07.01.2020 Halaman Utama 23

Jom Buat Duit Melalui Trading

Peminat trading mungkin tertanya-tanya sama ada terdapat kemungkinan untuk menyara hidup dengan hanya bergantung kepada trading semata-mata. 

Memikirkan bahawa anda boleh berhenti dari pekerjaan yang sekarang dan menyara diri anda hanya dengan bertrading adalah satu idea yang menarik. Malahan kepada sesetengah orang, bunyinya seperti satu fantasi. Bukan apa, persoalannya betul ke kita boleh buat duit hanya dengan melakukan trading. Dan persoalan yang lebih besar, boleh ke kita bergantung terus kepada trading semata-mata sebagai mata pencarian hidup. 

Bagi sesetengah trader baru, mereka begitu teruja dengan kejayaan yang diperolehi di akaun demo yang membuatkan mereka berasa terlalu yakin bahawa inilah jalan terbaik yang perlu mereka lakukan untuk menggantikan kerja harian mereka. 

Memang ada segelintir yang berjaya tetapi majoriti dari mereka hanya berkesudahan dengan menutup akaun kerana telah kehilangan wang yang banyak. Malah menurut kajian, berdasarkan prestasi kebanyakan trader jelas menunjukkan bahawa ramai yang akan kehilangan wang dalam jangka masa panjang.

 

Kenapa Pilih Trading

Tidak dapat dinafikan memang ada sesetengah orang yang berjaya buat duit sebagai trader sepenuh masa. Kita ditayangkan dengan kehidupan mewah mereka yang duduk di pantai tropika, atau di rumah besar di Hollywood Hills. Dengan hanya bersenjatakan sebuah komputer riba dan sambungan internet mereka berjaya menghasilkan keuntungan yang begitu lumayan. 

Itu, tentu saja, menarik minat kebanyakkan orang yang inginkan kebebasan. Kebebasan untuk menjadi bos anda sendiri, bekerja di mana saja, pada bila masa yang anda mahu, dan mempunyai financial freedom.

Walaupun begitu, realitinya trading adalah satu pekerjaan yang teramat sukar. Ia memerlukan set kemahiran yang sangat spesifik dan toleransi risiko yang kebal, yang kebanyakan orang tidak memiliki.

 

Buat Duit Memerlukan Ketekunan Dan Kerajinan

Kemampuan untuk menjadikan trading sebagai kerjaya yang menguntungkan membawa maksud anda telah mencapai tahap kecemerlangan fokus yang kebanyakan orang tidak akan dapat mencapainya –  tidak kiralah dalam apa pekerjaan sekalipun yang mereka pilih. 

Ianya seperti perbezaan di antara pelakon tambahan dalam filem dan pelakon yang memenangi Oscar. Atau di antara pengutip bola di padang bola sepak dengan pemain yang bermain di World Cup.

Kami bukan lah hendak mengejek. Tujuan fakta-fakta ini pun sebenarnya bukanlah untuk menghalang seseorang daripada mengejar impian mereka dan buat duit. Tetapi adalah sangat penting untuk sesiapa yang berminat menjadikan trading sebagai kerjaya agar mereka membuka mata dan minda seluasnya sebelum terjun ke bidang ini. 

 

Belajar Tentang Trading 

wes-hicks-4-EeTnaC1S4-unsplash (1)

 

Luangkan sedikit masa untuk menimba ilmu dengan mendidik diri anda tentang segala yang berkaitan dengan trading. Kemungkinan besar, anda ingin menjadi trader yang mencari keuntungan untuk jangka masa pendek, bukannya trader yang ingin mencari keuntungan untuk jangka masa panjang. Apa pun pilihan anda, cari waktu yang terluang untuk memberikan pemahaman yang kuat tentang dunia yang bakal anda ceburi itu. 

Pemilihan Broker Yang Betul 

Seolah-olah belum cukup hanya dengan belajar tentang trading, broker yang anda pilih juga sebenarnya adalah antara faktor penting dalam perdagangan anda. Harus diingat bahawa , anda akan memberikan semua modal trading anda kepada syarikat tersebut dengan jangkaan bahawa anda akan dapat berdagang dengannya. Dari broker tersebut juga anda mengharapkan proses pengeluaran  berjalan dengan lancar apabila tiba masanya untuk mengambil keuntungan anda.

