28.05.2021 Halaman Utama 0
Cara Mengesan Scammer Olymp Trade

Nama Olymp Trade Yang Terjejas

Ketahui bagaimana scammer menggunakan nama baik Olymp Trade untuk menipu wang anda.

Baca artikel kami yang menunjukkan bagaimana penipu menggunakan nama dan imej Olymp Trade untuk menipu orang ramai.

Adakah Olymp Trade Ini Scammer?

scammer 1

Setiap jenama yang berjaya pasti akan menarik banyak penipu yang akan menggunakan nama syarikat tersebut untuk penyamaran demi menjalankan perniagaan kotor mereka. Syarikat Olymp Trade juga tidak terkecuali. Akibatnya, banyak trader yang telah kehilangan dana mereka kepada pihak penipu ini akan terus bertanya: “Adakah Olymp Trade ini scammer?”

Artikel ini akan membantu anda melihat amaran-amaran yang melambangkan si scammer. Teruskan membaca untuk mengetahui cara membezakan aktiviti dari Olymp Trade yang sebenar daripada aktiviti Olymp Trade palsu untuk melindungi wang pelaburan anda. 

Kami akan mendedahkan beberapa muslihat yang digunakan oleh si penipu serta menunjukkan emosi yang mereka mainkan. Juga, anda akan tahu apa yang harus dilakukan apabila anda didekati oleh “wakil” Olymp Trade yang membuat anda tawaran yang tidak mungkin anda tolak.

Tetapi sebelum itu,, mari kita jawab soalan ini terlebih dahulu: “Adakah Olymp Trade ini satu bentuk penipuan atau ianya adalah satu perniagaan yang sah?”

Mengapa Olymp Trade Bukan Satu Penipuan

Olymp Trade adalah perniagaan yang sah yang menghormati semua peraturan dan undang-undang yang relevan dan tidak pernah berpura-pura menjadi sesuatu yang mereka bukan. Sebagai contoh, syarikat itu tidak pernah mengaku berdaftar dengan syarikat pengawal selia EU atau AS yang terkenal, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan syarikat scammer.

Pada masa yang sama, Olymp Trade telah menjadi anggota Kategori A dari Suruhanjaya Kewangan sejak 2016. Tugas organisasi bebas yang dihormati ini ialah menyelesaikan pertikaian antara broker FX dan trader. Tanda kelulusan mereka bermaksud broker telah memberikan perkhidmatan berkualiti terbaik kepada pelanggannya.

Selain daripada itu, Olymp Trade diperakui oleh Verify My Trade, sebuah syarikat bebas yang mengaudit prestasi broker Forex untuk memeriksa sama ada mereka memenuhi standard untuk perdagangan yang adil. 

Jadi secara ringkasnya Olymp Trade Bukan Satu Penipuan.

Cara Mengenali Penyamar Olymp Trade

Setiap kali anda berurusan dengan seseorang yang mengaku mewakili Olymp Trade, perhatikan tanda-tanda penyamaran ini:

