27.08.2019 Halaman Utama 0

Ulasan Tentang Olymp Trade Secara Umum

Sebelum kita membuat ulasan tentang Olymp trade secara terperinci , biar kami terangkan Olymp Trade secara ringkas terlebih dahulu. Olymp Trade adalah platform dagangan antarabangsa yang membolehkan anda menghasilkan wang secara dalam talian dengan membuka perdagangan contohnya dalam pasaran pertukaran mata wang asing, opsyen saham, indeks, komoditi dan matawang kripto.

Secara ringkasnya platform dagangan ini boleh diakses melalui 3 cara :-

Selepas pendaftaran, anda boleh bertukar antara demo dan akaun sebenar pada platform Olymp Trade ini. Dan juga, anda boleh memilih sama ada mahu berdagang menggunakan Option Digital ataupun berdagang di pasaran Forex. 

 

OT Blog Demo Live

Akaun Demo dan Akaun Live yang boleh ditukar pada bila-bila masa

 

OT Blog Forex

Klik di Forex untuk berdagang dari Option Digital ke Platform Forex

Ulasan Tentang Kesahihan Olymp Trade

Adakah Olymp Trade ini satu platform perdagangan yang legit?

Jawapannya : Ya.

Platform ini sah dan dikawal oleh Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa (FinaCom) di mana ia memegang keahlian kategori A sebagai broker yang selamat dan boleh dipercayai. 

Untuk pengetahuan umum, salah satu syarat untuk menjadi ahli suruhanjaya tersebut ialah persekitaran perdagangan yang telus. Dan kriteria tersebut dimiliki oleh Olymp Trade kerana tidak ada yuran tersembunyi yang dikenakan kepada pedagang mereka. 

Olymp Trade bergabung dengan Financial Commision pada 22 Februari 2016 dan diberi kehormatan untuk kebolehpercayaan yang berterusan, kejujuran dan mutu pelayanan yang baik yang telah ditawarkan sejak tahun 2014.

Bukan itu saja …

Jika anda pernah mengalami situasi di mana anda rasa tertipu, anda boleh memfailkan petisyen di Suruhanjaya Finacomm tersebut dan mendapatkan pampasan kewangan sehingga € 20,000 dengan syarat pertikaian itu dapat diselesaikan dan kemenangan berpihak kepada anda. 

Walau bagaimanapun, adalah disyorkan bahawa anda menghubungi broker terlebih dahulu dan cuba menyelesaikan masalah tersebut secara dalaman.

Tetapi jika masih tidak nampak jalan penyelesaian, Anda boleh menghubungi Finacom di alamat ini: –

Suruhanjaya Kewangan: info@financialcommission.org

Dan Olymp Trade pula sentiasa boleh dihubungi di 

Olymp Trade: support-en@olymptrade.com

 

Ulasan tentang di mana Olymp Trade beroperasi

Pendaftaran di Olymp Trade adalah percuma dan aplikasinya boleh didapati di mana-mana negara yang Olymp Trade beroperasi. Setakat ini ia telah beroperasi di lebih daripada 165 buah negara.

Contoh di mana Olymp Trade beroperasi ialah seperti di negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam,Thailand, Filipina. Negara-negara di benua  Afrika seperti Nigeria dan Kenya serta tidak ketinggalan negara-negara di Amerika Selatan seperti Brazil. 

Malangnya, untuk pengetahun pembaca, Olymp Trade tidak beroperasi di Amerika Syarikat. Peraturan dagangan di Amerika Syarikat berkaitan dengan Option Digital sangat ketat. Mereka tidak membenarkan mana-mana broker Option Digital dari beroperasi di ruang perdagangan negara mereka. 

Selain daripada itu, penduduk negara-negara di bawah ini juga tidak boleh mendaftar dan berdagang di platform ini:

Australia, Kanada, Jepun, UK, Eropah (semua negara) dan Israel.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa tidak ada perbezaan mengenai bagaimana Olymp Trade berfungsi dari negara ke negara. Oleh itu, jika anda berada di India, Pakistan, Malaysia, Indonesia atau sebahagian dari Asia; Platform Olymp Trade tetap berfungsi dengan sama. 

 

OT Blog Countries

Teks diambil dari Olymp Trade Service Agreement

 

Ulasan tentang Registrasi

Langkah paling asas untuk memulakan perdagangan pada mana-mana broker adalah mendaftarkan akaun. Mendaftar akaun dagangan di Olymp Trade adalah sangat yang mudah jika dibanding dengan broker yang lain.  Anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran dan pilih lokasi anda.  

