X

Cara Main Saham dan Buat Duit Online Dengan App Olymp Trade

Cara Main Saham Yang Tidak Konservatif

Adalah sesuatu yang cukup bagus jika anda sudah mempunyai satu sumber pendapatan yang mantap. Tetapi anda boleh mengukuhkan lagi kewangan anda dengan memperoleh pendapatan dari sumber pendapatan kedua. Jika anda memang sedang mencari cara buat duit online untuk membuat pendapatan tambahan, terdapat banyak cara yang boleh anda cuba sebenarnya. Sebagai  contoh kami tahu ramai yang berminat dengan cara main saham. 

Sebagai contoh, orang boleh membuat duit lebih dengan bekerja sebagai freelancer, mengikuti online survey atau dengan mengambil peluang dalam perdagangan Forex atau FTT.  

Sejak kebelakangan ini, berdagang di pasaran Forex dan FTT telah menjadi pilihan utama untuk mendapatkan pendapatan tambahan terutamanya kepada pelabur baru serta yang bermodal kecil. Pasaran Forex dan FTT biasanya dapat memberi pendapatan yang lumayan untuk pelabur.  Dan yang lebih mengejutkan lagi, ia tidak memerlukan pelaburan yang besar untuk memulakan.

Membuat wang dari perdagangan dalam talian bukanlah sesuatu yang mustahil – jika anda seorang yang berdisiplin. 

Anda akan menemui beberapa orang yang menguasai seni melabur dalam talian ini yang menjadikan cara tersebut sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk membina kekayaan dalam jangka panjang. 

Walaubagaimanapun, pedagang baru seharusnya tidak seharusnya mempunyai angan-angan seperti itu. Ini kerana perdagangan dalam talian melibatkan risiko dan kos. Sesiapa yang ingin mencuba perdagangan dalam talian harus menyedari sepenuhnya bahawa ia memerlukan masa yang khusus untuk perancangan dan analisis, dan juga banyak pemikiran tentang kos dan risiko kehilangan wang. 

Hampir kesemua pedagang yang memasuki bidang ini akan kehilangan wang deposit mereka, terutamanya pemula. Jadi harus diingat, untuk mendapatkan profit, peniaga perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengelakkan kekalahan semasa bertrading seterusnya kehilangan wang. Mereka haruslah  memaksimumkan kemenangan dan pendapatan keseluruhannya demi untuk mendapatkan balik modal permulaan mereka. 

Apa itu Forex dan FTT secara ringkas

Sebelum kita pergi secara detail tentang cara buat duit online melalui forex dan FTT, kami akan terangkan kepada anda apakah itu Forex dan FTT serta perbezaan antara keduanya. Dan adakah ia sama dengan cara main saham? 

Dagangan Forex membolehkan anda berdagang mata wang asing. Terdapat trilion dolar AS yang beredar di pasaran ini setiap hari, menjadikannya pasaran yang terbesar setakat ini.

Sementara itu, perdagangan FTT adalah kaedah perdagangan berdasarkan peramalan harga saham, komoditi, indeks atau pasangan forex. Walaupun tidak menikmati populariti yang sama dengan perdagangan forex, perdagangan FTT adalah salah satu bentuk perdagangan paling mudah yang tersedia hari ini.

Platform Perdagangan Popular

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai platform yang menyediakan perkhidmatan perdagangan untuk kedua-dua bentuk dagangan tersebut. Platform itulah tempat di mana anda boleh melakukan aktiviti perdagangan FTT atau forex anda. Salah satu platform yang semakin meningkat popular sekarang ini adalah Olymp Trade.

Olymp Trade adalah ahli kepada Financial Commision (FinaComm) yang telah banyak memenangi anugerah sejak beroperasi dari tahun 2014. Platform ini membolehkan pengguna memanfaatkan kedua-dua kaedah dagangan sambil mengajar anda bagaimana untuk memaksimumkan pelaburan kewangan anda.

Olymp Trade adalah sebuah syarikat yang dipercayai dengan penarafan Kategori A dari Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa. Olymp Trade akan memberi anda akses kepada semua pasaran yang mungkin anda minati (terdapat lebih kurang 72 aset kesemuanya). 

