27.11.2018 Halaman Utama 0

Hari ini, juruanalsis Olymp Trade akan menerangkan inventori minyak mentah, dan mengapa ia penting untuk mengikuti perkembangan data inventori minyak mentah. Inventori adalah simpanan petroleum tak bertapis yang diukur mengikut tong. Pengeluar minyak dan pihak kerajaan menggunakan simpanan stok minyak mentah untuk meratakan impak perubahan penawaran dan permintaan. Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) mengukur perubahan mingguan bilangan tong minyak mentah komersial yang disimpan oleh firma A.S. Jika peningkatan inventori minyak mentah melebihi jangkaan, ia menandakan permintaan yang lemah dan menurunkan harga minyak. Sebaliknya, jika peningkatan minyak mentah adalah kurang daripada jangkaan, ia menandakan permintaan tinggi yang mungkin menyebabkan harga minyak menaik.

Asas Penawaran dan Permintaan

Penawaran bermaksud kuantiti barangan yang ditawarkan oleh sesuatu pasaran, dan permintaan pula merujuk kepada kuantiti barangan yang diminta oleh pasaran. Minyak adalah komoditi yang diperdagangkan namun ia tidak mencapai keseimbangan, sebaliknya permintaan dan penawaran minyak berubah dengan pesat, iaitu peningkatan penawaran mencadangkan bahawa penjual bersedia untuk menghasilkan lebih minyak pada harga semasa berbanding permintaan pembeli. Harga minyak mentah adalah dinamik, oleh itu perubahan permintaan dan penawaran menyebabkan perubahan harga yang segera. EIA menyediakan kemas kini mingguan tentang inventori Amerika, melaporkan perubahan simpanan stok minyak berubah untuk minggu sebelumnya. Sila lihat imej yang disediakan oleh juruanalisis Olymp Trade yang menunjukkan kalendar ekonomi untuk inventori minyak mentah.

Apa itu inventori Minyak Mentah Amerika Syarikat?

Inventori minyak mentah menyediakan pemerhatian penting kepada pasaran keseluruhan, di mana tahap penawaran mempengaruhi harga. Harga minyak boleh bertindak balas dengan segera berikutan laporan inventori mingguan EIA jika ia amat berbeza dengan jangkaan juruanalisis.

Apakah perbezaan antara Brent dan minyak mentah?

Bukan semua minyak mentah adalah sama. Brent adalah klasifikasi perdagangan utama daripada minyak mentah ringan manis daripada rantau medan minyak Brent berdekatan United Kingdom. Brent Crude adalah harga standard utama untuk pembelian minyak di seluruh dunia. Klasifikasi lain yang dikenali adalah Bakul Rujukan OPEC, Minyak Mentah Dubai, Minyak Mentah Oman, Minyak Mentah Shanghai, Minyak Urals dan West Texas Intermediate. Brent digunakan untuk menetapkan harga dua pertiga daripada bekalan minyak mentah yang diperdagangkan di seluruh dunia.

Kini anda sudah tahu tentang perbezaan klasifikasi minyak mentah. Juruanalisis Olymp Trade akan membantu anda membayangkan impak data inventori minyak mentah dengan pengayunan harga Brent.  Lihat imej di atas, data EIA menunjukkan bahawa inventori minyak mentah meningkat sebanyak 6.5 juta tong, manakala ramalan hanya sebanyak 1.6 juta tong, dan inventori juga meningkat hampir 6 juta tong pada minggu sebelumnya, pada 11hb Oktober. Sila lihat carta Brent yang disediakan oleh juruanalisis Olymp Trade, sewaktu penyiaran data inventori, harga minyak semakin turun.

Apa itu inventori Minyak Mentah Amerika Syarikat?

Kesimpulannya, inventori minyak mentah memacu pergerakan harga. Kita melihat penawaran minyak mentah yang lebih tinggi manakala permintaan tidak mampu memenuhinya lalu menurunkan harga, ini memberikan anda peluang untuk membuka posisi dengan Brent. Perdagangan Brent selepas penyiaran inventori minyak mentah adalah pilihan yang baik untuk pelaburan portfolio anda, oleh kerana sasaran harga yang dinamik bermakna keuntungan anda akan mendapat manfaat penuh pergerakan harga yang lebih besar.

Juruanalisis Olymp Trade mengucapkan semoga berjaya di pasaran!

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...