Berdagang Menggunakan Indikator RSI
Indeks Kekuatan Relatif (RSI) ialah oscillator momentum yang dicipta oleh J. Welles Wilder. Indikator ini digunakan untuk mengukur kelajuan dan halaju pergerakan harga aset-aset dagangan (contohnya stocks, future komoditi, bon, forex dll.), dalam tempoh masa tertentu. Objektif penunjuk RSI adalah untuk mengukur perubahan dalam momentum harga. Ia adalah penunjuk utama dan digunakan secara meluas oleh Penganalisis Teknikal di seluruh dunia. RSI juga boleh digunakan untuk melihat arah aliran secara umum.Ia dianggap terlebih beli apabila ia melebihi paras 70 dan terlebih jual apabila ia turun di bawah paras 30.
Belajar cara berdagang dengan lebih menguntungkan menggunakan Indikator RSI
Oscillator Indeks Kekuatan Relatif atau Indikator RSI membantu pedagang menentukan masa untuk masuk dan keluar dagangan berdasarkan trend yang muncul.
RSI, juga dikenali sebagai Indeks Kekuatan Relatif merupakan sejenis penunjuk yang dikenali sebagai oscillator momentum. Alat ini digunakan untuk mengukur kelajuan turun naik nilai sesuatu aset. Pedagang bergantung pada penunjuk ini untuk membantu mereka menentukan sama ada tahap terlebih beli/terlebih jual telah dicapai serta memberikan isyarat beli dan jual.
Apakah itu Indikator RSI?
Terdiri daripada garisan tunggal yang terapung antara 0 dengan 100, penunjuk ini menandakan kemungkinan sesuatu aset terlebih jual atau terlebih beli apabila ia mencapai ekstrem masing-masing. Apabila garisan menghampiri 100, kemungkinan besar instrumen tersebut terlebih beli, sebaliknya, apabila garisan menghampiri 0, kemungkinan besar ia terlebih jual.
Cara menggunakan RSI dalam perdagangan
Umumnya, parameter adalah 30 dan 70%. Walaupun julat adalah 0 hingga 100%, panduan ini membenarkan tafsiran pantas sesuatu trend. Apabila julat ini memberikan ramalan yang tidak tepat, tukar ambang terlebih beli kepada 80% dan terlebih jual kepada 20%.
Isyarat Beli dan Jual RSI
Ramai penganalisis dan pedagang terhebat kami menjanjikan keberkesanan indeks kekuatan relatif untuk kedua-dua Forex dan Fixed Time Trade. Tempoh pelicinan ditetapkan kepada 14 secara automatik. Tempoh ini boleh dipendekkan atau dipanjangkan untuk memberikan skop yang lebih pendek atau lebih panjang.
Dipercayai oleh pedagang daripada semua tahap, RSI boleh digunakan dengan mana-mana aset dan rangka masa. Walau bagaimanapun, seperti semua penunjuk, ia tidak sempurna dan boleh memberikan isyarat terlebih beli dan terlebih jual yang dilanjutkan.
Cara Menetapkan dan Mengkonfigurasikan Indikator RSI
Untuk menggunakan RSI pada carta:
Klik pada butang “Alat” di sudut bawah kiri carta, di tengah-tengah tiga simbol,
Pilih “RSI” daripada senarai oscillator di sebelah kiri,
Graf RSI akan muncul di bahagian bawah carta.
Tutup senarai dan terus berdagang;
Pedagang yang lebih berpengalaman mungkin mendapat manfaat daripada penyelarasan tetapan.
Pedagang boleh mengubah warna garisan, ketebalannya dan tempohnya. Dengan mengurangkan atau menaikkan tempoh, oscillator akan menjadi lebih atau kurang sensitif.
Cara Penggunaan Indikator RSI
Analisis Penyimpangan
Penyimpangan merupakan cara yang lain untuk menganalisis sesuatu aset dengan penunjuk ini. Jika perubahan harga tidak disahkan oleh RSI, ia boleh menandakan pertukaran trend.
