19.01.2021 Halaman Utama 0

Adakah Olymp Trade satu scam atau adakah ia menguntungkan?

Adalah satu benda biasa yang patut dibimbangkan setiap kali kita mula melakukan trade dengan broker yang baru. Kita pasti akan merasa takut dikecewakan oleh syarikat yang mungkin mempunyai niat jahat. Kerana hakikatnya pada hari ini, telah ramai trader bahkan mereka yang berpengalaman juga sering menjadi mangsa penipuan broker yang sememangnya tidak bertanggungjawab.

Tidak dinafikan memang broker palsu akan muncul dari masa ke semasa, sebab itulah penting untuk kita membincangkan topik seperti ini.

Namun, di tengah-tengah lautan penipuan ini , kita masih boleh untuk mencari perkhidmatan pembrokeran yang boleh dipercayai dan selanjutnya mempercayakan modal kita  kepada mereka.

Jadi anda tidak perlulah berputus asa dan teruskan meneroka industri forex ini dengan fikiran yang kritis. 

 

OT BLOG QUESTIONS MARKTapi Nak Pilih Broker Yang Mana?

Salah satu initiatif yang boleh menjadi kaedah alternatif untuk mendapatkan wang melalui internet ialah melalui perdagangan dalam talian . Untuk itu, kita perlu mempunyai broker yang dipercayai untuk menguruskan pesanan trading kita untuk memasuki pasaran kewangan.

Sebagai seorang trader dengan modal yang terhad, tidak mungkin kita boleh berurus niaga secara langsung di pasaran kewangan yang besar dan pesat.

Salah satu syarikat platform perdagangan yang patut dipertimbangkan bagi anda yang masih mencari broker yang paling sesuai dengan bajet tetapi dengan tidak mendowngradekan servis mereka, tidak lain tidak bukan ialah broker Olymp Trade.

Jom kita siasat kenapa kami mencadangkan sedemikian.

 

Ok ke Olymp Trade Ni ? Jom siasat

Tidak perlu panik jika anda berhasrat untuk berkolaborasi dengan Olymp Trade. Ini kerana syarikat ini dikawal selia dengan baik. Itulah perkara pertama yang harus kami sampaikan kepada anda. Olymp Trade adalah anggota Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa, dan mereka adalah anggota elit kategori A.  Olymp Trade telah menjadi pemilik lesen ini dengan bangganya selama kira-kira enam tahun sehingga sekarang. 

Keahlian kategori A bermaksud Olymp Trade dapat menjamin pampasan yang lumayan untuk pelanggannya.  Ini bererti bahawa anda boleh mendapat ganti rugi hingga USD20,000 jika anda merasakan Olymp Trade scam atau tidak berlaku adil kepada anda.  Tepatnya, jika anda, sebagai pelanggan syarikat ini, menjadi mangsa penipuan, anda boleh mengandalkan hingga USD20,000. Ini adalah pampasan yang sangat murah hati, bukan? Cuba pula anda bandingkan dengan mana-mana broker scammer – adakah mereka peduli memberikan mangsa mereka wang pampasan sebagai ganti rugi ? Itu satu kerja gila, betul tak? Jadi anda dapat lihat ketelusan Olymp Trade dalam hal ini. 

OT Finacomm

 

Selain daripada itu, anda akan selalu mendapat akses mudah ke bantuan undang-undang setiap kali anda memerlukannya.

Dari fakta-fakta yang diberikan inilah , ia menunjukkan kebolehpercayaannya yang tinggi kami terhadap broker ini. 

Dan ini hanya permulaan dari  usaha kami untuk melakukan Edisi Siasat terhadap Olymp Trade. Iaitu untuk melihat sama ada broker Olymp Trade ini adalah syarikat yang boleh dipercayai ataupun Olymp Trade sata scam. 

Lebih banyak persoalan dan jawapan yang akan dirungkaikan di bawah, jadi teruskan membaca.

 

Adakah Olymp Trade Scam?

Platform Perdagangan

Setakat ini, setelah melihat peraturan-peraturan yang ditetapkan, kami terus menyiasat bagaimana Olymp Trade beroperasi. Jadi kami meneruskan dengan menguji laman platform perdagangan mereka.

Untuk pengetahuan, anda akan melakukan trade di platform yang telah mereka sediakan – tetapi kami harus jujur untuk mengatakan bahawa kami tidak mempunyai sebarang masalah tentang perkara tersebut. Eksekusinya cepat dan appnya percuma dan ia sentiasa dikemas kini.

