06.07.2020 Halaman Utama 0

Pembacaan Batang Lilin Jepun adalah Penting bagi Pedagang

Setiap pedagang perlu memahami cara untuk mentafsirkan keadaan pasaran. Batang lilin Jepun merupakan salah satu penunjuk utama yang digunakan untuk perdagangan yang berjaya. Oleh itu, pembelajaran asas carta batang lilin adalah penting untuk mula berdagang.

Penampilan carta pasaran yang rumit merupakan salah satu halangan terbesar bagi orang yang berminat untuk melakukan trading. Lebih-lebih lagi untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan tambahan. Walau bagaimanapun, carta ini tidak serumit seperti yang dilihat. Panduan pantas kami tentang batang lilin Jepun akan membolehkan anda faham dengan lebih cepat.

 

Apa Yang Anda Perlu Tahu

Demi menjayakan sesuatu perkara, termasuklah perdagangan, seseorang perlu menangani kemahiran yang diperlukan. Anda tidak dapat membina sebuah rumah tanpa pengetahuan untuk membaca cetakan biru, menggunakan alat-alat dan mengukur kerja anda.

Begitu juga dengan perdagangan dan percaya atau tidak, perdagangan tidak serumit membina rumah. Malah, perdagangan jauh lebih mudah daripada membina rumah.

Langkah pertama dalam pembelajaran perdagangan pasaran adalah dengan mempelajari cara untuk mentafsirkan perkara yang sedang berlaku dalam pasaran dan pedagang profesional menggunakan alat pengukur yang dikenali sebagai batang lilin Jepun untuk mengenal pasti perkara yang sedang berlaku dalam pasaran dengan pantas.

 

Cara Membaca Batang Lilin Jepun

Dalam panduan pantas yang berikut, saya telah merangkakan maksud batang lilin Jepun, mekanik cara ia dipaparkan dan cara untuk mentafsirkan.

Dalam tangkapan skrin yang pertama, anda dapat lihat sebuah carta untuk emas dalam akaun Olymp Trade saya. Anak panah merah menunjukkan tempat untuk saya menetapkan batang lilin Jepun dalam carta dan untuk rangka masa 15 minit untuk carta tersebut. Kawasan yang diserlahkan merangkumi 4 batang lilin yang akan kita lihat dengan lebih terperinci.

OT Blog Reading 1

Di bawah, kita dapat lihat 4 batang lilin daripada gambar sebelumnya, tetapi kita akan memfokuskan pada batang lilin yang pertama dan kedua. Keutamaan di sini adalah untuk memahami tempat batang lilin mula dan tamat dalam tempoh 15 minit. 

 

OT Blog Reading 2

 

Memandangkan batang lilin pertama berwarna merah, kita tahu bahawa harga emas telah menurun dalam tempoh 15 minit ini. Kotak merah mewakili harga mula dan harga akhir untuk emas. Harga telah menurun, oleh itu dasar batang lilin yang pertama merupakan harga akhir (anak panah merah pertama).

Garis di antara batang lilin yang pertama dan kedua menunjukkan tempat harga tamat dalam rangka masa 15 minit yang pertama dan tempat harga bermula untuk rangka masa 15 minit yang kedua. Anda dapat lihat bahawa batang lilin kedua berwarna hijau, oleh itu kita tahu bahawa harga emas telah meningkat dalam tempoh 15 minit yang kedua.

 Keutamaan di sini merupakan kotak utama batang lilin kerana ia menunjukkan harga mula dan harga akhir untuk mana-mana rangka masa. Harga akhir menetapkan permulaan batang lilin baharu, oleh itu mana-mana dua batang lilin akan selalu mempunyai tahap harga sama yang menunjukkan penamat satu batang lilin dan permulaan batang lilin yang seterusnya (garis dan anak panah kedua).

