X

Gunakan Berita untuk Memacu Strategi Perdagangan Anda

Jana Keuntungan Menggunakan Suapan Berita dan Kalendar Ekonomi

Menggunakan berita dan kalendar ekonomi sebagai sumber untuk membuat keputusan dalam perdagangan merupakan cara yang luar biasa untuk mengenal pasti pembukaan bagi kedudukan yang menguntungkan. Dengan menggunakan analisis dan beberapa logik, pedagang boleh menggunakan berita dalam strategi-strategi yang lain.

 Laporan berita mungkin merupakan pengaruh yang paling berkuasa dalam pasaran dan oleh yang demikian, harus menjadi perkara yang perlu dalam strategi perdagangan bagi setiap pedagang. Jika anda memerlukan bantuan tentang cara menggunakan berita atau jenis berita untuk digunakan bagi menjana keuntungan anda, teruskan membaca untuk mengetahui beberapa petua berguna.

 Menggunakan berita untuk membuat dagangan yang menguntungkan memerlukan pelabur untuk mempertimbangkan pelbagai pemboleh ubah dan input supaya dapat membuat keputusan yang logik dan tepat. Lagipun, terdapat banyak berita yang dikeluarkan setiap hari di seluruh dunia dan bukan semuanya memberikan kesan yang nyata terhadap pasaran.

Mengembangkan bakat anda dalam perdagangan berita akan mengambil masa. Ini adalah kerana anda belajar untuk melihat cara pasaran bertindak balas terhadap peristiwa dan pengumuman tertentu. Jika perkara ini adalah mudah, semua orang akan melakukannya dan tidak ada kemungkinan untuk memperoleh keuntungan daripadanya.

Oleh itu, berikut ialah beberapa cara untuk memulakan perdagangan berita yang boleh membentuk asas perkembangan anda sebagai seorang pedagang dan juga menjana wang bagi anda dalam masa yang singkat. Saya membahagikannya kepada 3 kategori di bawah untuk membantu anda membina asas.

Anda perlu mengetahui cara berita mempengaruhi pasaran, jenis berita dan peralatan yang digunakan untuk membuat keputusan, serta cara menggunakan maklumat ini dalam perdagangan anda. Namun, lama-kelamaan anda akan meningkatkan pemahaman anda dan cara untuk menggunakan pengetahuan anda secara menguntungkan.

Bagaimanakah strategi berita mempengaruhi pasaran?

Bukan semua berita mempengaruhi pasaran meskipun berita tersebut mungkin ditafsirkan sebagai berita “besar”. Anda perlu bertumpu pada berita yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi dan bukannya berita sensasi yang banyak dilaporkan pada masa ini.

Sekiranya anda serius dalam perdagangan, hal ini tidaklah begitu sukar. Hal ini hanya memerlukan sedikit penilaian logik tentang perkara yang anda baca atau lihat dalam berita dan keputusan aktif daripada pihak anda untuk meninggalkannya jika berita tersebut tidak bernilai.

Berikut ialah contoh ringkas:

Protes hak asasi manusia di A.S. – tinggalkan

Kisah AP tentang rundingan Brexit – mungkin, teruskan membaca.

Keluar Dalam Negara Kasar (GDP) – teruskan membaca

Laporan mingguan tentang simpanan stok minyak mentah A.S. – BACA.

Perdagangan berita bukanlah tentang berita yang penting dari segi kaca mata dunia yang luas. Sebenarnya, bagi kebanyakan orang, inventori minyak mentah tidak memberikan kesan sama sekali terhadap kehidupan mereka. Namun, pedagang perlu melihat berita tersebut dari perspektif pasaran sekurang-kurangnya semasa mereka berdagang. Anda boleh membaca tentang protes kemudian.

Baca berita dengan logik dan tanpa emosi. Berikut ialah senarai soalan ringkas untuk ditanya kepada diri anda sendiri semasa menilai berita.

  1. Adakah berita ini tepat? Bolehkah fakta disahkan oleh sumber bebas?
  2. Mengapakah berita ini dilaporkan sekarang? Adakah berita ini benar-benar terbaru atau tergempar?
  3. Adakah berita ini memberikan kesan secara langsung kepada aset tertentu? Bagaimana?
  4. Adakah berita ini memberikan kesan secara tidak langsung kepada aset tertentu? Bagaimana?
  5. Adakah berita ini memberikan peluang kepada saya untuk membuat dagangan yang menguntungkan?

