23.11.2021 Halaman Utama 0
belajar forex

Perkara Paling Mencabar Ketika Belajar Forex

Jika anda sedang mencari pekerjaan yang ideal untuk anda, boleh lah anda mencuba nasib dalam perdagangan forex. Tetapi sebagai seorang pemula dalam dunia dagangan, banyak yang perlu anda tahu ketika ingin belajar tentang forex. Walaupun anda mempunyai sistem yang terbaik, modal yang mencukupi dan broker yang sangat membantu – tetapi jika anda tidak dapat menguruskan diri sendiri, emosi serta minda anda, anda sebenarnya sedang menghampiri kegagalan.

Berdagang dalam talian bukan tempat untuk mereka yang lemah semangat atau yang tak berapa pandai. Ini kerana mereka yang berada dalam kategori pertama berkemungkinan membuktikan kebenaran pepatah lama “Jika kau fikirkan kekalahan , Kau hampiri kegagalan”, manakala mereka yang berada dalam kategori kedua berkemungkinan dapat membuktikan pepatah “Orang tamak selalu rugi”.

Tetapi jika anda boleh mengawal emosi anda dalam persekitaran yang sangat tertekan, anda seperti telah menjejakkan kaki anda di tangga pertama kejayaan kewangan anda. 

broker forex

PANTANG LARANG DALAM TRADING

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda mengambil risiko dalam bertrading. Namun jika anda sudah masuk ke dunia trading ini dan sedang hanyut di bawa arus deras, mungkin beberapa Perkara Do’s dan Don’ts  di bawah ini dapat membantu anda. 

NO 1 : Jangan Buat Keputusan Berdasarkan Intuisi (Gerak Hati)

Trader yang berpengalaman akan bercakap tentang membuat keputusan secara intuitif, tetapi apa yang mereka maksudkan sebenarnya ialah mereka telah pun melalui pahit maung ketika belajar forex. Kepayahan tersebut telah membuatkan mereka berjaya membina tahap pengalaman yang membolehkan mereka membuat penilaian hampir di bawah sedar. Sama ada maklumat yang mereka lihat pada skrin bermakna kondisi trading  adalah tepat untuk membuka trade atau tidak, mereka sudah boleh menilainya walaupun hanya dengan sekilas pandang. Tahap pengalaman pendatang baru mungkin tidak mencukupi untuk bersaing dengan trader professional tersebut sehingga dapat membuat  keputusan “intuitif” yang berjaya.

NO 2  : Sediakan Satu Pelan Perdagangan

Ini adalah bertentangan dengan pendekatan secara intuitif dalam trading. Tentukan strategi anda. Tentukan bagaimana anda akan melaksanakannya. Jadikan pelan itu konkrit – tuliskannya. Ikut pelan tersebut. Jika pelan tersebut mengatakan anda patut bertindak , maka anda bertindaklah. Sama bahayanya jika anda teragak-agak apabila penunjuk dan pelan anda menunjukkan anda patut  “Bertindak!” dengan anda  bertindak secara  tergesa-gesa. Berasa teragak-agak boleh membunuh trade anda sama halnya dengan membuat keputusan secara terburu-buru.

Teruskan menyemak rancangan pelan tersebut. Jika ia menjana wang untuk anda dalam jangka masa yang lebih lama, maka terus kekal dengannya. Perhalusi jika perlu, tetapi tetap kekal dengannya melainkan anda pasti anda perlu beralih kepada sesuatu yang lain. Ingat bahawa akaun demo ada untuk membantu anda menguji pelan tersebut sebelum anda mempertaruhkan wang sebenar.

NO 3 : Jangan Berdagang Dengan Wang Yang Anda Perlukan Untuk Kehidupan Seharian

Tiada yang lebih dikira  satu keputusan yang bodoh jika anda berdagang dengan duit sewa bulanan anda  atau wang saku untuk makan. Pastikan anda hanya trade dengan wang yang anda tak kisah jika hilang. Malah, sebaik sahaja anda memasukkan dana ke dalam akaun trading anda, anggap saja wang itu sudah tidak adat. Apabila ada keuntungan yang masuk, ia akan menjadi wang tambahan yang anda  tidak dijangka untuk dapat. 

