Trading Dan Kaedah Pembayaran Serta Pengeluaran
Sama ada anda telah lama berdagang dengan Olymp Trade, atau sedang bercadang menceburkan diri dalam bidang trading untuk menjana wang dalam talian, anda perlu faham bahawa adalah sesuatu yang penting untuk mencari kaedah mendeposit dan mengeluarkan dana yang stabil dan dipercayai.
Memang tidak dapat dinafikan, terdapat banyak kaedah pembayaran —tetapi tidak semuanya bagus. Sebelum anda merasakan diri anda hebat dan superb di mana-mana trading platform, kami cadangkan anda untuk mula-mula membiasakan diri dulu dengan cara membuat deposit atau mengeluarkan duit di platform tersebut. Kerana jika anda hebat bertrading tetapi hasil keuntungannya tidak boleh dikeluarkan , boleh sakit jiwa juga dibuatnya.
Jadi di artikel kali ini, kami akan menyentuh tentang salah satu cara deposit dan withdrawal yang agak popular di platform Olymp Trade Malaysia, iaitu Neteller.
Neteller Malaysia Secara Ringkas
Neteller Malaysia ialah sistem pemindahan dana dalam talian yang digunakan oleh banyak perniagaan dan individu. Ia adalah kaedah yang terkenal terutamanya dalam urus niaga berkaitan dengan Forex dan trading. Selain itu, ia mempunyai interface yang simple yang memudahkan mana-mana pengguna untuk membuat transaksi.
Neteller ialah sistem yang tergolong dalam kategori e-dompet. Platform ini menerima pembayaran melalui pindahan bank, debit dan kad kredit di seluruh dunia.
Olymp Trade menggunakan Neteller Malaysia sebagai cara untuk mereka menerima deposit dan untuk trader mengeluarkan wang dari akaun Olymp Trade mereka. Menggunakan Neteller Malaysia di laman web Olymp Trade adalah sangat mudah dan lancar.
Bagaimana Cara Menggunakan Neteller di Platform Olymp Trade?
Neteller ialah e-dompet yang membolehkan trader membiayai akaun Olymp Trade mereka menggunakan pelbagai kaedah. Ia adalah satu prosedur yang diiktiraf oleh kebanyakkan broker untuk mengeluarkan dan mendepositkan dana di Internet. Untuk melakukan hal tersebut, anda perlu mendepositkan dana ke dalam e-dompet anda terlebih dahulu. Kemudian dengan menggunakan wang daripada akaun tersebut, anda akan mendepositkannya ke dalam akaun Olymp Trade anda.
Membuat deposit ke dalam akaun Olymp Trade melalui Neteller Malaysia ialah proses yang cepat dan mudah dengan syarat akaun anda telah disahkan. Tetapi sebelum seseorang boleh melakukan deposit, mereka memerlukan akaun percuma daripada Neteller.
Penerangan di bawah akan membawa anda ke laman utama Neteller Malaysia di mana kami akan menunjukkan kepada anda satu persatu cara untuk membuka akaun di neteller.
Cara Membuka Akaun Di Neteller Malaysia
Langkah 1:
Untuk mula menggunakan Neteller, anda hanya perlu mendaftar akaun baru dengan mengklik pada pautan neteller.com/sign-up.
Kemudian ia akan membawa anda ke halaman pendaftaran Neteller, seperti yang ditunjukkan di bawah:
Pendaftaran anda akan mengambil masa kurang daripada 3 minit. Anda hanya perlu memasukkan Nama, E-mel dan Kata Laluan. Anda kemudiannya akan mempunyai akses terus ke papan pemuka peribadi (dashboard) anda.
Untuk membuat akaun baharu, sila masukkan maklumat berikut
(1) Letakkan Nama Pertama
(2) Letakkan Name Akhir/Keluarga Anda
(3) Sertakan alamat e-mel yang sah (penting untuk tujuan keselamatan)
(4) Seterusnya, anda perlu memasukkan kata laluan dengan sekurang-kurangnya 8
aksara termasuklah memasukkan huruf besar.
(5) Tekan butang “Register Now” untuk ke langkah yang berikutnya
Langkah 2:
Pilih mata wang yang anda ingin anda gunakan serta negara tempat tinggal anda.
