Ramai yang menganggap bahawa trading adalah seakan-akan skim cepat kaya. Kerana itu hampir 90% orang gagal dalam bertrading kerana kurang displin dan ingin profit dengan cepat.

  • Olymp Trade can't keep secrets for sure, lol. They spoiled everything with its education platform and me as well as many malaysian reviewers are so much appreciated. I learned thanks to OT and it was cool.

Related Post