22.10.2018 Halaman Utama 0

Fibonacci dan sumbangan beliau kepada matematik

Fibonacci (1175 – 1250) adalah seorang ahli matematik dari Pisa. Beliau dianggap sebagai ahli matematik yang paling berbakat pada Zaman Pertengahan. Fibonacci mempopularkan sistem angka Hindu-Arab di dunia barat, dan juga memeperkenalkan urutan angka Fibonacci kepada Eropah.

Jika anda tidak menginati angka Fibonacci, juruanalisis Olymp Trade akan menerangkannya sebentar lagi. Tetapi, kami nasihatkan supaya anda membaca artikel penuh tentang Fibonacci, kerana topik hari ini akan menerangkan satu penunjuk/teknik yang berdasarkan angka-angka ini.   

Urutan Fibonacci

Urutan Fibonacci bermula dengan angka 0 dan 1, kemudian berterusan tanpa henti dengan menambah dua angka sebelumnya. Oleh itu, permulaan urutan angka Fibonacci ialah: 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144… Mengikuti struktur urutan tersebut, angka seterusnya selepas 144 ialah 233 (89 + 144 = 233).

Angka Fibonacci adalah penting kerana apa-apa angka adalah kira-kira 1.618 kali angka sebelumnya (144/89 = 1.618). Angka 1.618 atau 0.618 (89/144) dipanggil Nisbah Emas (Golden Ratio), dan untuk sebab-sebab yang tidak diketahui, corak kelakuan pasaran kewangan kelihatan konsisten dengan Nisbah Fibonacci.

Apa itu Aras Fibonacci?

Topik seterusnya yang perlu diterangkan oleh juruanalisis Olymp Trade adalah aras Fibonacci. Istilah ini digunakan dalam analisis teknikal untuk merujuk kepada bahagian sokongan atau rintangan. Aras-aras ini dihasilkan dengan melukis garisan trend antara pergerakan harga tertinggi dan terendah, kemudian membahagi jarak dengan nisbah Fibonacci utama iaitu 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8% dan 100%. Lihat imej yang disediakan untuk anda memahami aras Fibonacci.

Fibonacci Fan. Petua daripada Olymp trade

Seperti yang dilihat, selepas pergerakan harga menaik atau menurun yang ketara, aras sokongan dan rintangan baru sering kali berada di atas atau berdekatan garisan Fibonacci. Selepas pedagang memilih pergerakan harga, aras Fibonacci ditetapkan dan tidak berubah, ini membolehkan pedagang menjangka dan bertindak balas apabila aras harga mendekati aras sokongan atau rintangan.

Fibonacci Fan

Kini, selepas penerangan ringkas tentang angka Fibonacci, juruanalisis Olymp Trade akan menerangkan topik hari ini. Fibonacci Fan adalah garisan trend yang dilukis antara dua titik ekstrem, menutupi harga rendah dan tinggi. Jadi, garisan Fan akan dilukis oleh penunjuk yang menunjukkan zon di mana sokongan atau rintangan berkemungkinan berlaku dalam pergerakan trend, garisan Fan juga melalui aras Fibonacci 23.6%, 38.2, 50.0% dan 61.8%. Lihat imej yang menunjukkan Fibonacci Fan.

Fibonacci Fan. Petua daripada Olymp trade

Selepas meneliti imej di atas, anda boleh katakan bahawa selepas pembetulan harga yang pertama, aras sokongan baru adalah tepat pada aras Fibonacci Fan 0.618, iaitu Nisbah Emas yang dinyatakan oleh Fibonacci, 800 tahun yang lalu!

Kesimpulannya, Fibonacci Fan digunakan untuk mengenalpasti sokongan, rintangan atau titik kebalikan berpotensi dalam trend menaik atau menurun, dan membolehkan pedagang untuk menjangka titik akhir pergerakan aset.

Semoga berjaya!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...