Panduan Membaca Carta Saham
Kandungan Artikel |
Memang tidak dapat dinafikan bahawa carta saham ialah pangkalan utama setiap trader untuk melaksanakan analisis teknikal. Ini kerana apabila difahami dan dianalisis dengan betul, carta saham sebenarnya boleh memberikan pelabur atau trader dengan data yang sangat berharga. Terutamanya ia dapat memaklumkan kepada pelabur dan trader tentang apa yang akan berlaku pada pasaran pada masa akan datang.
Walaubagaimanapun, di sudut lain pula, pelabur atau trader yang pasif, iaitu mereka yang menggunakan strategi beli dan tunggu dan sering melabur dalam dana indeks atau ETF, mungkin boleh terus bertrading tanpa memahami sepenuhnya maklumat-maklumat yang disampaikan dalam carta saham. Jadi ilmu tentang membaca carta ini tidak begitu penting bagi golongan-golongan ini.
Tetapi jika anda mempunyai pelan peribadi jangka pendek atau sekadar ingin melabur dalam saham individu, pengetahuan tentang cara membaca carta akan menjadi sangat penting untuk kejayaan anda.
Dalam artikel di bawah ini, kami akan kongsikan panduan langkah demi langkah untuk membimbing anda tentang cara membaca carta saham seperti seorang profesional.
Apa Itu Carta Saham
Carta saham ialah carta yang menunjukkan bagaimana harga saham, dana dagangan bursa (ETF) atau sekuriti lain berubah-ubah dari semasa ke semasa. Sebenarnya terdapat banyak laman web yang menyediakan carta secara percuma. Antara laman web popular yang anda boleh gunakan sebagai rujukan adalah :-
- Yahoo Finance
- Google Finance
- Marketwatch
- TradingView
- StockCharts.com
Kebanyakan broker saham juga menyediakan kepada trader atau pelabur mereka, carta saham di dalam in-house platform mereka. Malah ada sesetengah broker yang menawarkan lebih banyak asset serta alatan trading yang lebih daripada yang lain. Antara broker terbaik yang menyediakan set lengkap untuk analisis teknikal carta saham termasuk platform E*TRADE, Ally Invest dan TD Ameritrade. Dan Olymp Trade juga sebenarnya tidak kurang juga hebatnya.
Cara Membaca Carta Saham
Jom kita mula…
Jika anda ingin menjadi trader tegar dan berdagang saham secara aktif, maka anda perlu tahu cara membaca carta saham. Malah trader yang menggunakan fundamental analisis sebagai cara untuk memilih saham untuk melabur juga masih sering menggunakan analisis teknikal pada carta. Teknikal analisis tersebut akan membantu mereka menentukan pergerakan harga saham. Melalui analisa tersebut, ia dapat menentukan pembelian yang spesifik, kemasukan, penjualan, atau titik keluar bagi posisi terbuka mereka.
Seperti yang dinyatakan di atas, banyak carta yang disediakan secara percuma di lamak web seperti Google Finance dan Yahoo Finance. Malah broker-broker saham juga sentiasa menyediakan carta saham untuk pelanggan mereka. Pendek kata, anda tidak sepatutnya menghadapi masalah mencari carta saham untuk rujukan anda.
Pembentukan Carta Saham – Carta Garisan , Bar atau Candlestick
Setiap carta berbeza dalam pembentukannya. Bermula daripada carta bar kepada carta pattern candlestick kepada carta garisan kepada carta titik dan angka. Hampir kesemua carta memberi anda pilihan untuk bertukar antara pelbagai jenis carta tersebut. Dan ini termasuklah keupayaan untuk menggunakan pelbagai jenis penunjuk teknikal pada carta-carta tersebut. Pada setiap carta , anda juga boleh mengubah time frame yang ditunjukkan. Carta harian mungkin carta yang paling biasa digunakan. Tetapi carta intrahari, mingguan, bulanan, tahun-ke-tarikh (YTD), carta 5 tahun, 10 tahun, serta info terdahulu yang lengkap tentang sesuatu carta itu juga anda boleh lihat pada carta saham yang baik.