Penyimpangan dianggap sebagai penunjuk yang baik untuk pembalikan trend yang akan datang. Dalam contoh di atas, harga aset menurun, manakala RSI menunjukkan pergerakan yang bertentangan. Situasi ini diikuti dengan pembalikan trend.*
Cara Menggunakan RSI dengan Forex
Indeks Kekuatan Relatif mempunyai banyak yang boleh ditawarkan kepada pedagang forex. Dengan memberikan isyarat apabila aset terlebih beli dan terlebih jual, ia juga boleh menandakan masa untuk membuka dan menutup dagangan.
Memandangkan pedagang forex menghasilkan wang mereka dengan memanfaatkan trend naik atau turun sejauh yang boleh, dalam banyak cara, oscilator RSI amat sesuai untuk perdagangan forex.
Apabila garisan melepasi 70 dalam zon terlebih beli dan hampir bersilang kembali di bawah ambang, trend menaik kemungkinan akan membalik. Penyimpangan antara carta menandakan kemungkinan pembalikan trend.
Berdagang dengan penunjuk ini membantu pedagang untuk kekal di hadapan trend yang berubah dan oleh itu mendapat lebih banyak keuntungan.
Cara Menggunakan RSI dengan Fixed Time Trade
Apabila melakukan Fixed Time Trade, oscillator RSI sesuai untuk membantu pedagang memanfaatkan trend secara berterusan.
Memandangkan pedagang Fixed Time memperoleh keuntungan daripada ramalan yang betul untuk harga sesuatu aset sepanjang tempoh masa yang ditentukan dahulu, RSI agak berguna.
Apabila garisan oscillator jatuh di bawah 30 ke zon terlebih jual, semasa garisan bersilang kembali atas parameter, trend menurun aset mungkin akan membalik. Keupayaan untuk melihat kemungkinan pembalikan membantu pedagang membuat keputusan yang lebih termaklum dan mendapat lebih banyak keuntungan.
Cara mengunakan RSI bersama dengan Indikator MACD
Kesilapan yang kerap dilakukan ketika menggunakan indikator RSI
Kesilapan yang biasa ialah apabila trader memasuki posisi jual apabila penunjuk memasuki zon terlebih beli dalam pasaran, yang berada dalam aliran menaik. Atau trader memasuki kedudukan beli, apabila RSI jatuh lebih rendah daripada 30 dalam pasaran, yang ketika itu berada dalam aliran menurun.
Jangan mengambil risiko untuk membuka kedudukan beli seperti dalam gambarajah di atas. Anda harus pertimbangkan bahawa RSI menunjukkan momentum, dengan aliran yang terdiri daripada urutannya. Anda mungkin bertuah jika anda dapat membuka posisi dan membuat keuntungan beberapa kali. Tetapi lambat laun anda mungkin mula bermain menentang beberapa siri momentum, yang berbahaya untuk deposit anda.
Kebaikan dan keburukan RSI
Seperti kebanyakan penunjuk teknikal yang lain, indeks kekuatan relatif (RSI) juga disertakan dengan beberapa kebaikan serta kekurangan uniknya yang tersendiri. Oleh itu, adalah penting untuk memahami di mana penunjuk momentum ini boleh berjaya dan di mana pula kita akan gagal apabila cuba memanfaatkan sepenuhnya penggunaan indikator ini.
Kebaikan
- Sesuai untuk mana-mana pasaran dan jangka masa (timeframe)
- Membantu mengesan entry point (beli) dan exit point (jual)
- Memberi gambaran secara keseluruhan tentang pergerakan harga secara umum, arah aliran dan pembalikan arah aliran
- Senang nak set up
- Agak mudah untuk dibaca serta mendapatkan maklumat yang diperlukan
- Berguna sebagai alat yang berdiri sendiri atau digabungkan dengan penunjuk teknikal lain
Keburukan
- Oleh kerana RSI sedang mengukur momentum, ia boleh kekal dalam wilayah terlebih beli atau terlebih jual walaupun pembalikan arah aliran sudah mula terbentuk. Oleh itu, RSI paling berfungsi dalam pasaran berayun (pasaran yang berulang kali bergerak ke sana ke mari) di mana harga aset silih berganti antara pergerakan menaik dan menurun
- Isyarat pembalikan yang tepat jarang berlaku dan ianya agak mencabar untuk membezakan sama ada ia adalah isyarat betul ataupun isyarat palsu;
- Isyarat RSI paling boleh dipercayai apabila ia mematuhi arah aliran jangka panjang;
- Fundamental data dan data volum dagangan tidak diambil kira;
- Trader harus menggunakan RSI bersama-sama dengan penunjuk teknikal lain untuk isyarat dagangan yang paling tepat.
