31.07.2019 Halaman Utama 7
Olymp Trade Penipu

Broker Olymp Trade

Terdapat peningkatan spekulasi mengenai legitimasi Platform Olymp Trade Malaysia. Ramai juga yang mengatakan Olymp Trade penipu. Mungkin persoalan ini timbul kerana buat masa ini Olymp Trade hanya didaftarkan di bawah pengawal seliaan yang tidak begitu di kenal pasti atau pun tidak begitu terkenal di Malaysia.

Artikel ini akan mengeksplorasikan lebih lanjut tentang broker Olymp Trade.  Ia juga akan menjawab pertanyaan-pertanyaan panas anda tentang sama ada Olymp Trade Malaysia adalah satu broker yang menipu atau pun tidak.

Tapi pertama sekali, mari lihat siapa itu broker Olymp Trade.

Apa dan siapakah broker Olymp Trade?

Dilancarkan pada tahun 2014, Olymp Trade adalah platform dagangan yang semakin popular di kalangan pedagang baru mahu pun yang berpengalaman. Melalui platform ini, setiap pedagang boleh menggunakan pelbagai instrumen untuk mengakses pasaran mengikut pilihan mereka.

Jika anda pernah mencari di internet tentang “Ulasan mengenai Olymp Trade” atau carian lain seperti “Olymp Trade Penipu”, anda mungkin dapat melihat beberapa komen yang mencetuskan pelbagai keraguan terhadap broker ini.

Walaubagaimanapun berita baiknya adalah Olymp Trade merupakan ahli Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa (FinaCom). Salah satu kelebihan menjadi anggota ini ialah FinaCom akan mengasuransikan setiap pedagang secara efektif pada platform ini. Mereka akan menyediakan perlindungan kepada pedagang dari aktiviti penipuan dari pihak broker.

Tugas-tugas FinaCom

Menurut FinaCom, mereka akan bertindak sebagai perantara pihak ketiga di antara Olymp Trade dan pedagang. Misalnya , jika seorang pedagang merasakan mereka telah ditipu atau broker tidak bertindak adil terhadap mereka FinaCom akan membantu menyelesaikan pertikaian tersebut dengan menyediakan perlindungan kepada pedagang dengan dananya sehingga $ 20,000 setiap kes.

Selain daripada itu, menjadi ahli FinaCom, dengan jelas menunjukkan tahap kualiti dan perkhidmatan serta profesionalisme yang tinggi terhadap pelindungan pelanggan.  Finacomm tidak mudah menerima sebuah syarikat tanpa mengesahkan proses, sejarah, dan dasarnya. Satu perkara yang pasti kualiti perkhidmatan harus menjadi tumpuan utama mereka.

Bagaimanapun, dari sudut pandangan objektif, ada suara-suara yang merasakan pertanyaan sebenarnya adalah apakah FinaCom dapat memberikan keselamatan yang sama dengan apa yang dapat disediakan oleh penyedia arus perdana seperti CySEC? Walaupun jawapannya hanya waktu yang akan menentukan tetapi itu bukan bermakna Olymp Trade penipu.

FinaCom membuktikan bahawa ia tidak dikawal atau didaftarkan sebagai badan EDR (external dispute resolution) di bidang kuasa. Tetapi ia terus menyatakan bahawa ketelusan, kepantasan, dan pendidikan adalah nilai terasnya yang utama. Apabila dihubungi berhubung peraturan, FinaCom mendakwa mereka telah memohon lesen di CySEC, yang merupakan perkara yang baik . (Kami akan mengemas kini artikel ini sebaik sahaja mereka mendapatkannya)

Walaupun begitu, kita sebagai orang biasa masih lebih cenderung kepada pihak berkuasa pengawal seliaan kerajaan. Hanya seorang pakar yang dapat mengetahui apakah peraturan dan keperluan undang-undang Finacomm ini sepadan dengan keperluan undang-undang pihak berkuasa kerajaan yang sememangnya boleh dipercayai.

Sekarang mari kita kembali kepada persoalan apakah Olymp Trade penipu?

Adakah Olymp Trade Penipu?

Perdagangan mempunyai risiko yang tinggi – tidak ada keraguan tentang hal itu. Bahkan para pedagang yang terbaik sekalipun pasti pernah kehilangan wang sewaktu berdagang. Kami percaya ada banyak cara yang lebih baik untuk benar-benar menghasilkan wang secara online. Walaubagaimanapun berdagang seringkali berada di senarai 3 teratas untuk orang ramai mencuba dalam meraih rezeki mereka secara online.

Sedang kita sibuk mencari peluang yang sah untuk menambah pendapatan sampingan, seringkali juga kita cenderung untuk bertemu dengan individu-individu atau syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab. Itu lah juga yang terjadi kepada Olymp Trade di mana nama baik mereka telah dicemarkan oleh orang-orang seperti ini.

Sejak dari awal tahun ini Olymp Trade telah menjadi sebutan di kalangan trader-trader Option di Malaysia. Popularitinya semakin meningkat dan kebanyakan pedagang tegar mula beralih arah dari broker lama mereka ke platform Olymp Trade. Tidak dinafikan platform ini  sememangnya mempunyai interface yang lebih mesra pengguna berbanding MT4 atau MT5 yang mereka gunakan.

Kami juga mendapati yang iklan Olymp Trade juga semakin merata-rata dan seringkali dapat di lihat di suapan Facebook , Youtube ataupun Google. Dan kami pasti siapa saja yang tercari-cari tentang trading Option atau Forex pasti akan bertemu dengan iklan yang sama.

