20.10.2021 Halaman Utama 0
broker forex

Mengapa Anda Memerlukan Strategi Untuk Cara Trade Forex

Mempelajari cara berdagang secara menguntungkan memerlukan anda mempelajari dan menguasai beberapa sistem perdagangan Forex. Kunci untuk bertrading adalah dengan menjadi master dalam beberapa strategi trading bukan sekadar menjadi jack of all trades. Belajar cara trade forex serta sistemnya adalah penting kerana ia akan memberi anda struktur, satu set peraturan dan pelan untuk diikuti. 

Artikel ini akan membincangkan beberapa jenis strategi perdagangan Forex yang ada di pasaran Forex untuk anda belajar. Ia juga akan mengajar anda bagaimana mengenal pasti apa yang menjadikan sesuatu sistem perdagangan forex itu terbaik.

cara trade forex malaysia

                 

Jenis-jenis Strategi Untuk Cara Trade Forex

Strategi Forex Yang Didorong Oleh Indikator

Anda perlu menggunakan strategi ini dengan berhati-hati.  Strategi yang digerakkan oleh indikator biasanya dirancang oleh seseorang yang perasan bahwa sesuatu strategi itu sedang berfungsi pada saat itu. Tetapi, itu lah masalahnya! Ia hanya berfungsi pada momen itu. Dan seringkali sangat sedikit analisis yang dilakukan untuk memahami penggunaan indikator tersebut untuk jangka panjang dalam sistem perdagangan Forex. 

Masalah terbesar dengan sistem perdagangan Forex berasaskan Indikator adalah bahawa ia menggunakan indikator untuk menghasilkan signal trading, bertentangan dengan penggunaan price action semata-mata. Indikator adalah isyarat yang lagging dan oleh itu ia cenderung memberi isyarat yang lebih teruk dan lambat daripada price action yang memberikan anda maklumat terkini pada carta.

Namun, karena sistem perdagangan ini sering terlihat menarik dan ‘seksi’ di carta, maka ramai pedagang amatur merasakan strategi perdagangan ini terlalu menggoda dan mahu tak mahu pasti akan menggunakannya. 

Strategi Trading dari Guru Youtube

Sistem trading yang dilengkapi dengan jaminan bahawa anda ‘tidak akan pernah rugi lagi dan kami akan menukar komputer anda menjadi mesin tunai automatik’.  Dan yang menariknya dunia ini sememangnya dipenuhi dengan ‘guru’ yang seperti ini yang ke hulu hilir dengan  sistem perdagangan Forex cepat kaya mereka. 

Trader yang berpengalaman tahu bahawa mengalami kerugian adalah sebahagian daripada permainan forex.  Kerana dalam dunia forex ada hari-harinya anda mengalami kerugian dan ada hari-harinya anda akan memperoleh keuntungan. Apa yang penting anda harus bersedia untuk menhadapi apa jua kejutan yang bakal berlaku dalam pasaran. 

Pedagang profesional tahu dan memahami bahawa tidak ada strategi perdagangan Forex yang menjamin keuntungan 100%. Namun dengan hasil perdagangan dan angka prestasi yang sering diuji, mereka akan menumpukan pada gambaran keseluruhan keuntungan tersebut.

Cara terbaik untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan ketika anda sedang mencari broker Forex adalah dengan meminta mereka memberikan bukti strategi perdagangan mereka yang berjaya menghasilkan keuntungan. Dengan cara ini anda akan memahami prestasi strategi mereka secara realistik dan jujur.

Sistem Trading Yang Benar-benar Berfungsi

broker cara trade forex

Harmonic trading patterns

Harmonic trading adalah seni mengenali pola harga tertentu seiring dengan ekstensi Fibonacci dan retracement untuk megira titik perubahan di pasaran kewangan. Masih keliru? Begini , harmonic trading sememangnya rumit dan ia memerlukan banyak waktu dan latihan untuk dikuasai. Namun ia boleh menjadi salah satu sistem perdagangan terbaik karena ia menawarkan nisbah ganjaran vs risiko yang tinggi dan sangat serbaguna. Ia dapat diperdagangkan di pasaran mana pun pada jangka waktu apa pun.