 

 

Kesemua aset ini dapat diakses dengan mudah dengan hanya deposit bermula dari serendah USD10. Hanya itu yang diperlukan untuk memulakan trading anda di situ. Tetapi antara faktor yang paling penting adalah mereka tidak akan mengenakan sebarang komisen ke atas deposit atau pengeluaran anda.

Kalau hendak diikutkan, sebenarnya kedua-dua faktor ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Olymp Trade adalah satu platform yang berwibawa dan dipercayai. Tetapi jika itu masih tidak meyakinkan, anda perlu tahu yang mereka mempunyai 25,000 orang yang berdagang di platform mereka setiap hari dan seperempat juta orang setiap bulan.

Platform canggih ini adalah sangat mesra pengguna, walaupun sebenarnya semua alat dan carta yang digunakan adalah sesuai untuk seorang trader profesional.

Di samping itu, Olymp Trade juga menawarkan pengganda perdagangan yang membolehkan pedagang kecil meningkatkan saiz dagangan mereka sehingga 500 kali ganda tanpa mengambil risiko lebih kepada wang mereka sendiri. 

Bagaimana Cara Main Saham Olymp Trade Yang Betul

Ini adalah sebahagian daripada proses yang paling penting. Tidak hanya kerana ia adalah langkah pertama, tetapi kerana di sini lah juga tempat di mana kebanyakan pedagang baru banyak membuang masa dan wang.

Sebenarnya terdapat banyak broker yang boleh anda pilih untuk berdagang forex dan FTT. Kecuali anda sangat berpengalaman dan sudah mempunyai broker, sekali lagi kami sarankan anda menggunakan Olymp Trade untuk memulakan dagangan anda. 

Sama seperti cara main saham, memulakan langkah mencari cara buat duit online melalui forex atau perdagangan FTT bersama Olymp Trade adalah semudah satu, dua, tiga. Langkah pertama yang perlu anda ambil adalah membuka akaun di platform. Proses ini sangat mudah kerana mereka hanya memerlukan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda.

 

 

Adakah Olymp Trade Sama Dengan Cara Main Saham Yang Lain?

Selepas melengkapkan pendaftaran, anda akan secara automatik menerima akses ke akaun dagangan serta akaun demo yang telah diisi dengan wang demo bernilai USD10,000. Akaun demo ini sangat penting kerana ia akan memberi anda gambaran mengenai bagaimana untuk menjalankan aktiviti dagangan anda di platform sebenar kelak. 

Selepas anda membuka akaun, anda dinasihatkan untuk meluangkan masa untuk memahami bagaimana pasaran berfungsi. Olymp Trade mempunyai suite pendidikan yang komprehensif yang bertujuan untuk membantu para pelabur baru mengenali dunia pasaran serta untuk memahami alat dan strategi yang patut mereka tahu untuk menjadi pedagang yang berjaya.

Untuk pengetahuan umum, terdapat 72 jenis aset yang disediakan di platform Olymp Trade. Ini termasuklah pasangan mata wang, stok, indeks, komoditi dan kriptografi.  Jadi adalah sangat penting untuk kita memahami bagaimana pasaran beroperasi dan cara terbaik untuk beroperasi.  Di sinilah bahagian edukasi memainkan peranan untuk anda lebih memahami tentang indikator, strategi serta, aset-aset yang berbeza .

Walaubagaimanapun anda tidak perlu bimbang kerana platform ini akan membantu anda memahami strategi yang berbeza yang digunakan dalam perdagangan. FTT, misalnya, bergantung kepada ramalan seorang pedagang membuat keputusan sama ada harga aset akan naik atau jatuh selepas tempoh masa. Forex, sebaliknya, bergantung pada pasangan mata wang untuk meningkatkan keuntungan daripada peningkatan atau penurunan harga aset.