 Berita yang paling penting bagi kebanyakan pedagang ialah berita tentang data ekonomi seperti KDNK, kadar pengangguran, kadar faedah bank pusat, dan sebagainya. Selain itu, berita yang berpotensi mempengaruhi mana-mana data ekonomi yang disebutkan tadi seperti peperangan, pertikaian perdagangan atau serangan pengganas.

Akhir sekali, perhatikan berita yang berkaitan dengan harga dalam tiga bidang penting berikut yang memberikan kesan atau mencerminkan ekonomi global:

Harga Minyak

Harga minyak (lazimnya gred Brent) dan berita tentang minyak merupakan faktor paling berpengaruh dalam mengukur ekonomi dunia. Dunia berjalan menggunakan minyak. Tanpa minyak, dunia berhenti bergerak dan berhenti berdagang. Kebanyakan laporan berita yang anda lihat tentang minyak adalah tentang pengeluaran. Walaupun perkara ini penting, lebih baik untuk bertumpu pada permintaan minyak. Khususnya, permintaan minyak di A.S. dan China adalah penting.

Indeks Saham A.S

Suka atau tidak, keadaan ekonomi A.S. mempengaruhi kita semua dan Dow Jones serta S&P 500 merupakan dua cara terbaik untuk mengukur keadaan ekonomi A.S. secara umum. Sentiasa perhatikan berita yang berkaitan dengan indeks Wall Street ini.

Emas

Emas sudah lama menjadi simpanan nilai yang diutamakan oleh pedagang daripada semua saiz. Harga emas dan berita tentang logam berharga boleh memberikan gambaran kepada kita tentang sentimen keseluruhan pedagang utama di dunia. Sekiranya permintaan emas meningkat, orang ramai adalah bimbang tentang ekonomi.

Saya dapat memantau ketiga-tiga pasaran ini dengan mudah kerana broker saya, Olymp Trade menawarkan kesemua ini sebagai aset boleh dagang dan saya menyimpan carta-carta ini pada desktop saya. Bukan semua broker yang mempunyai tawaran pelbagai seperti broker saya. Oleh sebab itulah saya sangat mengesyorkan Olymp Trade. Olymp Trade juga memaparkan berita tergempar pada desktop, yang sangat membantu saya.

 

Walaupun anda tidak merancang untuk berdagang dalam mana-mana aset ini, anda masih ingin tahu tentang perkara yang berlaku dengan harga aset ini PADA SETIAP MASA.

 

Gunakan Kalendar Ekonomi untuk Mengetahui Perkara yang Berlaku dengan Lebih Cepat

 

Apakah itu Kalendar Ekonomi?

Kalendar Ekonomi ialah alat atau widget automatik yang anda boleh gunakan untuk memahami semua pengumuman kewangan yang telah dirancang di seluruh dunia. Mahu mengetahui tentang masa Jerman mengeluarkan laporan KDNK suku tahunannya? Kalendar tersebut akan memaklumkannya kepada anda.

Selain memberikan semua tarikh keluaran data ekonomi seluruh dunia, kebanyakan kalendar boleh disesuaikan supaya anda boleh melihat maklumat yang paling penting bagi anda dan keperluan perdagangan anda.

Banyak kalendar juga menyediakan pautan ke berita tergempar yang mungkin mempengaruhi sesetengah data ekonomi yang baru dikeluarkan atau akan dikeluarkan dalam masa terdekat yang menjadikan alat ini alat yang berkuasa dalam membantu anda meneliti berita tersebut.

 

Gunakan Strategi Berita dalam Strategi Perdagangan Anda

Cara menggunakan peristiwa berita dalam strategi perdagangan yang telah kita bincangkan di sini sebelum ini.

  1. Momentum

Sekiranya anda menggunakan strategi Momentum untuk berdagang seperti yang digariskan dalam siaran saya sebelum ini, anda akan mendapati bahawa penggunaan berita akan meningkatkan keberuntungan anda dan mengurangkan risiko anda dengan ketara. 

Dengan memantau kalendar ekonomi dan berita harian, anda akan dapat memahami masa dan tempat trend pasaran mungkin bermula dan berakhir. Berita boleh memberikan idea kepada anda tentang masa aset akan memulakan trend menaik. Berita juga boleh memberitahu anda sekiranya anda mahu keluar dari kedudukan anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda sedang mencari titik masuk pada saham Boeing, apa-apa berita yang berkaitan dengan siasatan Agensi Penerbangan Persekutuan A.S. tentang Boeing 737 Max akan memberikan kesan terhadap keputusan anda mengenai masa untuk membeli.

