11.11.2021 Halaman Utama 0
day trading

Perlukah Anda Menggunakan Strategi Ini ?

Dalam perdagangan forex global, semua orang sebenarnya boleh mendapat keuntungan yang besar daripada peluang pelaburan yang sangat menguntungkan ini. Tetapi tanpa sebarang pengecualian, semua orang juga boleh mengalami kekalahan yang teruk. Berdagang forex adalah sama seperti satu perjalanan untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan dengan teliti oleh trader forex, terutamanya trader yang baru, adalah untuk memilih strategi perdagangan yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam sistem perdagangan mereka. 

Kita boleh mengandaikan strategi perdagangan sebagai peta untuk mencari harta karun. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan forex, tanpa hala tuju, mereka kebanyakannya akan berakhir dengan tanpa apa-apa di tangan tetapi hanya kehilangan dan penyesalan.

broker forex

Strategi Apa Yang Ada Untuk Dipilih

Trader boleh menentukan strategi dagangan mereka dalam pelbagai cara. Strategi dagangan asas terbahagi kepada empat rangka masa dagangan utama; short term trading (day trading/dagangan harian), swing trading, long term trading (dagangan jangka panjang), dan pelaburan beli & simpan.  

Di antara keempat-empat cara tersebut, strategi pertama iaitu day trader strategy adalah yang paling cepat menghasilkan keuntungan. Sementara cara yang terakhir ialah kaedah yang mengambil masa paling lama untuk kita melihat hasilnya. 

Kebanyakan forex trader terutamanya mereka yang sudah ‘pakar’ dalam bidang ini memilih untuk berdagang dengan menggunakan day trader strategy. Sementara ramai trader baru pula cuba mengikuti sistem ini dan mengharapkan untuk berjaya sama seperti trader-trader pakar tersebut. Masalahnya, ramai trader-trader pemula ini tidak tahu apa itu day trading. Contohnya seperti apakah perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menggunakan day trader strategy serta bagaimanakah cara melakukannya dengan betul. 

Dalam artikel ini, kami akan cuba menerangkan dengan jelas ‘apa yang mesti diketahui oleh pedagang’ tentang strategi ini supaya sekurang-kurangnya ada persoalan anda yang terjawab..

Dagangan Jangka Pendek (Dagangan Harian) atau Day Trader Strategy

Dagangan jangka pendek atau biasa dikenali sebagai strategi dagangan hari atau day trading adalah perdagangan (beli dan jual) forex/matawang yang dilakukan secara intraday. Memandangkan pasaran forex dibuka 24 jam (dengan menggunakan perkhidmatan broker yang membenarkan trader berbuat demikian), kita boleh menganggap bahawa dagangan harian adalah perdagangan yang dilakukan dalam masa kurang daripada 24 jam. Mereka yang menggunakan strategi ini dipanggil sebagai day trader.  Day trader ini cenderung melakukan trade secara kerap sepanjang hari. Mereka mungkin berdagang dua kali, atau mungkin berpuluh kali dalam satu hari.

Day trading memberi lebih banyak kawalan kepada trader untuk mengawal trade yang dibuka kerana ia tidak terdedah kepada caj overnight. Pedagang harian atau day trader biasanya memantau perubahan pasaran dengan berhati-hati. Mereka akan bertindak balas dengan cepat apabila sesuatu yang menurut sistem yang mereka pasang menguntungkan atau berpotensi mengakibatkan mereka kerugian. Ini kerana dengan cara tersebut mereka boleh memberi tumpuan kepada peratusan kemenangan yang lebih tinggi dalam trade mereka.

Sebagai pertukaran kepada faedah, keburukan menggunakan strategi dagangan harian adalah berkaitan dengan usaha serta kerajinan pedagang untuk sentiasa aktif dalam trade mereka. Selain daripada itu, kos komisen broker juga perlu di ambil kira. Terutamanya jika broker tersebut mengenakan bayaran kepada trader mengikut komisen berdasarkan kekerapan melakukan trade.

Risiko Day Trading

Kami tidak akan memberitahu anda bahawa strategi ini lebih berisiko daripada strategi lain atau ianya lebih selamat. Bukan strategi dagangan yang menentukan tahap risiko dagangan anda. Walaupun kami pernah berkata bahawa perdagangan jangka panjang adalah lebih baik dan lebih selamat daripada jangka pendek tetapi kami juga pernah katakan bahawa guru yang paling hebat untuk mengajar kita tentang forex adalah pengalaman kita sendiri. Pada asasnya, tidak ada strategi perdagangan yang lebih selamat dan lebih berisiko daripada yang lain. Tingkah laku kita terhadap trade yang menjadikan trade kita selamat atau tidak — tanpa mengira sistem perdagangan yang kita gunakan.

Secara jujurnya, kami menilai bahawa jangka pendek lebih berisiko daripada jangka panjang tetapi hanya kerana pengalaman kami yang membuatkan kami membuat kesimpulan sedemikian. 