Berlatih Dengan Simulasi Perdagangan Menggunakan Akaun Demo

Adalah sesuatu yang cukup berisiko untuk seorang pemula mula berdagang dan melabur dalam aset sebaik sahaja mereka melangkah ke dalam dunia trading. Oleh itu, Olymp Trade telah membolehkan para pedagangnya mendalami strategi dagangan yang baru mereka pelajari melalui simulasi bebas risiko.  Semua aktiviti ini boleh dilakukan di dalam akaun demo percuma yang disediakan di dalam platform. 

Practice Makes Perfect. Sama seperti cara main saham, sebelum anda mula berdagang dengan wang anda sendiri, pastikan anda mengamalkan penggunaan Akaun Demo supaya anda dapat merasai proses trading serta mendapatkan pengalaman. Lagipun, tidak ada yang lebih mengecewakan daripada kehilangan wang kerana satu klik yang salah.

Simulasi yang disediakan oleh akaun demo akan membenarkan anda untuk berdagang secara realistik – dengan cara yang sama anda akan berdagang dengan wang sebenar. Akaun demo ini juga memaparkan sebut harga perdagangan terkini, pengiraan hasil dagangan yang tepat, serta sistem yang memenuhi dagangan untuk aset yang berbeza.

Olymp Trade menyediakan setiap klien dengan Akaun Demo percuma dengan USD10,000 wang maya agar mereka dapat menguji strategi dan ide mereka sebelum mempertaruhkan wang yang sebenarnya. Ini adalah alat yang hebat dalam proses pembelajaran dan tidak seharusnya dilangkau.

Kehabisan Modal Wang Maya

Akaun demo juga membolehkan pedagang mengisi semula wang maya mereka jika kehabisan. Ini akan memungkinkan mereka untuk berlatih strategi perdagangan yang berbeza bagi mengetahui strategi yang mana paling sesuai dan selesa untuk mereka gunakan. Jadi jika anda kehilangan wang demo akaun anda, jangan risau. Anda boleh menambahnya pada bila-bila masa sehingga USD10,000.

Menurut kami, cara sebenar menggunakan akaun demo adalah dengan menetapkan matlamat keuntungan yang disasarkan. Sebaik sahaja anda telah mencapai keuntungan sasaran anda sekurang-kurangnya sekali (dua kali lebih baik), kemudian bolehlah anda mula berdagang pada akaun “live”.

Ramai profesional sebenarnya mengesyorkan untuk trader baru untuk membuat latihan sekurang-kurangnya selama 3 bulan sebelum beralih kepada wang sebenar.

Segment Edukasi

Olymp Trade bukan hanya untuk pedagang baru malah mereka mempunyai pelanggan dari semua saiz kewangan. Mereka kini membayar lebih daripada USD13 juta kepada pelanggan mereka setiap bulan. Dan yang menariknya perdagangan boleh dibuka dengan nilai serendah hanya USD1.

Broker yang baik akan membantu mendidik pedagang mereka tentang menggunakan platform dagangan mereka dan Olymp Trade menyediakan pedagang mereka dengan satu tan sumber yang diberi secara percuma. 

Mereka mempunyai live webinar untuk pedagang yang dihoskan oleh penganalisis kewangan profesional, pelbagai video di saluran YouTube mereka, blog pakar, dan banyak lagi bahan edukasi yang boleh diakses pada bila-bila masa. 

Selain daripada itu,  mereka memberi akses kepada alat diagnostik moden seperti Bollinger Band, Simple Moving Average  (SMA), Relative Strength Index (RSI) dan lain-lain untuk membantu trader membuat perdagangan yang berjaya. Jadi untuk berjaya pastikan anda mengenali indikator-indikator yang disediakan di dalam platform trading secara mendalam terlebih dahulu. 

Selain daripada sumber pendidikan mereka juga mempunyai perkhidmatan sokongan pelanggan 24/7. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh membuka sembang dalam talian, membuat panggilan melalui telefon, atau berkomunikasi melalui e-mel.

Mereka akan membuat anda seperti dijaga oleh penganalisis pasaran profesional dan bukan pekerja pusat panggilan tanpa mengira saiz portfolio anda. Anda juga boleh memilih untuk dilayan dalam 13 bahasa yang berbeza.

