26.10.2018 Halaman Utama 105
olymp trade malaysia

Dalam artikel ini juruanalisis Olymp trade akan menerangkan peranan Rizab Persekutuan (Federal Reserve) atau “Fed”. Pada Disember 1913, Presiden Woodrow Wilson menandatangani Akta Rizab Perseketuan (Federal Reserve Act), yang menwujudkan Sistem Rizab Persekutuan. Hari ini, Fed menetapkan polisi kewangan, memantau dan mengawal institusi perbankan. Selain itu tugas mereka juga adalah mengekalkan kestabilan sistem kewangan dan memberikan perkhidmatan kewangan untuk institusi depositori, kerajaan Amerika Syarikat dan institusi rasmi asing.

broker forex

Sistem Rizab Persekutuan adalah bank pusat Amerika Syarikat, dan terletak di Washington, DC. Ia terdiri daripada tiga entiti utama, termasuk Lembaga Gabenor, 12 Bank Rizab Persekutuan dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC). Lembaga Gabenor adalah agensi kerajaan bebas berpusat. Di mana, presiden Amerika Syarikat melantik tujuh anggota Lembaga, yang kemudian disahkan oleh Senat A.S. Presiden juga melantik dua daripada ahli Lembaga untuk menjawat jawatan pengerusi dan naib pengerusi Lembaga tersebut. Mereka berkhidmat selama tempoh 4 tahun. Pengerusi Rizab Persekutuan pada masa ini, yang telah berkhidmat sejak Februari 2018 adalah Jerome Powell (dilantik oleh Presiden Trump).

Juruanalisis Olymp Trade juga akan menerangkan 12 Bank Rizab Persekutuan yang merupakan cabang operasi Sistem Rizab Persekutuan. Ia dinamakan sempena lokasi ibu pejabat: Atlanta, Boston, Chicago, Cleveland, Dallas, Kansas City, Minneapolis, New York, Philadelphia, Richmond, San Francisco dan St. Louis. Bank-bank ini beroperasi secara berasingan, tetapi berada di bawah pemantauan Lembaga Gabenor. Setiap bank menyumbang kepada perbincangan polisi kewangan negara menerusi keahlian Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan. FOMC adalah cabang penggubalan polisi Fed. Oleh itu, FOMC membuat keputusan penting berkenaan kadar faedah dan polisisi kewangan yang lain.

Apa itu Kadar Dana Persekutuan?

Kini juruanalisis Olymp Trade akan menerangkan Kadar Dana Fed, dan mengapa ia sangat penting bagi ekonomi A.S. Pertama sekali, kami perlu mempertimbangkan bahawa FOMC mengadakan lapan perjumpaan berjadual setiap tahun. Di mana ia bertujuan untuk menentukan jika kadar dana persekutuan harus dilaraskan. Sebelum setiap perjumpaan, anggota FOMC menerima “Buku Hijau” yang mengandungi ramalan ekonomi. “Buku Biru” pula mewakili analisis polisi kewangan, dan “Buku Kuning Air” mengandungi keadaan ekonomi serantau yang disediakan oleh setiap Bank Rizab. Segala maklumat tentang jadual “Buku” boleh dijumpai di Kalendar Ekonomi Olymp Trade. Lihat imej yang disediakan oleh juruanalisis kami.

kalendar ekonomi

Akhirnya, semasa FOMC berjumpa, ia menentukan sama ada untuk menurunkan, menaikkan atau mengekalkan sasaran bagi kadar dana persekutuan. Jika anda mendengar tentang perubahan pada kadar dana persekutuan, ingat bahawa jika FOMC ingin meningkatkan pertumbuhan ekonomi, ia akan mengurangkan kadar dana persekutuan sasaran. Sebaliknya, jika mereka mahu memperlahankan eknomi, mereka meningkatkan kadar sasaran. Apa yang dimahukan oleh Fed adalah untuk mengekalkan pertumbuhan yang stabil, tanpa ekonomi yang berlebihan. Kerana jika ekonomi berkembang dengan terlalu pesat, ia akan berakhir dengan inflasi, malah jika ekonomi amat perlahan, ia berakhir dengan kemelesetan ekonomi pula. Ingat bahawa pengurangan kadar bermakna Fed memasukkan lebih banyak wang ke dalam ekonomi, yang menjadikannya lebih murah dan membantu meningkatkan ekonomi. Kerana jika bank perlu membayar kurang untuk meminjam wang, kos peminjaman akan berkurangan. Kesimpulannya, Fed memiliki lebih kuasa dan pengaruh terhadap pasaran kewangan dan pengumuman mereka kerap kali menyebabkan perubahan dalam pasaran, dipantau oleh golongan pelabur dan pedagang.

Bagaimana kadar dana Fed mempengaruhi dolar Amerika?

Secara keseluruhan, dalam keadaan ekonomi yang stabil, peningkatan kadar dana mempengaruhi nilai dolar dengan dua cara utama: Pertama, peningkatan kadar biasanya mengurangkan tekanan inflasi yang membantu meningkatkan nilai dolar. Pada masa yang sama, kadar faedah yang lebih tinggi menarik pelabur asing untuk membeli dolar, dan juga meningkatkan nilai dolar kerana pelabur ini menukar wang mereka untuk membeli bon dolar.

kalendar ekonomi

Mari kita lihat imej yang disediakan oleh juruanalisis Olymp Trade. Di mana ia menunjukkan EUR/USD semasa kadar dana Fed dinaikkan dari 2.00% hingga 2.25%.

Rizab

Seperti yang anda bayangkan, terdapat pergerakan kuat antara tinggi dan rendah lilin Jepun semasa beberapa jam pertama selepas pengumuman bahawa kadar dana Fed telah berubah. Kesimpulannya, kami meminta anda supaya tidak mengambil contoh yang diberikan sebagai tingkah laku tepat pasaran. Cuba berfikir dengan bebas sebaik mungkin tentang kemungkinan kadar faedah boleh mempengaruhi perubahan matawang, bukan hanya dengan membaca kadar dana Fed. Jika anda pelajari ini, maka kami pasti bahawa anda akan mempunyai kelebihan yang tidak dapat dinafikan ke atas pedagang lain.

Semoga berjaya!

broker forex

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...