Kesimpulan
Adakah RSI penunjuk yang baik?
RSI ialah salah satu penunjuk paling popular untuk trader forex, trader mata wang kripto, trader saham dan trader niaga hadapan. Tetapi bukan penunjuk itu sendiri yang menjadikan pengguna RSI berjaya dalam trade mereka.
Sebaliknya trader mesti meluangkan masa untuk menguji semula strategi dagangan RSI untuk memastikan ia telah berjaya pada carta yang lalu dan kemudian menguji strategi itu dalam persekitaran dagangan yang sebenar. Dengan disiplin dagangan yang baik, tidak mustahil trader boleh mendapat peluang terbaik dengan strategi dagangan yang menguntungkan ini.
Ringkasnya,RSI merupakan oscillator berkuasa yang sesuai bagi semua jenis perdagangan. Dicipta untuk membantu menentukan kekuatan sesuatu trend dan tahap terlebih beli atau terlebih jual sesuatu aset, RSI merupakan penunjuk yang berkebolehan. RSI mengukur kelajuan perubahan harga aset dan digunakan dalam analisis teknikal sebagai penunjuk momentum. Disebabkan itu, ia boleh menjadi alat yang berkuasa untuk menentukan pembalikan arah aliran. Walau bagaimanapun, kerana RSI berfungsi paling baik dalam pasaran berayun dan bukannya pasaran arah aliran, ia tidak dapat memberitahu pelabur dengan tepat bila pembalikan tersebut akan berlaku serta perubahan harga tersebut.
Selain itu, RSI berkemungkinan menjana isyarat palsu dan oleh itu ia harus digunakan bersama dengan alat analisis teknikal tambahan dan bukannya sebagai sumber isyarat dagangan yang berdiri sendiri.
Oleh itu, indikator ini selalu digunakan oleh trader yang berpengalaman bersama dengan penunjuk yang lain (MACD atau Parabolic SAR).
Berlatih menggunakan RSI dengan akaun demo anda sebelum berdagang dengannya dalam akaun sebenar anda.
Mulakan penggunaan Indikator RSI di platform Olymp Trade.
4 Responses
Saya menggunakan applikasi di telefon pintar. Dimana setting untuk menukar parameter “terlebih beli kepada 80% dan terlebih jual kepada 20%” Bagaimana kita tahu sesuatu ramalan itu tidak tepat? Berdasarkan candelstick dan indikator atau garisan graf dan indikator?
Bagus kerana artikel ini menerangkan keberkesanan penunjuk perdagangan ini. Untuk saya, perkara paling menarik ialah maklumat tentang cara menggunakan penunjuk ini dengan cara paling efektif.
Dan sekarang saya mendapat sedikit pengetahuan tambahan mengenainya.
Member saya yang ajar konsep terlebih beli dan terlebih jual di forex. Menggunakan RSI membawa perubahan besar dalam perdagangan saya.
Saya kini lebih menghargai olymp trade kerana blog ini. Saya kenal banyak broker yang hebat, menawarkan spread kompetitif dan syarat perdagangan manap, tetapi hanya di sini saya mendapat pendidikan dan keseluruhan blog ini sangat bermanfaat. Ingat ya, saya ada pengalaman perdagangan.
RSI dalam platform olymp trade adalah alat berguna untuk perdagangan Forex dan FTT. Walaupun saya perlu fikir kuat tentang cara menggunakannya pada mod tetap. RIS sebahagian besar adalah untuk perdagangan trend, oleh itu ia lebih bagus untuk dagangan Forex, tapi akhirnya saya berjaya lakukannya.