08.09.2019 Halaman Utama 101
Olymp Trade Strategy Rahsia Memenangi Trading

Rahsia dan strategi untuk menghasilkan

wang di Olymp Trade  

Kebanyakan anda sudah mengetahui tentang Fixed Time Trade, tapi jika anda masih berada di sini, saya  pasti ianya untuk mengetahui tentang Olymp Trade Strategy, petua serta tips  tentang bagaimana untuk memenangi perdagangan di Olymp Trade

Untuk yang masih belum tahu tentang perdagangan Fixed Time Trade, kami akan memberikan ringkasan tentang instrumen perdagangan tersebut terlebih dahulu. 

forex malaysia

Fixed Time Trade adalah instrumen kewangan yang membolehkan anda untuk berdagang ke atas semua jenis aset seperti forex, saham, crypto, indeks, dan banyak lagi.Terdapat dua arah dalam perdagangan Fixed Time Trade. Dengan meramalkan secara tepat pergerakan carta , hasilnya anda akan beroleh keuntungan.  Sekiranya anda salah, anda tidak mendapat apa-apa malahan anda akan kehilangan pelaburan awal anda.

Untuk membuat pelaburan atau membuka posisi anda memerlukan bantuan indikator serta kemahiran menganalisa carta. Jika indikator menunjukkan harga aset akan meningkat, anda membuat pilihan menaik. Dan apabila indikator-indikator anda menunjukkan bahawa harga akan berkurang, anda membuat pembelian menurun. Tetapi harus diingat, penggunaan indikator tidak semestinya 100% benar atau tepat. 

Olymp trade strategySatu lagi perkara penting yang anda perlu tahu adalah Fixed Time Trade sebenarnya berbeza dari Binary Option. Perbezaan utamanya adalah terdapat titik Strike di pasaran Fixed Time Trade. Strike boleh difahami sebagai titik permulaan pasaran. Sebagai contoh, dalam Binary Option, strike selalunya adalah harga atau kedudukan semasa carta, sedangkan dalam Fixed Time Trade, anda boleh memilih kadar Strike yang paling menguntungkan.

Jadi begitulah pengenalan secara ringkas kepada instrumen Fixed Time Trade ini. Konsepnya mudah difahami dan tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan para trader pemula.

Formula Rahsia di dalam Olymp Trade Strategy

Walaupun berdagang di Fixed Time Trade tampak mudah tapi apakah itu bermakna ia nya mudah untuk membuat keuntungan apabila seseorang berdagang di Fixed Time Trade?

Jika ia, mengapa sesetengah pedagang profesional serta ahli majoriti yang lain terus kehilangan wang dan kerap menyalahkan broker mereka?

Adakah mereka kehilangan beberapa maklumat rahsia yang hanya beberapa orang saja yang tahu? Apakah maklumat atau formula rahsia tersebut ? pemuda menggunakan telefon untuk melakukan trading di platform olymp trade

Sebelum kami memberikan jawapan untuk kesemua persoalan tersebut kami ingin terlebih dulu meminta maaf kerana terpaksa memecahkan rahsia ini. Sebenarnya tidak ada formula rahsia atau formula tersembunyi yang akan membuat anda kaya semalaman!

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa helah dan tips yang boleh anda gunakan dalam perdagangan yang akan membantu anda berada di hadapan berbanding dengan trader-trader biasa yang lain.

Panduan kepada Olymp Trade Strategy

Memandangkan persoalan bagaimana untuk menghasilkan wang di Olymp Trade banyak ditanyakan, jadi boleh lah disimpulkan bahawa perdagang biasanya lebih gemar untuk mengetahui rahsia atau strategi perdagangan berbanding  dari mengetahui berapa jumlah perdagang yang telah berjaya. 

Bahkan banyak pendatang baru dalam instrument Fixed Time Trade ini yang mengaku memiliki senjata rahsia tersebut. Akibatnya, terdapat banyak maklumat dan video di Internet tentang cara membuat wang di Olymp Trade. Tetapi, jenis maklumat yang lebih penting seperti pengurusan kewangan (martingale money management) tidak dititikberatkan. 

Seperti yang kami nyatakan tadi, sebenarnya tidak ada Olymp Trade Strategy yang khas, teknik rahsia atau formula tersembunyi untuk menghasilkan keuntungan di platform ini. Walau bagaimanapun 5 cara di bawah ini, boleh dijadikan panduan untuk melakukan perdagangan dengan lebih baik

sleep eat trade

Panduan #1: Kuncinya adalah ilmu dan pengetahuan

Olymp Trade StrategyTidak dapat dinafikan bahawa ilmu serta pengetahuan yang mencukupi adalah kunci kejayaan dalam sebarang bentuk perdagangan.

Dalam Fixed Time Trade, anda perlu membiasakan diri sepenuhnya dengan konsep seperti deposit wang, pengeluaran wang , masa tamat, harga strike dan lain-lain.

Ini adalah asas-asas perdagangan Fixed Time Trade.

Melompat masuk terus  ke dalam akaun sebenar tanpa pendidikan dan penyelidikan adalah sama seperti memandu kereta tanpa mengetahui bagaimana cara untuk melakukannya. Anda akhirnya cuma akan merosakkan kenderaan tersebut dan diri anda sendiri. 

Walau demikian, anda tidak perlu risau kerana Olymp Trade mempunyai Segment Education yang hampir lengkap yang boleh anda jadikan panduan untuk anda bermula. 

Panduan #2 : Gunakan Kuasa Akaun Demo

Olymp Trade Malaysia – Akaun Demo Vs Akaun Real


Perlatihan atau penggunaan akaun demo sering kali tidak diendahkan dalam erti kata lain tidak ramai pedagang menyedari kepentingan menggunakan akaun tersebut. 