Melalui perkembangan pendidikan dalam perdagangan, anda akan mula mencipta strategi unik untuk perdagangan yang sesuai dengan matlamat kewangan anda. Setiap pelabur mempunyai keperluan jangka pendek dan panjang yang berbeza jadi perdagangan dan strategi anda perlu disesuaikan dengan spesifikasi anda.

Bagaimana Untuk Membuat Deposit?

Olymp Trade adalah platform dagangan yang sangat popular di Asia dan di seluruh dunia. Ia hanya mengambil kira-kira beberapa minit saja untuk mendaftarkan akaun baru.

Sistem perdagangan ini memberi anda kira-kira 20 cara untuk membuat deposit ke akaun anda. Kaedah yang boleh digunakan untuk membuat deposit dan pengeluaran adalah pelbagai seperti, online bank transfer, pembayaran/pengeluaran melalui kad kredit/debit , serta sistem pembayaran elektronik seperti bitcoin,Fasapay, Skrill, Neteller dan sebagainya. Anda boleh membuat deposit dengan serta-merta dan mudah dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk anda.

Pedagang boleh membuat deposit minimum sebanyak USD10. Pengeluaran pula akan dihantar ke akaun yang sama di mana seorang pedagang mendepositkan wangnya.

Sekitar 90 peratus kaedah transaksi ini boleh digunakan dengan serta-merta. Walaupun ianya boleh mengambil masa satu hingga empat hari untuk anda menerima wang pengeluaran anda. Semuanya bergantung kepada jenis akaun yang anda minati.

Dari Perdagangan Simulasi Kepada Yang Sebenar

Platform Olymp Trade direka untuk membolehkan pedagang dan pelabur baru beralih dengan lancar dari satu jenis perdagangan ke perdagangan yang lain. Seperti dalam platform ini , dari Perdagangan FTT ke Perdagangan Forex. Selain itu, ia juga melibatkan peralihan dari akaun demo ke aktiviti perdagangan yang sebenar. 

Platform Olymp Trade mudah dinavigasi, membolehkan pedagang membuat peralihan ini dengan mudah. Anda juga boleh menukar mod akaun dengan mudah dari menu drop-down di mana baki akaun anda dipaparkan; di bahagian atas tetingkap di sebelah kanan, bersebelahan butang “membuat deposit”.

Platform ini juga akan memaparkan tiga pilihan: akaun langsung, akaun demo, forex atau FTT, menjadikannya mudah bagi anda untuk menukar mod. Dari berlatih dengan dolar demo dan seterusnya melabur wang sebenar dalam pasaran atau instrumen secara langsung. Anda boleh menukar fungsi untuk memenuhi aktiviti peralihan anda.

Selepas berlatih dengan simulasi pada akaun demo anda, anda akan mempunyai lebih banyak keyakinan untuk berdagang di akaun sebenar, yang hanya memerlukan beberapa klik sahaja.

Dengan Olymp Trade, anda akan menemui indikator-indikator yang diperlukan untuk menjadi pedagang yang berjaya. 

Kelebihan platform ini terletak pada antara muka intuitif dan perpustakaan pendidikan yang sentiasa dikemas kini. Ia memberikan anda akses kepada banyak fungsi serta jawapan kepada sebarang pertanyaan yang anda miliki semasa menggunakan platform.

Dengan fungsi ini, Olymp Trade memang boleh membantu mencari cara buat duit online kerana ia memudahkan perdagangan untuk semua orang. Tidak seperti cara main saham yang memerlukan lebih banyak kajian. 

Cara Main Saham Dengan Serius

Untuk memastikan kejayaan dalam bertrading pastikan anda menjalani aktiviti trading sama seperti ada sedang berniaga. Simpan catatan terperinci mengenai perdagangan anda dan cari pembukaan yang menguntungkan sambil mengelakkan kesilapan yang pernah anda lakukan.

Seperti mana-mana perniagaan, anda akan mempunyai pengalaman positif dan negatif. Kuncinya menyesuaikan strategi anda secara rasional berdasarkan maklumat dan bukannya emosi.