Kami rasakan Olymp Trade memang berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan satu platform  perdagangan yang baik untuk semua pelanggannya. Apa yang mengejutkan ialah broker ini sebenarnya berjaya mencipta satu penyelesaian kepada masalah sejagat dunia trading ini. Terminal perdagangan berasaskan webnya dan juga aplikasi mobile mereka memungkinkan trader untuk beralih antara mod waktu tetap (FTT) dan Forex dengan mudah. 

Malah semasa menggunakan terminal ini melalui web, anda tidak perlu memuat turun apa-apa. Semuanya dilakukan di tetingkap browser anda. 

OT Platform

Platform Perdagangan Olymp Trade

Namun, jika atas sebab tertentu anda tidak menyukai terminal berasaskan web atau aplikasi mobile, Olymp Trade juga boleh didapati di Metatrader 4. Anda boleh memuat turun serta memasang terminal ini dan menggunakannya sama seperti anda menggunakan MT4 dengan broker lain. 

Walau bagaimanapun, kami rasakan kemungkinan besar anda tidak mahu kembali ke Metatrader 4 sebaik sahaja anda telah mencuba platform web unik broker ini kerana keselesaan yang akan anda rasai ketika anda mencubanya.

Malah platform web tersebut tidak kalah dengan MT4 dan MT5 dari segi fungsinya. Sekiranya anda menyemak senarai petunjuk teknikalnya, anda akan menemui petunjuk yang paling aktif digunakan juga di sana. 

daftar sekarang

Anda boleh menggunakan petunjuk teknikal sama ada untuk waktu yang tetap (FTT) atau perdagangan Forex kerana dalam kedua-dua mod ini anda tetap perlu membuat analisa pasaran.  Kerana harus diingat, pendekatan sistematik untuk perdagangan, termasuk penggunaan beberapa petunjuk teknikal meningkatkan peluang anda untuk berjaya.

Olymp Trade menawarkan lebih banyak alat analisis pasaran di platformnya, jadi kami rasa anda harus memanfaatkannya.

 

Sistem Sokongan

Semasa membuat keputusan sama ada sesebuah syarikat itu jujur ataupun sebaliknya, adalah disarankan untuk memeriksa bagaimana syarikat tersebut melayan pelanggan mereka, iaitu jika mereka memberikan sokongan yang mencukupi ataupun tidak.

Kami dengan senang hati mengatakan bahawa khidmat pelanggan di broker ini sangat baik: ejen mereka dengan cepat menghubungi kami melalui sembang langsung dan mereka menjawab semua soalan kami dengan cekap.

Pada kami, Olymp Trade tidak memberikan alasan untuk kami menyatakan sesuatu  yang buruk tentang khidmat mereka. Pasukan sokongan mereka cukup baik dan sangat responsif. Seseorang boleh menghubungi mereka dengan bebas pada setiap masa. Semua masalah ditangani secara profesional dan pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk dilayan. 

Bukan hanya itu, terdapat juga ratusan item di bahagian pendidikan, dari webinar hingga ke video pendidikan. Tidak hairanlah bahawa syarikat ini mendapat penghargaan “Best traders FB community in Thailand”. 

Selain daripada itu, jika anda perasan, Olymp Trade  juga sebenarnya ada menaja pasukan Moto GP Honda. Ini sekali lagi dapat membuktikan kepada kami tentang kebolehpercayaan broker ini. Untuk pengetahun anda, hanya syarikat yang terbaik dan dipercayai saja yang akan mendapat peluang untuk memberikan penajaan seperti itu. 

Secara jujurnya, anda dapat melihat sendiri dari setiap halaman di laman web mereka bahawa mereka sangat mementingkan pelanggan mereka dan bahawa mereka adalah apa yang mereka katakan.

 

Pemindahan Wang

Walaupun regulasi adalah perkara yang sangat penting ketika kita menilai mana-mana broker, sebagai trader biasa, kita mungkin berminat dengan perkara yang lebih praktikal. Sebagai contoh, kita akan tertanya-tanya bagaimana cara wang dikeluarkan dari platform ini. 

Secara amnya, masalah deposit biasanya tidak wujud atau jarang  berlaku untuk broker mana pun. Walau bagaimanapun, mengenai pengeluaran profit dari akaun , lain broker , lain halnya. Ketika itulah, belang masing-masing akan keluar dan mereka akan menunjukkan siapa mereka sebenarnya.

