X

Olymp Trade – Apa yang anda patut tahu tentang Rizab Persekutuan

Dalam artikel ini juruanalisis Olymp trade akan menerangkan peranan Rizab Persekutuan (Federal Reserve) atau “Fed”. Pada Disember 1913, Presiden Woodrow Wilson menandatangani Akta Rizab Perseketuan (Federal Reserve Act), yang menwujudkan Sistem Rizab Persekutuan. Hari ini, Fed menetapkan polisi kewangan, memantau dan mengawal institusi perbankan. Selain itu tugas mereka juga adalah mengekalkan kestabilan sistem kewangan dan memberikan perkhidmatan kewangan untuk institusi depositori, kerajaan Amerika Syarikat dan institusi rasmi asing.

Sistem Rizab Persekutuan adalah bank pusat Amerika Syarikat, dan terletak di Washington, DC. Ia terdiri daripada tiga entiti utama, termasuk Lembaga Gabenor, 12 Bank Rizab Persekutuan dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC). Lembaga Gabenor adalah agensi kerajaan bebas berpusat. Di mana, presiden Amerika Syarikat melantik tujuh anggota Lembaga, yang kemudian disahkan oleh Senat A.S. Presiden juga melantik dua daripada ahli Lembaga untuk menjawat jawatan pengerusi dan naib pengerusi Lembaga tersebut. Mereka berkhidmat selama tempoh 4 tahun. Pengerusi Rizab Persekutuan pada masa ini, yang telah berkhidmat sejak Februari 2018 adalah Jerome Powell (dilantik oleh Presiden Trump).

Juruanalisis Olymp Trade juga akan menerangkan 12 Bank Rizab Persekutuan yang merupakan cabang operasi Sistem Rizab Persekutuan. Ia dinamakan sempena lokasi ibu pejabat: Atlanta, Boston, Chicago, Cleveland, Dallas, Kansas City, Minneapolis, New York, Philadelphia, Richmond, San Francisco dan St. Louis. Bank-bank ini beroperasi secara berasingan, tetapi berada di bawah pemantauan Lembaga Gabenor. Setiap bank menyumbang kepada perbincangan polisi kewangan negara menerusi keahlian Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan. FOMC adalah cabang penggubalan polisi Fed. Oleh itu, FOMC membuat keputusan penting berkenaan kadar faedah dan polisisi kewangan yang lain.

Apa itu Kadar Dana Persekutuan?

Kini juruanalisis Olymp Trade akan menerangkan Kadar Dana Fed, dan mengapa ia sangat penting bagi ekonomi A.S. Pertama sekali, kami perlu mempertimbangkan bahawa FOMC mengadakan lapan perjumpaan berjadual setiap tahun. Di mana ia bertujuan untuk menentukan jika kadar dana persekutuan harus dilaraskan. Sebelum setiap perjumpaan, anggota FOMC menerima “Buku Hijau” yang mengandungi ramalan ekonomi. “Buku Biru” pula mewakili analisis polisi kewangan, dan “Buku Kuning Air” mengandungi keadaan ekonomi serantau yang disediakan oleh setiap Bank Rizab. Segala maklumat tentang jadual “Buku” boleh dijumpai di Kalendar Ekonomi Olymp Trade. Lihat imej yang disediakan oleh juruanalisis kami.

Akhirnya, semasa FOMC berjumpa, ia menentukan sama ada untuk menurunkan, menaikkan atau mengekalkan sasaran bagi kadar dana persekutuan. Jika anda mendengar tentang perubahan pada kadar dana persekutuan, ingat bahawa jika FOMC ingin meningkatkan pertumbuhan ekonomi, ia akan mengurangkan kadar dana persekutuan sasaran. Sebaliknya, jika mereka mahu memperlahankan eknomi, mereka meningkatkan kadar sasaran. Apa yang dimahukan oleh Fed adalah untuk mengekalkan pertumbuhan yang stabil, tanpa ekonomi yang berlebihan. Kerana jika ekonomi berkembang dengan terlalu pesat, ia akan berakhir dengan inflasi, malah jika ekonomi amat perlahan, ia berakhir dengan kemelesetan ekonomi pula. Ingat bahawa pengurangan kadar bermakna Fed memasukkan lebih banyak wang ke dalam ekonomi, yang menjadikannya lebih murah dan membantu meningkatkan ekonomi. Kerana jika bank perlu membayar kurang untuk meminjam wang, kos peminjaman akan berkurangan. Kesimpulannya, Fed memiliki lebih kuasa dan pengaruh terhadap pasaran kewangan dan pengumuman mereka kerap kali menyebabkan perubahan dalam pasaran, dipantau oleh golongan pelabur dan pedagang.