Sekiranya anda baru mula belajar cara trade forex dan bagaimana memperdagangkan pasaran, fokus awal anda tidak seharusnya pada corak harmonic trading kerana ia akan memerlukan banyak masa dan fokus untuk difahami. Walau bagaimanapun bagi pedagang yang lebih berpengalaman yang sedang mencari sistem perdagangan baru untuk dicuba, harmoni trading patut menjadi salah satu pilihan anda.

Strategi Cara Trade Forex Menggunakan Teknikal Analisis

Sistem perdagangan yang khusus ini memang sangat terkenal dan sudah digunakan di seluruh komuniti Forex selama bertahun-tahun. Analisis teknikal merangkumi; ascending triangles, corak consolidation breakouts plus head & shoulders, flag patterns sebagai contoh. Manfaat dalam belajar sistem forex ini ialah ia memang terbukti berjaya dan ia mempunyai data selama puluhan tahun untuk membuktikannya.

Kelemahan sistem ini adalah banyak pedagang baru mendapati menggunakan pendekatan ini untuk membuka trade agak membosankan. Malah mereka menganggapnya sebagai cara yang kuno. Sistem yang didorong oleh penunjuk ini pada mereka tidak glamor dan kurang mengujakan. Ia tidak menunjukkan kesibukan dan tidak menarik pada mata. Sayang sekali kerana trader pemula sering menganggap sistem yang kompleks sebagai tanda prestasi sesuatu sistem itu lebih baik dan mempunyai kebarangkalian keuntungan yang lebih tinggi. 

Bagaimanapun mereka lupa analisis teknikal ini masih wujud kerana ia berfungsi dengan baik. Malah ramai trader berpengalaman yang telah mendapat keuntungan sewaktu menggunakannya dalam gaya perdagangan mereka. Selain daripada ianya tidak kelihatan menarik, sistem perdagangan analisis teknikal ini cenderung untuk mempunyai kadar kejayaan yang lebih rendah. Satu faktor di mana ramai orang tidak mahu atau tidak boleh menghadapinya. Tahap kejayaan yang lebih rendah bermaksud jika trade itu berjaya, biasanya keuntungannnya sangat besar. Ini menjadikan sistem ini sangat menguntungkan dan layak dipelajari kerana ia memberi anda asas yang kukuh dalam mempelajari pasaran Forex.

Strategi Perdagangan Price Action

Strategi trading seterusnya adalah merupakan antara  sistem trading Forex terbaik yang boleh anda pelajari. Ia dinamakan Strategi Perdagangan Price Action. Price action trading adalah bacaan tindakan harga mentah pada carta. Harga adalah maklumat terkini pada carta, jadi ini akan memberi anda situasi terkini semasa membaca carta. Price action sebagai strategi trading Forex adalah kaedah yang sangat sederhana tetapi berfungsi dan ternyata berkesan. Ini kerana ia berfungsi di pasaran yang sedang tren dan berjulat, dengan mengikut atau melawan trend. Belajar cara trade forex trading dalam cabang Price action ni dapat mempermudah trade anda dan meningkatkan hasil keuntungan anda secara dramatik. Dengan price action, seorang trader memiliki kelebihan untuk memperdagangkan pasaran mana pun, pada timeframe apa pun, kerana set up untuk price action sangat sesuai dalam semua kondisi pasaran.

Sistem trading price action untuk dipelajari :-

1. Pin Bar Setup.

Price action pin bar dalam strategi perdagangan forex adalah sistem pembalikan. Ia dirancang untuk memperdagangkan puncak dan dasar sesuatu pasaran. Ia juga dapat digunakan dalam kesinambungan tren dengan membuat BUY pada penurunan tren naik, dan membuat SELL pada puncak dalam aliran menurun.

2. Inside Bar Setup

Price action boleh digunakan dengan sangat berkesan semasa berdagang Forex. Ia digunakan terutamanya ketika memperdagangkan pasaran tren yang kuat sebagai strategi penerusan tren.