Untuk mendaftar akaun dengan Neteller Malaysia, anda perlu melengkapkan pertanyaan seperti di atas. Untuk meneruskannya, anda mesti
(1) memilih mata wang yang ingin anda gunakan
(2) memilih negara tempat tinggal anda dan kemudian
(3) simpan data anda untuk melengkapkan pendaftaran.
Langkah 3:
Isikan maklumat peribadi anda untuk rujukan kami.
Pastikan semua maklumat yang anda masukkan adalah betul atau anda mungkin perlu mengisinya semula.
(1): Isi ruangan dengan bulan kelahiran anda
(2): Isi ruangan dengan tarikh kelahiran anda
(3): Isi ruangan dengan tahun kelahiran anda
(4): Isi ruangan dengan jantina anda
(5): Isi ruangan 5-8 dengan alamat anda
Nota: Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kesulitan, anda digalakkan untuk menggunakan alamat di mana anda mempunyai penyata akaun bank atau bil utiliti bagi mendaftarkan akaun Neteller Malaysia anda.
(6) Isi ruangan 9 dengan nombor telefon anda.
Kemudian klik “Continue” untuk ke langkah seterusnya.
Langkah 4:
Pastikan anda mengingati maklumat ID Keselamatan (kod pemindahan wang)
Di atas adalah contoh ID keselamatan 6-digit yang akan diberikan kepada anda oleh sistem, semasa anda mendaftar akaun neteller Malaysia. Kami cadangkan untuk anda menulisnya dan menyimpannya di tempat yang selamat dan senang diakses. Ini kerena jika anda kehilangan atau terlupa kata laluan atau log masuk anda, sistem Neteller boleh membantu memulihkan akaun tersebut melalui kod ini.
Kemudian klik “Continue” untuk ke bahagian seterusnya.
Jika anda perlu menggunakan akaun Neteller tersebut dengan serta merta , sekarang adalah waktu untuk anda “top up” akaun neteller anda. Anda boleh membuat bayaran sebanyak USD5 melalui visa untuk tujuan pengesahan.
Selesai sudah bahagian tersebut. Pendaftaran akaun Neteller Malaysia anda telah berjaya. Sekarang akaun anda sudah tersedia untuk anda menerima dan memindahkan wang. Tetapi harus diingat bahawa had transaksi pemindahan hanyalah $150. Jika anda ingin meningkatkan had tersebut dan menggunakan semua fungsi yang tersedia di akaun Neteller, anda hanya perlu membuat pengesahan kepada akaun tersebut.
Cara untuk membuat pengesahan akaun Neteller Malaysia
Lakukan 4 langkah di bawah ini untuk membuat pengesahan kepada akaun Neteller anda.
Pengesahan Neteller perlu dilakukan untuk mencapai had Neteller yang lebih tinggi, untuk dapat mengeluarkan wang di ATM atau untuk menghantar wang ke bank anda.
Dengan mengikut arahan di bawah, anda akan dapat mengesahkan akaun anda dalam masa 1-3 hari bekerja. Langkah ini adalah untuk memastikan anda boleh menggunakannya tanpa sebarang sekatan.
- Daftar akaun Neteller.
- Sahkan akaun anda dengan mengikut arahan di bawah.
- Gunakan akaun anda tanpa sebarang sekatan.
Langkah-langkah pengesahan akaun
Pastikan anda telah bersedia dengan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di bawah. Log masuk ke akaun anda dan pergi ke tetapan akaun, kemudian ikut panduan ringkas ini:
- Log masuk ke akaun dan mulakan proses pengesahan dengan mengklik pada banner pengesahan berwarna biru yang muncul di bahagian atas pada interface akaun anda.
- Mulakan dengan memuat naik foto untuk ID – kedua-dua belah dokumen ID anda.
- Ambil swafoto dengan kamera web anda atau apl mudah alih.
- Anda kini perlu memuat naik dokumen yang menunjukkan alamat anda. Pilih jenis dokumen dan muat naik dokumen yang betul untuk meneruskan proses – cth dokumen yang diterima adalah bil utiliti atau penyata bank (tidak lebih daripada 90 hari). Kedua-dua dokument tersebut biasanya merupakan dokumen terbaik. Sila ambil perhatian, dokumen mestilah yang terbaru yang menunjukkan nama penuh dan alamat anda.
- Itu sahaja. Akaun anda harus disahkan dan semua had dialih keluar dalam satu hari perniagaan, tetapi biasanya lebih pantas.
