25.06.2018 Olymp Trade 0
Olymp Trade

Hari ini, para Juruanalisis Olymp Trade akan menulis mengenai perbezaan antara garis mendatar (horizontal) dan garis trend, selain menyentuh sedikit mengenai psikologi nombor bulat dalam perdagangan. Seperti yang dilihat, perbezaan utama antara garis mendatar dan garis trend ialah sudutnya. Akan tetapi, sangatlah penting untuk mengulang sekali lagi bahawa garis mendatar tidak mempunyai sudut; garis trend mempunyai sudut melebihi 0 darjah namun di bawah 90 darjah; sedangkan garis menegak mempunyai sudut 90 darjah. Lagipun, aras garis mendatar boleh dilihat sebagai garis sokongan atau garis tentangan, yang membantu para pedagang untuk mengenal pasti bahagian utama di mana pembentukan atau pembalikan dalam trend boleh muncul. Dengan analisis garis mendatar yang teliti, para pedagang boleh memperoleh pemasaan yang betul untuk membuka perdagangan yang sangat menguntungkan. Sila tengok gambar yang disediakan oleh Juruanalisis Olymp Trade untuk membantu anda dalam membayangkan garis mendatar dalam platform perdagangan kami.

Olymp Trade

Ingat bahawa aras mendatar boleh digunakan sebagai asas strategi perdagangan. Sebagaimana yang anda boleh lihat, 2 garis biru ialah garis mendatar yang boleh memberikan tanggapan yang baik mengenai aras perdagangan aset. Juga, perhatikan penembusan garis sokongan, yang memberikan isyarat bahawa trend yang menurun telah bermula. Dalam gambar kedua yang disediakan oleh juruanalisis Olymp Trade, anda boleh lihat persilangan garis MACD. Demikian, hal tersebut bertindak sebagai tambah ekstra mengenai pembentukan trend.

Olymp Trade

Sekarang, jom kita berbincang mengenai garis trend. Garis-garis tersebut mungkin merupakan bentuk analisis teknikal yang paling biasa dilihat. Akan tetapi, jika Juruanalisis Olymp Trade bertanya kepada anda, “Bagaimana anda melukis garis trend?” Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara yang ringkas Jangan risau, kami di sini untuk membantu anda!

Kami akan memberitahu sagala yang anda perlu tahu tentang cara melukis garis trend secara tepat, anda hanya perlu mencari dua aras tinggi atau bawah yang major dan sambungkannya. Sila lihat gambar yang menunjukkan cara untuk melukis garis trend.

Olymp Trade

Dalam imej, kita menyaksikan trend menaik. Kerana itu, para pedagang mencari peluang pembelian. Detik terbaik untuk membuka posisi panjang ialah pada saat harga jatuh dan mendekati garis trend, dan kemudian menaik sekali lagi. Sebaliknya, semasa trend menurun, saat para pedagang mahu menjual, detik terbaik terjadi ketika harga mendekati garis tentangan dan menurun lagi. Untuk melengkapkan topik anda, berikut ialah beberapa petua penting yang ingin dikongsi dengan anda oleh juruanalisis Olymp Trade. Sekurang-kurangnya dua titik tinggi atau bawah diperlukan untuk membentuk garisan trend. Seperti garis sokongan dan tentangan, garis trend menjadi lebih kuat setiap kali harga menyentuh garis tersebut. Akhirnya, yang paling mustahak, ialah untuk tidak memaksa garis trend supaya terbentuk pada carta; garis trend harus dihasilkan secara mudah menurut pergerakan harga.

Untuk menyimpulkan artikel anda, mari kita bincangkan beberapa fakta-fakta menarik mengenai nombor bulat dalam perdagangan dan psikologi para pedagang. Sebagai manusia, kita cenderung berfikir tentang nombor bulat, berbanding nombor ganjil yang rawak.  Bayangkan anda melihat jam tangan dan waktu menunjukkan 13:28. Jika seseorang bertanya masa kepada anda, adakah anda akan menjawab 13:28 atau 13:30? Psikologi menunjukkan bahawa kebanyakan orang akan menjawab 13:30 untuk membulatkan nombor. Menggunakan prosedur psikologi yang sama dalam perdagangan, kebanyakan pedagang cenderung untuk memilih nilai mata wang yang bulat berbanding nombor ganjil yang rawak. Dalam perdagangan, harga yang bulat biasanya dilihat sebagai harga dengan dua angka sifar di akhirnya, sebagai contoh – 1.3400 atau 1.5000. Jika anda memperhatikan carta harga, anda akan menjumpai bahawa tentangan dan sokongan biasanya akan terbentuk berdekatan aras harga yang bulat. Sila tengok gambar dengan teliti.

Olymp Trade

Sebagaimana yang dilihat, USDJPY mula mengalami trend pembalikan, ketika harga menghampiri 104.600, dan trend menaik kehilangan kuasanya, saat harga aset berada dsekitar 111.100. Yakin bahawa anda sudah lebih arif tentang aras sokongan dan tentangan, kami mengundang anda ke platform kami, kerana Olymp Trade menyediakan bahan latihan yang akan membolehkan anda menjadi seorang pakar perdagangan.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...