X

Olymp Trade Penipu ? Sejauh mana kebenarannya ….

Benarkah Olymp Trade Penipu Dan Hanya Satu Platform Scam?

Terdapat peningkatan spekulasi mengenai legitimasi Platform Olymp Trade Malaysia. Ramai juga yang mengatakan Olymp Trade penipu. Mungkin persoalan ini timbul kerana buat masa ini Olymp Trade hanya didaftarkan di bawah pengawal seliaan yang tidak begitu di kenal pasti atau pun tidak begitu terkenal di Malaysia.

Artikel ini akan mengeksplorasikan lebih lanjut tentang broker Olymp Trade.  Ia juga akan menjawab pertanyaan-pertanyaan panas anda tentang sama ada Olymp Trade Malaysia adalah satu broker yang menipu atau pun tidak.

Tapi pertama sekali, mari lihat siapa itu broker Olymp Trade.

Apa dan siapakah broker Olymp Trade?

Dilancarkan pada tahun 2014, Olymp Trade adalah platform dagangan yang semakin popular di kalangan pedagang baru mahu pun yang berpengalaman. Melalui platform ini, setiap pedagang boleh menggunakan pelbagai instrumen untuk mengakses pasaran mengikut pilihan mereka.

Jika anda pernah mencari di internet tentang “Ulasan mengenai Olymp Trade” atau carian lain seperti “Olymp Trade Penipu”, anda mungkin dapat melihat beberapa komen yang mencetuskan pelbagai keraguan terhadap broker ini.

Walaubagaimanapun berita baiknya adalah Olymp Trade merupakan ahli Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa (FinaCom). Salah satu kelebihan menjadi anggota ini ialah FinaCom akan mengasuransikan setiap pedagang secara efektif pada platform ini. Mereka akan menyediakan perlindungan kepada pedagang dari aktiviti penipuan dari pihak broker.

Tugas-tugas FinaCom

Menurut FinaCom, mereka akan bertindak sebagai perantara pihak ketiga di antara Olymp Trade dan pedagang. Misalnya , jika seorang pedagang merasakan mereka telah ditipu atau broker tidak bertindak adil terhadap mereka FinaCom akan membantu menyelesaikan pertikaian tersebut dengan menyediakan perlindungan kepada pedagang dengan dananya sehingga $ 20,000 setiap kes.

Selain daripada itu, menjadi ahli FinaCom, dengan jelas menunjukkan tahap kualiti dan perkhidmatan serta profesionalisme yang tinggi terhadap pelindungan pelanggan.  Finacomm tidak mudah menerima sebuah syarikat tanpa mengesahkan proses, sejarah, dan dasarnya. Satu perkara yang pasti kualiti perkhidmatan harus menjadi tumpuan utama mereka.

Bagaimanapun, dari sudut pandangan objektif, ada suara-suara yang merasakan pertanyaan sebenarnya adalah apakah FinaCom dapat memberikan keselamatan yang sama dengan apa yang dapat disediakan oleh penyedia arus perdana seperti CySEC? Walaupun jawapannya hanya waktu yang akan menentukan tetapi itu bukan bermakna Olymp Trade penipu.

FinaCom membuktikan bahawa ia tidak dikawal atau didaftarkan sebagai badan EDR (external dispute resolution) di bidang kuasa. Tetapi ia terus menyatakan bahawa ketelusan, kepantasan, dan pendidikan adalah nilai terasnya yang utama. Apabila dihubungi berhubung peraturan, FinaCom mendakwa mereka telah memohon lesen di CySEC, yang merupakan perkara yang baik . (Kami akan mengemas kini artikel ini sebaik sahaja mereka mendapatkannya)

Walaupun begitu, kita sebagai orang biasa masih lebih cenderung kepada pihak berkuasa pengawal seliaan kerajaan. Hanya seorang pakar yang dapat mengetahui apakah peraturan dan keperluan undang-undang Finacomm ini sepadan dengan keperluan undang-undang pihak berkuasa kerajaan yang sememangnya boleh dipercayai.

Sekarang mari kita kembali kepada persoalan apakah Olymp Trade penipu?

Adakah Olymp Trade Penipu?

Perdagangan mempunyai risiko yang tinggi – tidak ada keraguan tentang hal itu. Bahkan para pedagang yang terbaik sekalipun pasti pernah kehilangan wang sewaktu berdagang. Kami percaya ada banyak cara yang lebih baik untuk benar-benar menghasilkan wang secara online. Walaubagaimanapun berdagang seringkali berada di senarai 3 teratas untuk orang ramai mencuba dalam meraih rezeki mereka secara online.

