21.09.2020 Halaman Utama 0

Indikator MACD merupakan penunjuk yang digunakan dalam analisis teknikal. Digunakan untuk mencari trend yang muncul, alat ini dianggap sebagai salah satu alat yang berharga bagi pedagang.

Marilah lihat maksud penunjuk ini, sebab ia digunakan di Platform Olymp Trade dan merupakan cara popular untuk memperoleh keuntungan dengan menggunakannya. 

 

Apakah itu MACD?

MACD merupakan oscillator yang membantu pedagang memerhatikan trend yang muncul. Pencarian trend merupakan salah satu kemahiran utama pedagang yang berjaya. Alat ini berupaya menghasilkan beberapa keputusan yang luar biasa, walau bagaimanapun, seperti mana-mana alat, ia mesti digunakan dengan betul. Namun, ia bukannya 100% tepat dan tiada penunjuk yang 100% tepat.

OT Blog MACD 1

 

MACD merupakan gabungan dua garisan dan satu histogram: purata bergerak perlahan (hijau) dan purata bergerak pantas (jingga). Perbezaan antara dua garisan ditunjukkan oleh bar biru yang datang dari garisan tengah. Inilah tempat penunjuk ini mendapat namanya ‘penumpuan’ dan ‘penyimpangan’. 

Garisan yang lebih perlahan (hijau) dikira dengan mengambil purata ketinggian tertinggi dan kerendahan terendah bagi dua puluh enam tempoh sebelumnya, ditambah dengan purata dua belas tempoh masa terkini, dibahagikan dengan dua. 

Manakala garisan yang lebih pantas (jingga) dikira dengan memuratakan ketinggian tertinggi dan kerendahan terendah bagi sembilan tempoh sebelumnya.

Histogram (biru) yang terdapat di bahagian tengah sepanjang carta yang merebak dari garisan tengah (putih) mewakili perbezaan antara garisan jingga dengan hijau. 

 

Cara Menggunakan Indikator MACD

MACD merupakan oscillator rumit yang berguna dalam beberapa cara.

OT Blog MACD 2

Isyarat pertama dan paling dipercayai, perhatikan dua purata bergerak untuk saling bersilang. Apabila garisan jingga yang bergerak lebih pantas bersilang di atas garisan hijau yang lebih perlahan, ia menandakan kemungkinan trend menaik. Sebaliknya, apabila garisan jingga tenggelam di bawah garisan hijau, trend menurun adalah berkemungkinan. 

Kedua, perhatikan garisan (jingga) yang lebih pantas melintasi garisan tengah (putih). Apabila garisan yang lebih pantas timbul di atas garisan tengah, trend mungkin menghala ke atas. Sebaliknya, keadaan yang bertentangan akan berlaku apabila garisan jingga jatuh di bawah garisan putih. Kaedah ini adalah kurang tepat berbanding kaedah di atas, tetapi masih merupakan isyarat yang baik untuk diperhatikan.

Cara yang ketiga adalah untuk memantau penyimpangan apabila garisan (hijau) yang lebih pantas bergerak bertentangan dengan sebut harga. Apabila aset membentuk kerendahan yang lebih rendah sementara garisan (MACD) hijau mencapai kerendahan yang lebih tinggi, penyimpangan bulis terbentuk. Jika aset mencapai ketinggian yang lebih tinggi dan garisan (hijau) MACD menemui ketinggian yang lebih rendah, penyimpangan bearis akan terbentuk. 

Untuk memanfaatkan kaedah terakhir memerlukan latihan untuk menggunakan teknik dengan betul. Latihan yang diperlukan boleh dilakukan dengan akaun demo, supaya dapat memahami nuansa cara yang terbaik untuk menggunakan kaedah lanjutan ini.

 

Cara Menyediakan MACD

Penambahan carta MACD di bawah carta aset di Olymp Trade adalah mudah. Di bahagian bawah carta harga di sebelah kiri, terdapat tiga butang dengan simbol di atasnya. Klik di tengah, butang “Alat” dengan jangka sudut di atasnya untuk membuka senarai penunjuk dan oscillator.

Senarai alat akan dibuka di sebelah kiri, berdekatan bahagian bawah, tetapi di atas bahagian ‘Oscillator’, anda akan nampak MACD. Klik pada nama tersebut dan carta akan muncul di bawah carta harga aset.

Warna dan tempoh dipratetap seperti berikut: 

Garisan (hijau) yang lebih perlahan dikira dengan mengambil purata bagi dua puluh enam tempoh sebelumnya dan dua belas tempoh masa terkini. 

Garisan (jingga) yang lebih pantas dikira dengan memuratakan sembilan tempoh sebelumnya.

Tempoh dan warna untuk garisan ini boleh diubah. Luangkan masa untuk memahami cara penyelarasan ini membantu atau menghalang ketepatan isyarat.

OT Blog MACD 3

Histogram (biru) di sepanjang bahagian tengah boleh berubah warna, tetapi memandangkan ia merupakan perbezaan antara dua garisan yang lain, ia tidak boleh diselaraskan sendiri. Walau bagaimanapun, perubahan tempoh untuk salah satu atau kedua-dua garisan akan mempengaruhi histogram. 

 

Berdagang dengan Indikator MACD

Buat lebih banyak dagangan termaklum dengan MACD. Dengan memerhatikan oscillator dan hanya memfokuskan garisan hijau dan garisan jingga saling bersilang, anda akan nampak cara trend bertukar.

OT Blog MACD 4

 

Bagi pedagang Forex, persilangan garisan selalunya mewakili masa yang baik untuk membuka atau menutup dagangan, kerana ia mewakili kedua-dua permulaan dan penamatan trend pada masa yang sama. 

Berdasarkan carta di atas, jika seorang pedagang membuka dagangan naik apabila garisan hijau bersilang di atas garisan jingga pada 22:00, 9 Jun dan menutup dagangan apabila garisan saling bersilang balik, pedagang tersebut akan memperoleh keuntungan. 

Pedagang Fixed Time boleh memanfaatkan trend yang sama dengan membuka dagangan dengan trend tersebut apabila persilangan berlaku. Walau bagaimanapun, lebih cermat untuk berhenti membuat dagangan ini kerana garisan (hijau) MACD kehilangan momentum. Pada carta di atas, kita nampak bahawa garisan MACD mempunyai dua kejatuhan dalam momentum sebelum bersilang balik di bawah garisan jingga. Apabila trend menjadi lemah, ia kurang bermanfaat untuk Fixed Time Trade. 

 

Kesimpulan

MACD bukannya sempurna, ia boleh memberikan isyarat palsu seperti penunjuk yang lain, tetapi dengan latihan yang secukupnya, anda boleh meminimumkan risiko anda. Alat ini boleh membantu menaikkan perdagangan anda ke tahap seterusnya. Mula berlatih dengannya di akaun demo Olymp Trade dan lihat cara ia membantu anda mendapatkan lebih banyak keuntungan.

Cubalah MACD hari ini!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...