Jika di ambil kira kekerapan anda membuka trade, ya, sudah tentu day trading lebih berisiko daripada strategi lain yang mempunyai jangka masa dagangan yang lebih panjang. Tetapi, tidakkah anda sedar bahawa dengan melakukan dagangan dengan lebih kerap, pada masa yang sama, ia bermakna anda meningkatkan peluang untuk mendapat keuntungan ? Fikir-fikirkan …

forex malaysia

Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Menggunakan Day Trader Strategy

Jika anda merancang untuk menjadi seorang trader forex yang berjaya, perkara yang paling perlu anda lakukan ialah mengadakan satu strategi dagangan dan tetap berpegang padanya. Pedagang forex yang berjaya pada asasnya berjaya mencapai kedudukan mereka kerana sikap disiplin, konsisten serta pengurusan diri, risiko dan wang yang mantap. Anda tidak boleh sentiasa mengubah strategi anda sepanjang perjalanan trading anda. Strategi baru hanya akan mengubah keseluruhan sistem yang telah anda bangunkan. Ini bermakna anda perlu bermula semula dari langkah pertama. Jadi Ia sebenarnya hanya satu kerugian yang besar bagi setiap trader.

Oleh itu, sebelum anda menggunakan strategi day trading sebagai strategi dagangan anda, anda harus membuat pertimbangan yang jelas dan teliti tentang beberapa aspek penting ketika menggunakan strategi ini:

Diri Anda – Personaliti, Matlamat dan Pengetahuan Asas

Tiada jaminan bahawa anda akan menjadi seorang trader yang berjaya. Pasaran Forex, sama seperti jenis pelaburan yang lain, dipenuhi dengan kebarangkalian – 50% daripadanya untung dan 50% daripadanya adalah rugi. Tetapi itu tidak bermakna anda akan untung selepas rugi atau rugi selepas untung. 

Terdapat kemungkinan bahawa kadangkala anda akan merasai betapa hebatnya ketika anda sentiasa memenangi trade sepanjang hari. Tetapi terdapat juga kemungkinan bahawa anda mungkin akan mengalami kerugian yang berpanjangan. Trade secara day trading ini bermakna anda akan berdagang dengan kerap. Semua orang akan merasa gembira kerana menang. Tetapi ‘Bolehkah anda menerima rentetan kekalahan dan pada masa yang sama masih terus konsisten dengan sistem anda?,’ Bolehkah anda mengendalikan emosi anda dan masih tenang dan berfikiran jelas untuk trade yang seterusnya selepas itu?’. Jika jawapan anda kepada soalan-soalan itu ialah ‘ya’, anda boleh meneruskan ke langkah selanjutnya.

Setiap pedagang berdagang dengan matlamat yang berbeza dalam fikiran mereka. Ia mungkin untuk keseronokan, untuk mendapatkan pendapatan tambahan atau untuk kelangsungan hidup. 

Jika anda trade hanya untuk keseronokan, tiada apa yang perlu dipertimbangkan.  Ini kerana menang atau kalah, anda telah pun mendapat apa yang anda cari. 

Tetapi jika anda menganggap keuntungan dari trade sebagai pendapatan, sekurang-kurangnya anda harus mempunyai pengurusan wang yang kukuh. Ini penting kerana anda bukan saja perlu menguruskan trade, tetapi memerlukannya untuk kelangsungan hidup anda. Jangan sekali-kali dibakar oleh emosi atau ketamakan yang mendorong untuk berdagang dengan wang yang anda tak mampu untuk hilang.

motivasi kejayaan

Musuh Anda

Kenali musuh anda. Anda sekurang-kurangnya perlu tahu bagaimana pasaran forex berfungsi.  Dan juga komponen apa di sebalik pasaran yang tidak menentu. Didik diri anda dengan pengetahuan asas analisis dagangan dan pelajari tentang cara menggunakannya supaya anda tidak buta semasa melihat perubahan pasaran. Membaca buku tentang forex atau mengikuti kursus adalah satu lagi pilihan yang cukup untuk menjadikan diri anda terdidik dengan betul dan mempunyai minda forex yang lebih terlaras.

Mencari Broker

Strategi day trading mesti disokong dengan data dan sumber yang mencukupi. Memilih broker boleh menjadi salah satu langkah kritikal dalam perdagangan day trading. Berikut adalah beberapa senarai semak untuk mengetahui sama ada broker tertentu itu layak untuk strategi day trading anda atau tidak:

  • Adakah mereka broker yang dipercayai? Ketahui beberapa maklumat tentang broker tersebut dengan lebih terperinci untuk memastikan siapakah pengawal selianya? Ketahui track record mereka? Tanyakan dalam forum tentang broker tersebut, dsb)
  • Adakah mereka menyokong anda dengan data pasaran sebenar dan mempunyai kadar kemas kini yang baik? 
  • Seberapa pantas sistem mereka melaksanakan query perdagangan anda?
  • Berapa ketatkah spread mereka
  • Serta berapa bayaran komisen yang dikenakan?

Persediaan Anda

Untuk melakukan day trading dengan lancar, persekitaran trading anda mesti disokong dengan alatan yang mantap . Antara keperluan asas yang diperlukan adalah :

Komputer Tahan Lasak – kerana anda akan menggunakannya sepanjang hari 

Monitor yang besar dan jelas – jadi ia tidak akan menyakitkan mata anda.

Sambungan internet yang pantas – untuk penstriman data dan query execution yang cepat

Jika anda sudah mempunyai semua itu, nah, kami rasa sekarang anda sudah pun bersedia.

Anda juga sudah mempunyai lebih banyak maklumat tentang strategi day trading berbanding sebelum anda membaca artikel ini. 

Oleh itu, kami harap tulisan kecil ini berguna untuk anda dan masa depan trading forex anda. 

Jika anda sedang mencari maklumat lanjut tentang dagangan forex dalam talian, teruskan membaca artikel-artikel kami yang lain di blog ini. 

broker forex

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...