Cara Main Forex Yang Sering Dipraktikkan Trader Professional
Di bawah ialah 9 Cara Main Forex yang sering dipraktikkan oleh seorang trader professional. Jika anda melakukan yang sama ketika melakukan trading forex , anda mungkin akan kelihatan seperti mereka.
1. Trader Forex Pro Melihat Carta Seperti Apa Adanya , Bukan Seperti Apa Yang Mereka Inginkan
Trader amatur terlalu ingin meramalkan tentang apa yang akan berlaku seterusnya pada carta. Meramalkan pergerakan pasaran jangka panjang bukan sahaja kaedah dagangan yang tidak realistik tetapi juga anda telah menumpukan pada benda yang salah. Banyak perkara di pasaran berada di luar kawalan anda dan tumpuan mesti tertumpu pada perkara yang sedang berlaku pada carta dan bukannya perkara yang anda fikir akan berlaku seterusnya atau perkara yang anda mahu ianya berlaku seterusnya.
Trader yang pro akan memberi tumpuan kepada maklumat semasa pada carta. Cara paling mudah untuk melakukannya ialah melupakan sebarang open position yang sedang berlangsung, buang emosi dan lihat hanya arah pergerakan pasaran dan potensi untuk membuat set up yang baru. Gunakan peraturan atau pendekatan seperti melihat kitaran harga dan tindakan harga. Patuhi pelan anda, dan hanya apabila strategi anda memberi anda isyarat untuk masuk, barulah anda boleh mula untuk membuka posisi.
2. Trader Profesional Memastikan Cara Yang Mereka Gunakan Simple Saja
Trader Forex professional percaya pada kualiti berbanding kuantiti. Mereka tidak membebankan diri dengan carta yang kompleks dan isyarat yang bercanggah. Tumpuan mereka hanya pada setting dengan kebarangkalian yang terbaik dan yang paling tinggi untuk mendapat profit. Trader profesional tahu bahawa penggunaan terlalu banyak indikator hanya akan menyebabkan cara main forex mereka menjadi lebih kompleks. Proses membuat keputusan akhir biasanya berdasarkan price action, kitaran serta support dan resistance. Ia mungkin kelihatan tidak canggih tetapi ia terbukti berkesan untuk menghasilkan keuntungan.
3. Trader Professional Tidak Menghabiskan Sepanjang Hari Menganalisis Pasaran
Trader yang berpengalaman memahami konsep bahawa sedikit itu lebih baik. Trader amatur pula akan membuat kesilapan dengan memikirkan bahawa lebih banyak masa dibelanjakan lebih banyak keuntungan yang boleh diperolehi. Cara ini sebenarnya berisiko kerana anda membebankan fikiran dan carta anda dengan begitu banyak maklumat yang akhirnya hanya akan mengucar-kacirkan keadaan.
Kedua, ia menghalang anda daripada membuka trade dengan setting atau strategi yang mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk untung. Ini adalah kerana lebih banyak masa dihabiskan melihat carta, lebih banyak trade yang ingin anda lakukan.
Jadi langkah pertama yang harus anda lakukan ialah anda harus mengosongkan carta anda dan memilih maksimum 10 pasangan mata wang. Anda boleh dan harus menganalisis pasaran dengan selesa dan meletakkan trade dalam masa kurang daripada 20-30 minit sehari. Otak anda sebenarnya hanya boleh fokus pada tahap yang tinggi , selama itu saja. Dan selepas janga waktu itu, fikiran anda tidak begitu fokus seperti yang sepatutnya. Iaitu ia bukanlah satu kondisi yang baik untuk menguruskan wang anda.
Trader pakar memahami bahawa trade yang baik akan dengan sendirinya ditunjukkan pada carta. Cuba hadkan diri anda kepada 30 minit sehari, dan lihat bagaimana trade berkembang.
4. Trader Profesional Menggunakan Otak Mereka, Bukan Penasihat Pakar Atau Robot yang menjanjikan keuntungan segera
Seperti kata pepatah orang putih ‘‘if it seems too good to be true, it probably is’‘. Trader profesional selalunya tidak akan menjadi mangsa kepada penasihat atau robot pakar yang selalu menjanjikan keuntungan yang tidak masuk akal. Trader profesional juga tidak mencari ‘holy grail’ atau ‘next big thing’. Trader yang berpengalaman tahu bahawa janji-janji tersebut tidak mungkin berfungsi untuk jangka masa panjang. Walaupun cara mereka mungkin berkesan pada awalnya, tetapi ia tidak mempunyai nilai untuk kekal pada jangka waktu yang lebih lama. Jadi trader pro ini mengembangkan akaun mereka dengan menggunakan fikiran, kemahiran dan kebolehan mereka bukan melalui cara cepat kaya.
Untuk masa hadapan yang boleh dijangka, tiada program komputer yang akan dapat mengalahkan minda seorang trader profesional. Bank-bank besar mungkin boleh memanfaatkan sistem automatik untuk penggunaan mereka untuk jangka masa tertentu. Tetapi harus diingat, mereka mempunyai ramai orang yang berpengalaman yang menjaga robot ini di belakang tabir sepanjang hari. Dan besar kemungkinan pakar-pakar ini mempunyai PhD dalam mata pelajaran yang kompleks yang kita tak tahu pun kewujudannya. Dan yang bestnya, seperti yang anda boleh duga, sistem automatik itu pastilah berharga berjuta-juta lemon….
