03.07.2018 Halaman Utama 0

Hari ini, Juruanalisis Olymptrade akan menunjukkan, apa yang boleh berlaku pada carta semasa harga bergerak naik atau turun dengan mendadak dalam tempoh yang sangat pendek. Artikel ini akan membantu anda mengenali jurang harga (gap) dan akan menunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan jurang itu untuk membuka posisi yang menguntungkan. Definisi ringkas jurang ialah perubahan dalam aras harga antara penutupan dan pembukaan dua kaki lilin yang berturutan dalam satu hari ke hari seterusnya. Oleh itu, kebanyakan daripada jurang harga merupakan akibat siaran berita semalam, yang menunjukkan perubahan yang ketara dalam harga aset. Untuk memahami pergerakan harga, kita harus menerangkan 4 jenis Jurang (‘Gap’) yang boleh ditemui dalam carta teknikal. Boleh kita mulakan?

Jenis Jurang

Jenis jurang yang pertama ialah Jurang Biasa (Common Gaps). Seperti namanya, jurang ini boleh diperhatikan dengan kerap. Common Gaps secara am terbentuk dalam pasaran dengan kecairan rendah atau dalam trend lateral. Common Gaps berlaku sangat kerap kerana terdapat pembetulan harga yang mencukupi untuk mengisi jurang, sebelum pergerakan harga berterusan. Ingat, Common Gaps tidak relevan dalam menentukan aras trend yang dianalisis. Sekarang, jom kita lihat gambar yang telah disediakan oleh Juruanalisis Olymptrade yang menunjukkan Common Gap.

Olymp Trade

Seperti yang dilihat, pergerakan harga mengisi jurang itu beberapa kaki lilin selepas pembentukannya. Pada akhirnya, Common Gaps adalah lebih kepada pengaruh psikologi ke atas pergerakan harga apabila aset mengalami penyatuan.  

Jenis jurang kedua ialah Jurang Bercerai (‘Breakaway Gaps’). Jurang ini muncul selepas trend lateral dan biasanya jenis Jurang ini akan mengenal pasti trend baru. Breakaway Gaps agak mudah untuk dikenalpasti dikenali, kerana selepas trend lateral, mana-mana jurang yang memulakan trend baru akan menjadi jurang jenis tersebut. Lihat gambar Breakaway Gaps yang dihasilkan oleh Juruanalisis Olymptrade.

Olymp Trade

Jenis jurang ini, biasanya mempunyai Jumlah (Volume) yang bertambah, yang berkait dengan permulaan trend baru. Lihat bagaimana pergerakan menaik yang kuat bermula selepas pembentukan jurang dalam gambar di atas.

Jenis jurang ketiga yang ingin dibincangkan oleh Juruanalisis Olymptrade adalah Runaway Gaps. Runaway Gaps, yang juga dikenali sebagai Continuation Gaps, terjadi sepanjang pergerakan harga yang kuat, dan terjadi di tengah trend, menunjukkan minat dalam pergerakan aset. Oleh kerana Runaway Gaps biasa terjadi di tengah trend, gap ini boleh digunakan untuk meramal tempoh pergerakan harga ini dan membantu menyimpulkan bila trend ini akan berakhir. Mari kita lihat gambar Runaway Gap.

Olymp Trade

Sangat mudah untuk membayangkan bahawa Runaway Gap terjadi di tengah trend dan kita boleh menyemak di mana pedagang harus berhenti membuka posisi panjang, oleh kerana trend menaik mula kehilangan momentum.

Akhirnya, Juruanalisis Olymptrade kami akan menerangkan jenis jurang terakhir, Exhaustion Gap. Jurang ini berlaku semasa momentum aset mula berkurangan. Oleh itu, jurang ini kerap kali menjadi isyarat pertama yang menandakan penghujung trend, terletak dekat dengan maksimum atau minimum pergerakan harga. Lihatlah gambar dengan Exhaustion Gap yang menunjukkan penamatan trend.

Olymp Trade

Kami bharap artikel ini dapat menjawab beberapa soalan yang mungkin anda tertanya tentang Jurang/Gap dan pergerakan harga. Baiklah, Rapatkan Jurang! Apatah lagi, kami mengundang anda ke platform kami, kerana Olymptrade menyediakan bahan latihan paling komprehensif yang akan  membolehkan anda menjadi seorang pakar dalam perdagangan opsyen.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...