Sedang kita sibuk mencari peluang yang sah untuk menambah pendapatan sampingan, seringkali juga kita cenderung untuk bertemu dengan individu-individu atau syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab. Itu lah juga yang terjadi kepada Olymp Trade di mana nama baik mereka telah dicemarkan oleh orang-orang seperti ini.

Sejak dari awal tahun ini Olymp Trade telah menjadi sebutan di kalangan trader-trader FTT di Malaysia. Popularitinya semakin meningkat dan kebanyakan pedagang tegar mula beralih arah dari broker lama mereka ke platform Olymp Trade. Tidak dinafikan platform ini  sememangnya mempunyai interface yang lebih mesra pengguna berbanding MT4 atau MT5 yang mereka gunakan.

Kami juga mendapati yang iklan Olymp Trade juga semakin merata-rata dan seringkali dapat di lihat di suapan Facebook , Youtube ataupun Google. Dan kami pasti siapa saja yang tercari-cari tentang trading FTT atau Forex pasti akan bertemu dengan iklan yang sama.

 

Modus Operandi Si Scammer

Di bawah adalah bukti serta cara yang digunakan oleh scammer yang menggunakan nama Olymp Trade untuk menipu orang ramai.

(1) Mengambil kesempatan Ke Atas Populariti Olymp Trade

Apa yang ingin kami kongsikan adalah satu artikel yang kami temui semasa melayari laman web trading berbahasa Melayu. Ini adalah contoh di mana terdapat individu ataupun syarikat yang tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan populariti Olymp Trade untuk kepentingan mereka sendiri.

Secara ringkasnya artikel itu telah menceritakan tentang seorang seorang jurutera perisian berusia 27 tahun dari Kajang yang telah membangunkan sebuah aplikasi mudah alih yang baru. Aplikasi ini adalah “Platform Olymp Trade” yang sedang kita bincangkan sekarang ini. Artikel itu kemudiannya menceritakan lagi bahawa pemuda ini sekarang sudah pun menjadi jutawan dan menjana USD1200(RM 5000) dari rumah hanya dengan membuat trading satu jam sehari!!!

Kisah-kisah dongeng dan tidak munasabah sebegini , jika kita cari memang banyak yang akan kita jumpa. Kebanyakan individu atau syarikat yang mengunakan modus operandi seperti ini adalah affiliate member kepada platform itu sendiri. Maksudnya jika anda mendaftar masuk melalui tautan yang mereka kongsi di artikel mereka, mereka yang akan mendapat komisen dari pendaftaran anda.

Jadi para trader haruslah berhati-hati dalam mempercayai apa-apa yang anda baca kerana biasanya perkara-perkara yang terlalu indah ini pasti ada perangkap di sebaliknya.

 

 

(2) Keuntungan Yang Tidak Masuk Akal !

Satu lagi taktik scam paling hebat yang menggunakan nama Olymp Trade yang ingin kami kongsikan ialah penipuan menggunakan Aplikasi Whatsapp dan Telegram. Kami katakan mereka ini hebat kerana mereka sudah berjaya menipu beratus-ratus orang yang melibatkan ratusan ribu ringgit.

Modus Operandi gerakan penipuan yang sedang berleluasa ini sangat mudah iaitu dengan menghubungi mangsa mereka menggunakan aplikasi whatsapp ataupun telegram.

Mereka kononnya menawarkan pakej-pakej trading yang menjanjikan pulangan yang sangat lumayan. Bayangkan anda boleh mendapat keuntungan 200% dalam masa 6 jam!!!!! Melabur RM5000, dalam 6 jam anda akan mendapat RM30,000 !! Sangat menarik bukan ??? Tetapi untuk mereka yang berfikir panjang , tidak mungkin wang boleh datang bergolek semudah itu tanpa perlu berbuat apa-apa. Dan satu lagi, trading itu sendiri tidak mudah. Risikonya tinggi dan malah peratusan kerugian itu lebih tinggi dari keuntungan. Jadi mana mungkin mereka boleh menjanjikan keuntungan setinggi itu dalam waktu 6 jam ! Terlalu ketara sekali penipuan yang mereka lakukan.

Tetapi malangnya, masih ada juga yang tertipu dengan janji yang tidak masuk akal ini. Golongan seperti ini sebenarnya mahukan wang mudah, ingin cepat kaya tetapi tidak mahu atau malas untuk berusaha. Sayang sekali 🙁

Yang Dijanjikan

 

Kenyataannya

 

Jika anda ingin membaca pengalaman-pengalaman mereka yang telah tertipu dengan skim tersebut , anda boleh baca di laman facebook rasmi Olymp Trade 

Pedagang Harus Bijak Menilai

Pada kami, tidak salah jika anda ingin menyertai mana-mana kumpulan whatsapp atau telegram untuk tujuan pembelajaran. Tetapi anda haruslah berhati-hati dengan ajakan atau tawaran dari mana-mana individu yang tidak anda kenali. Lebih-lebih lagi jika mereka mengaku mereka adalah wakil dari Olymp Trade.