Bagaimana kadar dana Fed mempengaruhi dolar Amerika?

Secara keseluruhan, dalam keadaan ekonomi yang stabil, peningkatan kadar dana mempengaruhi nilai dolar dengan dua cara utama: Pertama, peningkatan kadar biasanya mengurangkan tekanan inflasi yang membantu meningkatkan nilai dolar. Pada masa yang sama, kadar faedah yang lebih tinggi menarik pelabur asing untuk membeli dolar, dan juga meningkatkan nilai dolar kerana pelabur ini menukar wang mereka untuk membeli bon dolar.

Mari kita lihat imej yang disediakan oleh juruanalisis Olymp Trade. Di mana ia menunjukkan EUR/USD semasa kadar dana Fed dinaikkan dari 2.00% hingga 2.25%.

Seperti yang anda bayangkan, terdapat pergerakan kuat antara tinggi dan rendah lilin Jepun semasa beberapa jam pertama selepas pengumuman bahawa kadar dana Fed telah berubah. Kesimpulannya, kami meminta anda supaya tidak mengambil contoh yang diberikan sebagai tingkah laku tepat pasaran. Cuba berfikir dengan bebas sebaik mungkin tentang kemungkinan kadar faedah boleh mempengaruhi perubahan matawang, bukan hanya dengan membaca kadar dana Fed. Jika anda pelajari ini, maka kami pasti bahawa anda akan mempunyai kelebihan yang tidak dapat dinafikan ke atas pedagang lain.

Semoga berjaya!

Categories: Halaman Utama
Admin_as:

View Comments (105)

  • Saya baru mula trade kat sini. Platform ini agak mudah difahami. Saya start dengan akaun demo dahulu untuk try strategi saya. Trade on news macam artikel ni pun boleh try kat demo dulu.

    • Salam profit puan ! Nantikan juga post-post dari official FB Olymp Trade tentang trade on news.

  • Broker ni legal. Tapi saya belum try wihtdraw duit lagik. So tak boleh komen bebanyak.

  • Macam mana nak main benda ni sebenarnya ???? Saya berminat tapi tak tau mana nak dapat bantuan ??

  • Saya pernah hilang duit deposit saya akibat dari kebodohan saya sendiri - terlalu tergesa-gesa dan takde pedoman . Tapi saya bernasib baik dengan bonus risk-free trade. Skrg saya akan menunggu masa yang tepat dan ternyata semuanya okay. Sekurang-kurangnya wang saya tetap dengan saya. Ia satu perkara yang baik sebab bonus sedemikian jarang-jarang OT akan kasik .

    • Terima kasih kerana perkongsian pengalaman tuan. Salam profit dari kami.

  • Saya belum jumpa strategi yang baik, setakat ini profit sikit jek. Sapa-sapa boleh cadangkan saya strategi strategi yang baik?

    • Trade on news la bro ! Paling membantu setakat ini. Pasal tu berita2 mcm kat artikel ni penting. Jangan amik sambil lewa.

  • Saya cuba deposit dah berapa hari dah tapi asyik tak boleh jek. Ada sapa2 bole tolong saya?

  • Sesetengah peristiwa mudah untuk diramal terlebih dahulu. Hakikat bahawa kadar akan meningkat dan carta kenaikan kadar biasanya diketahui jauh sebelum ianya berlaku. Ini bukan satu kejutan! Pada masa ini kenyataan yang dibuat oleh pengerusi Rizab Persekutuan mengenai kemungkinan kenaikan kadar pada masa akan datang adalah lebih penting. Ini lebih sukar difahami kerana terdapat banyak nuansa.

    • Terima kasih atas maklum balas anda.
      Kami pasti input anda boleh memberi manfaat kepada pembaca di sini.

  • The Fed rate is very important for financial markets, I have neglected information from this source several times, thought it was too commonplace and was losing money. The Fed rate is usually reflected in trends and its influence can be seen in the indicators that Olymp Trade offers. So now I just use a combination of trend oscillators when I trade currency pairs associated with the USD. Actually most of them are :-) At least the most liquid ones.

    • Thank you for your feedback.
      We are sure your input could be beneficial for some of the readers here.

  • Perkara yang menarik. Sudah tentu, gambaran sebenar adalah lebih rumit dan mengelirukan. Hal yang sama boleh ditafsirkan dengan berbeza bergantung kepada banyak faktor. Tetapi, secara umum, ia mengingatkan saya bahawa forex adalah agak tinggi cabarannya dengan tahap kerumitan yang sangat tinggi tetapi mempunyai matlamat yang sangat menarik.

Related Post