Sepintas Tentang Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)Malaysia
Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) adalah penunjuk makroekonomi yang paling penting, ia diterbitkan secara berkala di setiap negara. Adalah penting untuk ingat bahawa GDP adalah kos SEMUA barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di sebuah negara untuk tempoh tertentu.
GDP menyihatkan pertumbuhan ekonomi, oleh itu, semakin tinggi, semakin bagus. Menurut ahli ekonomi, ekonomi negara maju sepatutnya bertambah sebanyak 3-4% setiap tahun. Oleh itu, kita boleh mengambil angka ini sebagai nilai rujukan dalam analisis data pengeluaran GDP sebenar.
Dalam artikel ini, juruanalisis Olymp trade tidak akan membincang secara teliti atau menerangkan apa itu perbezaan GDP nominal dan sebenar atau apa itu GDP deflator. Sebaliknya, kami akan fokus terhadap cara kita boleh menggunakan berita GDP untuk meramal pergerakan matawang. Oleh demikian, kami akan cuba memkirkan cara untuk anda melabur dan mengaut keuntungan dengan berita sebegini.
Langkah pertama adalah untuk mengetahui cara GDP dihitung.
Salah satu formula yang terkenal untuk mengira GDP adalah seperti berikut.
GDP = Penggunaan + Pelaburan + Perbelanjaan Awam + Eksport-Import
Kini biarkan juruanalisis Olymp Trade menerangkan setiap elemen formula GDP secara ringkas.
Penggunaan adalah sesuatu yang digunakan oleh penggunan. Penggunna merupakan bahagian terbesar dalam GDP, oleh itu, ini adalah penunjuk yang paling penting untuk dinilai.
Pelaburan adalah perusahaan yang melabur dalam kilang dan kelengkapan mereka.
Perbelanjaan awam adalah berapa banyak yang dibelanja oleh pihak berkuasa sebuah negara.
Eksport adalah nilai barangan yang dieksport (dijual) dari negara.
Import adalah nilai barangan yang diimport (dibeli) ke dalam negara, yang kemudian dijual dalam wilayah sebuah negara.
Dengan itu, untuk meramal indeks Keluaran Dalam Negara Kasar, ia adalah perlu untuk menilai semua elemen individu GDP, dan semua elemen berasingan ini diwakili dalam bentuk penunjuk makroekonomi yang berasingan.
Bagaimanakah Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) mempengaruhi pasaran kewangan?
Indeks GDP mempunyai impak yang langsung ke atas pasaran kewangan. Formula umum adalah seperti berikut – semakin tinggi GDP – semakin tinggi kadar matawang nasional. Sekarang, mari kita lihat contoh spesifik daripada ramalan GDP Amerika Syarikat. Sebelum data suku pertama diterbitkan, pelabur sudah ketahui ramalan konsensus untuk GDP adalah 2.2%, aras yang sama seperti suku sebelumnya. Lihat imej yang telah disediakan oleh juruanalisis Olymp trade.
Seperti yang dikatakan, semua elemen formula GDP diterbitkan sebagai penunjuk makroekonomi yang berasingan, mari kita mula analisis penggunaan, dalam bentuk jualan runcit. Seperti dalam imej berikutnya, pertumbuhan jualan runcit disaksikan dalam beberapa bulan, namun ia semakin perlahan pada bulan Januari dan Februari yang mana terdapat pengurangan jualan runcit.
Oleh itu, pengurangan jualan runcit adalah faktor negatif untuk GDP dalam suku itu.
Elemen kedua formula GDP ialah pelaburan, yang sedikit serupa dengan penunjuk penggunaan. Syarikat boleh melabur dalam aset tetap, misalnya, kelengkapan, kemudahan atau infrastruktur atau inventori. Mari kita lihat bagaimana inventori perniagaan di Amerika Syarikat telah berubah, statistik diterbitkan pada pertengahan bulan bersama dengan data jualan runcit. Lihat imej dan analisis cara inventori berubaha.
Kesimpulannya, dalam suku tahun pertama, inventori dalam A.S mula meningkat pada kadar cepat, iaitu faktor positif untuk pelaburan dan GDP.
Kini kami akan menganalisis perbelanjaan kerajaan.
Untuk menilai perbelanjaan kerajaan, anda harus memberi perhatian kepada baki bajet A.S. Semakin tinggi perbelanjaan bajet, semakin tinggi tahap GDP. Lihat imej yang disediakan oleh juruanalisis Olymp trade, bagi suku tahun pertama, perbelanjaan bajet meningkat.