Harus diingat bahawa, Olymp Trade tidak pernah menggunakan orang ketiga untuk mewakili mereka. Di platform ini, semua aktiviti haruslah dilakukan sendiri. Anda berlatih di demo akaun sendiri, membuat deposit sendiri , berdagang sendiri dan membuat pengeluaran sendiri. Jika ada yang menawarkan anda membuat aktiviti-aktiviti yang kami sebutkan tadi, mereka pasti mempunyai niat yang tidak baik ataupun ada kepentingan tersembunyi.

Jadi para trader anda harus bijak dalam menilai mana satu perkara yang betul ataupun tidak apabila ianya berkaitan dengan Olymp Trade.

Jadi apa benar Olymp Trade Penipu?

Adakah Olymp Trade penipu ? Jika anda masih rasa was-was terhadap broker ini kami sarankan agar anda menyertai mana-mana komuniti facebook yang ada terutamanya Facebook Rasmi Olymp Trade ataupun Facebook Olymp Trade Malaysia. Di situ ada boleh mendapat berita terkini tentang perkembangan sebenar Olymp Trade. Anda juga boleh berkongsi-kongsi pendapat dan strategi perdagangan anda. Berita-berita tentang penipuan atau aktiviti scam yang menggunakan nama Olymp Trade juga dikongsikan di situ supaya para trader lebih peka dan lebih berhati-hati.

Sebagai kesimpulan, Olymp Trade menandai semua kotak broker Fixed Time Trades yang boleh dipercayai termasuklah ia menawarkan perlindungan pedagang, yang disokong oleh FinaComm , seperti yang kita bincangkan awal tadi. Kami mendapati tiada tanda yang membayangkan Olymp Trade penipu. Bahkan kerana ia semakin mendapat tempat di kalangan para trader maka Olymp Trade telah menjadi mangsa golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Categories: Halaman Utama
Admin_as:

View Comments (128)

  • Any smart person will understand at once that Olymp Trade is not a scam. The company is quite popular and well-known all around the world, and its reputation is better than that of the majority Forex-brokers. That's why there's no doubting the company's honesty. As for the fact that some scams are trying to abuse the good name of this brand in order to deceive people... well, it's no surprise either. You just have to watch out and be able to tell the true Olymp Trade from the fraudulent fake, that's all I can recommend you.

    • Yes it is very frustrating and sad at the same time. We try to educate traders but many take the opportunity to cheat people. Now everything is up to the trader themselves. Hopefully they are smart enough to choose.

      • You know, it's not that simple. I agree that olymp's reputation is good, and it's well deserved. But it's not good for the competition either. Recently I've seen an article in the olymp trade scam format, that's how they wrote it. If I hadn't worked for this broker myself, I would have been terrified, that's how other people can read and believe.

        • You know, there are a lot of swindlers among brokers, so it's no wonder that a lot of brokers are a little biased.
          But when I see something in the Olymp Trade scam format it even hurts me, because not so often normal companies meet, and they are also unjustifiably criticized.

  • Can’t believe that some people still believe in these miraculous stories of how someone turned 1 dollar into a million in just one month. I trade at Olymp and I know that even +10% or 20% monthly to your deposit is actually something to be proud of. I know some people are capable to make more than that trading options, but not millions out of air. So be reasonable, trade smart!

    • Those who are scammed usually only want to get rich quick but are lazy to work hard.

  • Artikel yang menarik. Menjawab semua persoalan saya tentang Olymp Trade. Memang selama ni saya ingat Olymp Trade penipu. Mungkin sebab tak banyak perkongsian tentang berita-berita sebegini. Terima kasih atas pencerahan yang diberikan.

  • terima kasih atas artikel dn maklumat ini..alhamdulillah sy tidak terjebak dgn penipuan dari org2 yg tak bertanggungjawab ini.merosakkan Nama Olymtrade itu sendiri.tak kan lah pihak olymtrade itu sndiri tak buat report utk bersihkan namanya sendiri Dr segelintir org2 yg tak bertanggungjawab ini.sy byk belajar sndiri dgn youtuber yg ilmuan dlm bidang trader pada Olymtrade.

    • Olymp Trade berusaha apa yang boleh untuk membersihkan nama mereka. Namun, walau banyak mana pun amaran yang diberikan , semuanya terpulang kepada trader itu sendiri untuk memilih sama ada mahu ditipu atau berusaha keras untuk berjaya.