Anda mungkin mempunyai strategi trading yang hebat, tetapi jika broker anda lenyap dengan wang anda, semua kerja keras dan penyelidikan anda adalah sia-sia. 

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan dagangan dalam talian, dan ia sering kali membuat pendatang baru tertanya-tanya broker yang mana yang satu yang harus dipilih. Walaupun dengan persaingan yang sengit, kami tidak teragak-agak untuk merekemendasikan Syarikat Dagangan Olymp Trade

Olymp Trade menyediakan beberapa manfaat yang tidak dapat dipertikaikan:

  • Deposit awal bermula dari 10 dolar. Ini adalah peluang yang baik untuk membuat trading pertama anda kerana modalnya sangat rendah. Cuba untuk membuat pengeluaran keuntungan untuk memastikan broker yang anda pilih itu mempunyai kewangan yang stabil. 
  • Dalam apa jua keadaan dan kes, anda tidak perlu ragu – semua dana pelanggan diinsuranskan oleh komisen kewangan antarabangsa (Finacomm) (yang meliputi sehingga 20.000 dolar, jika tuntutan dibuat).
  • Olymp trade selalu menyokong para pelanggannya. Ia aktif dalam media sosial (Facebook, Youtube), sering kali mengadakan pertandingan dan promosi. Sokongan pelanggannya terdiri dari berbilang bahasa, beroperasi 24/7, dan pakar trading mereka sentiasa bersedia untuk membantu dalam keadaan yang sukar.
  • Broker ini juga berminat dengan kerjasama jangka panjang dengan para pelanggannya dan memberikan perhatian yang tinggi kepada pendidikan para trader. Mereka menyediakan banyak kandungan pembelajaran yang berguna serta mengadakan webinar hampir setiap hari. 

 

Faktor Kejayaan Dalam Bertrading

Selain daripada pemilihan broker yang tepat, kejayaan dalam perdagangan untuk setiap trader juga ditetapkan oleh beberapa faktor individu. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa aspek asas yang diperlukan. Faktor-faktor inilah yang akan membantu anda menghasilkan pendapatan yang stabil dalam dunia perdagangan ini. 

 

Strategi Trading

Pertama sekali, setiap trader harus mengenal apa itu strategi perdagangan kerana ia adalah sesuatu yang sangat penting. Tidak dapat dinafikan, ketika  anda membuka posisi untuk pertama kalinya, adalah satu perkara yang sulit bagi anda untuk tidak menurut kata hati. Sedikit sebanyak pasti akan terikut-ikut dengan gerak hati anda. Tetapi itulah sebenarnya ujian penting pertama yang harus anda lalui. 

Nasihat kami, buka posisi hanya dengan strategi yang telah terbukti berkesan serta yang telah diuji di akaun demo. Sebagai permulaan, strategi tersebut tidak lah perlu terlalu kompleks. Gunakan hanya strategi dengan penunjuk asas dengan titik kemasukan dan keluar yang jelas. 

Untuk memulakan dagangan, anda perlu membangunkan metodologi dagangan yang baik, bukan saja yang mengambil kesempatan daripada turun naik harga, tetapi pada masa yang sama sentiasa memelihara pengurusan risiko sebagai prinsip terasnya. Secara ideal, metodologi ini perlu diuji selama beberapa bulan atau tahun, dalam semua persekitaran pasaran yang berbeza. Pertama dengan akaun demo dan kemudian dengan wang sebenar.

 

Ketepikan Wang Simpanan

Dari segi kewangan, ramai trader yang berpengalaman mencadangkan agar mereka yang mahu memulakan karier trading untuk mengasingkan sekurang-kurangnya satu tahun duit simpanan sebelum anda bermula. 

Wang ini bukanlah bankroll yang akan anda gunakan untuk berdagang – anda memerlukan modal berasingan untuk hal tersebut. Wang yang diasingkan ini adalah untuk anda gunakan bagi membayar perbelanjaan hidup anda, termasuk untuk perumahan, insurans, makanan dan lain-lain lagi. 