Sebaliknya, jika anda mempunyai perdagangan Turun (Pendek) pada Boeing seperti yang anda boleh lakukan dengan platform Olymp Trade, berita positif tentang saham mungkin menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk menutup kedudukan tersebut.

 

  1. Sokongan/Rintangan

 Sekiranya anda menggunakan tahap sokongan dan rintangan sebagai strategi seperti yang saya nyatakan dalam artikel sebelum ini, berita akan menjadi sahabat baik anda. Salah satu kunci kepada perdagangan sokongan dan rintangan adalah untuk mengetahui masa aset akan menembusi tahap sokongan/rintangan. Berita akan memberikan petunjuk seperti itu.

Sebagai contoh, sekiranya anda melihat minyak berada pada tahap sokongan sebanyak $40 setong, tetapi berita dikeluarkan bahawa inventori A.S. adalah lebih besar berbanding yang dijangkakan (maksudnya permintaan lebih rendah daripada yang dijangkakan) maka kemungkinan besar harga akan jatuh di bawah tahap $40 setong

Hal ini seterusnya akan memberi anda peluang untuk membuka kedudukan Beli (Naik) pada aset terebut. Ini  kerana minyak jarang dibenarkan untuk kekal di bawah $40 terlalu lama berkat penyesuaian pengeluaran oleh OPEC+.

 

  1. Pengurusan Wang

Walaupun Pengurusan Wang lebih menyerupai teknik berbanding strategi perdagangan, ia merupakan perkara yang penting dalam rancangan perdagangan anda. Saya telah membincangkannya dengan panjang lebar di sini sebelum ini. Iaitu berita seharusnya dipertimbangkan dalam peruntukan dana anda untuk membuka kedudukan.

Berita dan keteguhan ekonomi secara umum, ditambah dengan jumlah kepentingan pelaburan yang anda peruntukkan untuk aset tertentu, merupakan faktor yang besar dalam menguruskan pelaburan anda secara berkesan.

Sebagai contoh, anda melihat berita terkini tentang dolar A.S. kehilangan nilainya berbanding banyak mata wang utama dunia yang lain seperti yen, Euro, dan sebagainya. Anda kini memperuntukkan 30% daripada kepentingan pelaburan anda dalam mata wang Forex.

Anda mungkin mahu meningkatkan peratusan kepentingan anda kepada mata wang memandangkan anda melihat trend sedang terbentuk atau anda mungkin percaya bahawa dolar akan melonjak berdasarkan penilaian sokongan/rintangan anda. Walau apa pun, berita mempunyai kesan dalam perdagangan anda, walaupun anda memilih untuk tidak melakukan apa-apa.

 

Sentiasa Peka, Belajar Lebih Mendalam, Jana Lebih Banyak Wang

Sekiranya anda menggabungkan kesedaran am tentang berita ekonomi dan proses yang teliti untuk digunakan dalam strategi perdagangan anda, anda akan mula melihat peningkatan dalam jumlah dagangan anda yang menguntungkan.

Perubahan akan berlaku secara beransur-ansur apabila anda belajar tentang cara untuk menggunakan kalendar ekonomi. Juga apabila melihat jenis hubungan sebab dan akibat yang wujud dalam pasaran. Ini termasuklah melakukan percubaan dalam melaksanakan perdagangan anda.

Walau bagaimanapun, dalam masa yang singkat, anda akan mula melihat hasil yang nyata dan orang lain akan mengakui pengalaman dan pengetahuan anda dalam hal ekonomi walaupun anda tidak menyedari perkembangan anda sendiri. Menggunakan broker yang bagus seperti Olymp Trade akan membantu anda mempercepatkan proses ini.

Kuncinya adalah untuk meningkatkan kesedaran pasaran anda, menjadi lebih berpengetahuan dan memahami hubungan antara pasaran. Kemudian gunakan perkara-perkara ini untuk membuat dagangan menguntungkan serta menambah baik prestasi kewangan anda.

Categories: Halaman Utama
Admin_as:

View Comments (1)

  • Memang betul. Berdagang bukan setakat menggunakan indikator untuk pergerakan graf sahaja. Sumber yang mempengaruhi trend aset adalah dari berita semasa. Boleh saya tahu jika Olymp Trade ada membuat analisa dan rumusan berita semasa harian?

Related Post