18.10.2018 Halaman Utama 0

GDP adalah penunjuk makroekonomi yang paling penting, ia diterbitkan secara berkala di setiap negara. Adalah penting untuk ingat bahawa GDP adalah kos SEMUA barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di sebuah negara untuk tempoh tertentu. GDP menyifatkan pertumbuhan ekonomi, oleh itu, semakin tinggi, semakin bagus. Menurut ahli ekonomi, ekonomi negara maju sepatutnya bertambah sebanyak 3-4% setiap tahun. Oleh itu, kita boleh mengambil angka ini sebagai nilai rujukan dalam analisis data pengeluaran GDP sebenar.

Dalam artikel ini, juruanalisis Olymp trade tidak akan membincang secara teliti atau menerangkan apa itu perbezaan GDP nominal dan sebenar atau apa itu GDP deflator. Sebaliknya, kami akan fokus terhadap cara kita boleh menggunakan berita GDP untuk meramal pergerakan matawang. Oleh demikian, kami akan cuba memkirkan cara untuk anda melabur dan mengaut keuntungan dengan berita sebegini.

Langkah pertama adalah untuk mengetahui cara GDP dihitung.

Salah satu formula yang terkenal untuk mengira GDP adalah seperti berikut.

GDP = Penggunaan + Pelaburan + Perbelanjaan Awam + Eksport-Import

Kini biarkan juruanalisis Olymp trade menerangkan setiap elemen formula GDP secara ringkas.

Penggunaan adalah sesuatu yang digunakan oleh penggunan. Penggunna merupakan bahagian terbesar dalam GDP, oleh itu, ini adalah penunjuk yang paling penting untuk dinilai.

Pelaburan adalah perusahaan yang melabur dalam kilang dan kelengkapan mereka.

Perbelanjaan awam adalah berapa banyak yang dibelanja oleh pihak berkuasa sebuah negara.

Eksport adalah nilai barangan yang dieksport (dijual) dari negara.

Import adalah nilai barangan yang diimport (dibeli) ke dalam negara, yang kemudian dijual dalam wilayah sebuah negara.

Dengan itu, untuk meramal indeks Keluaran Dalam Negara Kasar, ia adalah perlu untuk menilai semua elemen individu GDP, dan semua elemen berasingan ini diwakili dalam bentuk penunjuk makroekonomi yang berasingan.

Bagaimanakah GDP mempengaruhi pasaran kewangan?

Indeks GDP mempunyai impak yang langsung ke atas pasaran kewangan. Formula umum adalah seperti berikut – semakin tinggi GDP – semakin tinggi kadar matawang nasional. Sekarang, mari kita lihat contoh spesifik daripada ramalan GDP Amerika Syarikat. Sebelum data suku pertama diterbitkan, pelabur sudah ketahui ramalan konsensus untuk GDP adalah 2.2%, aras yang sama seperti suku sebelumnya. Lihat imej yang telah disediakan oleh juruanalisis Olymp trade.

Keluaran dalam negara kasar (GDP), bagaimana berita ini mempengaruhi pasaran dan bagaimana anda boleh menjana wang daripadanya?

Seperti yang dikatakan, semua elemen formula GDP diterbitkan sebagai penunjuk makroekonomi yang berasingan, mari kita mula analisis penggunaan, dalam bentuk jualan runcit. Seperti dalam imej berikutnya, pertumbuhan jualan runcit disaksikan dalam beberapa bulan, namun ia semakin perlahan pada bulan Januari dan Februari yang mana terdapat pengurangan jualan runcit.

Keluaran dalam negara kasar (GDP), bagaimana berita ini mempengaruhi pasaran dan bagaimana anda boleh menjana wang daripadanya?

Oleh itu, pengurangan jualan runcit adalah faktor negatif untuk GDP dalam suku itu.

Elemen kedua formula GDP ialah pelaburan, yang sedikit serupa dengan penunjuk penggunaan. Syarikat boleh melabur dalam aset tetap, misalnya, kelengkapan, kemudahan atau infrastruktur atau inventori. Mari kita lihat bagaimana inventori perniagaan di Amerika Syarikat telah berubah, statistik diterbitkan pada pertengahan bulan bersama dengan data jualan runcit. Lihat imej dan analisis cara inventori berubaha.

Keluaran dalam negara kasar (GDP), bagaimana berita ini mempengaruhi pasaran dan bagaimana anda boleh menjana wang daripadanya?

Kesimpulannya, dalam suku tahun pertama, inventori dalam A.S mula meningkat pada kadar cepat, iaitu faktor positif untuk pelaburan dan GDP.

Kini kami akan menganalisis perbelanjaan kerajaan.

Untuk menilai perbelanjaan kerajaan, anda harus memberi perhatian kepada baki bajet A.S. Semakin tinggi perbelanjaan bajet, semakin tinggi tahap GDP. Lihat imej yang disediakan oleh juruanalisis Olymp trade, bagi suku tahun pertama, perbelanjaan bajet meningkat.

Keluaran dalam negara kasar (GDP), bagaimana berita ini mempengaruhi pasaran dan bagaimana anda boleh menjana wang daripadanya?

Kesimpulannya, nilai untuk perbelanjaan kerajaan boleh menjadi faktor positif untuk GDP.

Elemen terakhir adalah baki dagangan, perhatikan perbezaan antara eksport dan import yang diterbitkan setiap bulan. Di A.S, baki dagangan secara tradisional adalah negatif, oleh itu, semakin kecil defisit dagangan, semakin bagus GDP. Seperti yang boleh dilihat dalam gambar seterusnya, suku pertama 2018, defisit telah bertambah dan mencecah $54 bilion.

Keluaran dalam negara kasar (GDP), bagaimana berita ini mempengaruhi pasaran dan bagaimana anda boleh menjana wang daripadanya?

Akibatnya, defisit yang lebih tinggi merupakan faktor negatif untuk GDP, yang membuatkannya sukar untuk menjangka pertumbuhan ekonomi yang sama seperti 2.2% yang sebelumnya.

Kesimpulan

Selepas menganalisis semua komponen GDP, hakikatnya adalah baki dagangan, bersama dengan tahap penggunaan, membentuk 80% daripada GDP keseluruhan, manakala pelaburan dan perbelanjaan kerajaan memberikan 20% yang selebihnya, keseimpulan am daripada analisis keseluruhan adalah jangkaan pertumbuhan GDP yang kurang daripada 2.2%. Mari kita lihat data sebenar, yang diterbitkan sebagai 2.0%.

Juruanalisis Olymp trade menunjukkan kepada  anda sebuah contoh tentang bagaimana maklumat yang sedia ada, boleh membantu anda meramal tingkah laku pasaran apabila berita penting GDP disiarkan. Kita seharusnya ingat bahawa ramalan ini adalah anggaran sahaja dan tidak menjejaskan semua aspek yang mungkin mempengaruhi penunjuk dan, oleh itu, nilai matawang. 

Kami meminta supaya anda tidak menganggap contoh yang diberikan sebagai tingkah laku pasaran yang tepat atau ramalan keadaan. Cuba berfikir secara bebas sebanyak yang mungkin. Jika anda pelajari ini, maka kami pasti bahawa anda akan mempunyai kelebihan yang tidak dapat dinafikan ke atas pedagang lain.

Semoga berjaya!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...