Harus diingat, hampir kesemua trader akan kehilangan modal mereka pada mulanya. Jadi duit yang diketepikan ini adalah sangat penting untuk hidup anda secara amnya. 

Lagipun mempunyai kusyen kewangan ini akan memberikan anda ketenangan fikiran. Ia membolehkan anda memulakan kerjaya baru anda tanpa sebarang tekanan. Dan jika nasib menyebelahi anda, malah mungkin keuntungan yang diperolehi boleh digunakan untuk membayar sewa rumah.

Selain daripada itu, anda juga perlu mempunyai strategi penyimpanan rekod supaya anda bersedia apabila musim membayar cukai pendapatan tiba.

 

Siapkan Diri Secara Mental

Secara psikologi, anda perlu menyediakan mental dan diri anda dengan pendapatan yang tidak konsisten yang mungkin akan menemani perjalanan trading anda. 

Tidak dinafikan bahawa matlamat apabila seseorang menjadikan trading sebagai karier adalah dengan harapan ia akan memberi aliran pendapatan yang boleh dipercayai dan konsisten. Namun untuk mencapai tahap tersebut ia pasti akan mengambil masa, usaha, serta sedikit nasib. 

Perlu menanggung turun naik pendapatan harian pasti serba sedikit akan meresahkan jiwa dan minda seseorang. Dan untuk jangka masa panjang, ia pasti amat menyukarkan.  tim-gouw-1K9T5YiZ2WU-unsplash (1)

 

Malah rangsangan, turun naik harga pasaran, adrenalin, serta nisbah kerugian yang relatif tinggi berbanding dengan nisbah kemenangan boleh membuatkan proses trading ini satu pengalaman yang merunsingkan untuk trader baru. Ini bertentangan dengan impulse asas manusia iaitu mahukan kemenangan sebanyak mungkin. 

 

Latihan Sebagai Trader

Terima kasih kepada Internet, sekarang sesiapa sahaja boleh menjadi seorang trader. Satu-satunya soalan ialah bagaimana cara latihan yang anda pilih. Olymp Trade menawarkan cara untuk anda  belajar tanpa risiko kehilangan dana anda iaitu melalui akaun demo. 

Ini salah satu lagi sebab kenapa kami menyarankan penggunaan Olymp Trade sebagai broker trading anda.

Akaun demo membantu beribu-ribu trader memahami semua keunikan perdagangan, mencipta strategi, dan mengkaji spesifikasi pelbagai jenis analisis. Dalam mod ini, anda berdagang di pasaran sebenar dengan wang maya.

Kami juga mengesyorkan agar anda memberi perhatian kepada portal pendidikan mereka. Di situ anda dapat mencari maklumat berguna mengenai perdagangan di mana-mana peringkat, menonton webinar mengenai pelbagai topik atau memilih strategi yang selesa untuk anda. Materialnya dibuat dalam format sembang mudah dengan penjelasan grafik.

Kesabaran

Di dalam trading anda memerlukan kesabaran serta kerendahan hati. Jika tidak, tekanan perdagangan boleh mendatangkan malapetaka kepada kesejahteraan emosi anda. Percayalah. 

 

Buat Duit Dengan Olymp Trade

Kesemua yang telah disebut di atas ini adalah beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui dan lalui  jika anda ingin cuba menjadikan trading sebagai cara buat duit untuk menampung hidup anda. Walaupun ada kemungkin anda akan gagal, tetapi jika anda adalah salah seorang yang dapat menguasai seni ini, anda akan menikmati kegembiraan, kemerdekaan, serta ganjaran kewangan.

Olymp Trade menawarkan para penggunanya bukan hanya platform web yang lengkap, tetapi juga aplikasi mudah alih yang sangat baik untuk peranti Android dan iOs. Jadi jika anda masih berminat untuk buat duit boleh mulakan muat turun versi yang anda perlukan dari Google Play dan App Store secara percuma.

 

                                   Google Play                                                                                App Store

OT Google PlayOT App Store

 

 

 

 

 

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...