Kesimpulannya, nilai untuk perbelanjaan kerajaan boleh menjadi faktor positif untuk GDP.
Elemen terakhir adalah baki dagangan, perhatikan perbezaan antara eksport dan import yang diterbitkan setiap bulan. Di A.S, baki dagangan secara tradisional adalah negatif, oleh itu, semakin kecil defisit dagangan, semakin bagus GDP. Seperti yang boleh dilihat dalam gambar seterusnya, suku pertama 2018, defisit telah bertambah dan mencecah $54 bilion.
Akibatnya, defisit yang lebih tinggi merupakan faktor negatif untuk GDP, yang membuatkannya sukar untuk menjangka pertumbuhan ekonomi yang sama seperti 2.2% yang sebelumnya.
Memahami hubungan antara Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)dan Pasaran Forex
Peraturan am semasa melihat data GDP adalah melihat kepada sama ada angka mengalahkan atau jatuh di bawah anggaran (lihat carta yang relevan di bawah):
- Pembacaan GDP yang lebih rendah daripada yang diunjurkan kemungkinan akan menghasilkan penjualan mata wang domestik berbanding dengan mata wang lain (USD menyusut berbanding EUR).
EUR/USD Chart: Low GDP data release
- Pembacaan GDP yang lebih tinggi daripada yang diunjurkan cenderung mengukuhkan mata wang asas berbanding mata wang lain (kenaikan USD berbanding EUR).
EUR/USD chart: High GDP data release
Laporan GDP tidak selalu memberi kesan yang sama atau seperti yang diharapkan pada mata wang. Ini penting untuk diingat sebelum melakukan perdagangan. Seringkali, angka GDP sudah sepenuhnya atau sebahagiannya telah dinilai terlebih dahulu yang bermaksud bahawa pasaran mungkin tidak bertindak balas seperti yang dijangkakan setelah angka GDP dikeluarkan.
Menganalisis Data GDP untuk membuat keputusan dalam Perdagangan Forex
GDP, Inflasi dan Kadar Faedah
Pelepasan awal GDP adalah empat minggu selepas suku berakhir dan pelepasan akhir berlaku tiga bulan selepas suku berakhir. Kedua-duanya dikeluarkan oleh Biro Analisis Ekonomi (BEA) pada pukul 08:30 ET. Biasanya, pelabur mengharapkan GDP AS untuk berkembang antara 2.5% hingga 3.5% setiap tahun.
Tanpa tahap inflasi dalam ekonomi yang sedang berkembang, kadar faedah dapat dipertahankan sekitar 3%. Walau bagaimanapun, pembacaan di atas GDP 6% akan menunjukkan bahawa ekonomi AS menjadi terlalu panas yang membahayakan yang seterusnya dapat menimbulkan ketakutan inflasi.
Oleh itu, Federal Reserve mungkin perlu menaikkan kadar faedah untuk mengekang inflasi dan meletakkan ‘brek’ pada ekonomi yang terlalu panas. Mengekalkan kestabilan harga adalah salah satu tugas Federal Reserve. GDP mesti berada dalam ‘range goldilocks’: tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
GDP tidak boleh cukup tinggi untuk mencetuskan inflasi atau terlalu rendah di mana ia boleh menyebabkan kemelesetan. Kemelesetan ditentukan oleh dua suku negatif pertumbuhan GDP berturut-turut. ‘Sweet spot’ GDP berbeza dari satu negara ke negara lain. Sebagai contoh, China pernah mempunyai GDP dalam dua digit.
Pedagang pasaran forex paling berminat dengan GDP kerana ia adalah kad laporan kesihatan yang lengkap untuk ekonomi negara. Sebuah negara ‘dihargai’ kerana GDP tinggi dengan nilai mata wang mereka yang lebih tinggi. Biasanya terdapat harapan positif untuk kenaikan kadar faedah di masa depan kerana ekonomi yang kuat cenderung menjadi lebih kuat sehingga menyebabkan inflasi yang lebih tinggi. Perkara ini, menyebabkan bank pusat menaikkan kadar untuk memperlambat pertumbuhan dan untuk menahan kenaikan inflasi.
Sebaliknya, negara dengan GDP yang lemah mempunyai jangkaan penurunan kadar faedah secara drastik. Sebenarnya, bank pusat negara yang mempunyai dua suku GDP negatif yang berturut-turut bahkan mungkin memilih untuk merangsang ekonomi mereka dengan mengurangkan kadar faedah.
