X

Mengenal Jenis-jenis MataWang Kripto

Pengenalan MataWang Kripto Secara Ringkas

Ketika Bitcoin dilancarkan pada tahun 2009, ia tidak mempunyai banyak atau sebenarnya tidak ada langsung persaingan dalam bidang mata wang digital yang baru diterokai ini. Bagaimanapun, menjelang tahun 2011, pelbagai jenis matawang kripto yang baharu mula muncul. Pesaing-pesaing tersebut menggunakan teknologi blockchain yang digunakan oleh bitcoin dan melancarkan platform dan mata wang mereka sendiri. Sejak dari itu, perlumbaan untuk mencipta lebih banyak mata wang kripto pun bermula…tiberr…

Seterusnya apa yang berlaku adalah titik mula kepada sejarah. Penggunaan matawang kripto secara tergesa-gesa adalah seperti letupan dalam perkhidmatan kewangan di mana ia tidak menjejaskan satu negara sahaja, tetapi ia telah menawan hampir seluruh dunia. 

Berapa Banyak Sebenarnya MataWang Kripto Yang Ada?

Pada hari ini terdapat beribu-ribu mata wang kripto berbeza yang tersedia di seluruh dunia. Walaupun setiap satu direka dengan penambahan beberapa ciri atau fungsi baru, tetapi kebanyakannya diasaskan pada prinsip yang serupa dengan Bitcoin. Prinsipnya adalah seperti yang di bawah ini:

  • Mata wang kripto tidak dikeluarkan, dikawal atau disokong oleh pihak berkuasa pusat seperti bank atau kerajaan. Tetapi ia adalah mata wang yang tidak disentralisasi oleh mana-mana pihak.
  • Matawang kripto dicipta menggunakan blockchain serta semakan peer-to-peer.
  • Bitcoin dan koin-koin yang lain disulitkan (secara selamat) dengan kod komputer khusus yang dipanggil kriptografi.
  • Kerana ia adalah sebuah aset, mata wang kripto secara amnya disimpan dalam dompet digital.Biasanya dompet blockchain. Di mana ia membolehkan pengguna mengurus dan melakukan trade dengan koin yang mereka ada.

Sehingga Mac 2022, terdapat lebih daripada 18,000 jenis mata wang kripto yang berbeza.  Dengan jumlah permodalan pasaran (mod pasaran) untuk kesemua mata wang kripto tersebut adalah sebanyak $2 trilion.

Selain itu, data menunjukkan pada Mac 2022 kira-kira 8% daripada penduduk Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam perdagangan berasaskan mata wang kripto. Dan, manakala sebagai sebuah benua, Asia pula mempunyai lebih daripada empat kali lebih banyak pengguna kripto berbanding dengan mana-mana benua yang lain.

Kenapa Ada Banyak Sangat Matawang Kripto Yang Berbeza?

Bitcoin mungkin dianggap sebagai alat pertukaran alternatif (sama seperti wang), tetapi adakalanya menggunakan crypto sebagai mata wang adalah tidak sah di sebahagian besar dunia. Malah di sesetengah negara, penggunaan crypto dihadkan, atau diharamkan sama sekali. Jadi, walaupun terdapat pelbagai matawang kripto, (lebih dari 18,000 jenis crypto secara tepatnya) tidak semua boleh digunakan sebagai wang atau alat pertukaran sama sekali.

Pemaju program boleh membina hampir apa sahaja menggunakan teknologi blockchain yang sangat berkuasa ini. Sesetengah koin crypto digunakan sebagai alat pelaburan di mana ia menyimpan nilai yang boleh dibeli, dijual atau didagangkan di bursa crypto.

Selain daripada itu, ada juga platform crypto yang mempunyai tujuan yang lebih dari sekadar alat pertukaran nilai. Blockchain, sebenarnya, boleh menawarkan penyelesaian kepada masalah berpanjangan dalam banyak sektor ekonomi dan juga sistem kewangan. Ini termasuklah dalam bidang pertanian, keselamatan siber, seni halus, permainan komputer, penjagaan kesihatan, insurans, undang-undang, perubatan, hartanah dan pengurusan rantaian bekalan.

Sebab lain pula kenapa terdapat begitu banyak jenis mata wang kripto ialah faktor “takut ketinggalan keretapi” (FOMO – fear of missing out). Disokong oleh pertumbuhan pesat kripto sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dalam usaha untuk mendapatkan apa-apa potensi keuntungan, usahawan secara berterusan mengeluarkan sejumlah besar koin baharu ke pasaran kripto.