NO 4 : Jangan Tergoda Untuk Menggunakan Tahap Leverage Yang Tidak Masuk Akal

Sesetengah broker akan membenarkan anda menggunakan sebanyak 200 kali leverage. Ianya memang sangat menggoda untuk menggunakan leveraj sebesar itu. Terutamanya apabila anda hanya bermula dengan akaun kecil dan dalam usaha untuk membuat keuntungan besar dengan cepat. Bahayanya ialah jika anda menggunakan leverage maksimum, pada masa yang sama anda juga menggunakan sebahagian besar jumlah dalam akaun anda. Jika trade anda salah, keseluruhan akaun anda mungkin berada dalam bahaya. Perkara ini berkaitan dengan poin yang seterusnya, iaitu….

NO 5 : Pengurusan Risiko

Pengurusan risiko adalah salah satu blok binaan asas bagi mana-mana pelan dagangan yang baik. Gunakan stops loss, dan gunakan stop loss yang ketat. Jangan komit lebih daripada 5% daripada dana tersedia dalam akaun anda pada mana-mana trade. Jumlah itu pun sebenarnya mungkin terlalu banyak. Had 1% atau 2% adalah jauh lebih masuk akal.

motivasi kejayaan

NO 6 : Jangan Fikir Anda Akan Cepat Kaya

Jika anda menguruskan risiko anda dengan betul, anda harus menerima hakikat bahawa anda tidak akan menjadi kaya dengan cepat. Walaupun adalah sesuatu yang bagus untuk mempunyai impian serta mempercayai akhirnya kejayaan pasti milik anda, anda masih harus  bersikap realistik. Terutamanya  tentang kadar di mana impian itu kemungkinan besar akan direalisasikan. Dengan kata lain, jangan menghabiskan masa anda berkhayal tentang kekayaan; buatlah sesuatu untuk merealisasikan impian tersebut. 

NO 7 : Didik Diri Anda

Pakar trading sendiri akan memberitahu anda bahawa mereka sentiasa belajar semasa mereka berdagang. Bagi pemula, banyak yang perlu anda belajar tentang forex. Baca, kaji, ikuti perkembangan dalam bidang perdagangan forex. Perhatikan sistem baharu apabila ia muncul (tetapi baca di bawah untuk beberapa amaran mengenai pertukaran strategi).  Asah kemahiran analisis teknikal anda, kuasai platform dagangan yang anda gunakan, perhatikan berita terkini dan juga arah aliran jangka panjang yang mungkin mengubah asas pasangan mata wang yang menarik minat anda.

NO 8 : Cari Dan Buat Network Melalui Online Forum Dan Sembang Chat

Networking dan forum adalah sebahagian daripada proses pendidikan, dan juga bahagian penting dalam sistem sokongan anda (baca di bawah). Forum boleh menjadi berguna terutamanya jika anda menunjukkan anda ikhlas, ingin belajar dan menghargai sebarang bantuan yang anda perolehi. Agak mengagumkan untuk melihat betapa banyak maklumat berharga yang sanggup disampaikan oleh pakar sebenar secara percuma. Dan biasanya maklumat ini diberikan kepada mereka yang menunjukkan minat yang tulen. Ramai daripada pakar ini menganggap pemindahan pengetahuan ini sebagai sebahagian daripada sumbangan mereka. Pada mereka ia seperti “menolong  semula” komuniti, tempat di mana mereka belajar forex.