 

OT Blog Registration

Borang Pendaftaran

 

Anda boleh menggunakan butang di bahagian atas halaman untuk mendaftar. Apa yang anda perlukan ialah alamat e-mel yang sah dan membuat kata laluan yang sukar diagak.

 

OT Blog Registration 2

Borang pendaftaran juga boleh didapati di bahagian sebelah kanan atas

 

Langkah kedua pada pendaftaran tersebut akan mengesahkan e-mel anda. Olymp Trade akan menghantar e-mel pengesahan kepada anda. Anda perlu mengklik pautan dalam e-mel tersebut untuk mengaktifkan akaun anda. 

Itu sahaja, dan anda sudah boleh mula berdagang di akaun demo.

 

Ulasan Tentang Jenis-jenis Akaun yang ditawarkan

Terdapat dua jenis akaun yang ditawarkan oleh Olymp Trade. 

Akaun Standard

Akaun standard adalah akaun asas dan paling biasa di Olymp Trade. Akaun ini dilengkapi dengan akaun demo percuma yang dimuatkan dengan wang maya sebanyak USD10000. Akaun ini memerlukan hanya USD10 sebagai deposit minima. 

Para pedagang boleh mendapat sehingga 80% keuntungan dari jumlah yang anda dagangkan. Jumlah perdagangan maksimum yang dibenarkan untuk seorang pedagang adalah USD2000. 

Di akaun ini, anda juga akan mendapat akses kepada bahan pendidikan dan pelbagai alat analisis. Segment edukasi ini sememangnya adalah satu tempat yang bagus untuk memulakan perdagangan jika anda seorang pemula. 

 

Akaun VIP

Selain dari akaun biasa, anda juga boleh membuat keputusan untuk mendaftar di akaun VIP. Akaun ini juga ditawarkan dengan akaun demo. Cuma bezanya ia memerlukan deposit minima sebanyak USD2000. 

Di dalam akaun anda boleh mendapat sehingga 92% keuntungan dari jumlah dagangan anda, perunding VIP peribadi, perdagangan bebas risiko, webinar VIP peribadi, strategi eksklusif, dan jumlah dagangan maksimum sebanyak USD5000.

 

Ulasan tentang Deposit dan Pembayaran

Sebelum memulakan perdagangan di akaun sebenar, anda perlu membuat deposit ke akaun anda terlebih dulu. Untuk proses deposit ini , Olymp Trade menawarkan beberapa kaedah deposit yang boleh anda gunakan, bergantung pada mana yang mudah dan selesa untuk anda gunakan. Saluran deposit yang disediakan termasuklah;

ulasan tentang olymp trade

 

Anda digalakkan menggunakan cara yang sama untuk mengeluarkan wang anda. Pengeluaran Olymp Trade biasanya diproses dalam masa 24 jam.

Setelah akaun sebenar anda ditambah wang, maka anda kini sudah mempunyai akaun yang membawa maksud yang anda kini sudah bersedia untuk memulakan dagangan dan membuat keuntungan. 

Olymp Trade menawarkan lebih daripada 60 aset untuk berdagang. Jadi Anda boleh berdagang dengan berbilang aset atau memilih satu jika anda berpengalaman dengannya.

 

ulasan tentang olymp trade

Aset-aset yang ditawarkan di platfrom Olymp Trade

 

Ulasan Tentang Bonus

Platform Dagangan Olymp Trade memberikan pelanggan mereka BONUS yang unik dan menarik. Sebagai contoh, sebahagian besar broker dagangan meletakkan syarat di mana pedagang tidak dibenarkan membuat pengeluaran sehingga mereka mencapai had minimum pengeluaran yang telah ditentukan. Sekatan seperti itu tidak dipraktikkan di sini. 

Selepas menerima bonus dari Olymp Trade, anda tidak perlu bimbang, elaun ini tidak akan menjejaskan perdagangan atau pengeluaran anda. Pada bila-bila masa, anda boleh mengeluarkan wang yang anda peroleh tanpa perlu risau tentang jumlah tertentu, atau bilangan taruhan yang diperlukan. 

Syarikat ini mempunyai beberapa jenis insentif, yang terbesar boleh mencapai sehingga seratus peratus daripada dana yang disimpan.

Terdapat dua cara untuk mendapatkan bonus 100% dari Olymp Trade:

Dari masa ke semasa, broker Olymp Trade ini akan mengadakan promosi untuk kod promo. Apabila anda memasukkan kod tersebut, anda boleh mendapatkan peratusan tertentu pada akaun sebenar. Namun promosi tersebut tidak selalu diadakan. Selain daripada itu, kad promonya hanya sah untuk selama beberapa hari saja.

