Sekilas Tentang Olymp Trade MT4
Seperti yang anda ketahui, Meta Trader adalah platform perdagangan Forex yang paling popular. Ia juga sering digunakan dalam Fixed Time Trading, khusus untuk melakukan analisis. Dalam Fixed Time Trading, MT4 digunakan semata-mata untuk menganalisis sedangkan untuk memasuki pasaran ia perlu dilakukan melalui platform FTT seperti di www.olymptrade.com . Bagaimana pula dengan penggunaan Olymp Trade Forex menggunakan MT4?
Dalam MT4, dengan mengetahui bahawa jumlah pilihan yang anda miliki adalah lebih dari dua (iaitu jual atau beli), anda pasti dapat menghilangkan risiko dengan ketara ketika memasuki trading order.
Meta Trader 4
Meta Trader 4 atau versi terbarunya Meta Trader 5 adalah platform perdagangan yang paling meluas penggunaanya di dunia. Sebabnya adalah kerana ianya intuitif: Dengan MT4, bahkan trader pemula juga akan cepat berorientasi dengannya. Kemudahan dalam bernavigasinya juga adalah kualiti yang dihargai oleh trader profesional Forex yang perlu memasukkan pesanan trading mereka dengan cepat.
Jika dilihat secara objektif, Meta Trader sebenarnya adalah satu program dengan alat yang tidak praktikal. Kami yakin anda pasti boleh mendapatkan alat perisian yang lebih elegan dan agak lebih pantas daripada MT4. Walau bagaimanapun, jenis perisian seperti ini sering mewakili penyelesaian eksklusif yang ditawarkan oleh broker tertentu. Sedangkan bagi seorang trader biasa, penyelenggaraan perisian seperti itu dikategorikan sebagai terlalu mahal berbanding dengan MT4 yang disediakan secara percuma.
Kebaikan MetaTrader 4 kepada Trader Olymp Trade?
– Leverage dari 1: 1 hingga 1: 400
– Spread minimum dari 0 pip pada akaun ECN
– Pengesahan kebolehpercayaan broker
– Pelbagai pilihan indikator dan kaedah ramalan lainnya
– Senarai lengkap aset yang ada
– Keupayaan memilih kondisi trading yang kita minati
– Akaun khas untuk orang Islam
– Dan juga robot perdagangan (malangnya cara ini tidak dibenarkan oleh Olymp Trade)
Olymp Trade Forex Dan Cara Berdagang Di MT4
1. Cara memuat turun serta memasang Olymp Trade Forex MT4
Selamat datang ke Olymp Trade Forex! Olymp Trade Malaysia mempunyai artikel terperinci tentang Olymp Trade Forex di salah satu artikel yang telah kami sediakan. Anda digalakkan untuk membacanya terlebih dulu sebelum memulakan bacaan untuk artikel ini.
Baru-baru ini, Olymp Trade telah memperkenalkan salah lagi produk baru iaitu Metatrader 4. Ia merupakan ciri yang membolehkan pedagang Forex di Olymp Trade berdagang Forex secara langsung di laman web MT4 dengan mengaplikasiakn ciri-ciri forex yang terdapat di aplikasi Olymp Trade.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan secara detail tentang cara-cara memuat turun serta memasang MT4 di device anda.
Muat Turun
Untuk memuat turun aplikasi MT4, anda terlebih dahulu memerlukan akses ke pautan Olymp Trade MT4.
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Olymp Trade, klik butang untuk mendaftar.
Pilih unit wang dalam Matawang Pilihan Anda . Olymp Trade mengesyorkan untuk anda memilih Dollar. Kemudian masukkan kata laluan untuk log masuk ke aplikasi MT4 di bahagian kata laluan Metatrader 4 dan kemudian klik butang Buka Akaun untuk Membuka Akaun Olymp Trade MT4.
Selanjutnya anda akan diarahkan ke layar yang mengandungi maklumat masuk ke aplikasi MT4 yang serupa dengan gambar di bawah dan anda hanya perlu memperhatikan bahagian Maklumat masuk di mana ia mengandungi maklumat masuk ke aplikasi MT4 anda.
Kemudian anda harus klik butang muat turun Metatrader 4 untuk memuat turun aplikasi MT4 ke komputer anda. Jika anda menggunakan telefon bimbit, anda boleh memuat turun aplikasi MetaTrader 4 di lajur kanan yang sepadan dengan sistem operasi telefon milik anda.
Seterusnya kami akan memandu anda tentang cara menggunakan aplikasi MT4 di komputer anda.
Setelah memasang aplikasi MT4 di komputer anda, sewaktu pertama kali anda membuka aplikasi Olymp Trade MT4, anda akan melihat skrin yang serupa dengan yang berikut:
Kemudian masukkan maklumat login anda termasuk nama pengguna dan kata laluan yang anda buat di atas bahagian Login.
