21.09.2020 Halaman Utama 0
Indikator MACD

Indikator MACD Alat Teknikal Paling Berharga

Indikator MACD merupakan penunjuk yang digunakan dalam analisis teknikal. Digunakan untuk mencari trend yang muncul, alat ini dianggap sebagai salah satu alat yang berharga bagi pedagang.

Marilah lihat maksud penunjuk ini, sebab ia digunakan di Platform Olymp Trade dan merupakan cara popular untuk memperoleh keuntungan dengan menggunakannya. 

FOREX 101 di platform olymp trade

Apakah itu MACD?

MACD merupakan oscillator yang membantu pedagang memerhatikan trend yang muncul. Pencarian trend merupakan salah satu kemahiran utama pedagang yang berjaya. Alat ini berupaya menghasilkan beberapa keputusan yang luar biasa, walau bagaimanapun, seperti mana-mana alat, ia mesti digunakan dengan betul. Namun, ia bukannya 100% tepat dan tiada penunjuk yang 100% tepat.

Indikator MACD

MACD merupakan gabungan dua garisan dan satu histogram: purata bergerak perlahan (hijau) dan purata bergerak pantas (jingga). Perbezaan antara dua garisan ditunjukkan oleh bar biru yang datang dari garisan tengah. Inilah tempat penunjuk ini mendapat namanya ‘penumpuan’ dan ‘penyimpangan’. 

Garisan yang lebih perlahan (hijau) dikira dengan mengambil purata ketinggian tertinggi dan kerendahan terendah bagi dua puluh enam tempoh sebelumnya, ditambah dengan purata dua belas tempoh masa terkini, dibahagikan dengan dua. 

Manakala garisan yang lebih pantas (jingga) dikira dengan memuratakan ketinggian tertinggi dan kerendahan terendah bagi sembilan tempoh sebelumnya.

Histogram (biru) yang terdapat di bahagian tengah sepanjang carta yang merebak dari garisan tengah (putih) mewakili perbezaan antara garisan jingga dengan hijau. 

Cara Menggunakan Indikator MACD

MACD merupakan oscillator rumit yang berguna dalam beberapa cara.

Indikator MACD

Isyarat pertama dan paling dipercayai, perhatikan dua purata bergerak untuk saling bersilang. Apabila garisan jingga yang bergerak lebih pantas bersilang di atas garisan hijau yang lebih perlahan, ia menandakan kemungkinan trend menaik. Sebaliknya, apabila garisan jingga tenggelam di bawah garisan hijau, trend menurun adalah berkemungkinan. 

Kedua, perhatikan garisan (jingga) yang lebih pantas melintasi garisan tengah (putih). Apabila garisan yang lebih pantas timbul di atas garisan tengah, trend mungkin menghala ke atas. Sebaliknya, keadaan yang bertentangan akan berlaku apabila garisan jingga jatuh di bawah garisan putih. Kaedah ini adalah kurang tepat berbanding kaedah di atas, tetapi masih merupakan isyarat yang baik untuk diperhatikan.

Cara yang ketiga adalah untuk memantau penyimpangan apabila garisan (hijau) yang lebih pantas bergerak bertentangan dengan sebut harga. Apabila aset membentuk kerendahan yang lebih rendah sementara garisan (MACD) hijau mencapai kerendahan yang lebih tinggi, penyimpangan bulis terbentuk. Jika aset mencapai ketinggian yang lebih tinggi dan garisan (hijau) MACD menemui ketinggian yang lebih rendah, penyimpangan bearis akan terbentuk. 

Untuk memanfaatkan kaedah terakhir memerlukan latihan untuk menggunakan teknik dengan betul. Latihan yang diperlukan boleh dilakukan dengan akaun demo, supaya dapat memahami nuansa cara yang terbaik untuk menggunakan kaedah lanjutan ini.

Penggunan Indikator MACD dan RSI di Platform Olymp Trade

Penyediaan Indikator MACD

Penambahan carta MACD di bawah carta aset di Olymp Trade adalah mudah. Di bahagian bawah carta harga di sebelah kiri, terdapat tiga butang dengan simbol di atasnya. Klik di tengah, butang “Alat” dengan jangka sudut di atasnya untuk membuka senarai penunjuk dan oscillator.

Senarai alat akan dibuka di sebelah kiri, berdekatan bahagian bawah, tetapi di atas bahagian ‘Oscillator’, anda akan nampak MACD. Klik pada nama tersebut dan carta akan muncul di bawah carta harga aset.

Warna dan tempoh dipratetap seperti berikut: 

Garisan (hijau) yang lebih perlahan dikira dengan mengambil purata bagi dua puluh enam tempoh sebelumnya dan dua belas tempoh masa terkini. 

Garisan (jingga) yang lebih pantas dikira dengan memuratakan sembilan tempoh sebelumnya.

Tempoh dan warna untuk garisan ini boleh diubah. Luangkan masa untuk memahami cara penyelarasan ini membantu atau menghalang ketepatan isyarat.

Indikator MACD

Histogram (biru) di sepanjang bahagian tengah boleh berubah warna, tetapi memandangkan ia merupakan perbezaan antara dua garisan yang lain, ia tidak boleh diselaraskan sendiri. Walau bagaimanapun, perubahan tempoh untuk salah satu atau kedua-dua garisan akan mempengaruhi histogram. 

Trade dengan Indikator MACD

Buat lebih banyak dagangan termaklum dengan MACD. Dengan memerhatikan oscillator dan hanya memfokuskan garisan hijau dan garisan jingga saling bersilang, anda akan nampak cara trend bertukar.