Jadi untuk Olymp Trade, kita harus perhatikan bahawa mereka menyediakan kaedah deposit dan pengeluaran yang mencukupi. Sebilangan broker cenderung menyekat kebebasan pelanggan mereka dalam hal ini. Sebagai contoh, sebilangan broker hanya menawarkan pindahan wang melalui bank dan ini mungkin menjadi masalah besar kepada trader. Memandangkan cara tersebut sangat konservatif, jadi cuba fikir berapa lama masa yang diperlukan untuk wang sampai kepada trader dengan selamat. 

Bagi Olymp Trade, selain daripada bank transfer dan kad kredit atau debit, mereka juga menyediakan pilihan pemindahan wang melalui e-dompet yang mencukupi. Buat masa ini,  itulah kaedah paling mudah untuk menyimpan dan mengeluarkan dana untuk sebahagian besar pengguna. Anda boleh menerima wang dengan cara ini dalam masa satu jam.

OT Payment Method 1 OT Payment Method 2 OT Payment Method 3

Cara pembayaran dan pengeluaran yang disediakan oleh Olymp Trade

 

Andai kata anda ingin mencari rungutan mengenai broker Olymp Trade ini di dalam talian, anda akan melihat bahawa pelanggannya jarang mengadu mengenai masalah deposit  atau pun pengeluaran. Sekiranya ada yang muncul, ia pasti mempunyai kaitan dengan salah faham dari pihak pelanggan dan trader. Jadi pesan kami, trader haruslah membaca dan mengkaji terma dan syarat broker ini sebelum membuat keputusan untuk memulakan trading melalui platform mereka. 

Secara ringkasnya, seperti penyiasatan kami tentang khidmat pelanggan Olymp Trade, perkara yang sama boleh dikatakan untuk kaedah pemindahan wang. Di mana kami tidak melihat sebarang tanda-tanda penipuan atau sesuatu yang tidak jujur tentang mereka. Wang yang kami gunakan untuk membuat deposit dan pengeluaran selalu tiba tanpa masalah.

Jadi secara ringkas, jawapan untuk soalan “Adakah Olymp Trade Scam ?” kami rasa jawapannya sudah cukup jelas.

 

Kesimpulan

Jadi setelah semua penyiasatan dan kajian yang telah kami lakukan, adakah kami rasa broker ini sebuah syarikat scam? Tidak sama sekali!  Secara jujur, kami tidak percaya syarikat ini adalah syarikat yang menipu. Mereka telah berada di industri ini selama lebih dari lima tahun sekarang. Iaitu satu masa yang cukup lama untuk pihak berkuasa menutup perniagaan mereka sekiranya perkhidmatan yang disediakan di laman web ini tidak seperti yang sepatutnya. Seperti yang anda lihat, Olymp Trade masih beroperasi dan terus beroperasi, jadi perkara semacam itu tidak berlaku.  

Walaubagaimanapun seperti syarikat lain, Olymp Trade juga kadang-kadang mengalami masalah teknikal serta kegagalan yang lain seperti sistem down dan sebagainya. Tetapi kesalahan seperti itu masih boleh dimaafkan kerana ia sangat berbeza dengan syarikat yang menipu.  Ini adalah dua perkara yang berbeza;  kesalahan teknikal dan penipuan.

Komuniti mereka di Facebook, Youtube, Twitter, Instagram kesemuanya aktif serta mempunyai ramai ahli. Anda tahu betapa susahnya untuk mendaftar akaun palsu di rangkaian-rangkaian tersebut?  Malah rangkain-rangkain media sosial tersebut akan memblok kebanyakkan akaun yang mencurigakan dengan segera. Tetapi mereka tidak memblok akaun-akaun dari Olymp Trade.

Jadi bila kita mencantumkan kesemua teka-teki ini, fakta ini membuktikan bahawa Olymp bukanlah broker yang menipu, pada pendapat kami.

Pendek cerita, sebaik sahaja anda mendaftar di sini, anda akan berdagang dengan broker yang sangat profesional dan berdedikasi serta memahami kesemua perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Di bawah ini juga kami lampirkan video youtube dari Channel Olymp Trade Malaysia tentang tanda-tanda amaran untuk mengenal broker scammer.

Saksikan dan Selamat mencuba!

 

 

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...