Mengambil kesempatan Ke Atas Populariti Olymp Trade

Apa yang ingin kami kongsikan adalah satu artikel yang kami temui semasa melayari laman web trading berbahasa Melayu. Ini adalah contoh di mana terdapat individu ataupun syarikat yang tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan populariti Olymp Trade untuk kepentingan mereka sendiri.

Secara ringkasnya artikel itu telah menceritakan tentang seorang seorang jurutera perisian berusia 27 tahun dari Kajang yang telah membangunkan sebuah aplikasi mudah alih yang baru. Aplikasi ini adalah “Platform Olymp Trade” yang sedang kita bincangkan sekarang ini. Artikel itu kemudiannya menceritakan lagi bahawa pemuda ini sekarang sudah pun menjadi jutawan dan menjana USD1200(RM 5000) dari rumah hanya dengan membuat trading satu jam sehari!!!

Kisah-kisah dongeng dan tidak munasabah sebegini , jika kita cari memang banyak yang akan kita jumpa. Kebanyakan individu atau syarikat yang mengunakan modus operandi seperti ini adalah affiliate member kepada platform itu sendiri. Maksudnya jika anda mendaftar masuk melalui tautan yang mereka kongsi di artikel mereka, mereka yang akan mendapat komisen dari pendaftaran anda.

Olymp Trade PenipuJadi para trader haruslah berhati-hati dalam mempercayai apa-apa yang anda baca kerana biasanya perkara-perkara yang terlalu indah ini pasti ada perangkap di sebaliknya.

 

Olymp Trade Penipu

 

Keuntungan Yang Tidak Masuk Akal !

Satu lagi taktik scam paling hebat yang menggunakan nama Olymp Trade yang ingin kami kongsikan ialah penipuan menggunakan Aplikasi Whatsapp dan Telegram. Kami katakan mereka ini hebat kerana mereka sudah berjaya menipu beratus-ratus orang yang melibatkan ratusan ribu ringgit.

Modus Operandi gerakan penipuan yang sedang berleluasa ini sangat mudah iaitu dengan menghubungi mangsa mereka menggunakan aplikasi whatsapp ataupun telegram.

Mereka kononnya menawarkan pakej-pakej trading yang menjanjikan pulangan yang sangat lumayan. Bayangkan anda boleh mendapat keuntungan 200% dalam masa 6 jam!!!!! Melabur RM5000, dalam 6 jam anda akan mendapat RM30,000 !! Sangat menarik bukan ??? Tetapi untuk mereka yang berfikir panjang , tidak mungkin wang boleh datang bergolek semudah itu tanpa perlu berbuat apa-apa. Dan satu lagi, trading itu sendiri tidak mudah. Risikonya tinggi dan malah peratusan kerugian itu lebih tinggi dari keuntungan. Jadi mana mungkin mereka boleh menjanjikan keuntungan setinggi itu dalam waktu 6 jam ! Terlalu ketara sekali penipuan yang mereka lakukan.

Tetapi malangnya, masih ada juga yang tertipu dengan janji yang tidak masuk akal ini. Golongan seperti ini sebenarnya mahukan wang mudah, ingin cepat kaya tetapi tidak mahu atau malas untuk berusaha. Sayang sekali 🙁

Yang Dijanjikan

OT Blog Scam 1OT Blog Scam 2

 

Kenyataannya

OT Blog Scam 5

OT Blog Scam 3OT Blog Scam 4

 

Jika anda ingin membaca pengalaman-pengalaman mereka yang telah tertipu dengan skim tersebut , anda boleh baca di laman facebook rasmi Olymp Trade 

Pedagang Harus Bijak Menilai

Pada kami, tidak salah jika anda ingin menyertai mana-mana kumpulan whatsapp atau telegram untuk tujuan pembelajaran. Tetapi anda haruslah berhati-hati dengan ajakan atau tawaran dari mana-mana individu yang tidak anda kenali. Lebih-lebih lagi jika mereka mengaku mereka adalah wakil dari Olymp Trade.

Harus diingat bahawa, Olymp Trade tidak pernah menggunakan orang ketiga untuk mewakili mereka. Di platform ini, semua aktiviti haruslah dilakukan sendiri. Anda berlatih di demo akaun sendiri, membuat deposit sendiri , berdagang sendiri dan membuat pengeluaran sendiri. Jika ada yang menawarkan anda membuat aktiviti-aktiviti yang kami sebutkan tadi, mereka pasti mempunyai niat yang tidak baik ataupun ada kepentingan tersembunyi.

Jadi para trader anda harus bijak dalam menilai mana satu perkara yang betul ataupun tidak apabila ianya berkaitan dengan Olymp Trade.

Jadi apa benar Olymp Trade Penipu?

Adakah Olymp Trade penipu ? Jika anda masih rasa was-was terhadap broker ini kami sarankan agar anda menyertai mana-mana komuniti facebook yang ada terutamanya Facebook Rasmi Olymp Trade ataupun Facebook Olymp Trade Malaysia. Di situ ada boleh mendapat berita terkini tentang perkembangan sebenar Olymp Trade. Anda juga boleh berkongsi-kongsi pendapat dan strategi perdagangan anda. Berita-berita tentang penipuan atau aktiviti scam yang menggunakan nama Olymp Trade juga dikongsikan di situ supaya para trader lebih peka dan lebih berhati-hati.

Sebagai kesimpulan, Olymp Trade menandai semua kotak broker pilihan digital yang boleh dipercayai termasuklah ia menawarkan perlindungan pedagang, yang disokong oleh FinaComm , seperti yang kita bincangkan awal tadi. Kami mendapati tiada tanda yang membayangkan Olymp Trade penipu. Bahkan kerana ia semakin mendapat tempat di kalangan para trader maka Olymp Trade telah menjadi mangsa golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...