Kesimpulan
Selepas menganalisis semua komponen GDP, hakikatnya adalah baki dagangan, bersama dengan tahap penggunaan, membentuk 80% daripada GDP keseluruhan, manakala pelaburan dan perbelanjaan kerajaan memberikan 20% yang selebihnya, keseimpulan am daripada analisis keseluruhan adalah jangkaan pertumbuhan GDP yang kurang daripada 2.2%. Mari kita lihat data sebenar, yang diterbitkan sebagai 2.0%.
Juruanalisis Olymp trade menunjukkan kepada anda sebuah contoh tentang bagaimana maklumat yang sedia ada, boleh membantu anda meramal tingkah laku pasaran apabila berita penting GDP disiarkan. Kita seharusnya ingat bahawa ramalan ini adalah anggaran sahaja dan tidak menjejaskan semua aspek yang mungkin mempengaruhi penunjuk dan, oleh itu, nilai matawang.
Kami meminta supaya anda tidak menganggap contoh yang diberikan sebagai tingkah laku pasaran yang tepat atau ramalan keadaan. Cuba berfikir secara bebas sebanyak yang mungkin. Jika anda pelajari ini, maka kami pasti bahawa anda akan mempunyai kelebihan yang tidak dapat dinafikan ke atas pedagang lain.
Semoga berjaya!
View Comments (102)
Macam mana nak join benda ni ? Free ke ?
Boleh pilih antara 3 cara di bawah ni untuk mendaftar secara percuma :-
Platform versi web - https://rebrand.ly/olymptrade-malaysiacom
Platform versi android - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ticno.olymptrade
Platform versi iOS - https://apps.apple.com/id/app/olymp-trade/id1053416106
Risky la trade pakai berita ekonomi macm ni ..better baca chart dan pasang indicator.
Terserah pada individu tuan. Ada yang selesa trade pakai indikator ada yang selesa trade based on news..
Saya memang suka trading ikut cara ni , walaupun tak betul 100% tapi biasanya tepat jugak.
Tahniah tuan ! Tak semua orang berani nak trade on news ni .
GDP ni , biasanya GDP negara mana ?
Semua negara ada. Tpi biasanya ekonomi yang memberi impak pada berita semasa ialah Amerika.
Saya tak pandai lagik trading ni tapi kalau nak start , bole ke sy terus trading ikut berita2 ekonomi mcm ni atau mcm mana ye ?
Admin cadangkan belajar dulu tentang indikator dan strategi perdagangan.
Boleh mulakan dengan melayari http://www.olymptrade.com/education
Fundamental analysis (trading by news) is a very difficult direction for a beginner.
You should really listen to the administrator's advice and start with technical analysis, because it will allow you to find the simplest strategies that will allow you to start and then move forward.
And to make it a little easier, you should try reading the other Olymp Trade Malaysia reviews.
Kalau tak silap , dulu Olymp Trade selalu bagi some sort of trading signal bila ada berita2 ekonomi mcm ni ..biasanya akan diberitahu chart tu akan menaik ke menurun bila ada sesuatu berita penting keluar mcm GDP ni tapi skrg mcm dah jarang pulak nampak...kenapa ye??
Masih ada tuan. Kena rajin tengok kat official facebook Olymp Trade. Kalau takde boleh tengok sendiri kat economic calendar di https://olymptrade.com/analytics
Saya berminat dengan Olymp Trade ni ..tak nmpak fake. tp maklumat dalam bhs melayu mcm kurang la..biasanya korang dpt maklumat dari mana ?
Anda boleh menyertai mana-mana group FB seperti https://www.facebook.com/groups/OlympTradeMalaysia untuk mendapatkan pengetahuan dari para traders yg sebenar.
Apa kaitan GDP ni dengan Exchange Rate ? Di ada effect kat forex ke ?
Memang terdapat beberapa kaitan antara GDP dan Exchange Rate, tetapi ia bergantung kepada tempoh masa yang anda perhatikan. Kadang-kadang ia boleh menjadi hubungan yang sangat kuat dan kadang-kadang ia boleh menjadi lembut. Dan ianya tidak sama untuk setiap negara.
Saya berminat nak tau lebih lanjut tentang broker ni. Mana nak tau lebih detail ?
Banyak boleh rujuk di youtube.
Anda juga boleh menyertai mana-mana group FB seperti https://www.facebook.com/groups/OlympTradeMalaysia untuk mendapatkan pengetahuan dari para traders yg sebenar
Macam berita ekonomi ni semua ada ke kat dlm website Olymp Trade ?
Boleh rujuk di sini https://olymptrade.com/analytics