  • This is really sad that some people use Olymp Trade name for scam purposes. This can ruin the reputation of my favorite broker! But I always wonder who are all those people, believing that making 600% a day is easy or even possible. Olymp Trade educational programs and Facebook groups that you’ve mentioned in the article keep promoting the idea that trading is a job, which you have to do well in order to profit. I think this is the reason so many people choose OT. We are all so tired of unfulfilled promises that many brokers give, claiming you can make a fortune out of air.

    • Many FB posts, articles and warnings have been provided to the traders. But unfortunately these scammer victims are the ones who have never heard of Olymp Trade name before. So they don’t know the existence of legit Olymp Trade. Because they want to get rich quick, these groups are the ones who are easy to be fooled by such irresponsible scammers. So sad.

  • While reading about olymp trade I’ve noticed that this company does it’s best to educate people and avoid misleading them into conclusion that trading is a risk-free way to earn fortunes. Affiliate program scammers do promote the idea that trading options is as easy as tossing a coin. This is NOT true. Trading is a hard work. Well done, Olymp, that you fight this widespread illusion of easy money. Advice: exclude fake millionaires from your affiliate programs, clean up this world from scam!

    • Olymp Trade is indeed trying hard to make this platform a safe platform for everyone.

  • I can’t understand people who say olymp trade scam is obvious. How would that be obvious? Do they ever refuse to withdraw your funds? Do they make you press wrong buttons? No, they don’t!
    Of course if you are stupid enough to believe scammers who promise you to earn billions in a year and then you can’t - you will find the way to accuse somebody. This is sad that olymp’s reputation can suffer because of such people. Thanks for sharing the information!

    • Yes it is very frustrating and sad at the same time. We try to educate traders but many take the opportunity to cheat people. Now everything is up to the trader themselves. Hopefully they are smart enough to choose.

    • There are people that say something like that, as they lose their money cause that they don't how to trade. I think Olymp should pay more attention to explaining people that trading is not a lottery, it's about your skills and how you apply them. But people think that they will learn only cause they invested 10 bucks. Of course that is not so. People just should understand that Olymp, as well as any other broker, can't guarantee winnings and profit, but give only option to trade the market. Moreover, Olymp already made a lot of things, to help people learn trading, as well as try demo-account. I never met any problems with withdrawals, so if people that write such things will give proofs, then maybe we can consider. But, actually, in case that was true, such people will just turn to Finacom, as all Olymp traders funds are protected, but they don't do so. Interesting - why? If you don't want to lose your money - learn trading first :)

      • Many FB posts, articles and warnings have been provided to the traders. But unfortunately these scammer victims are the ones who have never heard of Olymp Trade name before. So they don't know the existence of legit Olymp Trade. Because they want to get rich quick, these groups are the ones who are easy to be fooled by such irresponsible scammers. So sad.

  • Basically i was talking about how some ppl are using OT popularity to their own benefit.. affiliates are using OT's name with misleading information. This people can't create nothing themselves and just want to cheat in order to scam people. The problem is not only they mislead people and scam them. Yes, that's also very bad and company should struggle against this. But the real problem is that they're destroying Olymp Trade reputation. It can be found some articles about "olymp trade scam" where authors write about ppl that are just mocking Olymp trade and use OT good name to get fast profit. It's so unfair that one people constanly working to build a strong and reliable brand, while others just use it for scam

    • Yes it is very frustrating and sad at the same time. We try to educate traders but many take the opportunity to cheat people. Now everything is up to the trader themselves. Hopefully they are smart enough to choose.

  • I'm simply impressed by how greedy people are for money, that they are literally ready to "go on their heads" in order to earn money. That's so strange for me, as from the early childhood I learned that you should working hard to achieve success. And as Olymp Trade's client I can say that this company and guys that run it were working very hard to create inclusive plarform both for novices and professionals. And now there are some people that use Olymptrade popularity to their own benefit. But they don't simply use it to create sth good. No! They mislead people and ruin Olymp Trade reputation and I hope company will take severe actions to protect its own honor and goodwill.

    • Yes it is very frustrating and sad at the same time. We try to educate traders but many take the opportunity to cheat people. Now everything is up to the trader themselves. Hopefully they are smart enough to choose.

  • Saya hampir di scam dalam beberapa minggu lalu..mujur terdetik nak tanya otai-otai kat facebook group Olymp Trade Malaysia. Dalam tu baru lah dapat tau yang ramai rupanya yang kena scam macam ni.

    • Tuan telah membuat tindakan yang betul dengan bertanya di group tersebut. Memang di situ adalah tempat trader-trader sebenar berkumpul.

Related Post