Tetapi barang harus diingat, penggunaan carta yang berbeza dengan menggunakan rangka masa yang berbeza untuk mana-mana analisis akan mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing. Carta dan time frame yang paling sesuai untuk anda sebagai penganalisis individu atau pelabur adalah sesuatu yang hanya boleh anda ketahui dengan cara memperbanyakkan latihan dan analisis pada carta.
Selain itu, melalui carta juga anda boleh memperolehi petunjuk berharga tentang kemungkinan pergerakan harga saham daripada mana-mana carta. Yang penting anda harus memilih carta yang mudah untuk anda fahami, senang untuk dibaca serta senang untuk anda menganalisisnya. Hanya dengan penggunaan carta yang anda selesa saja yang dapat membantu anda menjana profit yang anda mahukan.
Cara Melihat Carta Saham
Di bawah ialah carta harian Apple Inc. (AAPL), ihsan Olymptrade.com. Carta ini ialah carta batang lilin, dengan lilin hijau menunjukkan hari di mana harga saham naik dan lilin merah menunjukkan hari harga saham turun. Di samping itu, carta ini telah ditambah dengan beberapa penunjuk teknikal. Indikator tersebut adalah 50-period moving average dan a 200-period moving average. Di mana jika kita lihat di dalam carta , ia diwakili dengan dengan garis biru dan kuning pada carta. Kemudian ada juga penunjuk kekuatan relatif (RSI) yang berada di atas tetingkap di bawah carta utama. Dan akhir sekali penunjuk MACD yang muncul juga dalam tetingkap berasingan di bawah carta.
Menggunakan Penunjuk Teknikal
Semasa menganalisis carta, iaitu biasanya sebelum trader mula membuka sebarang posisi, kebanyakkan trader akan menggunakan pelbagai penunjuk teknikal untuk membantu mereka mengesan pergerakan harga. Dengan analisa di carta, mereka berkemungkinan dapat mengetahui dengan lebih tepat ke mana arah tuju graf pada hari itu, dapat juga mengenal pasti arah trend, dapat menjangkakan pembalikan pasaran daripada arah trend menaik kepada menurun dan sebaliknya.
Salah satu penunjuk teknikal yang paling popular dan biasa digunakan oleh trader ialah moving average. Dan pilihan moving average yang paling kerap digunakan pada carta saham harian ialah moving average 20 hari, 50 hari dan 200 hari. Secara umumnya, selagi moving average yang mempunyai tempoh yang lebih pendek berada di atas moving average dengan tempoh yang lebih lama, saham dianggap berada dalam aliran menaik secara keseluruhannya. Sebaliknya, jika moving average yang berjangka pendek berada di bawah moving average yang berjangka panjang, maka itu menunjukkan aliran menurun secara keseluruhannya.
Menganalisa Trend
Apabila menyemak carta, selain daripada menentukan arah aliran saham secara keseluruhan iaitu untuk melihat sama ada trendnya sedang menaik atau menurun, terdapat lagi beberapa perkara yang patut diberi perhatian semasa mengenalpasti trend tersebut. Antaranya adalah :-
- Sudah berapa lama trend itu berlangsung? Saham tidak akan kekal dalam aliran menaik atau aliran menurun selama-lamanya. Pada penghujungnya pasti akan sentiasa ada perubahan trend. Jika arah aliran trend telah berterusan untuk jangka masa yang panjang, dan tiada pula sebarang anjakan pembetulan yang ketara yang bergerak ke arah yang bertentangan, anda perlu lebih peka kerana mungkin tanda-tanda pembalikan pasaran akan berlaku.
- Bagaimanakah saham cenderung untuk didagangkan? Sesetengah saham bergerak dalam arah trend yang agak perlahan tetapi jelas. Terdapat pula saham yang bergerak secara turun naik dengan sangat kerap. Iaitu apabila harga membuat pergerakan mendadak naik atau turun walaupun ketika carta tersebut secara umumnya sedang berada dalam trend jangka panjang. Jika anda melihat pergerakan yang volatile seperti itu, kami cadangkan akan tidak membuka terlalu banyak posisi kerana ianya agak berisiko tinggi.