1. Bitcoin (BTC)

Bitcoin sememangnya peneraju utama dalam sektor kripto ini. Ia juga merupakan kripto currency yang pertama. Bitcoin telah dilancarkan pada tahun 2009. Ia telah dicipta oleh seseorang (atau mungkin juga sebuah kumpulan) yang menggunakan nama samaran Satoshi Nakamoto. Sehingga Jun 2022, terdapat lebih daripada 19 juta token Bitcoin yang beredar di seluruh dunia. Berbanding dengan had terhad token bitcoin iaitu sebanyak 21 juta. Untuk pengetahuan anda , hampir seribu bitcoin baharu dilombong setiap hari, ini menjadikan Bitcoin semakin hampir kepada jumlah maksimum tersebut.

Bitcoin direka bentuk untuk bebas daripada mana-mana badan kerajaan atau bank pusat. Sebaliknya, ia bergantung pada teknologi blockchain, lejar awam terdesentralisasi yang mengandungi rekod digital setiap transaksi Bitcoin. Penggunaan Bitcoin telah mencipta sebuah sistem berasaskan kriptografi dan konsensus — iaitu, pengesahan peer-to-peer (P2P) . Itulah asas kepada kebanyakan bentuk kripto hari ini.

Bagi mereka yang belum tahu lagi, struktur rangkaian P2P dalam teknologi blockchain ini secara amnya tidak berpusat. Ia telah direka bentuk untuk beroperasi demi kepentingan terbaik semua pihak yang terlibat. Berbanding dengan sistem konvensional yang biasanya hanya mementingkan pihak tertentu demi keuntungan mereka semata-mata.  

Secara ringkasnya, rangkaian blockchain peer-to-peer ini menghubungkan komputer (atau nod) yang berbeza bersama-sama, supaya ia boleh berfungsi secara serentak. Sebaik-baiknya, platform P2P adalah rangkaian awam yang tahan penapisan, terbuka, yang membolehkan data penting dan fungsi lain dikongsi bersama.

Pelombong Bitcoin menggunakan komputer berkuasa tinggi untuk mengesahkan blok transaksi dan pada masa yang sama menjana lebih banyak bitcoin. Perlombongan Bitcoin ini menggunakan proses yang kompleks serta memakan masa di mana ia dipanggil bukti kerja (PoW – Proof of Work). Transaksi ini akan direkodkan secara kekal pada blockchain — yang membantu untuk mengesahkan serta menyimpan setiap bitcoin dan rangkaiannya dengan selamat secara keseluruhan. Namun baru-baru ini, sejumlah besar tenaga yang diperlukan untuk mencipta Bitcoin telah menimbulkan kebimbangan mengenai pencemaran alam sekitar.

2. Ethereum (ETH)

Sebagai dua blockchain dan mata wang kripto yang paling terkenal, ramai orang sering membandingkan secara langsung antara mata wang Ethereum dan Bitcoin. Pada hakikatnya, Bitcoin dan Ethereum sebenarnya direka untuk mencapai matlamat yang berbeza. Malah dalam banyak perkara, ia boleh dianggap sebagai kuasa pelengkap antara satu sama lain. Bitcoin ialah rangkaian tunai digital peer-to-peer, yang memudahkan transaksi tanpa memerlukan campur tangan pihak berkuasa pusat. Seni bina rangkaian ini telah membuka jalan kepada ekosistem rantaian blok yang lebih kompleks seperti yang kita ada pada hari ini. Manakala di sisi lain pula, Ethereum sering dirujuk sebagai komputer dunia. Di mana ia menggunakan teknologi Bitcoin sambil memperkenalkan kontrak pintar. Kontrak pintar ini lah yang membolehkan pengatucara membina dApps yang merangkumi rangkaian luas platform crowdfunding, instrumen kewangan, permainan digital dan koleksi serta pasaran terdesentralisasi.

Sehingga Jun 2022, Ether ialah mata wang digital nombor dua, di belakang Bitcoin. Sama seperti BTC, ETH juga dijana menggunakan sistem PoW. Tetapi tidak seperti Bitcoin, tiada jumlah yang diterhadkan untuk bilangan ETH yang boleh dilombong.