  • Janji-janji mereka terlalu manis untuk dipercaya
    Penipu biasanya akan menjanjikan pulangan yang dijamin dalam jangka masa yang singkat. Bunyinya mungkin seperti: “Adakah anda ingin menggandakan (tiga kali ganda) wang anda dalam masa seminggu? Hubungi saya secepat mungkin.
  • Profil penyamar itu kelihatan mencurigakan
    Selalunya, penyamar menggunakan gambar passport untuk kelihatan sangat pintar, boleh dipercayai, dan seperti peniaga. Sering kali, gambar mereka di photoshop  untuk kelihatan lebih menarik dan berjaya.
  • Mesej atau post mereka mengandungi kesilapan
    Banyak mesej dari penipu ini mengandungi banyak kesalahan ejaan. Selalunya, kesalahan ini dilakukan dengan sengaja supaya si penyamar ini boleh  menyaring orang berpendidikan atau berpengalaman yang tidak mungkin terjebak dalam perangkap mereka. Kesalahan ejaan juga dapat membantu mereka mengalahkan penapis spam.
  • Akan terdapat permintaan wang atau maklumat peribadi
    Tawaran mereka terlalu bagus untuk menjadi kenyataan dan mereka tidak pernah menjelaskan bagaimana sebenarnya wang anda akan meningkat dua kali ganda dalam masa seminggu. Sebaliknya, ia menjadi terperinci ketika mereka menerangkan proses menghantar wang kepada “pakar” / “wakil” / “jurulatih FX”.
  • Tidak ada yang menyokong cerita mereka
    Sebagai contoh , seorang wanita muda yang suka melakukan trade mengatakan bahawa dia akan mengajar anda bagaimana menjana keuntungan yang dijamin, tetapi tidak ada maklumat di mana-mana yang membuktikan bahawa dia seorang jurulatih Forex yang berpengalaman.
  • Tawaran itu menggunakan emosi yang kuat
    Takut, tamak, gelisah, jahil, dan harapan adalah penolong kecil si penipu. Sekiranya anda mempunyai dorongan kuat untuk merebut peluang sekali seumur hidup ini untuk menjadi kaya raya pada hari esok, ini adalah isyarat merah yang paling besar. Pada kebiasaannya, penipu tidak akan memberi anda masa untuk memikirkannya.

 

scammer 2

Bagaimana Si Scammer Beroperasi: Contoh Dunia Sebenar

Untuk membantu anda mengenal pasti scammer Olymp Trade dengan serta-merta, kami telah mengumpulkan beberapa contoh operasi sebenar mereka.

  • Pelabur pintar
    Seorang yang tampan dan berpura-pura menjadi pelabur menghubungi anda melalui media sosial dan meminta anda untuk menghantar mereka wang yang akan mereka laburkan untuk anda. Untuk meningkatkan kredibiliti, dia menggunakan logo Olymp Trade dan beberapa bahan promo asli yang dicuri dari halaman rasmi platform.Kadang kala, penipu ini kelihatan seperti makcik separuh baya, semata-mata untuk mengeksploitasi imej yang biasanya akan dipercayai oleh kebanyakan orang secara intuitif.
  • Orang biasa (tetapi yang bernasib baik)
    Seorang biasa yang baru-baru ini telah menemui peluang unik, dan mereka bersedia untuk berkongsi peluang tersebut kepada sesiapa sahaja yang menghantar wang kepada mereka. Scammer menggunakan logo Olymp Trade dan menyebut nama platform di catatan media sosial mereka untuk menambahkan kredibiliti.
  • Pengembalian Dana
    Biasanya scammer akan mencari pelanggan Olymp Trade yang tidak gembira di laman web tinjauan dan menghubungi orang-orang ini menggunakan data yang mereka dedahkan. Scammer akan menawarkan orang-orang cara untuk mengembalikan dana yang mereka hilang dalam trading. Tujuannya adalah untuk membuat mangsa berkongsi maklumat peribadi atau kewangan mereka atau melakukan pemindahan wang.
  • Khidmat Pelanggan Penipu
    Sekali lagi, scammer mencari pelanggan yang tidak berpuas hati di laman web tinjauan dan menghubungi mereka atas nama sokongan khidmat pelanggan Olymp Trade. Mereka berjanji akan membantu trader ini mendapatkan kembali dana yang mereka hilang, mengatakan ia berlaku kerana beberapa kesalahan teknikal.Trader yang tidak curiga akan dengan senang hati berkongsi maklumat akaun mereka atau membiarkan scammer menyambung ke PC mereka menggunakan perisian Team Viewer. Pasti, anda tahu bagaimana cerita seperti itu berakhir.
  • Platform palsu
    Seorang scammer akan membuat laman web Olymp Trade yang palsu. Secara visual, ia menyerupai yang asli tetapi memberikan janji pulangan yang berganda (dan dijamin!). Trader yang tidak berpengalaman akan berasa gembira dengan prospek kekayaan yang cepat. Mereka akan melakukan apa yang didesak oleh scammer tersebut, seperti memasukkan maklumat akaun mereka atau mengirim wang.

cara mendaftar di broker forex olymp trade

Cara Memeriksa Sama Ada Sesuatu Sumber Itu Boleh dipercayai

Berikut adalah beberapa trik untuk membantu anda mengelakkan perangkap si penipu.