NO 9 : Banyakkan Bersabar

Pertama, jangan pernah merasa anda perlu berdagang setiap minit sebaik saja anda terjaga dari tidur dan pasaran telah pun dibuka. Jika sistem atau pelan perdagangan anda, berkata “jangan berdagang”, maka jangan berdagang, walau apa pun keadaannya,. Jika hari itu kelihatan terlalu berisiko bagi anda, mungkin anda perlu menggunakan masa itu untuk perkara lain. Walaupun beberapa trade boleh dibuka, jangan paksa perkara tersebut. Walaupun keputusan segera anda tidak sebaik yang anda harapkan, jangan berputus asa terlalu cepat. Malah jika anda dapat membuat keuntungan sebanyak 5% sebulan pun, bersyukurlah.                     

NO 10 : Kenali Diri Anda

Pastikan anda tahu kebolehan anda sendiri. Apa yang anda benar-benar tahu, apa yang anda faham, apa yang anda masih perlu belajar? Apakah tahap risiko yang anda selesa? Sejauh manakah anda boleh membaca pasaran? Jangan perkecilkan kebolehan anda  – tetapi jangan fikir anda telah menjadi pakar dalam sekelip mata. Anda sedang belajar untuk membuka trade menggunakan trend lines. Pada masa yang sama  anda juga perlu mempelajari dan mengawal had minimum dan maksimum kebolehan anda supaya anda boleh berdagang dalam had tersebut.

forex trader

NO 11 : Jangan Terlalu Kerap Menukar Sistem

Terdapat banyak sistem yang ditawarkan. Setiap daripadanya mungkin berguna untuk sekumpulan pengguna, walau di mana saja mereka berada. Caranya adalah untuk mencari satu strategi atau sistem yang anda fahami, yang anda selesa menggunakannya, dan yang menunjukkan tanda-tanda ia berfungsi untuk anda. Berpegang pada sistem tersebut sehingga anda pasti yang  ianya berkesan, atau tidak berkesan untuk anda. Kemudian, barulah anda pertimbangkan untuk beralih kepada sistem lain. Kesilapan terbesar yang boleh anda lakukan ialah terus menukar sistem dengan terlalu kerap. Cara tersebut  hanya akan memperkayakan vendor, tetapi ia tidak akan memberi banyak manfaat untuk baki akaun anda.

NO 12 : Gunakan Sebanyak Mungkin Automasi

Kenali platform dagangan anda luar dan dalam, sehingga anda dapat mengenalinya seperti kawan baik. Program advisor yang diberikan oleh sesetengah platform seperti platform Olymp Trade  akan menjadi sangat membantu apabila anda memerlukannya. Ia dapat memastikan anda mengenalpasti peluang untuk membuka trade dengan . Jika anda masih ragui-ragu kami sarankan supaya anda  mencubanya pada akaun demo dan melihat sama ada fitur advisor tersebut memenuhi kebutuhan anda.   Jika ianya memang  sesuai dengan pelan dagangan yang telah anda buat , teruskan lah untuk menggunakannya. 

NO 13 : Percaya Pada Diri Sendiri

Jika anda boleh, bina sistem sokongan – rakan, keluarga, rakan trader. Jika anda tidak boleh, percayakan pada kebolehan diri sendiri. Banyakkan belajar tentang forex. Pasti ada masanya anda merasa bimbang terutamanya apabila anda takut dengan keputusan yang perlu anda ambil. Gunakan ketakutan itu, ubahnya menjadi positif. Gunakan emosi yang membara itu untuk mempertajamkan  penilaian anda. Semak semula pengiraan anda, dan kemudian bertindak apabila perlu. 

NO 14 : Jangan Bertukar Menjadi Pertapa

Ingat, anda mempunyai kehidupan lain selain dari kehidupan dalam talian anda. Anda tidak perlu terus menerus belajar tentang forex. Ambil rehat yang kerap, rehatkan fikiran anda, bersenam, pergi ke pantai, berlari, atau bersenam atau lepak-lepak minum kopi. Hargai rakan dan keluarga anda sebaik mungkin. Lagipun, bukankah itu salah satu sebab utama anda memasuki pasaran forex – untuk mendapatkan wang tambahan supaya anda mempunyai kualiti hidup yang lebih baik?

broker forex

 

 

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...