Untuk maklumat, anda boleh memilih pelayan Live atau Demo. Jika anda hanya ingin mencuba, sila pilih perdagangan akaun Demo.
Apabila anda telah berjaya log masuk, perhatikan bahawa di sudut kanan bawah skrin ikon akan kelihatan hijau dan jika log masuk tidak berjaya, ikon akan berwarna merah sepenuhnya.
Untuk menukar aplikasi MT4 ke bahasa melayu, anda boleh memilih View -> Language -> Malay kemudian mulakan semula aplikasi tersebut. Sekarang program tersebut akan terlihat dalam bahasa melayu.
2. Cara membuka carta aset
Untuk membuka carta aset, anda perlu melakukan perkara berikut
Semasa memasang, biasanya perisian mt4 akan memaparkan semua jenis aset. Anda boleh melihat semua jenis aset di View -> Market Watch. Kemudian klik kanan pada Market Watch space dan pilih Show all.
Untuk membuka transaksi untuk Olymp Trade Forex menggunakan MT4 anda perlu memilih New Order pada toolbar. Pada bahagian Type, Market Execution akan membuka trading pada masa sekarang dengan nilai aset pada kedudukan semasa. Untuk membuka pesanan tertunda, anda dapat memilih Type -> Pending Order.
Pesanan Meta Trader
Biasanya, di bahagian kiri atas, anda akan melihat butang “new order”. Dengan mengklik butang ini tetingkap baru akan dibuka. Di sinilah anda boleh memasukkan pesanan anda. Sebelum mengambil langkah ini, kita akan kembali selangkah ke belakang. Meta Trader menawarkan kawalan menggunakan pintasan papan kekunci. Kekunci F9 digunakan untuk membuka perdagangan. Bila kita bercakap tentang perdagangan Forex, kadang-kadang pecahan saat mungkin menjadi sangat kritikal. Di sinilah jalan pintas dapat membantu. Kami secara peribadi menggunakan jalan pintas kerana ia adalah cara terpantas untuk memasukkan pesanan baru.
Sekarang, lihat pada tetingkap timbul di mana anda boleh memasukkan pesanan perdagangan anda. Jelas sekali, anda boleh memasukkan jual beli tradisional (yang dilaksanakan serta-merta). Sebaliknya, anda tidak perlu memaksa diri anda melakukan buy dan sell saja. Yang boleh anda lakukan juga ialah menggunakan pesanan had iaitu had beli dan jual. Apa yang anda boleh lakukan juga ialah menggunakan pesanan had iaitu had beli dan jual.
Had beli dilaksanakan setelah harga jatuh ke harga yang anda pilih (sekarang anda dapati harga terlalu tinggi dan menjangkakan penurunan – had beli – diikuti dengan kenaikan).
Had jual berfungsi ke arah yang bertentangan. Order dilaksanakan setelah mencapai tahap yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, jika anda menjangkakan bahawa harganya akan terus meningkat dengan beberapa mata dan kemudian, setelah melepasi tahap tertentu, pertumbuhan ketara baru akan bermula sekali lagi, anda harus menggunakan buy stop, atau sebaliknya, sell stop.
Kawal keuntungan dan kerugian anda
Forex kadang-kadang dilihat sebagai alat untuk menghasilkan keuntungan atau kerugian tanpa had. Secara teori, ia memanglah benar. Walaupun begitu, kerana anda bukanlah seorang penjudi tetapi seorang pedagang yang serius, anda mesti mengawal keadaan.
Inilah sebabnya mengapa anda tidak boleh lupa – ketika memasukkan pesanan perdagangan – untuk menentukan kerugian anda (titik di mana perdagangan yang rugi akan dihentikan) atau mengambil keuntungan (tahap harga di mana perdagangan yang menguntungkan akan dihentikan).
Sekiranya anda mengikuti strategi perdagangan Forex dengan tegas, perdagangan Forex adalah usaha yang selamat. Disiplin dan ketekalan anda dalam memasukkan pesanan perdagangan memainkan peranan penting.
Ringkasan perdagangan MT4 (dalam talian)
Sebilangan besar broker Forex menggunakan platform atau perisian MT4 yang prinsipnya serupa dengan MT4. Sebagai contoh, Olymp Trade mempunyai perisian dalamannya tersendiri. Kaedah terbaik untuk memahami bagaimana Olymp Trade Forex menggunakan MT4 atau bagaimana ia berfungsi adalah dengan mengujinya sendiri. Sebilangan besar broker menawarkan akaun demo mereka yang direka untuk tujuan khusus ini.Kami sangat sarankan agar anda memuat turun MT4 Olymp Trade dan cuba berdagang tanpa risiko dengan akaun demo!
One Response
Boleh saya gunakan robot Olymp Trade semasa berdagang di MT5?