Kebanyakan pedagang merasakan akaun tersebut hanya sebagai tempat mencuba (atau test drive) sesuatu platform itu sebelum mendepositkan wang.

Tetapi hakikatnya, anda harus mempertimbangkan dan menggunakan akaun demo sebagai alat latihan di mana anda seharusnya terus mencuba strategi yang berbeza dan melihat apa yang paling sesuai dan selesa untuk penggunaan anda. OT Blog Demo Accnt

Jangan risau jika anda kerugian ketika bertrading di situ kerana dana di dalam akaun tersebut tidak benar.

Kecuali data yang lain seperti keadaan pasaran, carta harga, dan sebagainya , kesemua yang tersebut adalah data yang nyata.

Dengan cara begini, ia dapat membantu anda mengekalkan serta mengawal emosi anda semasa anda menajamkan kemahiran dagangan anda.

Di Olymp Trade, akaun demo mereka menawarkan dana sehingga 10,000 unit dan anda boleh menggunakannya untuk berapa lama anda suka.

Jadi ambil kesempatan pada sesuatu yang percuma seperti akaun demo tersebut.

Panduan #3: Gunakan Tempoh Tamat Yang Panjang

Idea konvensional pedagang Fixed Time Trade adalah berdagang dalam jangka masa pendek dan pantas.

Sekiranya anda telah berdagang dengan Fixed Time Trade dalam jangka masa yang singkat, dan hanya mendapat sedikit kejayaan melalui cara tersebut, anda perlu memikirkan semula tentang cara yang anda guna itu dan mungkin menukar cara anda dengan membuka dagangan  dengan tempoh tamat yang lebih lama.

Biar saya jelaskan mengapa.    OT Blog Expiry Time

Dengan perdagangan jangka pendek yang kami maksudkan adalah perdagangan yang berlangsung dari 60 saat hingga 1 jam.

Walau bagaimanapun, jangka masa ini mungkin kelihatan menggoda sebagai cara cepat untuk menghasilkan wang, tetapi teknik sebenar adalah lebih baik bagi anda untuk membuka posisi yang mempunyai tempoh tamat yang lebih lama.

Sebabnya mudah, pasaran biasanya tidak menentu. Pasaran untuk aset tertentu, seperti forex atau crypto sangat tidak menentu. Perubahan harga adalah pesat dan sukar untuk dijangka dalam jangka masa yang lebih pendek.

Kebanyakan petunjuk akan memberi keputusan yang tidak meyakinkan dalam masa yang lebih singkat. Oleh itu, peluang anda untuk mengagak pergerakan carta dengan tepat akan berkurangan.

Jadi, jangan biarkan kerakusan membuat wang secara cepat merosakkan cara perdagangan anda. Cuba tukar strategi anda kepada tempoh tamat yang lebih lama. 

Panduan #4 : Gunakan kelebihan “Cancel A Losing Trade”

Fungsi ini memberikan kelebihan kepada anda untuk membatalkan hasil transaksi yang tidak diingini. Sekiranya anda mendapati bahawa selepas anda membuka posisi dan tidak lama selepas itu, carta telah mula bergerak (naik atau turun) dalam arah yang tidak seperti yang anda harapkan, anda boleh membatalkan perdagangan yang hilang dengan mudah.

Olymp Trade Strategy

Panduan #5: Menerapkan Minda Profesional

Anda mungkin mempunyai pengalaman, pengetahuan, dan alat untuk berjaya dalam perdagangan, tetapi tanpa pemikiran yang betul, anda tidak akan pergi jauh.

Apa yang memisahkan profesional dari seorang amatur selain kemahiran adalah pemikirannya.

Pedagang profesional juga mengalami kerugian.

Tetapi apa yang membezakan mereka dari anda adalah bahawa mereka mengambil kerugian sebagai pelajaran untuk bergerak lebih jauh dan maju.

Anda juga perlu mengubah dan menerapkan minda seperti  itu. Beberapa sifat yang dipunyai seorang trader profesional yang berjaya adalah:

Kata-kata semangat untuk trader yang baru bermula

Displin   

Penyesuaian diri

Kesabaran

Ketangguhan Mental

Ketabahan

 

 

Kesimpulannya

Jadi itulah serba sedikit perkongsian dari kami tentang Olymp Trade Strategy terbaik yang boleh menjadikan anda seorang pedagang Fixed Time Trade profesional.

Ingatlah bahawa menjadi seorang profesional bukan sesuatu yang dapat anda capai dalam masa sehari, atau seminggu, atau sebulan.

Ia akan mengambil masa bertahun-tahun, memerlukan latihan yang kerap serta tekun untuk mencari ilmu.

Salah satu sebab utama mengapa kebanyakan pedagang tidak berjaya adalah kerana mereka berputus asa terlalu mudah.

Mereka takut kehilangan pelaburan mereka dan teragak-agak berdagang.

Oleh itu, adalah bijak untuk melabur sebahagian kecil pelaburan anda (3-5%) dalam satu perdagangan.

Sebaik sahaja anda yakin dengan kemahiran dagangan anda, dan bersedia mengambil risiko yang lebih besar, anda boleh lah beralih ke perdagangan yang lebih besar.

Kami berharap dengan panduan yang diberikan , ianya serba sedikit membuka minda anda bahawa sebenarnya tiada strategi rahsia yang anda perlukan untuk berjaya. Kesemuanya bergantung pada ilmu dan kemahiran anda sendiri.

broker forex

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...