3. Engulfing Bar Setup

Engulf bar sangat bagus untuk pembalikan arah tren. Ia jarang berlaku, tetapi isyarat pembalikan price action yang sangat kuat boleh digunakan ketika memperdagangkan trend. Walaubagaimanapun ia biasanya dijumpai pada akhir pembalikan trend.

4. Fakey Setup

Fakey Setup adalah pendekatan trading berdasarkan trend yang menyaksikan penembusan palsu dari formasi inside bar. Setup ini biasanya boleh didapati pada tahap sokongan dan rintangan dan sangat mirip dengan setup pin bar. Fakey’s digunakan untuk membuat BUY pada penurunan dalam aliran menaik, dan membuat SELL pada puncak dalam aliran menurun.

Sistem Perdagangan Price Action … Langkah Pertama Anda.

Jangan terlalu fokus pada strategi perdagangan price action sahaja. Lakukan trade menggunakan setup price action ini pada beberapa pasangan mata wang yang berbeza. Tingkatkan keyakinan anda. Selesakan diri dengan mengenal pasti setup yang berbeza dan benar-benar memahami cara memasuki trade, langkah demi langkah. Mulakan dengan satu setup price action dalam sistem perdagangan forex dan hanya apabila anda benar-benar selesa tambahkan sistem perdagangan yang lain.

broker cara trade forex malaysia

Kesimpulan

Price action menghendaki trader membuat keputusan sendiri. Maka sifatnya bersifat subjektif. Sedangkan indikator hanya memerlukan trader untuk bertindak berdasarkan hasil pengiraan, oleh itu indikator bersifat objektif.

Penyokong price action trading berpendapat bahawa price action mengambil kira sifat-sifat kemanusiaan. Ia mengukur psikologi pasaran dengan menentukan permintaan dan penawaran yang seterusnya membawa kepada perdagangan yang berkualiti. Mereka berpendapat bahawa indikator pada dasarnya adalah robot kerana ia hanya berdasarkan pengiraan dan peraturan.

Sebaliknya penyokong analisa teknikal berpendapat bahawa emosi manusia mempunyai kesan negatif terhadap keputusan perdagangan mereka dan bahawa lebih baik untuk trader menggunakan peraturan yang telah ditentukan untuk membuat trade yang lebih baik.

Walaubagaimanapun , manusia dibina berbeza dengan keperibadian mereka yang tersendiri. Terdapat trader di luar sana yang selesa menggunakan price action tetapi ada juga trader yang lebih berjaya dalam trading menggunakan indikator.  Semuanya terpulang kepada individu tersebut.

Trader yang lebih berstruktur dan analitikal dalam pemikiran mereka biasanya lebih cenderung untuk berdagang berdasarkan petunjuk. Sedangkan trader yang mempunyai pola pikir yang lebih kreatif dan fleksibel akan melihat price action itu lebih baik.

Memilih kaedah yang tepat mengikut keperibadian seseorang hanyalah mengesahkan keyakinan seseorang terhadap kaedah tertentu.

Adalah adil untuk mengatakan bahawa selagi anda berpegang pada sesuatu seperti price action trading atau analisis teknikal, anda tidak boleh salah. Berhati-hatilah mengenai semua sistem penunjuk yang berbeza yang banyak di kongsikan di forum-forum. Apa yang penting pastikan anda belajar cara trade forex trading dari broker dengan hasil perdagangan yang diyakini atau dari mana-mana trader  yang berpengalaman.

Salah satu cabaran terbesar yang dicipta sendiri oleh trader yang tidak berpengalaman adalah kerap memotong dan menukar-nukar di antara strategi trading yang berbeza. Apa yang perlu anda lakukan adalah pilih sistem dan strategi perdagangan Forex yang sesuai dengan keperibadian anda. Ia mungkin memerlukan beberapa percubaan, tetapi setelah anda menjumpai apa yang anda suka dan berjaya mendapat keuntungan yang konsisten, teruskan mengikutinya.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...