26.10.2020 Halaman Utama 0
Olymp Trade Forex Reviews

Kelebihan Olymp Trade Forex Platform

Beroperasi sejak tahun 2014, platform Olymp Trade telah berusaha untuk menawarkan pengalaman mesra pengguna yang mudah kepada kedua-dua pedagang baharu dan pedagang veteran. Dengan kedua-dua perdagangan Forex dan Fixed Time ditawarkan melalui platformnya, Olymp Trade merupakan kedai sehenti untuk keperluan perdagangan anda. 

Dengan lebih daripada 72 aset, terdapat begitu banyak cara untuk berdagang di platform ini. Olymp Trade diiktiraf sebagai peneraju dalam industri dan berusaha untuk kekal sebagai pemimpin dalam dunia fintech. 

Olymp Trade Forex Platform dan Fixed Time Trades

Olymp Trade Forex platform dan Fixed Time Trade merupakan dua cara yang mudah untuk mendapat keuntungan daripada turun naik pasaran. Walaupun berbeza, kedua-dua jenis perdagangan ini membolehkan anda mendapat keuntungan daripada kenaikan atau kejatuhan harga aset. 

Perdagangan Forex tradisional melibatkan perbandingan mata wang antara satu sama lain (EUR/USD, AUD/JPY, GBP/CHF). Sebagai pasaran yang terbesar di dunia, bertrilion-trilion dolar didagangkan setiap hari. Sejak permulaannya, prinsip perdagangan Forex telah diterapkan pada pelbagai jenis aset. 

Keberuntungan dagangan Forex bukan berdasar pada masa. Satu dagangan boleh mengambil masa yang sepanjang atau sesingkat yang diingini pelabur. Semakin besar jurang antara harga pembukaan dan harga penutupan, semakin tinggi keuntungan.

Di Olymp Trade Forex platform, pedagang boleh membuat dagangan dengan komoditi, saham, indeks dan ETF, serta pasangan mata wang. 

Untuk mendapatkan keuntungan daripada forex, pedagang mesti menentukan dengan tepat sama ada harga aset akan naik atau turun. Apabila harga bergerak, pelabur menjana wang daripada perbezaan antara harga pembukaan semasa dagangan bermula dan harga penutupan semasa dagangan berakhir. 

Fixed Time Trade merupakan gaya yang berdasarkan ramalan pergerakan harga sesuatu aset. Apabila harga saham, komoditi, indeks dan pasangan mata wang bergerak, pedagang akan meramalkan sama ada harganya akan menjadi lebih tinggi atau lebih rendah selepas satu tempoh masa yang tertentu. Keuntungannya adalah mudah dan pulangannya merupakan peratusan yang ditentukan terlebih dahulu. 

Saham Apple mungkin berada pada rekod tertinggi, dengan jangkaan atas kejayaan Iphone yang seterusnya, harganya terus meningkat. Di platform Olymp Trade, pelabur boleh membuat dagangan bahawa dalam lima minit, nilainya akan naik. 

Pendidikan, Analisis & Strategi

Olymp Trade menawarkan segalanya yang diperlukan oleh pelabur untuk berdagang Forex dengan berjaya, termasuklah platform canggih dengan alat interaktif yang boleh disesuaikan untuk kedua-dua analisis asasi dan analisis teknikal. Demi memberikan pendidikan yang wajar kepada penggunanya, platform ini menawarkan webinar dan akses percuma kepada pemikiran pedagang profesional melalui blog dan media sosial antarabangsa dalam pelbagai bahasa di seluruh platform. 

Dua komponen penting dari platform pemenang anugerah ini untuk pedagang baharu ialah Set Pendidikan percuma dan Akaun Demo percuma. Pedagang dari pelbagai tahap pengalaman boleh belajar dan berlatih strategi baharu, dengan 20+ penunjuk dan pengganda tanpa merisikokan satu sen pun. Dipenuhi dengan penjelasan, webinar memberikan klien akses langsung kepada penganalisis kewangan terhebat Olymp Trade, pedagang dari semua tahap pasti akan mendapat sesuatu yang mereka perlukan. 

Melalui set Pendidikan Olmyp Trade, pedagang boleh belajar tentang kedua-dua jenis analisis dan cara untuk menggunakannya. Pemahaman tentang cara penggunaan carta dan penunjuk yang berbeza untuk melakukan keputusan perdagangan yang berpendidikan, boleh meningkatkan peluang keberuntungan dengan besar. 