Satu ciri hebat Olymp Trade ialah semua sejarah perdagangan anda disimpan di hujung jari anda untuk anda semak semula di kemudian hari. Anda boleh melihat masa, jumlah, keuntungan dan kerugian, dan beberapa lagi maklumat penting dalam sejarah perdagangan anda. Maklumat-maklumat inilah yang akan membantu anda menilai kemajuan anda, menduplikasikan kemenangan anda, dan menghapuskan kerugian anda.

Ya betul, anda boleh mencari cara buat duit online dari perdagangan FTT atau Forex, tetapi perlu diingat melabur seperti cara main saham atau dalam apa-apa bentuk juga memang berisiko. Dengan mengikuti tips ini, anda akan sekurang-kurangnya menghapuskan kesilapan yang dilakukan oleh majoriti pedagang baru apabila mereka mula melabur.

Kesimpulan

Perdagangan dalam talian sebenarnya tidak mudah dan tiada jaminan yang anda akan mendapat keuntungan dalam semua situasi. Salah satu cara yang lebih jelas untuk mencapai kejayaan secara lebih konsisten ialah mengatur aktiviti perdagangan anda terlebih dahulu. Merancang strategi adalah satu langkah yang sangat penting kerana ia dapat meminimumkan kerugian perdagangan, kos perdagangan tambahan sambil memaksimumkan potensi keuntungan .

Sebarang pendapat, berita, penyelidikan, analisis, harga, maklumat lain, atau pautan ke laman pihak ketiga yang disediakan oleh Olymp Trade semuanya hanyalah sebagai perbandingan umum. Ia tidak bermaksud ia merupakan nasihat kepada pelaburan anda.

Harus diingat, Olymp Trade  tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan. Ini termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa kehilangan kepada keuntungan yang mungkin timbul secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan atau pergantungan kepada maklumat yang diberikan.

Namun begitu kerana Olymp Trade adalah ahli kepada Financial Commission, anda boleh membuat apa-apa aduan kepada mereka atas sebarang masalah yang mungkin timbul antara anda dan pihak Olymp Trade.

Sepanjang bertrading ini, saya pasti anda mendapat pengalaman pahit dan manis. Anda juga akan menjadi lebih berpengetahuan dalam dunia pasaran saham dan ekonomi. Ia juga akan menjadi perjalanan yang menarik untuk mencapai matlamat kewangan peribadi anda.

Sama prosedurnya seperti cara main saham. Broker yang baik seperti Olymp Trade patut anda jadikan rakan kongsi dalam proses mencari cara buat duit online. Ini kerana kemudahan dan perkhidmatan yang mereka sediakan sememangnya berkualiti tinggi dan pasti dapat membantu memudahkan kejayaan anda.

Anda juga boleh menonton video berikut untuk lebih memahami cara bertrading di Olymp Trade.

Categories: Halaman Utama
Admin_as:

View Comments (104)

  • Berapa RM kena bayar untuk join benda ni...untung boleh dapat serta merta ke ?

    • Pendaftaran percuma je kak. Lepas daftar dah boleh terus trade di akaun demo. Untuk pemula kami sarankan belajar dulu tentang indikator dan strategi di akaun demo sekurang-kurangnya 3 bulan. Bila dah ready baru buat deposit. Minimum deposit cuma USD10 jek.

  • Mula-mula macam skeptikal sikit nak try trading ni. Tapi sy tengok ramai jugak yang berjaya . Mungkin belum ribu raban tapi masih boleh berjaya la..

    • Memang ramai yang dah berjaya. Mungkin belum jadi jutawan tapi sekurang-kurangnya mereka mendapat profit yang konsisten. Anda juga boleh, jika rajin cari ilmu tentang trading ni dan bukan trading sambil lewa.

  • Olymp Trade is a good company for newbies, as there are a lot of learning materials. I can't say that online trading is difficult, as well as easy. It just demands basic understanding of the market. Personally, I come to Olymp withour any ideas how to trade. But than I found their webinars and demo-account and after 4 months of learning moved to the real trading. It's not so easy as someone may think. but if you will try and pay efforts, you will earn life trading.