Satu lagi cara untuk mendapatkan 100% bonus ialah ketika anda pertama kali melakukan pendaftaran. Ianya dipanggil “Bonus Selamat Datang”. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda hanya perlu  membuat deposit dengan jumlah minimum sebanyak USD30. Setelah melakukan deposit, anda akan menerima jumlah yang setara sebagai tambahan kepada akaun anda atau lebih tepat ia akan menjadi bonus 100%. 

Namun harus diingat bahawa, sesudah anda mendaftar pada platform Olymp Trade, walaupun semua pengguna diberi bonus deposit pertama tetapi ia harus digunakan dalam masa satu jam selepas pendaftaran.

OT Blog Bonus

Jumlah bonus yang ditawarkan

 

ulasan tentang olymp trade

Bonus Selamat Datang – Hanya bertahan 1 jam selepas pendaftaran

 

Ulasan tentang Segment Edukasi

Platform Olymp Trade boleh dikatakan sebagai satu platform perdagangan yang paling mesra pengguna. Berbanding dengan platform lain, Olymp Trade menyediakan platform yang mudah untuk digunakan. Walau bagaimanapun, untuk menggunakannya kali pertama, platform mana-mana pun memerlukan waktu untuk pembelajaran.

Beberapa cara yang boleh digunakan yang dapat membantu fasa pembelajaran anda di Olymp Trade adalah melalui 

  • Webinar yang disediakan oleh pihak Olymp Trade.

Video ini merupakan panduan lengkap mengenai platform Olymp Trade. Ia dipandu oleh pakar                pendidikan rasmi Olymp Trade yang menerangkan semua fungsi dan visualisasi platform tersebut. Ia adalah tempat yang baik untuk bermula.

Setelah mengetahui fungsi dan butang yang dapat kita temui di platform dagangan ini, langkah seterusnya akan menjadi lebih mudah untuk anda fahami.  Anda akan lebih mudah memahami konsep graf, strategi dan perdagangan secara umum. 

Dari segi alat dagangan, OlympTrade telah menyediakan alat dan sumber yang cukup untuk membantu meningkatkan kebolehan dagangan pedagang mereka. 

Bahagian pendidikan mempunyai banyak bahan untuk membimbing pedagang tentang cara untuk berdagang dengan jayanya. Terdapat juga ebook percuma, tutorial interaktif, dan webinar yang boleh diakses oleh pedagang sekiranya mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dagangan di Olymp Trade. 

ulasan tentang olymp trade

 

Secara dasarnya, OlympTrade telah menunjukkan komitmen mereka untuk memenuhi semua keperluan perdagangan pelanggan mereka dengan menjadikan kemudahan perdagangan mereka dapat diakses oleh semua orang dengan hanya deposit minimum $ 10. 

Olymp Trade dengan jelas telah menunjukkan bahawa ia adalah broker yang boleh dipercayai. Pedagang juga boleh bergantung pada mereka dalam memenuhi semua keperluan perdagangan yang diperlukan.

 

Kelebihan dan Kelemahan Menggunakan Olymp Trade

Berikut adalah beberapa kebaikan yang anda dapat nikmati dengan menggunakan Olymp Trade sebagai platform trading anda;

  • Olymp Trade mempunyai sistem pendidikan yang komprehensif
  • Mereka menawarkan sokongan pelanggan cemerlang
  • Platform perdagangan mereka adalah mesra pengguna dan intuitif
  • Dagangan bebas risiko ditawarkan sebagai insentif
  • Minimum deposit Olymp Trade agak rendah
  • Mereka mempunyai pelaburan minimum yang rendah

Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan pada Olymp Trade yang masih boleh diperbaiki. 

  • Jenis perdagangan terhad
  • Aset untuk berdagang yang terhad 
  • Jenis akaun terhad

 

Ulasan secara keseluruhan

Olymp Trade masih dianggap sebagai pemain baru dalam industri ini. Walau bagaimanapun, ia telah melakukan tugas dengan baik setakat ini. Namun begitu, ini tidak bermakna kesemuanya yang ditawarkan di platform ini indah-indah belaka. Kami sentiasa mengingatkan anda bahawa ia tidak pernah menjadi kepentingan broker untuk anda untuk memenangi dagangan. Tetapi mereka tetap membantu dengan memberikan pendidikan perdagangan secara percuma. 

Jadi, sekiranya anda mempunyai strategi yang tepat dan menjadi,  Olymp Trade pasti merupakan platform di mana anda boleh berkembang sebagai pedagang Option Digital. Bagaimana Olymp Trade berfungsi, tidak perlu anda risaukan.

 

ulasan tentang olymp trade

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...