Pengalaman Bertrading di Olymp Trade

Buat pilihan daripada pelbagai aset di platform Olymp Trade forex platform, daripada komoditi dan pasangan mata wang sehingga ETF dan indeks. Platform ini dibina untuk mengoptimumkan pengalaman perdagangan untuk kedua-dua pedagang Forex pemula dan pedagang yang berpengalaman.  

Terdapat lebih daripada 250,000 pedagang yang membuat dagangan pada akaun sebenar mereka setiap bulan. Bayaran bulanan purata Olymp Trade kepada klien adalah melebihi $13,000,000. Untuk berdagang dengan lebih banyak kelebihan, pedagang boleh menaik taraf kepada akaun Expert. Pedagang hanya perlu membuat deposit $2,000 USD untuk digunakan untuk berdagang. Akaun Expert menawarkan banyak manfaat termasuk rundingan dengan penganalisis kewangan peribadi, dagangan bebas risiko dan banyak lagi.

Boleh dikatakan Olymp Trade dengan kerap menyediakan pelbagai acara pertandingan serta hadiah menarik untuk pertandingan tempatan dan global sepanjang tahun.

 

Berdagang di Platform Olymp Trade

Apabila berdagang forex, keuntungan diperoleh daripada perbezaan harga dari detik dagangan dibuka sehingga dagangan ditutup. Untuk memperoleh pulangan yang besar, biasanya pedagang mesti merisikokan sejumlah wang yang besar pada setiap dagangan. Walau bagaimanapun, Olymp Trade forex platform menawarkan pengganda yang boleh meningkatkan keuntungan dengan besar sambil mengekalkan risiko yang rendah. 

Apabila berdagang dengan Olymp Trade forex platform, sesuatu pelaburan boleh digandakan sehingga x500. Menambah pengganda x500 pada dagangan $10 pada GBP/USD untuk ‘Naik’ (dagangan panjang) bermaksud bahawa dagangan tersebut bernilai $5,000. Tetapi pedagang hanya merisikokan $10. Jika harga pembukaan ialah $1.25 GBP, lima belas minit kemudian, dagangan ditutup pada $1.30. Untuk mengira keuntungan, ambil perbezaan $0.05 tersebut dan gandakan dengan $5,000, mendapat pembayaran $250.

Alat Olymp Trade Forex Lain

Stop-loss dan Take-profit merupakan dua alat yang sangat membantu yang tersedia untuk pedagang di Olymp Trade forex platform. Dua alat ini bertujuan untuk membenarkan pedagang untuk melengkapkan dagangan tanpa perlu melakukan apa-apa secara fizikal. Stop-loss, seperti namanya, membantu menghentikan pelabur daripada kehilangan lebih banyak wang daripada yang diinginkan pada dagangan forex. Take-profit pula menutup dagangan sebaik sahaja ia meningkat ke pembayaran yang dipilih.  

Penunjuk seperti MACD, SMA dan Alligator dicipta untuk membantu pemahaman faktor berbeza yang mempengaruhi harga aset. Setiap satunya mempunyai fokus yang berbeza untuk dianalisis sebagai sebahagian daripada keseluruhan keadaan. Insight juga merupakan alat yang membantu pedagang untuk menjadi lebih berjaya, satu bahagian lain daripada analisis asasi yang membantu pedagang menantikan permulaan atau pengakhiran trend.

Cara untuk Mula Berdagang di Olymp Trade Forex Platform

Pertama, daftar dengan Olmyp Trade. Untuk membuka akaun anda, berikan nama, nombor telefon dan alamat e-mel anda. Setelah mendaftar, ambil sedikit masa dengan melayari bahan pendidikan, berlatih dengan akaun demo dan meningkatkan keuntungan anda dengan pengganda mengikut rentak anda. 

Pekerja sokongan iaitu pemenang anugerah, sentiasa bersedia untuk membantu setiap pengguna, pada bila-bila masa. Dengan lapan bahasa ditawarkan, ia  membuatkan Olymp Trade forex sebuah platform yang hebat untuk pedagang dari pelbagai tahap. Olymp Trade menyedari bahawa dengan memperkasakan kliennya dengan setiap alat yang mereka perlukan untuk menjadi pelabur yang berjaya, kedua-dua broker dan pedagang akan mendapat keuntungan. 

Tidak kira anda baharu kepada perdagangan atau merupakan seorang veteran, adalah penting untuk anda tahu bahawa anda bekerja dengan platform yang mempunyai kepentingan diri.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...