- Itu sahaja langkah-langkahnya. Akaun anda sepatunya disahkan dan semua had dialih keluar dalam satu hari bekerja, (tetapi biasanya lebih pantas)
Untuk semua butiran tentang had dan yuran yang dikenakan oleh Neteller Malaysia, anda boleh semak di bahagian yuran Neteller dan halaman had Neteller.
Bagaimanakah cara membiayai akaun Neteller?
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk rujukan anda.
- Log masuk ke akaun anda.
- Pergi ke tab ‘Cashier’ dan pilih ‘Deposit’.
- Anda akan melihat logo Neteller. Untuk memilih mana-mana pilihan deposit hanya klik pada ikon yang ditunjukkan.
- Masukkan atau pilih jumlah deposit dan kod bonus anda (jika berkenaan)
- Masukkan Alamat E-mel anda yang didaftarkan dengan Akaun NETELLER anda.
Sebaik sahaja anda menerima pengesahan bahawa pembayaran anda telah berjaya, dana anda sudah tersedia serta-merta dalam akaun anda.
Berapa lama masa yang diambil untuk mengkreditkan wang ke akaun Neteller saya?
Deposit Melalui Kad Kredit: Kredit serta merta (jika transaksi diluluskan oleh bank anda).
Pemindahan Dana Elektronik (EFT): Memerlukan empat hingga lima hari bekerja untuk clearance melalui ACH. Setelah bank anda meluluskan transaksi tersebut, NETELLER akan membiayai akaun anda dengan serta-merta.
Deposit InstaCash: Dana akan dikreditkan hampir serta-merta (lihat laman web NETELLER untuk butiran lengkap).
Nota: Untuk memindahkan dana daripada Neteller ke akaun bank anda, log masuk ke akaun anda, pergi ke Cashier dan pilih ‘Deposit’.
Berapa lama masa yang diambil untuk wang dikreditkan ke akaun saya?
Wang akan dikreditkan ke akaun anda serta-merta, dengan syarat anda mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun Neteller anda.
Berapakah caj Neteller untuk perkhidmatan transaksi wang?
Sila rujuk kepada NETELLER untuk mendapatkan kemas kini mengenai pemprosesan dan caj perkhidmatan mereka: http://www.neteller.com/fees/
Neteller Malaysia adalah pilihan ewallet terbaik
Neteller ialah eWallet yang sangat popular dan digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia. Perkhidmatan pemprosesan pembayarannya adalah sangat stabil serta boleh dipercayai. Ini membolehkan sesiapa saja menghantar dan menerima wang dari seluruh dunia serta membuat pembelian dalam talian.
Beberapa sebab utama Neteller Malaysia begitu popular ialah perkhidmatan ini menawarkan yuran yang rendah, masa transaksi yang pantas, tahap keselamatan yang tinggi dan yuran penukaran FX yang rendah.
Satu lagi kelebihannya adalah anda boleh menggunakannya untuk membeli dan menjual mata wang kripto.
Dalam dunia trading, Neteller Malaysia bertindak sebagai orang tengah antara bank anda dengan platform trading dalam talian yang anda mainkan. Jadi anda perlu tahu yang maklumat kewangan dan peribadi anda adalah 100% selamat dan terjamin. Ini kerana anda tidak perlu memberikan maklumat tersebut kepada broker dalam talian anda. Kesemuanya disimpan secara rapi dalam sistem Neteller yang sangat selamat.
View Comments (1)
Saya rasa pada masa kini anda perlu ada satu atau dua dompet elektronik untuk berjaga-jaga. Walaupun anda tidak melakukan banyak aktiviti dalam talian. Terutama apabila dompet ini menawarkan fungsi yang sama seperti bank. Anda juga boleh mempunyai kad plastik yang disambungkan ke akaun anda.
Saya rasa saya mempunyai Neteller dan Skrill. Saya tidak menggunakannya sebagai sistem pembayaran di olymp trade kerana saya lebih kerap menggunakan kad debit atau pindahan bank biasa.
Walau bagaimanapun, saya menggunakan e-dompet beberapa kali untuk membayar barangan kecil dalam talian.
Perkara lain ialah gunakan e-dompet untuk membeli kripto. Kebanyakan pertukaran kripto menyokong e-dompet dan lebih mudah untuk menggunakannya daripada kad kredit.