    • Couldn't agree more with you sir. Trading is not get-rich quick scheme. It takes a lot of patience and knowledge. But many have mistakenly thought this is a quick cash scheme that they are losing a lot of money just because they think that.

  • Buat duit melalui trading ni risky la...kena ada bajet besar..kalau tak , tak kemana...

    • Sebenarnya ok saja kalau tuan tidak mempunyai bajet yang besar. Mungkin tidak akan menjadi jutawan tetapi sekurang-kurangnya masih boleh membuat pendapatan yang konsisten.

  • Olymp Trade is a broker with which I earn money and can live independently. Many people consider trading as an attractive option for remote earning with a stable income. The financial environment has all the advantages and opportunities to succeed, but many trading stops fearing. Trading on the stock exchange carries risks, which is the main reason why people are afraid to start trading. The attractive prospect of becoming financially independent is a good motivation to start, but there are also disadvantages that hinder traders. The main task of psychological trader preparation is to overcome the fear of losing money. Let's look frankly. risk is everywhere, especially in business, and to open a business requires a lot of money. Trading with OlympTrade is available with a couple of hundred dollars, you can start with 10 dollars. Additionally, the broker has multipliers, so that even with $100, you can trade as with $50,000.

    • Indeed, if you have a strong strategy and understanding of technical analysis or fundamental analysis, it is not impossible for you to succeed as a trader. But not to forget, it is actually important that you don't be too lazy to improve your knowledge and practice it over and over again in the demo again.

  • I have a very warm opinion about Olymp Trade. There are good trading conditions and the company's bonuses for every deposit are also nice. I also can't help but praise the support team. They were very helpful to me when I had problems with verification, and the money had to be withdrawn very urgently. I wanted to pass this procedure as soon as possible, So I wrote to Olymp and asked for help. Of course, I had to wait a little, but finnally the company even made an exception for me and helped as much as possible. As of nowadays, I've been trading here for six months and everything suits me: both the speed of execution and the size of the spread. I even take profit once a month, so I'm satisfied.

    • We enjoy reading such comments. Indeed Olymp Trade wants to give the best to its members. If you have any problems or questions, their Customer Support team will treat you as quickly and efficiently as possible. No doubt about it.

  • Olymp Trade nampak macam broker yang reliable kalau nak start trading ni. Banyak komen elok-elok pasal broker ni kalau kita baca kat website review utk broker.

  • Olymp Trade forex get a real opportunity to learn and that's not depend on the type of device you're trading, as mobile and PC can be both profitable if you know how to trade. However, Olymp trade isn't only broker that connect trader to the market, that's great platform that offers educational opportunities and provide a lot of things to help traders achieve their goals. That's one of the main reasons why I love trading with Olymp trade so much, as I know that company is not only broker, put a platform where I can learn and even find connections through Olymp Trade official community.

    • Indeed Olymp Trade puts education first and foremost before anyone starts to take serious action in trading. The proof is that the creation of the Olymp Plus application with abundant trade knowledge. You can download the app here https://bit.ly/olympplusmy

  • Olymp Trade app is one of the most convenient brokerage apps, as Olymp Trade have chosen right approach. That is global trend that phones are replacing computers for everyday usage and trading isn't an exception. That's much more convenient to trade with phone wherever you want, than be tied to PC and sit whole day in front of a display. However, many brokers don't understand this and their apps look like trial version of normal brokerage platform. I understand that it's hard to add all features in the mobile app, but Olymp Trade did everything to make its app as advanced as it was possible.

    • We enjoy reading such comments. Indeed Olymp Trade wants to give the best to its members. If you have any problems or questions, their Customer Support team will treat you as quickly and efficiently as possible. No doubt about it.

  • I just tested Olymp mobile app (after I read you Olymp trade malaysia review) and I can say that's really the next level trading. Olymp trade app is so convenient and has so developed functional, that I can trade only using my phone I will even don't feal any discomfort. There are all features that are in desktop version of Olymp Trade Forex, so I need just to get used to trade with my fingers, not keyboard + mouse.

    • If you have any problems or questions, just contact the Customer Support. The team will response to you as quickly and efficiently as possible.

Related Post