1. Tandakan laman web Olymp Trade yang sahih

Gunakan penanda  ini setiap kali anda ingin mengakses platform trading. Cara ini juga patut anda lakukan untuk semua laman web di mana anda memasukkan maklumat sensitif anda. Untuk Olymp Trade, pergi ke laman web yang sahih menggunakan pautan ini .

2. Perhatikan ikon padlock

Di bar URL platform Olymp Trade yang sah, terdapat ikon padlock. Juga, URL laman web ini bermula dengan HTTPS dan bukan dengan HTTP. S ini bermaksud Security

Harap maklum bahawa beberapa scammer berjaya mendaftarkan domain yang selamat. Tetapi bagaimanapun, ketiadaan ikon padlock adalah alasan yang baik untuk tidak mempercayai sesuatu laman web itu dengan maklumat sensitif anda.

3.  Gunakan Pencarian Imej Berbalik

Ada yang menghubungi anda atas nama Olymp Trade? Gunakan aplikasi seperti Carian Imej Berbalik Google untuk memeriksa sama ada gambar itu diambil dari passport atau di tempat lain. Kadang kala, scammer menggunakan gambar selebriti.

4.  Hubungi pihak Olymp Trade

Sekiranya anda ragu sewaktu berurusan dengan wakil atau affiliate Olymp Trade yang sah, hubungi Khidmat Pelanggan Olymp Trade untuk berkongsi masalah anda.

Empat peraturan mudah ini akan membolehkan anda menjauhkan wang anda dari jangkauan si penipu.

Bagaimana Olymp Trade Melindungi Anda Daripada Aktiviti Scam

Salah satu masalah utama Olymp Trade adalah keselamatan dana pelanggan mereka. Berikut adalah beberapa langkah yang diambil oleh pihak broker untuk melindungi wang dan maklumat peribadi anda.

Pertama, setiap Olymp Trader menguruskan akaun peribadi mereka sendiri. Olymp Trade  tidak membenarkan pihak ketiga untuk berdagang bagi pihak trader. Oleh itu, jika sebilangan “pedagang pakar” menawarkan alternatif ini, biasakan diri untuk mengatakan tidak. Tidak kisahlah jika sama ada anda kenal dengan orang itu atau tidak.

Kedua, sebarang deposit atau pengeluaran boleh dilakukan HANYA oleh pemegang akaun. Platform ini mematuhi peraturan KYC (Kenali Pelanggan Anda) dan memadankan sumber deposit atau pengeluaran dengan akaun sebenar. Langkah ini melindungi wang anda daripada si penipu.

Ketiga, pekerja, wakil rasmi, atau sekutu sah Olymp Trade TIDAK PERNAH meminta anda memberi mereka akses ke akaun anda atau membuat pemindahan wang. Fakta ini sahaja akan membantu anda mengesan 90% modus operandi si scammer.

Akhir sekali, platform ini mempunyai pasukan Khidmat Pelanggan yang sangat responsif yang boleh menggunakan bahasa anda. Agen-agen ini sentiasa bersedia untuk menyelesaikan keraguan anda. Anda boleh menghantar e-mel kepada mereka di [email protected] atau menghubungi mereka di platform https://rebrand.ly/otpolymp

Mari Kita Ulangi

Seperti yang anda lihat, mengesan penipuan Olymp Trade adalah tugas yang mudah jika anda tahu cara mengenali mereka.

Olymp Trade telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi pelanggan mereka  dari perangkap si penjenayah.

Tetapi walaupun begitu, melakukan pemikiran kritis dan mengawal emosi tetap menjadi tanggungjawab pelanggan itu sendiri

Semoga artikel ini telah membuka mata anda untuk banyak perkara.

Cara untuk mendaftar di Olymp Trade platform

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...