Indikator MACD

Bagi pedagang Forex, persilangan garisan selalunya mewakili masa yang baik untuk membuka atau menutup dagangan, kerana ia mewakili kedua-dua permulaan dan penamatan trend pada masa yang sama. 

Berdasarkan carta di atas, jika seorang pedagang membuka dagangan naik apabila garisan hijau bersilang di atas garisan jingga pada 22:00, 9 Jun dan menutup dagangan apabila garisan saling bersilang balik, pedagang tersebut akan memperoleh keuntungan. 

Pedagang Fixed Time boleh memanfaatkan trend yang sama dengan membuka dagangan dengan trend tersebut apabila persilangan berlaku. Walau bagaimanapun, lebih cermat untuk berhenti membuat dagangan ini kerana garisan (hijau) MACD kehilangan momentum. Pada carta di atas, kita nampak bahawa garisan MACD mempunyai dua kejatuhan dalam momentum sebelum bersilang balik di bawah garisan jingga. Apabila trend menjadi lemah, ia kurang bermanfaat untuk Fixed Time Trade.

Strategi Guna MACD 12,26,9 di Platform Olymp Trade

Kekangan Penggunaan MACD

Penunjuk MACD dianggap berfungsi paling baik dalam pasaran yang mengikut trend. Disebabkan hal tersebut ia  mengehadkan penggunaannya untuk trader yang bergantung pada strategi tertentu. Sebagai contoh, pasaran yang terikat dengan julat biasanya akan memberikan isyarat yang salah apabila menggunakan MACD.

Trader perlu benar-benar memahami MACD serta waktu yang sesuai untuk menggunakan penunjuk ini untuk mengoptimumkan penggunaannya. Tidak dinafikan trader baru mungkin mendapati penunjuk ini sukar untuk digunakan pada mulanya. Itulah sebabnya belajar mengenai asas Moving Average dan asas EMA akan memberi manfaat kepada trader yang ingin menggunakan penunjuk MACD secara serius.

Kebaikan dan Keburukan MACD

MACD membantu mengemaskan carta saham dan membolehkan anda melihat apa yang berlaku dalam gambaran yang lebih besar. Jadi ia cara yang bagus untuk melihat sama ada anda perlu memasuki kedudukan panjang atau pendek. Pada masa yang sama anda juga boleh melihat sama ada arah trend sedang memerlahan atau sedang meningkat. Di mana ia menunjukkan waktu sama ada anda mungkin membuat pembelian atau jualan.

Walaupun demikian, seperti penunjuk yang lainnya, MACD bukanlah bola kristal. Sebagai contoh “divergence” boleh menunjukkan kemungkinan adanya pembalikan harga, tetapi ia tidak semestinya berlaku. Terdapat keadaan “false positive” bila menggunakan MACD. Terdapat juga perubahan dalam harga yang gagal diramalkan oleh MACD. Di samping itu, sangat digalakkan untuk trader menggunakan MACD seiring dengan penunjuk lain. Ini penting untuk menentukan sama ada keadaan adalah terlebih beli atau terlebih jual.

Kebaikan

  • Dapat melihat trend harga dari semasa ke semasa.
  • Dapat mentukan sama ada ia adalah masa untuk membuka kedudukan panjang atau kedudukan pendek.
  • Membantu anda mencari momen yang baik untuk membuat pembelian atau penjualan.

Keburukan

  • Divergence boleh menunjukkan pembalikan harga yang tidak akan berlaku dan tidak menunjukkan pembalikan harga yang sebenarnya berlaku
  • Tidak boleh dipercayai 100% untuk menunjukkan dengan pasti sama ada sesuatu aset itu terlebih beli atau terlebih jual

Kesimpulan

Apabila berdagang saham atau forex, terdapat banyak cara yang anda boleh cuba untuk mendapatkan keuntungan. Adalah penting untuk mempunyai satu strategi yang kukuh, terutamanya dengan pasaran forex yang semakin hari semakin ramai trader menyertainya. Malah mempamerkan aktiviti mereka ini di media sosial.

Tidak semua penggunaan penunjuk masuk akal atau pun sesuai untuk digabungkan dengan strategi trading anda anda. Tetapi adalah bagus untuk membiasakan diri dengan kesemuanya. Dari situ anda boleh mengetahui penunjuk atau strategi mana yang boleh memberi anda keuntungan dan patut berada dalam dalam peralatan trading anda.

Dengan Moving Average Convergence Divergence, anda boleh memperlahankan harga yang sentiasa berubah-ubah. Keadaan itu sudah cukup untuk mengetahui ke arah mana sesuatu aset itu sedang trending. Tetapi ingat, ia tidak memberitahu anda semua perkara yang anda perlu tahu. Tapi sebelum anda membuka kedudukan panjang atau pendek, semak dahulu carta MACD dan lihat jika anda suka apa yang diberitahu oleh penunjuk tersebut kepada anda.

MACD bukannya sempurna, ia boleh memberikan isyarat palsu seperti penunjuk yang lain, tetapi dengan latihan yang secukupnya, anda boleh meminimumkan risiko anda. Alat ini boleh membantu menaikkan perdagangan anda ke tahap seterusnya.

Mula berlatih dengannya di akaun demo Olymp Trade dan lihat cara ia membantu anda mendapatkan lebih banyak keuntungan.

Cubalah MACD hari ini!

Best of forex malaysia platform (1)

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...