3. Tether (USDT)

Tether ialah mata wang kripto pertama yang dipasarkan sebagai stablecoin — sejenis kripto yang dikenali sebagai stablecoin bercagar fiat. Nilai tether ditambat pada mata wang fiat — dalam kes ini, dolar A.S.. Tether ialah stablecoin terbesar di dunia; pada tahun 2022, majoriti mata wang kripto didagangkan menggunakan tether.

Seperti stablecoin yang lain, tether direka untuk menawarkan kestabilan, ketelusan dan yuran transaksi yang lebih rendah kepada pengguna. Tether tidak dicipta untuk menjadi pelaburan spekulatif seperti sesetengah mata wang kripto. Tetapi ia dicipta untuk pelabur yang ingin mengelakkan turun naik melampau pasaran crypto dengan menggunakan USDT. Tether ditambat pada dolar A.S. (itulah sebabnya tickernya ialah USDT), dan ia didakwa mengekalkan nilai 1:1 dengan dolar, walaupun dakwaan ini sering dipertikaikan. 

Ramai yang percaya bahwa Tether adalah nadi kepada ekosistem kripto. Jadi ramai yang khawatir jika Tether meledak, maka akan ranaplah keseluruhan sistemnya.  

Dan itulah yang terjadi pada Mei 2022. Tether kehilangan tambatannya kepada dolar Amerika buat seketika, dan semua mata wang kripto telah jatuh menjunam. Gelombang panik dalam pasaran crypto mula dapat dirasai. Disebabkan kejatuhan ini, ramai pelabur crypto cuba menebus Tether mereka, yang lain cuba keluar dari aset mereka sama sekali. Dan tidak kurang juga ramai yang telah kehilangan pelaburan mereka.

Kesimpulan

Mungkin ramai yang bertanya , berapa banyak sebenarnya jenis mata wang kripto yang ada? Jawapan kami, itu semua bergantung pada cara anda mengiranya. Bitcoin, altcoin, stablecoin, governance token, NFT… macam-macam lagi. Dan yang pasti, terdapat banyak pertindihan antara kesemua kategori tersebut. Satu perkara yang boleh kami katakan dengan pasti ialah apa-apa jenis pelaburan atau projek yang anda pertimbangkan, anda akan mendapati banyak mata wang kripto sedia ada tersedia yang boleh anda gunakan. Jadi Anda hanya tinggal pilih sahaja.

Dan untuk memulakan penggunaannya , anda boleh mencubanya di platform Olymp Trade. Di mana ia menyediakan platform untuk anda bertrading dengan modal yang menggunakan matawang kripto.

Categories: Halaman Utama
Admin_as:

View Comments (5)

  • Masa ini mata wang kripto sedang merosot.
    Terdapat pelbagai situasi di dunia ini yang menyebabkan kemelesetan tetapi saya tidak percaya ini penghujung jalan untuk perdagangan kripto.

    Jika kita lihat carta bitcoin, kita akan lihat tarikan balik berlaku beberapa kali sejak ia dicipta. Jadi, kita harapkan yang terbaik dan terus berdagang kripto dengan olymp trade.

  • Kripto adalah aset utama yang saya dagangkan. Saya dagangkan semuanya di Olymp Trade dalam cfd dan saya dagangkan di bursa kripto sebagai spot.

  • Wah, saya tidak tahu ada lebih lapan belas ribu mata wang kripto yang wujud. Berapa banyak mata wang kawalan kerajaan yang kita ada? Mungkin tak sampai dua ratus. Angka ini sangat mengejutkan.

    Walau apa pun, saya tidak pernah lihat begitu banyak mata wang kripto di olymp trade tapi saya pasti bitcoin dan ethereum tersedia.
    sebagai nasihat, pastikan untuk belajar dagangan kripto sebelum berdagang kripto. Ia bukan seperti instrumen lain yang kita biasa gunakan untuk berdagang, jadi berhati-hati; walaupun sebagai pedagang pro.

  • Saya berehat sebentar daripada dagangan selepas melahirkan anak saya. Kemudian saya pulan. Saya carilah broker dan amboi olymp trade lulus semua kriteria dengan jayanya. Platform perdagangan adalah kegemaran saya tentang berdagang di tempat ini.

  • Saya rasa awak tidak perlu dagangkan semua kripto di luar sana. Gelagatnya lebih kurang sama. Jika pasaran keseluruhan menaik, semuanya menaik dengan pengecualian beberapa kripto dan sebaliknya. Kerana itu, awak boleh pilih sahaja beberapa pasaran yang tidak menentu dan dagangkan.

Related Post