OT Blog Reading 3

 

Cara Membaca Sumbu Batang Lilin Jepun

Butiran yang seterusnya tentang batang lilin Jepun merupakan “sumbu” batang lilin. Sumbu ini menunjukkan harga tertinggi dan terendah aset dalam tempoh yang diberikan. Dalam kes yang ditunjukkan di atas, batang lilin hijau kita mempunyai dua sumbu – satu di bawah kotak utama dan satu di atas.

Dengan melihat empat batang lilin ini yang mewakili 1 jam dalam carta emas, kita boleh memahami beberapa perkara. Pertama, harga menurun sepanjang haluan dalam jam tersebut kerana bahagian atas batang lilin yang pertama lebih tinggi daripada dasar batang lilin yang terakhir.

Kedua, harga telah menurun dalam 3 daripada tempoh 15 minit, tetapi meningkat dalam tempoh kedua (batang lilin hijau).

 Akhirnya, kita dapat lihat bahawa sumbunya amat kecil, menandakan bahawa titik tertinggi dan terendah emas dalam rangka masa ini adalah dekat dengan harga mula dan harga tamat dalam rangka masa tersebut. Ini tidak selalu berlaku, seperti yang boleh anda lihat di bawah.

OT Blog Reading 4

 

Gambar di atas menunjukkan beberapa lagi batang lilin daripada carta emas. Seperti yang anda boleh lihat, batang lilin akan terbentuk dalam banyak rupa dan bentuk yang berbeza. Para pedagang akan menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan pembentukan ini.

Anak panah yang pertama menunjukkan penurunan. Tapi kita boleh nampak satu sumbu panjang yang ketara di bawah. Ia membawa maksud bahawa harga terendah dalam tempoh ini adalah jauh lebih rendah daripada kedua-dua harga mula dan harga akhir dalam tempoh yang sama. Bentukan ini selalunya digelar sebagai “penukul” disebabkan bentuknya.

Anak panah yang kedua menunjukkan batang lilin dengan bentuk yang berlawanan. Dalam kes ini, harga dagangan tertinggi untuk emas jauh lebih tinggi daripada harga mula dan harga akhir.  Pergerakan ini telah membentukkan “penukul terbalik”.

Anak panah yang ketiga menunjukkan batang lilin yang hampir menyerupai sebuah penukul. Walaubagaimanapun ia tidak begitu serupa kerana saiz sumbu atas ketara lebih tinggi daripada kotak utama.

Anak panah yang keempat menunjukkan satu lagi jenis batang lilin yang dikenali sebagai “doji”, iaitu harga mula dan harga akhir aset dalam tempoh ini hampir sama, tetapi dalam rangka masa tersebut, harga dagangannya jauh lebih tinggi dan lebih rendah daripada harga mula dan harga akhir.

 

Mengambil Langkah yang Seterusnya dalam Perdagangan

Memandangkan kini anda telah mempunyai asas yang kukuh untuk membaca carta menggunakan batang lilin Jepun, ini masa yang baik untuk membuka sebuah akaun dagangan. Dengan cara itu anda dapat mempraktikkan pengetahuan baharu anda dan menambah kemahiran anda dengan lebih lanjut.

Saya sangat mengesyorkan platform Olymp Trade kepada pemula atas beberapa sebab. Pertama, anda boleh membuka sebuah akaun dengan hanya $10 USD.  Anda akan dapat akaun demo percuma dengan $10,000 dalam wang maya.

Kedua, mereka bukan sahaja memberikan pelanggan mereka semua alat analisis profesional yang anda perlukan untuk berjaya, malah mereka memberikan pendidikan tentang cara untuk menggunakannya  dengan sebaik mungkin melalui webinar percuma, tutorial dan juga perundingan dengan penganalisis kewangan pakar.

 Artikel ini hanya merangkumi asas untuk membaca dan memahami batang lilin Jepun. Walau bagaimanapun, untuk artikel yang terperinci tentang cara untuk menggunakan batang lilin Jepun untuk mengenal pasti corak untuk perdagangan yang berjaya, lihat artikel saya tentang  Strategi Dagangan Batang Lilin Jepun.

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...