- Adakah terdapat tanda-tanda kemungkinan pembalikan arah trend? Jika anda menganalisa trend secara teliti anda mungkin akan menemukan tanda-tanda kemungkinan akan terdapat pembalikan arah trend. Penunjuk momentum selalunya menunjukkan arah aliran seperti kehilangan pecutannya sebelum harga saham benar-benar memuncak. Keadaan ini adalah seperti amaran kepada trader. Di sampung memberi peluang kepada trader untuk keluar daripada posisi terbuka pada ketika mereka boleh membuat keuntungan sebelum harga berbalik ke bahagian bawah.
Mengenalpasti Tahap Sokongan dan Rintangan
Carta saham boleh membantu terutamanya dalam mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan untuk sesuatu asset. Tahap sokongan ialah tahap harga di mana kita biasanya akan melihat pembelian baru yang masuk untuk menyokong harga asset tersebut. Ia kemudiannya akan membawa harga tersebut kembali ke atas. Manakala, tahap rintangan pula mewakili harga di mana asset telah menunjukkan kecenderungan untuk bergerak lebih tinggi. Tetapi cubaan tersebut gagal dan harga kembali ke bahagian bawah.
Mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan boleh membantu trader terutamanya dalam membuka posisi pada asset yang cenderung untuk didagangkan dalam julat dagangan yang tertentu dalam jangka masa yang panjang. Bagi sesetengah trader saham, setelah mereka mengenal pasti saham yang sedemikian, mereka akan mula membuka posisi pada tahap sokongan. Mereka kemudiannya akan menutup pada tahap rintangan dengan harapan untuk menghasilkan profit.
Bagi asset yang mempunyai tahap sokongan dan rintangan yang telah dikenal pasti dengan baik, penembusan harga atau breakout yang berjaya menembusi garis-garisan sokongan atau rintangan itu akan menjadi penunjuk yang penting bagi pergerakan harga masa hadapan. Sebagai contoh, jika sesuatu stok sebelum ini gagal untuk menembusi tahap rintangan tetapi akhirnya berbuat demikian, ia mungkin petanda bahawa stok tersebut akan bergerak dari harganya yang sekarang ke paras harga yang jauh lebih tinggi.
Kesimpulan – Penggunaan Analisa Terhadap Carta Saham
Analisis carta saham tidaklah tepat 100%, walaupun ia dianalisa secara teknikal oleh orang yang paling pakar. Kerana jika ianya sempurnya, sudah pasti setiap pelabur saham sudah menjadi jutawan terbilang pada saat ini. Walau bagaimanapun, belajar membaca dan memahami carta sedikit sebanyak akan membantu anda menjadi pelabur atau trader yang lebih baik serta berilmu.
Menganalisa carta adalah satu kemahiran. Dan sama seperti apa-apa jua kemahiran yang lain, seseorang hanya boleh menjadi pakar melalui latihan yang banyak. Berita baiknya ialah hampir sesiapa sahaja yang bersedia untuk bekerja keras dalam menganalisis carta boleh berjaya. Jika bukan pakar sekalipun, tetapi masih boleh menjadi cukup mahir dalam membaca carta. Itu saja sudah cukup baik untuk meningkatkan peluang untuk memperolehi keuntungan secara keseluruhan. Oleh itu, nasihat kami, demi kepentingan anda sebagai pelabur atau trader harian sekalipun. Sebelum anda mula membuat pembelian saham atau membuka posisi dagangan, belajarlah dulu tentang cara membaca carta. Kerana tanpa anda sedari ia akan sangat-sangat membantu dalam trade.
3 Responses
Semasa membaca carta saham, saya suka menggunakan penunjuk teknikal yang disediakan oleh olymp trade. Ada cara lain untuk membaca carta, tapi ini yang paling saya gemari. Broker ini telah membuatkan analisis teknikal menjadi sangat mudah dengan adanya banyak penunjuk dan strategi untuk dipilih
Olymp Trade ada carta mesra pengguna untuk setiap aset yang mereka tawarkan di platform, di mana anda boleh mengasah kemahiran anda dan berlatih. Anda juga patut menyokong bacaan carta anda dengan pelbagai penunjuk teknikal yang disediakan oleh Olymp Trade. Dengan cara ini, peluang anda untuk mendapatkan keputusan yang tepat pasti akan meningkat sambil menjana keuntungan.
Pertama sekali saya ingat artikel ini hanya menjelaskan platform broker. Tetapi tak sangka ia tutorial tentang bagaimana untuk lakukan analitis dengan betul.