5. Trader Profesional Tidak Mendengar Kata-kata Orang Lain
Tiada siapa yang lebih peduli tentang wang anda daripada anda sendiri. Trader pro mengikut peraturan dalam strategi trading mereka dan bukan mengikut pendapat orang lain. Mereka tidak mempertaruhkan wang berdasarkan apa yang baru sahaja diceritakan oleh ‘penganalisis’ pakar kepada berjuta-juta orang. Kebanyakan penganalisis itu sendiri bukanlah seorang trader. Mereka mungkin mempunyai pendapat tertentu tetapi mereka sendiri tidak mendepositkan wang untuk melakukan trade sebenar.
Jika pendapat mereka tidak betul, mereka tidak akan kehilangan wang, tetapi anda boleh. Anda akan dapati anda tidak rugi apa-apa sebenarnya jika anda menentang pendapat ‘pakar-pakar’ ini. Terutamanya pendapat yang hanya menjadikan cara main forex anda menjadi lebih rumit.
Apa yang boleh anda lakukan sebagai langkah pertama ialah pelajari strategi dagangan dengan hasil yang telah terbukti. Kemudian tulis pelan trading anda sendiri dan buka trade anda berdasarkan pelan tersebut bukan berdasarkan pendapat orang.
6. Trader Profesional Menumpukan Pada Analisis Teknikal Terlebih Dahulu Sebelum Mengikut Berita
Trader pakar menggunakan analisis teknikal sebagai kaedah analisis pasaran utama mereka. Analisis teknikal akan menunjukkan anda kawasan pada carta di mana anda boleh membeli dan menjual dengan yakin. Ini disebabkan oleh corak berulang dan tahap sokongan dan rintangan dalam pasaran. Tidak seperti peristiwa dari berita yang sukar untuk di trade secara menguntungkan kerana kos transaksi yang lebih besar. Selain daripada itu, volatilitinya juga tidak menentu kerana ia melibatkan jumlah besar transaksi dari bank serta dana yang memasuki pasaran dalam masa yang sangat singkat. Seorang trader profesional harus tahu persediaan yang mereka mahu tanpa faktor asas terlebih dahulu.
7. Trader Pakar Tidak Membuka Trade Dengan Terlalu Banyak. Mereka Tidak Kisah Meninggalkan Skrin
Trader amatur sering bergelut untuk menjauhkan diri daripada carta. Manakala, trader professional faham mereka hanya boleh mengawal tingkah laku mereka sendiri, bukan pasaran. Melihat harga bergerak naik dan turun sepanjang hari dan malam adalah cara yang berbahaya dan memenatkan untuk seorang trader. Trader profesional membuka trade mereka dan beredar; mereka mempercayai strategi dan peraturan yang telah mereka tetapkan.
Cara terbaik untuk melatih diri anda untuk beredar dari skrin adalah dengan menetapkan penggera 30 minit dari masa anda duduk dan membuka trade. Pastikan penggera diletakkan di dalam bilik lain supaya anda mesti bangun untuk mematikannya. Bangun dan beredar dari carta. Antara faedah terbaik dari aktiviti tradini ini ialah ia boleh dilakukan dalam masa 30 minit sehari .Jadi anda boleh pergi dan melakukan perkara yang anda suka. Nasihat kami, manfaatkan faedah ini dengan melakukan perkara-perkara yang anda selalu ingin lakukan.
8. Trade Forex Professional Mempunyai Rasa Budi Bicara Pada Trade
Manusia mempunyai keupayaan untuk menjadi trader yang lebih hebat daripada komputer kerana manusia mempunyai keupayaan untuk menggunakan ‘budi bicara’. Melalui pendidikan, masa dan pengalaman dalam bidang trading ini, anda sebenarnya boleh “berbudi bicara” dengan trading anda sendiri. Cara main forex melalui price action adalah berdasarkan peraturan, namun ianya terbuka pada budi bicara si trader . Trader profesional menggunakan setup untuk trade dengan kebarangkalian yang akan tinggi dengan berbilang pengesahan yang akan menambahkan lagi pada setup price action tersebut. Indikator akan menjadikan trade anda ‘kelihatan’ betul dan budi bicara anda akan menjadikannya ‘terasa’ betul.
Melalui pendidikan, masa dan pengalaman budi bicara anda akan ke depan dan anda akan dapat menggunakannya untuk mengetahui trade mana untuk diambil dan yang mana anda akan biarkan saja.
9. Trader Forex Berpengalaman Menggunakan Sistem Dagangan Yang Simple
Perkara yang paling sukar untuk membuat orang baru menerima konsep trading ialah untuk menyatakan yang trading tidak rumit. Mempelajari cara berdagang tidak memerlukan penunjuk termaju yang perlu direka khas, persamaan matematik yang sangat kompleks atau carta yang mewah. Trader amatur sering terkejut apabila mengetahui kebanyakan trader profesional hanya menggunakan beberapa strategi dagangan pada beberapa pasangan mata wang. Mereka biasanya membuka trade pada jangka masa yang lebih lama. Atau secara ringkasnya kita boleh mengatakan bahawa mereka mengamalkan konsep KISS – Keep It Simple Stupid.
Itu tadi 9 perkara yang jika anda lakukan akan menampakkan anda seperti seorang trader professional. Jika anda tidak pasti cara main forex yang betul kami cadangkan anda bergabung dengan komuniti facebook Olymp Trade Malaysia yang sememangnya aktif terutamanya dalam berbagi ilmu.
One Response
Kenapa kena buat analisis teknikal dulu sebelum ikut berita..bukankah trend carta akan berubah mengikut keadaan semasa?